Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
MUQADDIMAH
□□□□□□□□□□□□□
Oleh kerana ramai
yang membuat pertanyaan berkenaan “mimpi” , maksud mimpi, hukum menceritakan
mimpi, hukum bertanya ta’bir (tafsir) mimpi kepada orang maka inilah disediakan sedikit penjelasan ringkas. Moga memadai untuk mengetahui asas2
penting sahaja yang perlu untuk kita orang beriman.
Insya Allah.
DEFINISI MIMPI
□□□□□□□□□□□□□□
Mimpi adalah pengalaman ruh ketika seseorang sedang tidur. Sedang
mekanisma tidur adalah suatu yang sangat rumit untuk dijelaskan dengan kata2
yang ringkas.
MACAM-MACAM MIMPI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Pertama :
Mimpi dari Allah Ta’ala, iaitu dari ilham2 suci Ketuhanan.
Ini ilham2 yang benar yang diberikan kepada orang2 beriman. Ilham ini
mengandungi petunjuk2 tertentu untuk diikuti atau petunjuk2 berkenaan suatu
keburukan yang perlu dihindari.
Mimpi seperti ini diperoleh oleh orang2 beriman dengan
syarat2nya.
Kedua :
Mimpi dari Syaitan.
Syaitan memasuki mimpinya dan membawa gambaran2 buruk dan
menakutkan.
Ini suatu kelebihan Allah berikan kepada jinn syaitan,
iaitu boleh membuat/membawa mimpi2 kepada seseorang atau memasuki mimpi
seseorang serta menimbulkan ketakutan serta bisikan2 jahat.
Ketiga :
Mimpi Hasil Khayalan/ Angan2 / Keresahan.
Mimpi yang terjadi sebab2 terbawa-bawa suasana hidup
seperti suka berangan2 tentang suatu atau gangguan pemikiran yang kuat atau
keadaan jiwa yang amat gelisah. Semua ini akan terbawa2 kedalam mimpi
ketika tidurnya.
Mimpi ini boleh terjadi kepada siapa sahaja terutama mereka
yang diselubungi berbagai masalah hidup yang terbawa2 semasa hendak tidur.
Atau seseorang yang gemar membaca kisah2 tertentu sebelum
tidur, akan terbawak2 ini di dalam tidurnya.
Atau seseorang gemar angan2 hatta berangan bertemu Wali
Allah mungkin akan bermimpi demikian TETAPI belum tentu ianya benar. Boleh jadi
Iblis menyamar dan berdusta.
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalil-dalilnya berkenaan hal ini :
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Hadith 1
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Sesungguhnya mimpi itu ada tiga macam, di antaranya mimpi-mimpi buruk yang
menakutkan yang datang dari syaitan untuk membuat sedih anak Adam, di antaranya
pula perkara yang menggelisahkan seseorang ketika terjaga kemudian terbawa
dalam mimpinya, dan di antaranya pula satu bagian dari empat puluh enam bagian
kenabian.”
[Imam Ibnu Majah ]
Hadith 2
Sabda Rasulullah ﷺ :
Hadith 3
Dari Jabir berkata,”Telah datang seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata; Ya Rasulullah! Aku bermimpi
kemarin seakan-akan kepalaku dipenggal, bagaimana itu?” Maka Rasulullah ﷺ tertawa, lantas Baginda bersabda:
"Apabila syaitan mempermainkan salah seorang dari kamu di dalam tidurnya,
maka janganlah dia menceritakannya kepada orang lain.”
[Imam. Muslim]
Hadith2 tersebut di atas menjelaskan TIDAKLAH semua mimpi
itu benar dan tidak juga kesemuanya dusta dari bisikan Syaitan.
Untuk mengenali manakah mimpi yang terjadi dari ilham2 suci
Ketuhanan, ikuti panduan ini:
(1) Mimpi tersebut terjadi ketika ada wudhu sebelum
tidur
(2) Mimpi tersebut terjadi ketika perasaan tenang
sewaktu hendak tidur
(3) Mimpi tersebut terjadi ketika sebelum tidur TIDAK
berangan2 / khayal apa-apa, hanya ingat Allah
(4) Mimpi tersebut mendatangkan kelapangan hati dan
perasaan apabila sedar
(5) Mimpi tersebut mendatangkan kelazatan Iman
apabila sedar
Inilah sebab2 yang mendatangkan mimpi baik dan juga
merupakan tanda2 mimpi baik yang terjadi. Semua tanda2 ini hanya
dapat dirasai dan difahami oleh mereka yang mengalaminya sendiri.
Bersambung Siri 3
Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
Shaikh Sayyid Aboo Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
HUKUM MENCERITAKAN
MIMPI KEPADA ORANG LAIN (orang awam)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Adakah mimpi perlu diceritakan atau diam? Di sini ada
panduannya.
a) Jika mimpi baik boleh diceritakan kepada orang
atau diam.
b) Jika mimpi buruk, JANGAN diceritakan kepada orang
lain kerana ditakuti ditafsirkan oleh orang2 jahil secara batil sehingga
menimbulkan keresahan dan kekalutan fikiran sedangkan ianya boleh jadi mainan
syaitan.
Apabila terjadi
mimpi buruk / manakutkan, seseorang perlu melakukan hal-hal berikut :
(i) Hendaklah ludah ke kiri 3x sambal membaca ta’awuz
mohon perlindungan Allah dari syaitan
(ii) Bangun solat, sebaik baiknya solat taubat.
(iii) Bila tidur semula ubah tempat tidur
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Mimpi baik berasal dari Allah. Jika salah seorang kalian
melihat apa yang kalian sukai maka janganlah ia ceritakan mimpi tersebut
kecuali kepada orang yang menyukainya saja dan jika ia melihat mimpi yang
tidak ia sukai maka hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari
kejahatan mimpi tersebut dan dari kejahatan syaitan, kemudian meludahlah tiga
kali dan jangan ia ceritakan kepada sesiapapun, sebab mimpi itu tidak akan
mendatangkan kemudaratan.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Mimpi itu ada tiga. Mimpi yang baik merupakan khabar gembira dari Allah. Mimpi
yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan mimpi yang datang dari gangguan
kejiwaan seseorang. Jika salah seorang di antara kalian mimpi yang menyedihkan
maka hendaklah dia bangun lalu solat dan tidak menceritakannya pada orang
lain.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Mimpi yang baik adalah dari Allah. Sedangkan mimpi yang
menakutkan berasal dari syaitan. Barangsiapa mimpi yang tidak
menyenangkan maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali dan
berlindung diri kepada Allah dari syaitan, maka mimpi tersebut tidak akan
membahayakannya”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ORANG YANG LAYAK
MENTAFSIR MIMPI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Mimpi yang baik atau mimpi yang kurang menyenangkan boleh
membawa maksud tertentu untuk kehidupan orang yang bermimpi.
Jika sesebuah mimpi berulangkali datang atau mimpi cuma
sekali tetapi sangat menggerunkan sehingga dia merasai perlu mengetahui ta’birnya, maka harus bertemu dengan orang benar2 layak mentafsirkannya.
Siapakah yang benar2 layak mentafsirkan mimpi?
Walaupun mereka sangat alim dalam hukum-hakam dan
mahir hujjah sekali pun belum tentu mereka memiliki Ilmu Ma’rifat.
Ini kerana Ilmu Ma’rifat BUKAN ilmu yang dipelajari di
bilik kuliah, BUKAN hafalan aqal, BUKAN ilmu dalam kitab, BUKAN ilmu
diskusi, BUKAN ilmu perdebatan, sebaliknya ianya anugerah Allah ke dalam hati
dan ruh hamba2 Allah yang telah sampai ke Maqam Hadarul Quddus
menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci.
(ulang Lanjut, baca artikel “Siri Tingkatan IMAN”)
Ketika mereka (Ahli Ma’rifat) mentafsirkan mimpi, mereka
menghadapkan Orang tersebut kepada Allah dan memohon pada Allah berikan akan
tafsirannya.
Apakah maksud ini?
Maksudnya adalah : Tafsiran yang datang itu BUKAN dari hawa
nafsunya tetapi dari pandangan suci Ketuhanan, dari ilham2 Allah yang suci.
Dengan demikian bersihlah tafsiran seperti ini dari
bisikan2 nafsu atau bisikan Syaitan.
Diharap kalian memahami maksud perkataan di atas.
Dalil kepada keterangan ini adalah :
(1) Orang awam atau Guru biasa, ustaz biasa,
perawat2 dll TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat akan mentafsirkan
mimpi berdasarkan apa yang mereka fikir pada aqal pemikiran mereka atau
berdasarkan nafsu atau bisikan syaitan sehingga membawa kepada sangkaan buruk
dan penyelewengan dari maksud sebenar mimpi.
(2) Mimpi2 baik atau juga mungin menakutkan pada
seseorang berkemungkinan datang dari Ilham Ketuhanan yang mengandungi isyarat2
tertentu. Isyarat2 ini TIDAK akan dapat difahami oleh orang2 awam.
(3) Berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul, kita
dapati yang layak mentafsirkan mimpi adalah Rasul, Nabi, sahabat yang kesemua
mereka ini adalah hamba2 Allah yang sangat Arif Mengenal Allah.
Setelah ketiadaan mereka, yang layak mentafsirkan mimpi
adalah hamba2' Allah yang benar2 arif mengenal Allah juga.
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
APAKAH SEMUA MIMPI
MEMPUNYAI TAFSIRAN?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Sebagaimana yang telah disebutkan sebahagian mimpi itu
adalah dari Allah dan lain2 daripada bisikan syaitan dan was-was nafsu. Dengan
demikian TIDAKLAH semua mimpi itu membawa sesuatu maksud atau tafsiran.
Mengikut Ibn Sirrin, mimpi2 berikut TIDAK ada tafsirnya.
(1) Mimpi di dalam keadaan TIADA wudhu
(2) Langit menjadi atap dan bimbang jatuh atasnya
(3) Seolah2 bumi berhenti berpusing
(4) Pokok tumbuh dari langit
(5) Syaitan berubah menjadi Malaikat
(6) Gajah berubah jadi semut
(7) Orang yang luka berdarah mimpi warna merah
(8) Orang basah kuyup mimpi basah basah
(9) Orang mempunyai penyakit kuning melihat yang
kuning2
(10) Orang hitam melihat warna hitam
(11) Orang kepanasan. mimpi matahari atau api
(12) Orang yang kesejukan melihat yang sejuk2 atau
bilik mandi
(13) Orang yang kenyang melihat atau merasa suatu
yang berat padanya
ADAB PALING BAIK
MEMOHON TA’BIR (TAFSIR) MIMPI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Sebahagian dari tafsir mimpi sama (umum) bagi semua orang tetapi tidaklah semua tafsiran sama bagi semua orang bagi mimpi yang sama.
Tafsiran mimpi terhadap seseorang berbeza mengikut umurnya,
suasana kehidupannya, keimanannya, amal ibadahnya, cara tidurnya, dan
suasana yang menyelubunginya ketika tidur dan bermimpi.
Adab memohon ta’bir mimpi :
(1) Jika mimpi itu sangat baik dan inginkan ta’birnya
maka jangan diceritakan kepada orang lain dulu. Tapi jika sudah cerita
sebab terlupa tak mengapa.
(2) Jika mimpi itu suatu yang menggerunkan atau
menyedihkan boleh juga memohon ta’birnya kerana kemungkinan ianya mengandungi
Petunjuk Allah berkenaan musibah yang perlu dijauhi.
(3) Sebaik baiknya bertemu sendiri dengan orang yang
ta’bir mimpi. (Ahli Ma’rifat). Ini kerana sebahagian kesan mimpi terlihat pada
wajah atau watak seseorang. Jika tak dapat jumpa kerana jauh,
sebaiknya tanya sendiri melalui panggilan atau menghantar pesanan ringkas (mesej terus).
(4) Jika mimpi buruk jangan diceritakan kepada orang
lain. Dan mohon perlindungan Allah serta merta dari gangguan Iblis dan
kuncu2nya.
(5) Murid2 yang telah bai’at pada Jalan Ma’rifat
dengan seseorang Guru Mursyid dan tekun mengerjakan Zikrullah sering mendapat
mimpi2 indah dan menyenangkan hati. Mimpi ini menyamai natijah2 zikrullah.
Mimpi2 ini WAJIB disimpan sebagai rahsia dan hanya boleh diceritakan
kepada Guru Mursyidnya atau Guru2 lain yang arif juga dengan izin Gurunya.
Moga bermanfaat tulisan ringkas ini.
Wallahu A’lam
- Selesai -
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
Shaikh Sayyid Aboo Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
No comments:
Post a Comment