JAWAPAN KEPADA ORANG DAKWA IKUT QUR’AN DAN HADITH SAHAJA

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


JAWAPAN KEPADA ORANG DAKWA IKUT QUR’AN DAN HADITH SAHAJA


1.0  Muqaddimah

□□□□□□□□□□□□


 

Sekolompok orang muda yang terpengaruh dengan dakyah musuh2 islam, mendakwa mereka cuma ikut Qur’an dan Hadith sahaja.

Ada juga dari kalangan mereka2 ini terus terang menolak Ulama (Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)… atas alasan ciptaan nafsu sendiri. 

Golongan ini juga mendakwa siapa2 buat sesuatu perkara yang Nabi tak buat, maka itu katanya bid'ah sesat.  Na'uzubillah.

Ada yang lain berkata, haram dan bid'ah sesat jika amal dengan zikir, solawat, doa yang diajar oleh Ulama.  Mengikut kata orang2 ini siapa2 amalkan zikir, solawat, doa yang bukan dari Nabi, maka itu adalah bid'ah sesat. Na'uzubillah.

Akibatnya banyak lah orang2 seperti ini menjadi sesat dan menyesatkan. Orang2 ini TIDAK menyedari mereka jerut leher mereka sendiri kerana menuduh secara batil kepada Ummat Islam.

Mereka menyangka mereka sudah hebat dengan ucapan....

" kami ikut Qur'an dan sunnah sahaja"???

"kami tak ikut Ulama, kerana Ulama bukan ma'sum"?

"Siapa amal yang lain dari Sunnah Nabi, maka itu bid'ah sesat"

dan beberapa ucapan seperti ini, sedang mereka TIDAK sedar, mereka sedang menuju kehancuran.


2.0 Tiga DASAR Hukum Ahlus Sunnah
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Fahami baik-baik, Selalu ingat, Pegangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah, adalah TIGA SUMBER @ DASAR utama:

♻ Al Qur'an

♻ Hadith

♻ Ijma dan Qias Ulama

Ketiga2 sumber ini WAJIB dipegang oleh setiap orang beriman.

JANGAN sesekali menolak satu pun darinya...!

Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah:

"Menafikan / engkar / menentang satu daripada tiga sumber Asas itu adalah kekafiran."

Fahami pegangan ini dulu betul2...!

Hukum dan fatwa yang kita amalkan sekarang adalah kesemuanya hasil ijtihad   Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabarah berdasarkan Al Qur'an dan Hadith Nabi.

Kesemua hukum2 tersebut yang meliputi Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayat sudah di himpunkan di dalam Kitab2 Ulama Ahlus Sunnah mengikut bab masing2.

Mereka (Ulama Ahlus Sunnah yang mu'tabar) telah ijtihad menetapkan berbagai2 hukum yang memadai bagi kehidupan orang2 beriman.

Sebahagian besar dari hujjah2 untuk menerbitkan HUKUM  itu TIDAK dapat difahami oleh orang2 awam. Kerana hujjah2 tersebut berkait dengan dalil2 yang datang dari berbagai bagai ayat Qur'an yang berjumlah lebih 6,000 ayat.  Dan dari beratus ribu Hadith Nabi yang TIDAK mampu difikir / difahami oleh aqal pemikiran manusia yang sempit.

Oleh kerana inilah kita diperintah ikut Hukum2 dan Fatwa2  yang di ijtihad oleh  Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.

JANGAN kamu bertanya mana hadithnya, mana ayatnya, kerana kamu takkan faham cara Ulama istimbat  (mengeluarkan hukum) berdasarkan ayat Qur'an atau Hadith Nabi.

Kamu jahil berkenaan Al Qur'an dan Hadith Nabi.  Kamu tak tahu apa ayat Qur'an dan Hadith Nabi yang berjumlah sehingga satu juta Hadith. 

Jika diberitahu pun kamu takkan faham lantaran aqal yang sempit dan ilmu kamu yang cetek.  Bagaimanakah kamu ingin mendalami ilmu2 yang sedemikian banyaknya sedangkan kamu jahil berkenaan Al Qur'an dan Hadith Nabi?

Bagaimanakah mungkin kamu faham cara2 Ulama istimbat  hukum sedangkan kamu tak memahami kaedah2 menerbitkan hukum?

Bagaimanakah mungkin kamu faham cara2 Ulama istimbat  hukum, sedangkan kamu tak memiliki walapun satu syarat Mujtahid?

Syarat untuk menjadi Mujtahid berjumlah 10 perkara.  Menurut mam Sayuthi 15 syarat.   Syarat terakhir Mujtahid  yang PALING PENTING ialah seseorang  Mujathid itu WAJIB dia itu Ahli Taqwa iaitu Ahli Ma'rifat yang tahqiq (yang penuh yakin dan tetap hatinya pada Iman). Beliau sentiasa memandang Wajah Allah dan sentiasa berhubungan dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.

Kamu sudah ada berapa syarat?

Sebahagian kecil dari hujjah berkait dengan dalil2 tersebut mungkin dapat difahami oleh orang kebanyakan, tetapi kebanyakannya bersifat halus, abstrak dan rahsia yang tak mungkin difahami oleh orang2 awam...!


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...