■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
MUSIBAH — RAHMAT ILAHI ATAU BALA KEMURKAAN-NYA
(Siri 11)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.0 Penjelasan : Musibah Ke atas orang beriman
Musibah yang menimpa orang beriman adalah suatu bentuk Rahmat dan Belas Ihsan Ilahi kepada mereka, bukan bala Kemurkaan-Nya.
Semua jenis Musibah yang menimpa orang beriman sama ada berbentuk bencana ke atas dirinya seperti kesakitan tubuh badan, kesedihan, kehilangan harta benda dan kezaliman manusia ke atasnya atau Musibah berupa bencana alam meliputi dunia seperti Taufan, Banjir besar, Gempa bumi dll sepertinya... dalam semua keadaan ini Musibah yang menimpanya mengandungi hikmah kebaikan dan keberuntungan baginya dunia Akhirat.
Pertama : Ujian Keimanan —siapa yang sebenarnya beriman:
✨🕌✨ Firman Allah :
الم (١)أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣)
Alif laam miim.
Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
[Al-Ankabut (29) ayat 1,2,3]
Kedua : Ujian Tawakkal dan kesabaran
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ
“Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar”
[Al Baqarah (2) : ayat 155]
Ketiga : Supaya manusia sentiasa tetap bergantung hati kepada-Nya
✨🕌✨ Firman Allah :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
[Al-Baqarah (2) : ayat 214]
Keempat : Allah Ta'ala hapuskan dosanya atau Kurniakannya pahala atau naikkan darjatnya (Imannya):
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Tidak ada penderitaan, kesengsaraan, sakit, kesedihan & bahkan juga kekalutan yg menimpa seorang mukmin, melainkan dengan semua itu dihapuskan sebagian dosanya.
[Imam Muslim]
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang Iebih kecil dari itu, melainkan akan ditulis baginya satu derajat dan akan dihapus satu kesalahannya"]
[Imam Muslim]
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat derajatnya atau menghapus kesalahannya.
[Imam Muslim]
Kelima : Bertemu Allah didalam keadaan bersih:
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sentiasalah ujian itu menerpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.”
[Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi]
Pehatikan :
Keseluruhan keterangan di atas membawa maksud yang sama ;iaitu memberikan isyarat khabar gembira kepada orang beriman bahawa setiap Musibah yang terkena kepada mereka akan diberikan ganjaran terbaik dari Sisi-Nya. Sesekali ketika mereka terjatuh kepada kelalaian dan dosa, maka Allah Ta'ala menyediakan Jalan Taubat dan kifaratkan dosa2 mereka dengan menimpakan berbagai musibah.
Siri 12 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.0 Penjelasan :
Musibah Ke atas Rasul, Nabi dan Auliya Allah
Musibah bagi Rasul, Nabi dan Auliya Allah adalah suatu bentuk Kasih Sayang Allah Ta'ala kepada mereka bagi meningkatkan Darjat mereka di Sisi-Nya.
Daripada sekian banyak manusia, hamba2 Allah yang paling berat menerima Musibah adalah sekalian utusan Allah. Mereka dimusuhi, dituduh sebagai Ahli sihir, dituduh pemecah belah masyarakat, dituduh pelampau yang cuba merosak masyarakat, dituduh sebagai gila, ahli sihir dan macam2 lagi penghinaan dilemparkan kepada mereka.
Mengapakah mereka dimusuhi dan diperangi?
Cuba lihat Nabi kita yang mulia Sayyidina Muhammad ﷺ. Sebelum Junjungan Rasulullah ﷺ mendapat wahyu menjadi Nabi, Baginda terkenal sebagai Al-Amin, orang yang amanah, orang yang sangat mulia. Namun sebaik sahaja Baginda menjadi Nabi dan menyeru kaum Quraisy supaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa, tinggalkan sembahan kepada berhala, maka seluruh angkatan Quraisy bangkit memerangi Baginda. Mereka mencaci, menghina dan menuduh Baginda dengan berbagai panggilan buruk.
Mengapakah kaum Quraisy tiba2 menjadi ganas?
Apakah kesalahan Baginda?
Kaum Quraisy memusuhi Baginda kerana Baginda menyeru kepada "Tauhid". Baginda menyeru kepada hakikat ubudiyyah yang mutlaq. Golongan Quraisy memahami maksud Da'wah Rasulullah ﷺ.
Jika Baginda menyeru kaum Quraisy supaya masing2 melakukan ritual peribadatan, sudah tentu masyarakat Quraisy akan menerima dengan lapang dada kerana mereka juga beribadat kepada patung2 dewa Tuhan2 mereka. Tetapi "Cahaya Tauhid" yang Baginda bawa bukan demikian, bukan ritual peribadatan yang telah menjadi amalan mereka. Tetapi ia adalah Kalimat Agung yang menggoncang kegelapan hati manusia jahil dan takabbur.
Meskipun para Rasul, Nabi dan Warisatul Anbiya menghadapi berbagai tentangan, halangan, cacian, fitnah dan ugutan, namun mereka tetap menyempurnakan Amanah Allah dan tidak berganjak sedikit pun daripada kebenaran.
Allah Ta'ala meningkatkan Darjat Kemuliaan mereka di Sisi-Nya atas kesabaran mereka menghadapi segala dugaan mendirikan Kalimah Allah atas muka bumi. Sesungguhnya mereka adalah Kekasih Allah yang tiada khuatir dan tiada ketakutan apa pun menghadapi makhluq.
✨🕌✨ Firman Allah :
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[Yunus (10) : Ayat 62]
Siri 13 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
8. Bala Paling Besar — Musibah kebinasaan hati:
Barangkali kebanyakan kita akan menyangka Tsunami itulah bala paling besar kerana mengakibatkan kemusnahan besar2an dan mengorbankan ribuan nyawa, Atau mungkin juga ada yang menyangka Letusan gunung berapi sebagai bala paling besar. Atau bom atom yang musnahkan Hiroshima dan Nagasaki.
Memang benar semua macam kemusnahan tersebut menggugat perasaan dan jiwa lantaran kebinasaan yang tiada tertanggung beratnya. Namun ada lagi "bala" yang lebih besar, bahkan "bala paling besar" yang tiada tertebus kebinasaannya, iaitu "bala kepada hati manusia"
Jika hati manusia terkena bala, maka tiada yang dapat menyelamatkannya (melainkan belas ihsan Allah Ta'ala).
Tubuh manusia yang terkena bala penyakit dapat disembuhkan dengan berbagai ramuan ubat. Harta manusia yang hilang dapat dicari ganti dengan berbagai usaha pekerjaan atau perniagaan. Rumah kediaman yang runtuh dapat dibangunkan semula. Namun apabila hati manusia terkena bala, tiada penyelamat mampu menyelamatkannya melainkan dia benar2 memperoleh Rahmat Ilahi.
Apakah maksud "Bala kepada hati"?
"Bala hati" yang kami maksudkan adalah "hati yang terkunci mati" sebagaimana Isyarat Allah Ta'ala pada Kalam-Nya Yang Maha Agung...
✨🕌✨ Firman Allah :
خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۗ وَعَلٰٓى اَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَّلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌ ࣖ
Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan bagi mereka azab yang berat. "
[Al-Baqarah (2) :ayat 7]
Apabila hati seseorang "terkunci mati", maka dia adalah ibarat "bangkai" yang tiada nilai apa pun di Sisi Allah Ta'ala. Orang ini tidak akan menerima petunjuk Allah, tidak akan menerima apa pun nasihat sebaliknya dia akan menjadi manusia ganas dan zalim. Wal Iyazubillah.
Meskipun orang yang terkena "bala hati" ini hidup penuh kemewahan dan kesenangan, menikmati rumah kediaman yang hebat, kenderaan yang hebat2... namun semua itu sia2. Semua kesenangan duniawi tersebut akan berterbangan bagaikan debu, tidak sedikit pun mampu menolongnya di Hari Perhitungan Agung.
Tiga jenis manusia yang terkena "bala kepada hati" yang membawa kebinasaan dunia Akhirat:
(1) Golongan kafir karbi (kafir yang memerangi Ummat Islam)
(2) Golongan fasiq (orang Islam yang kufur dan zalim)
(3) Golongan sesat (72 kelompok orang islam yang tersesat)
Inilah Golongan yang menerima "bala Kemurkaan Allah yang paling besar" yang paling besar bagi manusia — membawa kerugian dunia Akhirat.
Asal hati manusia adalah suci bersih dari sebarang noda. Mengapakah hati menjadi rosak binasa?
Apakah yang menyebabkan hatinya menjadi gelap dan keras?
Apakah yang menyebabkan hatinya tertutup dan mati?
Semua persoalan ini telah pun kami huraikan pada Tajuk Risalah kami, "Penyakit Hati Bahaya Yang Tidak Disedari". Sila rujuk dan ambil i'tibar.
Mari muhasabah diri dan selamatkan hati daripada menjadi gelap, keras dan mati.
Siri 14 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
9. Kuasa, Kekayaan, Pangkat Kedudukan, Sihat, Kuat Tubuh badan (ertinya tidak terkena musibah) — Bukan tanda Allah Redha:
Sebahagian manusia terpesona melihat orang2 yang memiliki kelebihan2 keduniaan — Kaya-Raya, berpangkat, Jutawan, Hartawan, Rupawan dan lain sebagainya... sehingga seringkali mereka terdorong untuk memilikinya. Sebahagian lagi sungguh2 mengejar untuk memilikinya. Pada anggapan mereka memiliki Kuasa, Harta dan Wang yang banyak adalah kebaikan.
Dari suatu sudut lain, orang Islam yang abid (awam) seringkali terpesona dan hairan melihat orang kafir dan fasiq hidup senang lenang, mewah, riang ria tertawa sedangkan diri mereka sendiri hidup di dalam kemiskinan, kesusahan dan kepayahan hidup. Maka timbul berbagai pertanyaan di dalam hatinya....
"Mengapakah orang kafir dan fasiq hidup senang-lenang sedangkan mereka sering melakukan maksiat dan kemungkaran?
"Mengapakah penguasa dan pemimpin2 zalim hidup mewah dan tiada terkena sebarang musibah?"
"Mengapakah orang yang lalai, orang2 yang tiada mempedulikan hukum-hakam Allah, bahkan memusuhi Islam... hidup sihat dan kaya-raya?"
Allah dan Rasul-Nya telah pun memberikan jawapan kepada kemusykilan tersebut.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan Istidraj mereka (menarik mereka dengan beransur-ansur ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.
[Al A'raf : Ayat 182]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan Nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah di istidraj oleh Allah Ta’ala.”
[Imam At-Thabrani, Imam Ahmad, Imam Al-Baihaqi)
Ini bermakna kekayaan, kesenangan, kemewahan, pangkat kedudukan yang tinggi, kuasa dll yang di- miliki oleh orang kafir, fasiq dan zalim yang melakukan kerosakan di atas muka bumi, BUKAN tanda Allah Redha, sebaliknya tersangat besar Kemurkaan Allah Ta'ala ke atas mereka. Tetapi mereka dibiarkan sebagai suatu "kelangsungan" dari Allah Ta'ala sehingga sampai masanya ditimpakan azab yang sangat berat di dunia lagi ( sebelum mereka mati lagi). Wal Iyazubillah.
Demikian lagi orang2 Islam yang menetang hukum-hakam Islam, menghina ajaran islam, mempersendakan Sunnah Rasulullah ﷺ sedang mereka tiada terkena apa2 azab dunia BUKAN bermakna mereka di dalam kebenaran, sebaliknya yang demikian itu adalah Istidraj. Wal Iyazubillah.
Kesimpulannya, harta kekayaan dunia, tubuh badan yang sihat, kedudukan dan pangkat yang dimiliki dan dinikmati oleh manusia BUKAN tanda mutlaq Allah Ta'ala Redha pada seseorang. Sentiasa sihat dan tidak pernah terkena musibah apa2 pada seseorang juga BUKAN tanda mutlaq seseorang sudah di Redhai Allah. Maka JANGAN sesekali terpesona melihat "dunia" yang dimiliki oleh seseorang individu atau kelompok.
Sesungguhnya Tanda mutlaq Allah Ta'ala redha dan kasih pada seseorang adalah kerana keimanan dan Taqwa di dalam dadanya... yang ini terjelma di dalam perkataan, perbuatan dan tingkah lakunya berpegang teguh kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang suci murni. Bagi orang beriman dan bertaqwa Ganjaran terbaik di Sisi Allah disediakan di Akhirat.
✨🕌 ✨Firman Allah :
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦۤ أَزۡوَٲجً۬ا مِّنۡہُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَہُمۡ فِيهِۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰ
"Dan janganlah engkau tujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan mereka itu menikmatinya, yang merupakan perhiasan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang Limpah Kurnia Tuhanmu di Akhirat lebih baik dan lebih kekal."
[Ta-Ha (20) : Ayat 131]
Siri 15 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
10. Cara mengetahui suatu musibah itu Rahmat Allah atau bala Kemurkaan Allah
Apakahkah wujud cara tertentu mengetahui suatu musibah yang menimpa dirinya itu sebenarnya Rahmat Allah?
Apakah tanda2nya?
Apakah pula tanda2 menunjukkan musibah tersebut Kemurkaan Allah dan bala ke atasnya?
Sesungguhnya ini suatu hal yang sangat rumit... kebanyakan orang awam tidak mampu mengetahuinya kerana ianya berhubung dengan Taqdir Ilahi, ketentuan dan Kehendak-Nya. Namun terdapat beberapa tanda / alamat / petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk mengambil i'tibar dan pedoman agar setiap diri benar2 berada di dalam Keredhaan Ilahi.
Pertama :
Pastikan diri sendiri di dalam kelompok Ahlus Sunnah yang dipimpin oleh Warisatul Anbiya yang siddiq (Pewaris Nabi yang benar yang dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang siddiq). Merekalah yang telah memperoleh Limpahan Nur Ilahiyyah dan Haqiqat Nur Muhammad dan sentiasa di dalam pimpinan Allah dan Rasul-Nya.
✨🕌✨ Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu :
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Mursyid) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di- anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Jika seseorang belum bertemu seorang Warisatul Anbiya yang siddiq (Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat) sebagai pemimpinnya, hendaklah sekurang2 berserta dengan kelompok Ahlus Sunnah yang benar.
Kedua :
Pastikan diri sendiri mematuhi hukum-hakam Syari'at (zahir) dan adab2 Tasawwuf (batin) sebagaimana yang telah ditunjukki oleh Auliya Allah terdahulu.
Ketiga :
Istiqamah amalkan Taubat, Zikrullah, Solawat dan lainnya sebagaimana ditunjukki oleh Gurunya yang Arif.
Keempat :
Jika seseorang Muslim telah istiqamah demikian, maka musibah yang menimpa menjadi kebaikan baginya. Sebaliknya jika seseorang Muslim mendapati dirinya tidak berada pada Jalan yang diRedhai Allah, maka musibah yang menimpanya adalah kecelakaan bagi dirinya. Wal Iyazubillah.
Demikianlah beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan di dalam menghadapi berbagai musibah yang menimpa di dalam kehidupan.
Jika kamu bertanya : Adakah perlu mengetahui tanda2 ini?
Adakah perlu seseorang menyelidiki sama ada suatu musibah itu peringatan, amaran atau bala bencana yang Allah timpakan pada dirinya?
Jawapannya :
Benar! Wajib bagi setiap peribadi Muslim mengenalinya dan segera berubah jika dia telah menyimpang dari jalan kebenaran. Orang yang menganggap semua Musibah sebagai fenomena alam atau tiada kena mengena apa pun dengan dirinya, adalah manusia yang ghurur terpedaya dan tertipu dengan bisikan nafsu dan Syaitan.
✨🕌✨ Firman Allah :
أَفَأَمِنُواْ مَكْرَ اللّهِ فَلاَ يَأْمَنُ مَكْرَ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah ? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.”
[Al-A’raf (7) : Ayat 99]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda
“Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) dia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).”
[Imam Bukhari]
Siri 16 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
11. Tanda2 Musibah yang menimpa satu kaum itu Bala Kemurkaan Allah
Berdasarkan sejarah kemanusiaan, Allah Ta'ala turunkan 'azabnya kepada suatu kaum atau sesebuah negeri apabila kaum tersebut melampaui batas (ketentuan Allah), iaitu mereka Kafir kepada Allah atau mereka kufur kepada sekalian Nikmat2 Allah. Atau mereka melakukan berbagai kerosakan atas muka bumi (seperti pembunuhan, perzinaan, lesbian, tipu daya dan kezaliman).
Ringkasnya apabila terjadi kerosakan2 berikut pada suatu kaum, maka Allah Ta'ala turunkan Musibah yang merupakan bala Kemurkaan-Nya.
■ Pemimpin Negara menipu dan zalimi rakyat.
■ Pegawai yang berkuasa menindas orang lemah.
■ Ulama korup / profesor, PhD keluarkan fatwa sesat menyesatkan.
■ Orang kaya-raya manipulasi ekonomi.
■ Orang Islam umumnya hidup bagai haiwan tiada peraturan.
■ Wanita bertelanjangan di jalanan
■ Zina dan arak menjadi mainan harian.
■ Orang yang jujur berdiam diri tidak mencegah kemungkaran.
■ Ajaran Islam yang suci dan benar dituduh ekstrim.
■ Kebenaran dituduh batil, Kebatilan dijulang sebagai kebenaran.
■ Ulama Siddiq diugut dan diancam dengan penangkapan.
Di antara dalil2 sandaran:
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّہۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا مُتۡرَفِيہَا فَفَسَقُواْ فِيہَا فَحَقَّ عَلَيۡہَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَـٰهَا تَدۡمِيرً۬ا
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
[Al-Isra (17) : Ayat 16]
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Dan peliharalah diri kamu dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu secara khusus, (akan tetapi menimpa secara umum) dan ketahuilah bahwa Allah Amat Keras siksaan-Nya.”
[ Al-Anfaal (8) : ayat 25]
✨🕌✨ Firman Allah :
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ
"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasiq (derhaka)"
[Al-A'raf (7) : ayat 165]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
"Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum mereka.
[Imam Ibn Majah]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sesungguhnya jika manusia melihat seseorang melakukan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegah orang itu, maka Allah akan meratakan adzab kepada mereka semua.
[Imam Dawud, Imam At-Tirmizi]
Siri 17 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
12. Musibah melanda Selangor — Adakah Rahmat Allah atau Bala Kemurkaan Allah?
Sampai kepada persoalan "Banjir besar" yang melanda Selangor, khususnya daerah Shah Alam pada akhir Disember 2021 yang lalu, adakah ianya Rahmat Ilahi atau bala Kemurkaan-Nya?
Sebahagian orang mengatakan ianya fenomena alam biasa.
Namun kebanyakan ummat Islam menafikannya sebagai fenomena biasa. Tak mungkin suatu musibah yang sedemikian besar menimpa manusia tanpa sebab2 tertentu berkait dengan perbuatan "tangan2 manusia".
Penjelasan munasabah yang boleh dijadikan i'tibar adalah :
(1) Kemungkaran yang sudah berleluasa.
(2) Tipu daya, penyelewengan berleluasa.
(3) Perzinaan, arak dan Riba berleluasa.
(4) Kezaliman Pemimpin / menteri / pegawai menyusahkan hidup rakyat.
(5) Kezaliman Sistem Vaksinasi C19.
(6) Kezaliman mengunci Masjid2.
(7) Kezaliman "sistem lockdown" menyebabkan ramai hilang pekerjaan.
(8) Tiada (atau sangat sedikit) orang berilmu yang sedia mencegah kemungkaran.
(9) Ulama politik keluar fatwa sesat menyesatkan.
(10) Orang yang sampaikan kebenaran diugut dengan berbagai akta.
Daripada penjelasan ringkas di atas, berserta amaran Allah dan Rasul-Nya berkenaan sebab2 musibah yang menimpa manusia, yang mana satu menjadi punca berlakunya Musibah di Shah Alam, Selangor pada akhir tahun 2021?
Cuba renung sedalam2nya dan ambil i'tibar. Sesungguhnya kejadian musibah di Shah Alam hanyalah permulaan. Akan datang berbagai musibah lain jika Pemimpin, Ulama fatwa dan ummat Islam terus lena di dalam keengkaran dan kekufuran.
Kamu boleh hapuskan data, mengubah data, menambah data serta berbagai manipulasi dan tipu daya.....namun mampukah kamu menahan tangan kamu menjadi saksi di hadapan Hakim Maha Agung....?
✨🕌✨ Firman Allah :
يَوۡمَ تَشۡہَدُ عَلَيۡہِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَيۡدِيہِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
[An-Nuur (24) : Ayat 24]
Siri 18 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
13. Kemusykilan / Soal jawab bab Musibah
Berikut adalah beberapa kemusykilan dan jawapan kepada murid2 kami dan juga orang awam yang datang berjumpa dengan kami untuk khidmat nasihat atau rawatan. Moga bermanfaat untuk semua.
Soalan 1:
Ya Sidi, saya termasuk orang yang banyak terima ujian Allah. Anak saya selalu sakit dan terpaksa di- rawat. Saya pula selalu kesempitan wang kerana kerja tak tetap. Kemusykilan saya, adakah ini termasuk bala kepada saya? Apa patut saya buat?
JAWAPAN
========
Semoga Allah Ta'ala tetapkan Iman kita semuanya sampai ke hujung nyawa kita.
Sebagaimana telah dijelaskan di dalam risalah kecil ini, setiap Musibah yang menimpa orang beriman mempunyai maksud dan hikmah tertentu yang kesemuanya menjadi kebaikan pada kesudahannya. Dengan demikian orang beriman yang sentiasa terkena berbagai musibah perlu muhasabah diri dan berubah sebagaimana tuntutan Allah dan Rasul-Nya. (sila rujuk huraian pada tajuk kecil "musibah kepada orang beriman").
Jika seseorang sudah pun melakukan Taubat Nasuha dan mengikuti semua perintah Allah, dan dia tetap terkena berbagai musibah, maka qasadlah demikian itu sebagai balasan pahala, penghapusan dosa atau kenaikan darjat Iman menurut Kemurahan Allah Ta'ala.
Untuk murah rezeki, amalkan panduan berikut:
Pertama:
Amalkan doa murah rezeki / berkat rezeki sebanyak 1000 kali. Jika tak mampu amalkan 700 kali. Jika tak kuasa juga amalkan 300 kali atau sekurang2 40 kali
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Doa yang dikatakan murah rezeki ini adalah dari Kalam Allah Yang Maha Agung...
🌻🕌🌻 Firman Allah :
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka2 dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
[At Talaaq (65) : ayat 2-3]
Kedua :
Taqwa kepada Allah.
Pengertian Taqwa amat luas sekali. Sekurang2 Taqwa bagi orang awam adalah mengerjakan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang — sama ada suruhan dan tegahan zahir maupun batin (hati). Kesilapan besar kebanyakan orang awam adalah hanya memerhatikan perkara2 zahir syari'at sedangkan hukum-hakam berkenaan hati diabaikan. Mereka memandang remeh berkenaan Zikrullah, sucikan hati, mujadah lawan nafsu dll sedangkan ini termasuk perkara2 WAJIB.
Ketiga :
Keluarkan zakat terutama Zakat Perniagaan dan Zakat Pendapatan.
Keluarkan zakat walaupun gaji kecil kerana "zakat" pada hakikatnya adalah "penyucian harta" dan "penambahan rezeki".
Seseorang TIDAK akan jadi papa kerana keluarkan zakat dan sedekah sebaliknya akan bertambah2 dan "murah rezekinya".
Siri 19 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
13. Kemusykilan / Soal jawab bab Musibah
sambungan....
Soalan 2:
Salam Sidi. Saya selalu musykil mengapa orang Islam yang tak solat, tak puasa, tak tutup aurat dan lain2, tapi mereka nampak macam murah rezeki. Rumah hebat, kereta mewah, melancong sana sini. sedangkan kita yang selalu beribadat jauh beza. kita miskin, susah, sempit. kadang beli baju anak2 pun tak cukup duit.
JAWAPAN:
========
Ramai yang bertanyakan soalan seperti ini. Mereka musykil berkenaan kehidupan orang Islam yang taat tetapi hidupnya di dalam kesusahan berbanding dengan orang yang tidak pedulikan hukum-hakam Agama, tidak solat, tidak menutup aurat dsb. namun hidup mereka senang dan kaya-raya.
Jawapan kepada persoalan ini berkait rapat dengan ketentuan Taqdir — Kehendak Allah menentukan sesuatu, kemudian bab usaha ikhtiar manusia, bahagian rezeki masing2, haqiqat "rezeki", serta haqiqat kehidupan dunia dan kehidupan Akhirat keseluruhannya. Memahami kesemua hal ini adalah penting memahami penyelesaian bagi kemusykilan yang dikemukakan. Kita ringkaskan kepada 5 poin penting:
Pertama:
Bab Qadha Qadar, ketentuan Allah, Af'al Allah, Af'al makhluq, usaha ikhtiar manusia.
Menurut pegangan Ahlus Sunnah :
Allah Ta'ala menentukan setiap sesuatu menurut Kehendak-Nya. Tiada siapa boleh mempersoalkan Taqdir-Nya. Setiap manusia akan hidup dan mati menurut ketentuan Allah Ta'ala. Setiap manusia yang lahir ke muka bumi telah ditentukan umur, rezeki, hidup dan matinya. Manusia hanya perlu berusaha sungguh2 mematuhi hukum-hakam di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasul dan Ulama Mu'tabar. Manusia juga perlu mencari rezeki yang halal untuk kesinambungan kehidupannya di dunia sebagaimana perintah Allah. Yang pertama adalah bab Haqiqat — keyakinan yang WAJIB berdiri di dalam hati. Yang kedua adalah Bab Syari'at — perlakuan manusia berusaha ikhtiar yang WAJIB berdiri pada Syari'at (sekalian hukum-hakam Syari'at). Kedua hal ini WAJIB menjadi kesatuan di dalam diri seseorang yang beriman — tidak boleh berpisah, dan tidak boleh tinggalkan salah satunya.
✨🕌✨ Firman Allah :
إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[At-Talaq (65) : 3 ]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
"Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia."
[Imam Muslim]
Kedua :
Dunia adalah penjara bagi mukmin sedangkan syurga bagi orang kafir.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
“Dunia adalah penjara bagi orang Mu'min dan syurga bagi orang kafir”.
[Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Dari sudut perbahasan Syari'at (zahir), "dunia menjadi penjara bagi mukmin" bermaksud mereka di- batasi dengan hukum-hakam tertentu. Mereka dikenakan peraturan dan undang2 yang wajib dipatuhi. Mereka tidak bebas melakukan sesuatu mengikut nafsu. Mereka juga wajib memperuntukan sebahagian masa untuk beribadah kepada Allah dengan berzikir, solat, puasa, zakat dll. Mereka juga akan seringkali diuji oleh Allah dengan berbagai kesempitan dan kurang harta.
Sedangkan bagi orang kafir "dunia adalah ibarat syurga" kerana mereka tiada peraturan tertentu, mereka hidup bebas sesuka nafsu mereka. Mereka mencari kekayaan dengan berbagai cara yang halal atau haram tanpa batas.
Siri 20 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
13. Kemusykilan / Soal jawab bab Musibah
sambungan....
Ketiga:
Ketika membuat perbandingan diri kamu dengan orang lain nisbah Akhirat, maka hendaklah kamu melihat orang2 soleh di atas kamu, iaitu hamba2 Allah yang lebih banyak ilmu dan ibadahnya daripada kamu, supaya datang keinsafan akan kekurangan diri.
Dan apabila kamu membuat perbandingan nisbah kekayaan duniawi, maka hendaklah melihat orang yang lebih miskin, lebih susah hidupnya daripada kamu supaya kamu dapat keinsafan bahawa Nikmat Allah yang ada padamu jauh lebih banyak dari orang2 yang lebih susah hidupnya.
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْه
“Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta (dunia) dan rupa zahirnya, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (kurang) daripadanya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad]
Keempat:
Orang yang hidup mewah, kaya-raya sedangkan dia derhaka, fasiq dan zalim adalah termasuk golongan terkena istidraj. Wal Iyazubillah
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
[Imam At-Thabrani, Imam Ahmad, Imam Al-Baihaqi)
Kelima:
Kejayaan sebenar bagi manusia adalah mencapai Keredhaan Allah dan Kasih-Nya. Manusia terbaik di sisi Allah adalah yang paling tinggi Taqwanya. Bukan paling banyak hartanya, pangkatnya, kedudukannya. Boleh jadi seseorang itu miskin dan tidak mempunyai apa2 kelebihan duniawi, namun jika dia benar2 Taqwa kepada Allah, maka dialah yang lebih beruntung dan mencapai kejayaan hakiki di Sisi-Nya.
Meskipun harta dan kekayaan tidak dicela secara mutlaq, namun harta dunia BUKAN ukuran mutlaq kejayaan di Sisi Allah.
✨🕌✨ Firman Allah :
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"..Sesungguhnya semulia-mulia (diantara) kamu semua disisi Allah ialah yang paling bertaqwa.."
[Al Hujurat (49) : ayat 13]
Kesimpulannya...
Jawapan bagi kemusykilan ke-2 ini ialah : Jangan terpesona dengan kemewahan yang Allah Taala berikan kepada orang2 kafir atau fasiq... sebaliknya hendaklah setiap saat muhasabah diri, Taubat dan istiqamah di dalam Iman dan Taqwa. In Shaa Allah, akan datang berbagai pertolongan dari jalan tidak disangka2.
Bersambung siri 21 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴
No comments:
Post a Comment