PERANG BESAR AKHIR ZAMAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



PERANG BESAR AKHIR ZAMAN


Melihat kepada suasana kacau bilau masyarakat dunia, khususnya Ummat Islam pada zaman ini, kelihatan kita tak jauh dari Perang Besar Akhir Zaman. 


Dunia diliputi Kefasikan, kezaliman dan kekufuran.

Fitnah, adu domba, pendustaan menjadi makanan harian.

Pemerintah yang fasiq zalim menjadi sanjungan.

Ulama fasiq menjadi rujukan.

Si jahil berlagak alim, fatwanya sesat dan menyesatkan.

Kebenaran didustakan sementara kebatilan dibenarkan.

Masjid berdiri megah, namun tiada lagi keberkatan.

Ramai Ahli ibadah, namun dipenuhi kesombongan.

Seluruh dunia dipenuhi  kegelapan.


Apabila dunia ini diliputi Kuasa Kegelapan, apabila Kuasa Syaitan telah mendominasi dunia,  apabila suara kebenaran tidak didengari lagi oleh manusia Muslim, maka hampirlah masanya sekalian Kuasa Kegelapan ini dihapuskan dari muka bumi melalui Insan Pilihan yang dijanjikan oleh Rasulullah  ﷺ:



✨🕌✨ Rasulullah ﷺ. bersabda :


‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‌‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku atau dari ahli Bayyitku. Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

[Imam Abu Dawud ]


Sesungguhnya Perang Besar Akhir Zaman adalah Perang antara keimanan dan kekafiran.  Peperangan Besar antara tentera IMAN yang dipimpin oleh Imam Mahdi melawan tentera kuffar yang dipimpin oleh Pemimpin2 Kafir, Munafiq dan Fasiq.  


Semua orang Islam sudah maklum akan hal ini..... bahawa Imam Mahdi akan memerangi Yahudi dan Nasrani dan mengalahkan mereka. Kita sudah maklum akan hal ini. 


Namun kebanyakan Ummat tidak menyedari bahawa akan ada di kalangan orang Islam sendiri akan berpaling dan memerangi Imam Mahdi. 


Ini kenyataannya...!


Percaya atau tidak... Ini kenyataan Perang Besar Akhir Zaman...! 

Akan ada di kalangan orang Islam sendiri masuk Block Penentang dan melawan Imam Mahdi...!  Siapakah golongan ini? 


Golongan ini adalah :


(1) Orang Islam dari Jazirah Arab / Semenanjung Arab


(2) Orang Islam dari Farsi (Iran dan Iraq)


(3) Orang Islam dari kalangan Pemerintah / Pembesar / Pemimpin2 Negara Islam


✨🕌✨ Rasulullah ﷺ. bersabda :


تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ   ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ

فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kamu akan perangi Jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kamu akan perangi) Farsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu akan perangi Rum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” 

[Imam Muslim]


Kemusykilan...!!! 


Mengapakah orang Islam ini menentang Imam Mahdi sedangkan mereka sudah pun tau kedudukan Imam Mahdi sebagai Penyelamat akhir Zaman?  


■ Mengapakah orang Islam di Jazirah Arab bergabung dengan Block kafir dan melawan Imam Mahdi? 


■ Mengapakah orang Islam di Farsi (Iran dan Iraq)  bergabung dengan Block kafir dan melawan Imam Mahdi? 


■ Mengapakah Pemimpin Negara orang Islam serta pendokong²  mereka bergabung dengan Block kafir dan melawan Imam Mahdi?


■ Apakah yang menyebabkan mereka meninggalkan barisan  Ummat dan bergabung dengan Kuffar?

Renungkan hal ini. 


Sampai masanya untuk sekalian Ummat merenunginya...!


Moga memperoleh petunjuk. 

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...