B22 : PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 211 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27: Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia


Definisi


Menuntut Ilmu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mencapai suatu bersifat duniawi  seperti ingin mencapai kedudukan dan kemuliaan pada pandangan manusia, atau ingin terkenal sebagai ahli fatwa untuk menjatuhkan Ulama Billah (Ulama Allah Pewaris Nabi yang sebenar) atau ingin hampir dengan penguasa untuk mendapat pangkat dan jawatan2. 


Penjelasan


(1) Tajuk ini dibincangkan secara khusus oleh Ulama Ahlus Sunnah meskipun ianya mempunyai hubungan rapat dengan tajuk "Ikhlas" dan "Riya"  (sebagaimana telah dibincangkan pada awal2 tajuk Risalah ini). Ini  menunjukkan betapa seriusnya dosa ini — dosanya bukan sahaja tertimpa atas diri sendiri tetapi juga membawa kebinasaan Ummat. 


(2) Bahaya kebinasaan yang dimaksudkan adalah :


Pertama  :    Segala ilmu dan amalnya terbatal kerana tidak ikhlas.


Kedua  :  Mereka sama seperti Pendeta2 Yahudi dan Nasrani yang mengubah kitab Allah, menukar Ayat2 Allah dengan habuan dunia. 


Ketiga  :   Niat mereka menuntut Ilmu untuk menjatuhkan Ulama itu merupakan penentangan terhadap Allah dan Rasul-Nya


Keempat : Perbuatan mereka menyebabkan ramai manusia menjadi sesat kerana menuruti fatwa2 mereka yang batil.  


Kelima    :   Keberkatan hidup mereka tercabut dan mereka menjadi manusia hina di Sisi Allah.  


Wal Iyazubillah. 


(3) Sesungguhnya mereka yang dimaksudkan adalah Ulama As-su', Ulama nafsu, Ulama dunia. Mereka BUKAN Ulama Billah yang mewarisi Rasulullah ﷺ.  Mereka menggunakan nama "Ulama" kerana diberikan gelaran demikian oleh penguasa dan rakyat yang tertipu. 


(4) Jika diambil i'tibar pada zaman ini, mereka yang dimaksudkan adalah pelajar2 kelulusan Universiti yang menuntut ilmu tinggi2 untuk kesenangan dunia,  atau bertujuan menyerang Ahlus Sunnah dan menjatuhkan nama Ulama Billah, Pewaris Nabi yang benar. 


(5) Sejarah bangkitnya "Ulama PALSU"  bermula selepas Kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu wajhah. Berlaku perebutan kuasa di kalangan orang Islam yang tamak kuasa.  Maka ketika itu para Ulama Billah (Pewaris Nabi yang siddiq) menjauhi politik kotor dunia. 


(6) Oleh kerana Ulama Billah (Ulama Pewaris Nabi yang siddiq) telah menjauhkan diri dari politik kotor dan perebutan kuasa, maka terjadi kekosongan di dalam hal memberikan fatwa.  Pemerintah memerlukan orang2 yang sedia mengeluarkan fatwa menurut kehendak mereka. Maka berlumba2lah orang2 jahil menuntut Ilmu untuk mengisi kekosongan yang diperlukan oleh pemerintah. 

Ertinya di sini :  Mereka menuntut ilmu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk menjadi penyokong kebatilan dan menjadi "penjilat" pemerintah untuk mendebat dan menjatuhkan Ulama Billah (Ulama Pewaris Nabi yang sebenar). 


(7) Sejak zaman itu, sampai kepada zaman2 berikutnya dan sampai ke saat ini, Ulama Pewaris Nabi yang siddiq (benar) menjauhi terus Penguasa2 yang tamak kuasa dan politik keji dunia. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

"Maka kelihatan pada rakyat umum akan kebesaran Ulama dan perhatian Pembesar ( Khalifah dan wakil2nya) kepada mereka (kerana Pemerintah memerlukan Ulama untuk berikan fatwa sedang para Ulama Billah sudah jauhkan diri dari Pemerintah), Lalu rakyat umum tampil untuk menuntut Ilmu pengetahuan  untuk memperoleh kedudukan sebagai Ulama yang menjadi rujukan Pemerintah dan memperoleh kemuliaan dan kemegahan dari mereka. Mereka (orang awam) berlumba2 dan tekun mempelajari ilmu yang berhubung dengan fatwa dan hukum. Kemudian mereka menemui Pemerintah / Khalifah, memperkenalkan diri (sebagai ahli fatwa) lalu memohon kedudukan dan jabatan."

[Ihya Ulumuddin — Bab ilmu khilafiyyah dan bahaya perdebatan]


SIRI 212 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27: Tuntut Ilmu Untuk Habuan Dunia

Sambungan....


Dalil-Dalil


✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ﴿١٥﴾ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di Akhirat kecuali azab Neraka. Lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”. 

[Hud (11) : ayat 15-16]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barangsiapa mempelajari ilmu yang sepatutnya diniatkan untuk memperoleh Keredhaan Allah, namun dia mempelajari dengan niat memperoleh kekayaan dunia, maka dia tidak akan memperoleh tanda-tanda Syurga di Hari Qiamat."

[Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Al-Haakim]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barangsiapa mempelajari ilmu dengan niat untuk menjatuhkan Ulama atau untuk mendebat orang bodoh atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, maka Allah Ta'ala masukkannya ke dalam Neraka."

[Imam Al-Haakim, Imam Bayhaqi]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barangsiapa menuntut ilmu untuk berbahas dengan ulama atau untuk dia berdebat dengan orang-orang yang bodoh dengannya atau untuk dia memalingkan dengannya wajah-wajah manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”.

[Imam At Tirmizi]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :

"Selain riya' sebagaimana telah dijelaskan di bahagian terdahulu, perbahasan ini (tuntut ilmu kerana dunia) termasuk bahagian dosa besar. Demikian menurut Ulama Mutakhir. Mereka melihat bahawa di dalam persoalan ini terkandung ancaman serius yang bersifat khusus"

[Al-Zawaajir]


SIRI  213 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27:  Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia

Sambungan....


Contoh-contoh


(1) Pelajari Al-Qur'an dan Sunnah untuk menjadi mufti

Mereka sungguh2 mempelajari Kitab Allah dan Sunnah Nabi agar memperoleh jawatan sebagai mufti atau ahli fatwa. Mereka harapkan berbagai ganjaran duniawi apabila menjadi mufti atau menduduki jabatan2 penguasa.  Ini satu daripada peringatan dan amaran yang terkandung di dalam Hadith Rasulullah ﷺ.


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barangsiapa mempelajari ilmu yang sepatutnya diniatkan untuk memperoleh Keredhaan Allah, namun dia mempelajari dengan niat memperoleh kekayaan dunia, maka dia tidak akan memperoleh tanda-tanda Syurga di Hari Qiamat."

[Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Al-Haakim]


(2) Masuk Universiti untuk kemegahan

Sudah menjadi trend zaman ini, anak2 masuk pusat pengajian tinggi dengan berbagai niat untuk mencapai berbagai kedudukan, kemasyhuran dan kemegahan di tengah2 masyarakat. Tidak kurang Ibu bapa mendesak2 anak2 mereka belajar sungguh2 agar mereka menjadi tokoh masyarakat yang masyhur. Sebahagian ibu bapa lain menyuruh anak2 berjaya agar mendapat gaji yang lumayan.


(3) Menuntut Ilmu untuk mendebat Ulama atau orang jahil

Pada zaman terdahulu, hal ini terjadi sesudah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu wajhah. Orang2 awam berlumba2 mempelajari Al-Qur'an dan Sunnah serta Ilmu debat untuk memerangi Ulama Ahlus Sunnah sehingga lahir berbagai firqah menyimpang dari Ahlus Sunnah. Pada zaman kemudian bangkit berbagai golongan muda menuntut ilmu debat untuk mematahkan hujjah Ahlus Sunnah. 


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barangsiapa menuntut ilmu untuk berbahas dengan ulama atau untuk dia berdebat dengan orang-orang yang bodoh dengannya atau untuk dia memalingkan dengannya wajah-wajah manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”.

[Imam At Tirmizi]


Pada hari ini, Golongan muda yang baru merangkak mengenali Agama mencabar Fatwa Ulama2 Ahlus Sunnah terdahulu. Mereka mencari2 hadith2 yang dikatakan lemah di dalam penulisan Ulama Mu'tabar lalu dengan mudah mereka mengeluarkan "fatwa" ikut nafsu mereka "ini halal",  "ini haram", "ini bid'ah sesat", sedangkan mereka BUKAN Ahli fatwa. Mereka tak sedar atau lupa ancaman Allah kepada mereka.


✨🕌✨ Firman Allah :

وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. 

[An-Nahl (16):  Ayat  116]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"

[Imam Tirmidzi]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :

“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. 

[Imam Ahmad]


SIRI 214 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27:  Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia

Sambungan....


Punca


Pokok daripada segala punca yang menyebabkan orang Islam menuntut Ilmu untuk mencapai habuan dunia, dan bukan kerana Allah adalah sama sepertimana yang kami telah huraikan sebelum ini.  Iaitu penyakit hati, kejahilan, cinta dunia dan lupakan Akhirat.  


Akibat


Balasan buruk yang bakal menimpa mereka juga sama seperti yang telah dihuraikan, bahkan Amaran Allah berikut sepatutnya menggegarkan jiwa mereka yang takut.


Kisah Bal'am Ba'urah yang menjual Agamanya. 

Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya.  Namun dia salah gunakan ilmunya. Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam. Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina. Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim dan ahli ibadah seperti ini.


✨🕌✨ Firman Allah :

وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[Al-A'raf (7) : ayat 176-177]


Jika kamu bertanya :

"Apakah yang terjadi sehingga Bal'am Ba'urah sanggup berbuat demikian?

"Mengapakah orang alim dan ahli ibadah sanggup berpaling dari kebenaran dan menentang Rasul2?"

Jawapannya:

Mereka telah digelincirkan oleh Ibllis kerana niat mereka tidak ikhlas kerana Allah. Orang2 yang menuntut Ilmu kerana habuan dunia dan bukan kerana Allah telah hilang ikhlasnya. Ketiadaan ikhlas itulah "pintu masuk" bagi Iblis menyerang dan terbalikkan hati orang alim dan ahli ibadah.  


Wal Iyazubillah.

Moga Allah Ta'ala selamatkan kita dan sekalian penuntut ilmu dan ahli ibadah daripada kegelinciran daripada Jalan Kebenaran. 


SIRI 215 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27:  Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia

sambungan....


Pengecualian?


Tiada pengecualian bagi perbuatan ini kerana ianya berkait dengan dasar Agama, IMAN, TAUHID dan IKHLAS.  


Riya' atau tidak Ikhlas adalah sebahagian dari Syirik Khafi  (tersembunyi) dan ini berlawanan dengan IMAN / TAUHID sebagaimana dijelaskan sebelum ini.  Setiap Ibadah yang dilakukan di dalam keadaan tidak ikhlas kepada Allah semata2 membatalkan sekalian amal ibadah dan menyebabkan IMAN / TAUHID seseorang menjadi pincang, tempang dan rosak.  Wal Iyazubillah.


Rawatan dan Penjagaan


Rawatan dan penjagaan telah pun dihuraikan panjang lebar pada Tajuk Syirik Khafi dan Riya'.  Di sini kita cuma menyebut beberapa perkara penting selainnya. 


Pertama : Mendidik dan melatih anak dari kecil

Pendidikan pertama bermula dari rumah. Ibu bapa adalah Guru pertama bagi anak2. Dengan demikian ibu bapa perlu didik anak2 sesuai dengan Tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Mereka perlu mendidik anak2 dan berikan tunjuk ajar kepada anak berkenaan Keimanan dan keikhlasan di dalam beribadah. 


Ketika anak2 masih kecil, mereka diajar dengan kelebihan2 (fadhilat amal) berupa ganjaran pahala, Syurga dan Neraka. Ini bertujuan menggalakkan mereka beribadah. Langkah pertama ini sesuai dengan aqal kanak2.  (dan  sesuai dengan orang baru masuk Islam). 


Namun tidaklah selamanya anak2 diajar demikian. Apabila mereka sudah hampir ke usia baligh, mereka perlu dididik dengan pendekatan lain, iaitu ajar mereka beramal dengan niat ikhlas kerana Allah, ertinya tidak lagi menekankan "pahala, dan ganjaran2 berupa istana, bidadari dan lain2 keseronokan kesukaan nafsu rendah", Sebaliknya didik mereka beriman dan beramal semata2 kerana Allah dan mencari Redha Allah. 


Jika sistem ini tidak ditekankan kepada anak2 sejak umur hampir baligh, maka selamanya mereka akan melakukan amal ibadah yang bercampur aduk dengan kesyirikan (syirik khafi) — mereka akan terus beramal kerana suatu habuan dunia atau mengharap habuan Akhirat yang berupa kesukaan nafsu, dan ini termasuk Syirik khafi, sebagaimana dihuraikan terdahulu pada tajuk kecil "Syirik khafi".  Maka rugilah mereka dunia Akhirat. Wal Iyazubillah.  


Kedua : Penuntut yang tersalah niat, ubah niat segera


Pelajar2 yang masuk Univerisiti atau pusat2 pengajian tinggi atau pondok2 dengan NIAT untuk mencari habuan dunia atau berniat untuk mendebat Ulama, atau segala niat yang menyimpang dari kebenaran, masih berpeluang kembali ke pangkal jalan dengan Taubat Nasuha. 


Mereka wajib batalkan niatnya yang batil, dan berubah niat segera untuk mencari Keredhaan Allah.  Moga Allah Ta'ala ampuninya dan menerima amal ibadahnya.  Jika mereka tak berbuat demikian segera dan terus-menerus dengan niatnya asalnya yang batil, maka sia2lah segala amal ibadahnya, bahkan ditakuti hatinya menjadi keras dan mati. Wal Iyazubillah.


Moga kita semua termasuk anak2 yang sedang menuntut Ilmu selamat dari tipu daya nafsu, syaitan, makhluq dan dunia. 


SIRI 216 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu


Definisi


Dari segi bahasa :  

Yaktumun (يَكۡتُمُونَ) berasal dari kata ( كَتَمَ - يكْتُمُ ) yang bermaksud sembunyikan, mendiamkan, merahsiakan, sorokkan,  meninggalkan untuk memperlihatkannya. 


Dari segi istilah :

Yaktumun (يَكۡتُمُونَ = sembunyikan) bermaksud sembunyikan keterangan2 Allah (Al-Qur'an) atau Rasul-Nya (Hadith) daripada pengetahuan Ummat Islam atau sesuatu hukum yang patut diketahui oleh Ummat Islam tetapi ditutup sehingga membawa kepada kejahilan dan kesesatan. 


Penjelasan :


(1) Sembunyikan Ilmu atau suatu kebenaran yang patut diketahui oleh Ummat adalah di antara dosa2 yang amat besar kerana ianya mengakibatkan kebinasaan yang besar kepada Ummat Islam. 


(2) Dosa sembunyikan Ilmu ini adalah termasuk dosa mengubah keterangan Al-Qur'an sebagaimana yang dilakukan oleh orang2 alim di kalangan Bani Israil. Dengan demikian barangsiapa terlibat di dalam "sembunyikan ilmu", "sembunyikan keterangan Al-Qur'an dan Hadith" atau "menentang Ijma' Qias Ulama" atau "mengubah2 hukum mengikut nafsu atau mengikut kehendak manusia"... maka mereka termasuk manusia yang terkena La'nat Allah.  Wal Iyazubillah


(3) Demikian besarnya dosa ini sehingga ia dibicarakan secara khsusus di bawah suatu tajuk tersendiri, meskipun jika diperhalusi tajuk ini adalah sebahagian daripada Tajuk :  Khianat Amanah Allah


(4) Secara Umum sembunyikan Ilmu adalah dosa besar. Namun di sana terdapat beberapa perkara yang tidak tergolong ke dalam maksud "sembunyikan ilmu", meskipun pada zahirnya kelihatan seperti "sembunyikan ilmu", iaitu ketika wujud maslahat pada Agama. Di antaranya :


■ Perkara2 yang berhubung dengan Rahsia Ketuhanan

■ Natijah yang didapati oleh Salikin pada Jalan Ma'rifat

■ Perkara2 berhubung dengan keselamatan Jamaah /  Ummat

■ Menahan ilmu dari orang yang menyalahgunakan ilmu

■ Perkara yang tidak layak dipelajari disebabkan aqalnya yang masih mentah.


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :

"Ahli Tafsir mengatakan :  Keterangan Al-Qur'an menunjukkan bahawa menyembunyikan ilmu termasuk dosa besar kerana Allah sendiri menetapkan La'nat tertuju kepada pelakunya."

[Al-Zawaajir]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :

"Sebahagian Ulama berkata, ayat2 Al-Qur'an tersebut (Ayat Qur'an yang melaknat perlakuan menyembunyikan keterangan Allah) berisi dalil bahawa orang yang mampu menjelaskan Usuluddin bagi orang yang memerlukannya dengan dalil2 Aqliah, tetapi dia menolaknya atau sembunyikan suatu keterangan dari hukum Syara' yang sangat diperlukan, maka orang itu berhak mendapat ancaman tersebut."

[Al-Zawajir]


SIRI 217 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


Dalil-dalil


✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١٧٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡعَذَابَ بِٱلۡمَغۡفِرَةِ‌ۚ فَمَآ أَصۡبَرَهُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ (١٧٥)

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah atau padamkan terus) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari Qiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk dan (membeli) azab seksa Neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api Neraka itu."

[Al-Baqarah (2) : ayat 174-175]


✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

[Al-Baqarah (2) : ayat 159]


✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :

وَلَا تَلۡبِسُوا الۡحَـقَّ بِالۡبَاطِلِ وَتَكۡتُمُوا الۡحَـقَّ وَاَنۡتُمۡ تَعۡلَمُوۡنَ "


"Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya" 

[Al-Baqarah (2) : ayat 42]


✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :

وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ ۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُ ۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡاْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۖ فَبِئۡسَ مَا يَشۡتَرُونَ

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janji-Nya) itu."

[Aali Imran (3) : ayat 187]


✨🕌✨Sabda Rasulullah ﷺ :

"Sesiapa ditanya mengenai suatu ilmu yang diketahuinya, tetapi dia menyembunyikan, maka hari Qiamat dia dikekang dengan kekangan daripada api neraka."

[Imam Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah, Imam Baihaqi, Imam Haakim]


SIRI 218 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :

"Ayat ini turun berkaitan dengan para pemimpin dan tokoh agamawan Yahudi yang menerima berbagai hadiah dan penghargaan dari orang bawahan (rakyat / pengikut mereka) . Ketika Rasulullah  ﷺ diutus menjadi Rasul dan bukan dari kalangan mereka, maka mereka khuatir hadiah2 yang mereka terima akan berkurang dan kedudukan mereka terancam. Lalu mereka selidiki sifat2 Nabi di dalam Taurat. Mereka mengubahnya (mengubah keterangan Allah didalam Taurat) dan sebar luaskan keterangan tersebut yang telah diubah di kalangan mereka. Mereka (pemimpin dan agamawan Yahudi) berkata : Ini adalah sifat2 Nabi yang diutus pada akhir zaman. Sifat2 yang mereka gambarkan itu tak sama dengan sifat2 Muhammad Rasulullah ﷺ, maka saat itu Allah turunkan ayat ini."

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam At-Tabari Radhiallahu anhu :

"Penakwilannya: bahwa mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah tentang kenabian Nabi Muhammad ﷺ dengan cara mengambil wang sogokan lalu mengubah aya-ayat AIlah dan menggantikan makna-maknanya tidaklah diseretkan kecuali ke api Neraka.  

Pentakwilan "mereka membeli kesesatan dengan petunjuk" adalah mengambil siksa dan meninggalkan Keampunan Allah. Tetapi di sini Allah tak menyebutkannya kerana para pembaca sudah memahami maksudnya."

[Tafsir At-Tabari]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :

"Walaupun ayat ini ditujukan kepada orang2 Yahudi, namun orang2 Islam juga tercakup di dalamnya, kerana di antara mereka ada menutupi kebenaran dengan imbalan harta atau keduniaan yang akan musnah tanpa mereka sedari."

[Tafsir Qurtubi]


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :

"Contoh dua ayat tersebut (firman Allah berkenaan La'nat Allah ke atas orang yang sembunyikan Ilmu)  sekalipun ditujukan kepada kaum Yahudi yang sembunyikan sifat2 Nabi ﷺ  namun di dalam penjelasannya tetap berlaku hukum keumuman sebagaimana yang telah ditentukan meliputi penjelasan-penjelasan yang diturunkan kepada Nabi (ertinya siapa saja di kalangan Ummat Islam menyembunyikan suatu ilmu atau kebenaran, maka mereka termasuk La'nat Allah)"

[Al-Zawaajir]


SIRI 219 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


Penjelasan Tambahan :

Pengertian "Sembunyikan Ilmu"


Sebelum menyebut beberapa contoh, terlebih dahulu kita perlu memahami dengan jelas beberapa perkara penting darihal "Sembunyikan Ilmu".


■ Apakah makna Ilmu ?

■ Apakah Pengertian sebenar "Sembunyikan Ilmu"?

■ Siapakah yang sebenarnya menerima La'nat Allah?


(1)  Pengertian Sembunyikan Ilmu

Maksud " sembunyikan Ilmu"  adalah "Sembunyikan kebenaran" yang datang daripada Allah (Al-Qur'an), Rasul-Nya (Hadith) dan  "Ulama Warisatul Anbiya"  (Pewaris Rasulullah ﷺ yang benar).


(2) Kebenaran hanya wujud pada Ahlus Sunnah

"Kebenaran" yang dimaksudkan hanya wujud pada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen). Selain dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen) adalah kelompok2 yang menyimpang dari kebenaran dan terkeluar dari Jalan Allah dan Rasul-Nya yang benar. 


✨🕌✨ Firman Allah :

 وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

 "Dan inilah  jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain - jalan sesat), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.

[Al-An'am (6) : Ayat 153]


✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ:

"Suatu ketika Rasulullah ﷺ  membuat satu garis lurus, kemudian Baginda bersabda, “ Ini adalah jalan Allah”. Kemudian Baginda membuat garis-garis yang banyak di sebelah kiri dan kanan garis yang lurus tersebut, kemudian Baginda bersabda , “Ini adalah jalan-jalan (menyimpang), di mana pada setiap jalan tersebut ada syaitan yang menyeru kepadanya (pada jalan yang menyimpang itu).  Kemudian Baginda membaca ayat Qur'an ini (Surah Al-An'am ayat 153): 

    "  وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ "

[Imam Ahmad]


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda :

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian orang-orang setelah mereka (yang telah mengikuti sahabat)  kemudian orang-orang setelah mereka (yang mengikut atas orang yang mengikuti sampai silsilahnya kepada Rasulullah).”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda :

 “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti Sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama Al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah dia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.

 [Iman Turmizi, Imam Haakim]


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda :

"Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada Baginda , "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, ‘Al-Jama’ah (Ahlus Sunnah wal Jama'ah)’

[Imam Tirmizi]


SIRI 220 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu

sambungan .........


(3)  Kebenaran Ahlus Sunnah terpelihara keaslian sampai Qiamat

Ketahuilah dengan penuh keyakinan bahawa "Kebenaran"  Ahlus Sunnah ini diwarisi turun-temurun dari satu Generasi Pewaris Nabi kepada generasi Pewaris Nabi berikutnya  (mulai dari Sahabat Nabi, kemudian Tabiin, kemudian Tabbit-Tabiin, kemudian Imam2 berikutnya)  melalui Bai'at (janji setia) dan Musyafahah (menghadap Guru yang mengambil ilmu terus dari lisan Guru Pewaris Nabi yang siddiq),  dan dengan cara yang amat teliti, berdisplin dan penuh rahsia sehingga terpelihara keaslian dan kesuciannya sampai Qiamat.  Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar) 


✨🕌✨ Firman Allah :

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf (12)  : ayat 108]


Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar  (iaitu Pewaris Nabi yang muhaqqiq)  yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ,  yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (mereka dikenali sebagai Mursyid / Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat).

Manusia yang demikian digambarkan sebagai   ۥ  وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)

[Surah al-Kahfi (18) : ayat 17 ] "

[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar]


(4) Orang yang sembunyikan Ilmu?

Berdasarkan asbabun-Nuzul (sebab turun ayat), adalah menunjukkan La'nat Allah terkena kepada pemimpin2 dan Agamawan Yahudi yang sembunyikan kebenaran, namun secara umum pengajarannya dan hukumnya terkena kepada siapa sahaja dari kalangan orang islam yang mengetahui akan kebenaran tetapi mereka merahsiakannya atau mengubahnya kepada kebatilan. 


Secara khusus hukum ini  terkena kepada mereka yang bergelar "Ulama", "mufti", "ahli fatwa"  kerana merekalah yang menjadi tumpuan manusia mengambil hukum-hakam Agama dan panduan hidup menurut Kehendak Allah dan Rasul-Nya.   Dengan demikian, apabila disebut "Sembunyikan Ilmu" adalah terkena secara khusus kepada Golongan ini. 


Secara umum orang yang terlibat di dalam "menyembunyikan ilmu" adalah siapa sahaja di kalangan Ummat Islam yang  memahami selok-belok Agama, mengetahui hukum-hakam, halal haram, serta segala hal ehwal berkaitan hidup sebagai orang beriman menurut pegangan Ahlus Sunnah, tetapi mereka sembunyikannya dari pengetahuan orang lain. Maka mereka termasuk golongan yang sembunyikan ilmu. 


(5) Bentuk2 Sembunyikan Ilmu


■ Mengubah kandungan kitab Allah — sama ada dengan cara hapuskan ayat2 Allah atau menggantikan dengan ayat lain atau tokok tambah ayat2 lain.  


■ Mentafsir Al-Qur'an mengikut nafsu aqal / pendapat sendiri / kehendak manusia. 


■ Memandai2 mentafsir Al-Qur'an sedangkan dia bukan Mujtahid yang benar2 layak mentafsir Al-Qur'an.


■ Memberikan fatwa yang batil / menyalahi Ijma' (kesepakatan) Ulama Mu'tabar. 


■ Mendiamkan diri dari menyatakan hukum yang sebenar sedang dia tahu.


Moga dengan penjelasan ringkas ini, memperoleh faham pengertian sebenar "Sembunyikan Ilmu", "Sembunyikan kebenaran" dan akibat terhadap mereka yang melakukannya. Hanya mereka yang mempunyai mata hati mengambil pelajaran.


Bersambung siri  221  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...