SULTON AULIYA MENGUTUK PEMIMPIN ZALIM

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SULTON AULIYA MENGUTUK PEMIMPIN ZALIM


Diantara keunggulan peribadi mulia,  Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu adalah      sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi ,  menyuruh kepada Ma'ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran.  Beliau sedikit pun tidak gentar kepada sesiapa pun termasuk pemerintah.  

Apabila Khalifah yang memerintah melakukan penyelewengan atau kezaliman beliau segera berikan amaran dan peringatan yang wajar. 

Walaupun Shaikh Abdul Qodir Jilani adalah seorang Ahli Sufi yang unggul,  yang telah mencapai Ma'rifat yang amat tinggi serta mengekalkan sifat lemah lembut kepada seluruh Ummat,  namun apabila Hukum Allah Ta'ala tercabar atau Syari'at Allah dipermainkan, beliau TIDAK akan tolak ansur.  Beliau akan segera "memotong" tangan2 yang cuba merobek hukum hakam Syari'at.  

Suatu ketika Khalifah yang memerintah di Baghdad melantik Menteri yang tidak layak menduduki posisi sebagai Hakim. 

Maka segera Shaikh berkhutbah dari mimbar:

"Engkau telah melantik pegawai yang paling zalim sebagai "hakim"  atas orang beriman.  Apakah jawapan engkau nanti apabila engkau di hadapkan kepada "Hakim Maha Agung" yang Memiliki Semesta alam.?"

Mendengar Amaran tersebut,  Khalifah menangis ketakutan  dan terus memecat Hakim yang telah di-lantiknya.

[Qala'id Al Jawahir]

Demikian satu contoh yang kecil yang diambil manfaatnya oleh Ummat berkenaan satu Peribadi Unggul sepanjang Sejarah Ummat. 

Dari contoh ini, dapat difahami ketegasan Ulama Warisatul Anbiya' yang sebenar, Ulama Rabbani yang mewarisi ilmu dan keperibadian Rasulullah .  

Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu bukan saja Ulama yang Arif yang sangat dalam ilmunya di dalam Ma'rifat, tetapi beliau juga sangat Alim di dalam segenap Ilmu Syari'at.   Beliau memiliki akhlaq Nubuwwah,  mencontohi setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah .

Jika kamu mempunyai mata hati, saksikanlah..... Inilah gambaran sebenar seseorang yang dikenali sebagai Ahli Sufi atau Mursyid yang Siddiq.

Ahli Sufi yang dikenali juga sebagai Ahli Ma'rifat atau Mursyid yang Siddiq adalah mereka yang mengambil acuan dari Nabi .   Setiap gerak dan kata2 mereka terpancar dari Cahaya Nubuwwah.

Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:

" Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, Ahli  Sufi  (yakni Ahli Ma'rifat / Mursyid),  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala.    Merekalah  golongan yang paling utama cara2   hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.     Bahkan andaikata aqal para uqala,  hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’,  semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil;  sebab segala gerak geri mereka (Ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi Nur Nubuwwah (cahaya Kenabian)

[Munqiz Min -Adh- Dholal ]

Setiap langkah mereka dipenuhi hikmah dan kebijaksanaan.   Mereka sentiasa di dalam pimpinan Allah dan Rasul-Nya sebagaimana disebut oleh Sulton Auliya Shaikh Abdul Jilani Radhiallahu Anhu.

Berkata Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah

(Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy)

Maksud Shaikh adalah :

Syarat utama seorang Ahli Sufi atau Mursyid yang siddiq  (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) adalah :   Beliau mesti lah seseorang yang telah sampai ke Maqam Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci dan sentiasa di dalam pimpinan tangan Rasulullah .  Maka layaklah mereka menjadi Pewaris Nabi mempimpin Ummat kepada kebenaran, Keimanan, Tauhid yang suci dan Ketaqwaan.   (Ada lagi 9 syarat lain yang melayakkan seseorang menjadi Ahli Sufi / Mursyid — Sila Rujuk Risalah Mursyid Pewaris Nabi)

Kesimpulan ringkas dari apa yang kami sampaikan di sini adalah :

Seseorang di katakan Ahli Sufi atau Mursyid yang siddiq adalah sebenar Pewaris Nabi yang memiliki Ma'rifat yang tinggi serta alim di dalam Syari'at.   Mereka sentiasa Musyahadah (memandang) Wajah Allah dan di dalam pimpinan tangan Rasulullah .    Mereka sentiasa menyeru kepada kebaikan  dan mencegah kemungkaran.  

Hal ini membenamkan sangkaan sebahagian orang yang menuduh  Ahli Sufi cuma tidur di dalam gua2 atau hutan2.  Atau mereka menyangka Ahli Sufi adalah orang malas yang hanya duduk berzikir.  Atau mereka menyangka Ahli Sufi asingkan diri dari masyarakat dan hanya pentingkan diri sendiri.  Semua sangkaan ini adalah sangkaan BATIL  golongan juhala yang TIDAK memahami hakikat Ahli Sufi.   Mereka bercakap mengikut nafsu serta bisikan Iblis.  Hakikatnya orang2 ini TIDAK ada ilmu walaupun dia bergelar Ulama besar dunia.

Maasalamah.

Moga memperoleh petunjuk.

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...