LARANGAN BERI JAWATAN KEPADA YANG MINTA2 JAWATAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

LARANGAN BERI JAWATAN KEPADA YANG MINTA2 JAWATAN

LARANGAN LANTIK PEMIMPIN TAMAK KUASA

Menurut pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen), Sistem Pemerintahan Negara / Kepimpinan Negara / Khalifah / Amir .... adalah menifestasi Wahyu Ilahi.  Setiap Pemimpin / Khalifah / Amir memegang Amanah Allah atas muka bumi.   Setiap Pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya di Hadapan Rabbul Jalil...!

✨🕌✨Rasulullah     bersabda:

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ

" Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang kamu pimpin

[Imam Muslim]

Oleh yang demikian Kepimpinan Negara tidak boleh diserahkan kepada sebarang manusia melainkan orang yang benar2 layak sebagai Pemimpin — iaitu dia adalah orang yang tinggi Taqwanya, benar2 takut kepada Allah, amanah, adil dan mempunyai Ilmu Agama yang luas meliputi zahir dan batin.

Kepimpinan Ummat BUKAN hadiah untuk direbut2,  BUKAN juga dunia untuk dikejar2..!  Sebaliknya ia adalah Amanah yang amat berat.  Oleh yang demikian DILARANG KERAS seseorang meminta-minta jawatan atau menduduki posisi Kepimpinan Negara ; baik di peringkat bawahan apa lagi peringkat atasan.   Demikian juga DILARANG berikan jawatan Kepimpinan kepada orang yang meminta2 kepada jawatan tersebut.    Pendirian Ahlus Sunnah ini berdasarkan larangan Baginda Rasulullah . 

✨🕌✨Rasulullah bersabda :

إِنَّا وَاللَّهِ لاَ نُوَلِّى عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلاَ أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

Sesungguhnya kami, demi Allah tidak akan menyerahkan pekerjaan ini kepada seorang pun yang memintanya, atau seorang pun yang sangat menginginkannya.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Kepimpinan adalah Amanah yang amat berat.   Jika seseorang yang diberi Amanah, tidak melaksanakannya menurut tuntutan Allah dan Rasul-Nya, maka ini akan bawa seribu penyesalan di akhirat kerana Neraka menjadi tempat duduknya.  Hal ini  terbukti dari tindakan Rasulullah menolak permohonan sebilangan Sahabat yang meminta suatu jawatan. 

✨🕌✨Rasulullah bersabda :

"Wahai Abu Zarr, engkau tidak mampu sedangkan jawatan adalah Amanah. Ia adalah penghinaan dan penyesalan di hari Qiamat melainkan mereka yang menguruskannya dengan cara yang betul."

[Imam Muslim]

Sebab2 dilarang berikan jawatan kepada yang meminta2?

(1)    Sifat orang yang meminta2 jawatan itu sendiri menunjukkan kebodohannya memahami Amanah Allah Ta'ala.

(2)    Sikap meminta2 jawatan itu sebenarnya datang dari cetusan  dan desakan  nafsu kejahatannya yang mempunyai seribu muslihat. 

(3)  Jika di berikan jawatan, mereka akan menggunakannya sewenang2 untuk memenuhi hawa nafsunya, mengumpulkan kekayaan serta abaikan amanah.

(4)     Orang yang ingin sangat jadi pemimpin lazimnya menjadi sombong takabbur, rakus dunia dan zalim

Bukti Sejarah Negara ini:

Kenyataan yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun berkenaan hal ini adalah ketika pentadbiran Negara di bawah "Pemimpin Zalim dan bodoh " yang memerintah selama lebih kurang 2 tahun.   Sewaktu pemerintahan golongan ini banyak kali berlaku penyelewengan, kepincangan dan kekufuran.  

Di antaranya.....:

(1) Berbagai penghinaan terhadap Undang2 Islam dan ajaran Islam

(2) Penghinaan terhadap Sunnah2 Rasulullah

(3) Popularkan fahaman Liberal / bebas

(4) Menyuburkan Golongan LGBT

(5) Menyuburkan Penguasaan orang kafir di dalam Pentadbiran Negara

(6) Menjadi tamak, rakus dan zalim

Bukankah sangat jelas hikmah besar di sebalik larangan memberi jawatan kepada orang menuntut-nuntut jawatan?

Bukankah sangat jelas akibat dari melantik orang yang tidak layak sebagai Pemimpin Ummat?    

Bukankah sangat jelas,,....apabila jawatan diberikan kepada orang meminta-minta, maka akibatnya amat buruk sekali.  

Seluruh pentadbiran negara akan menjadi kucar kacir, diliputi fitnah dan Agama tergadai ...!

Khianat kepada Amanah Allah adalah tanda-tanda  MUNAFIQ.

Sesungguhnya setengah dari bahaya khianat kepada Amanah Allah adalah dia akan tergolong kepada Golongan Munafiq.

✨🕌✨Rasulullah bersabda :

Tanda orang munafiq itu ada tiga; jika berkata, ia berdusta; jika berjanji, ia ingkar; jika diberi amanah, ia berkhianat”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

✨🕌✨Rasulullah     bersabda :

 “Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh Allah, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga.”

[Imam Muslim]

✨🕌✨Rasulullah     bersabda :

  “Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepemimpinan, padahal kelak di Hari Qiamat ia menjadi penyesalan.”

[Imam Bukhari]

Tanda2  Kehancuran Ummat.:

Di antara tanda-tanda  kebinasaan satu kaum, kebinasaan Agamanya dan mengundang bala Kemurkaan Allah Ta'ala adalah ketika mereka menyerahkan jawatan kepada orang yang bukan ahlinya.

✨🕌✨Rasulullah     bersabda :

Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya, “Bagaimanakah bentuk sia-siakan amanah itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”

[Imam  Bukhari].

Moga sekalian Ummat,  khususnya Ummat Islam di tanah air ini mengambil i'tibar dan pengajaran.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...