APA MAKNA KEBENARAN DAN JALAN DIREDHAI ALLAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


APA MAKNA KEBENARAN DAN JALAN DIREDHAI ALLAH


Apakah itu kebenaran? 

Apakah itu jalan lurus?

Apakah itu jalan yang diRedhai Allah?


Kita selalu menyebut atau mendengar ungkapan "kebenaran", "jalan kebenaran" tetapi adakah kita sedar dan faham makna ungkapan ini?  Benarkah kita sedang berada di atas kebenaran sekarang dan mendokongnya?  Siapakah Pempimpin sebenar yang menunjukki jalan kebenaran ini?


Setiap hari kita memohon kepada Allah jalan lurus Ihdinas-siratal-mustaqeem (tunjukkanlah kami jalan lurus) sekurang²nya 17 kali sehari semalam (ketika di dalam solat).   Apa itu jalan lurus?  Adakah kita memahaminya dan sudah berpijak atasnya? Siapakah yang menunjukki jalan lurus itu?


Setiap Muslim mencari jalan yang diRedhai Allah. Bagaimanakah rupa jalan yang diRedhai Allah?  Apakah ciri2nya?   Sudahkah kita mengikutinya?  Bagaimanakah kita yakin kita dij alan yang diRedhai Allah dan bukan jalan yang diMurkai-Nya? Siapakah yang mampu menunjukki dan memimpin ke jalan Yang DiRedhai Allah ini?


Sesungguhnya Jalan Lurus, Jalan kebenaran dan Jalan yang di Redhai Allah adalah sama sahaja maksudnya — kembali kepada Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar tulen), iaitu  Manhaj yang diwarisi oleh Sekalian Warisatul Anbiya' daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ turun-temurun dari satu Generasi kepada Generasi Warisatul Anbiya' berikutnya dengan "Tali Allah" yang kukuh, suci bersih yang tidak dicemari oleh sebarang anasir kegelapan, kemusykrikan atau kemunafikan.  


Inilah satu2nya Manhaj yang sempurna yang diwarisi oleh Sahabat daripada Junjungan Rasulullah ﷺ, kemudian Sahabat mewariskannya kepada Ulama Tabi'in.  Kemudian Ulama Tabi'in mewariskannya kepada Tabi'it- Tabi'in.  Kemudian Tabi'it-Tabi'in mewariskannya pula kepada Ulama2 kemudiannya, dan kemudiannya berterusan sampai Qiamat.  Perwarisan ini dilakukan melalui suatu jalan khusus yang gemilang yang diliputi  Cahaya Ketuhanan sehingga terpelihara keaslian dan kesuciannya.  Inilah satu2nya Manhaj yang tidak sama sekali tercemar oleh unsur2 nafsu atau Syaitan.  


Selain dari Ahlus Sunnah yang benar (tulen), jalan kelompok2 lain adalah jalan batil dan sesat yang memimpin ke Neraka sepertimana janji dan sekaligus amaran Junjungan Besar Rasulullah ﷺ


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:


عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.


"Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu)  golongan, satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada Baginda , "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, ‘Al-Jama’ah.’

[Imam Tirmizi]


Persoalannya.... !!! 

Siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ dengan "Ahlus Sunnah Wal Jama'ah?

Apakah ciri2 mereka?

Bagaimana mengenali mereka?

Siapakah sebenar2 pemimpin Ahlus Sunnah yang terpercaya?

Bagaimanakah cara bezakan Ahlus Sunnah dengan Golongan sesat?  

Bagaimana pula cara bezakan Ahlus Sunnah yang benar dengan Ahlus Sunnah PALSU yang sudah bermaharajalela pada zaman kegelapan ini?

Sesungguhnya Jawapan kepada semua persoalan2 rumit di atas telah pun dijawab oleh Al Mujaddid Hujjatul Islam Imam Ghazali Radhiallahu anhu :


Berkata Imam Ghazali   رضي الله عنه  :


"Selama waktu khilwah  (uzlah) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin di  istiqsa (membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ).     Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, Ahli  Sufi  (Mursyid / Ahli Ma'rifat / Warisatul Anbiya yang benar)  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala.     Merekalah  golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.  

Bahkan andaikata aqal para  uqala, hikmah para  hukama dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’,  semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara  Ahli Sufi  itu, tiada akan memberi hasil;  sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi  Nur Nubuwwah (cahaya Kenabian) sebagaimana Firman Allah :


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ


"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]


[Tamat petikan kata2 Imam Ghazali dari kitab Munqiz Min-Adh-Dholal]


Daripada kata2 Imam Ghazali dapat difahami dengan jelas, yang dikatakan Manhaj Ahlus Sunnah yang benar (tulen),  satu2nya jalan yang diRedhai Allah adalah Manhaj yang diwarisi turun-temurun daripada Junjungan Rasulullah  ﷺ  oleh sekalian Warisatul Anbiya yang dikenali sebagai Ahli Sufi atau dikenali juga sebagai Ahli Ma'rifat atau  Mursyid yang siddiq.  Dengan demikian setiap Muslim wajib berusaha sungguh2 mencari dan mengikuti Warisatul Anbiya yang siddiq (benar) ini bagi keselamatan dunia akhirat.


✨🕌✨ Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه :


“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni)  dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik2 kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Perhatikanlah segala yang kami katakan ini.

Perhatikanlah dari pandangan mata hati yang jernih.  

Dunia semakin kacau bilau.  Ummat Islam semakin terumbang ambing terikut  fahaman2 yang disangkanya sebagai Ahlus Sunnah sedangkan mereka tertipu oleh helah licik golongan sesat. 


Selain daripada Yahudi dan Nasrani yang sudah terkenal sebagai musuh tradisi Ummat, musuh yang lebih merbahaya adalah "musuh di dalam selimut" yang melakukan berbagai tipu daya di kalangan Ummat Islam sendiri.   Tiga golongan yang sangat aktif menyebarkan kepalsuan dengan menggunakan nama "Ahlus Sunnah" adalah Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi) dan Sekular (liberal).  Mereka menggunakan nama Ahlus Sunnah, mendakwa merujuk kitab Ahlus Sunnah dan sering menukil fatwa2 Imam Ahlus Sunnah. ... namun mereka menyelewengkan fatwa Imam2 Ahlus Sunnah sesuai dengan fahaman batil dan sesat mereka.   Orang awam yang jahil, pasti terikut2 dengan dakyah batil  Ahlus Sunnah PALSU ini. 

Wal Iyazubillah.



Perhatikanlah...!

Moga Allah Ta'ala selamatkan sekalian orang beriman yang benar2 ikhlas mencari jalan yang diRedhai Allah dan berusaha sungguh2 kembali kepada Allah. 


✨🕌✨ Firman Allah :


وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


“Dan orang2 yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”

[Al-Ankaboot (29) : ayat 69]


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...