H1 : SIRI 1 - SIRI 40 : AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ


MUQADDIMAH


Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Memerintah sekalian Alam Semesta.  Solawat dan Salam kasih kepada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ yang menerangi seluruh alam dengan Sirr (Rahsia yang sangat mendalam) yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada Baginda.  Salam Kasih kepada Ahlul-Bayyit Baginda yang mulia, Para Sahabat Baginda dan sekalian Pewaris Nabi yang terpilih, yang di-Limpahi Cahaya Rabbaniyyah serta Cahaya Nubuwwah yang memakmurkan bumi dan langit dengan Kalimah Allah sampai Qiamat.

Menurut Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, Syari’at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) adalah dua bahagian Ilmu Agama yang WAJIB diamalkan oleh setiap orang yang benar-benar beriman.  Di dalam ungkapan yang mudah, Syari’at adalah ilmu dan amal yang takluk (berhubung dan berkait) kepada anggota zahir manusia dan Toriqat adalah ilmu dan amal yang takluk kepada anggota batin manusia (hati).

Ilmu dan amal berhubung dengan anggota Zahir adalah:

Solat, puasa, zakat, Haji, Da’wah, Jihad, pemerintahan dan lain-lain.

Ilmu dan amal berhubung dengan hati adalah: 

Zikrullah, Muraqabah, Musyahadah, jauhi penyakit hati, jauhi dosa-dosa hati, jauhi  Syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian hati), kewajipan  khusyu’ dan bahaya lalai, kewajipan Ikhlas dan bahaya ujub, riya’, sum’ah, takabbur, tawakkal bi-ghairillah, kewajipan mencapai Keimanan Sejati dan bahaya nifaq dan banyak lagi hal ehwal berhubung hati.

 

Kedua-dua ilmu ini (Syari’at dan Toriqat) bersumber dari Kitabullah dan Sunnah Rasul ﷺ.  Ia bukan rekaan Ulama tetapi hasil Ijtihad (bersungguh-sungguh menerbitkan hukum) oleh Ulama Mujtahid (iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar yang layak melakukan ijtihad) dari dua sumber Agung Ilmu – Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ.

 

Seluruh angkatan _Masyaikh Ahlus Sunnah_ telah sepakat bahawa kedua-dua ilmu ini; Syari’at (kadangkala disebut Fiqh) dan Toriqat (kadangkala disebut Tasawwuf) hukumnya fardhu ‘ain atas setiap mukallaf.  Ertinya barang siapa abaikan salah satu daripadanya, maka dia jatuh kepada kebinasaan berat : fasiq atau zindiq.  Wal ‘Iyazubillah.

 

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

(Mujaddid Agung sepanjang zaman)

"Dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.  Pertama Ilmu Zahir, disebut Syari'at.  Kedua Ilmu Batin, disebut Ma'rifat (yang terhasil dari Toriqat).  Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin.  Kedua-duanya WAJIB dipadukan (amalkan sekaligus dan jangan abaikan satu pun daripadanya) dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat.  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : Ayat 19 dan 29".  Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah  sebagaimana Firman Allah:    "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]


SIRI 2

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Muqaddimah 

.... sambongan....


Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

(Mujaddid Agung sepanjang zaman)

"Dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.  Pertama Ilmu Zahir, disebut Syari'at.  Kedua Ilmu Batin, disebut Ma'rifat (yang terhasil dari Toriqat).  Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin.  Kedua-duanya WAJIB dipadukan (amalkan sekaligus dan jangan abaikan satu pun daripadanya) dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat.  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : Ayat 19 dan 29".  Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah  sebagaimana Firman Allah:   "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]

 

Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata:

(Mujtahid Mutlaq Mazhab Maliki)

“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq.  Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq.  Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka itulah kebenaran."

[Nukilan Imam Ghazali di dalam Ihya, Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi di dalam Risalah Ma’rifat, Imam Zarruq di dalam Qawaid Tasawwuf, Imam Qusyairi di dalam Risalah Qusyairiyah, Imam Asy-Sya'rani di dalam Tabaqat]

 

Inilah pegangan Ahlus Sunnah yang benar.  Mereka berpegang teguh dengan Syari’at dan Toriqat Nabi ﷺ tanpa berpisah-pisah sebagaimana warid (datang) dari Rasulullah ﷺ melalui para Sahabat, Tabiin, Tabiit-Tabiin, Imam-Imam, Masyaikh turun-temurun dari satu generasi kepada generasi berikutnya sampai ke saat ini dan akan berterusan menjadi pegangan Ahlus Sunnah sehingga tiba saatnya.

 

Persoalannya, mengapakah kebanyakan orang Islam tidak memahami hakikat ini?  Mengapakah kebanyakan orang Islam hanya amalkan ilmu Syari’at (fiqh) sahaja sedangkan Toriqat (tasawwuf) diabaikan?  Bahkan sebahagian orang Islam menganggap Toriqat sebagai suatu yang asing dan rekaan Ulama.  Sebahagian lagi terang-terang menuduhnya sebagai bid’ah sesat.  Wal Iyazubillah.

 

Secara umum, di kalangan orang Islam sendiri, wujud dua  Golongan Ghuluww, yang menyalahi ketentuan Ulama Ahlus Sunnah dari hal memahami dan mengamalkan Syari’at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.

 

Pertama:

Golongan ghuluw  (melampau ketentuan Agama yang benar) yang terang-terang ingkar, menafikan dan memerangi Ilmu Tasawwuf, Toriqat, Ma'rifat, Ahli Sufi,  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq,  Ahli Sufi dan lain-lain yang berkaitan.

 

Golongan ghuluww  ini menganggap semua ini bid'ah sesat, dan suatu yang asing dalam Agama.  Ada juga terlalu melampau sampai menuduhnya sebagai ajaran Hindu, Majusi dan sebagainya.    Wal Iyazubillah!  Mereka ini adalah Golongan Wahabiyah (Khawarij zaman ini),  Golongan Syi'ah (Rafidhi), Golongan sekular, Liberal  dan lain-lain  dari 72 golongan sesat yang lain yang masih aktif sehingga zaman ini.  

 

Kedua:

Golongan ghuluww (melampau ketentuan Agama yang benar) dari kalangan orang Islam yang mengakui kebenaran Toriqat dan Tasawwuf dan mengetahui cabang ilmu ini secara teori, tetapi mereka menyeleweng dari maksud sebenar Toriqat dan segala suatu yang berkaitan dengannya.

 

Sebahagian mereka menyalahgunakan ilmu yang mereka pelajari untuk kepentingan dunia seperti untuk mencapai kekuatan di dalam bersilat, menyedut duit (mencuri), ingin menjadi bomoh, dukun, pawang, nujum dan sebagainya.

 

Sebahagian lain mengingkari Ilmu Syari’at dengan dakwaan batil yang mereka cipta menurut bisikan Syaitan.  Pada pendapat golongan ini, Syari’at tak perlu diamalkan kerana menganggap mereka sudah mencapai maqam yang tinggi sehingga tak perlu lagi Syari’at?  Ini adalah fahaman orang zindiq.  Wal Iyazubillah.

 

Sebahagian lagi menjadi sesat akibat dari tiada Guru memimpinnya.  Mereka membaca sendiri kitab-kitab Tasawwuf dan beramal sendiri sehigga ditarik oleh Syaitan kepada Gerbangnya.  Atau mereka meninggalkan Guru Mursyidnya untuk jalan sendiri atas sangkaan sudah mencapai maqam Ketuhanan.  Atau mereka terkena istidraj akibat berubah niat, hilang ikhlas, menyalahi adab-adab besar atau tiada Syukur kepada Ni’mat Allah.


SIRI 3

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Muqaddimah 

.... sambongan....

Sesungguhnya banyak lagi pecahan-pecahan kelompok sesat lain yang telah terkeluar dari Ahlus Sunnah tetapi mengaku ahli Toriqat, mengaku ahli Ma'rifat.

 

Menurut Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, terdapat 11 kelompok di zaman beliau yang tersesat di dalam keruhanian (sufi palsu) akibat terikut nafsu dan bisikan Iblis.  Pada zaman ini kedua-dua golongan ini (golongan ingkar kepada Toriqat atau ingkar kepada Syari’at) masih wujud di kalangan Ummat tetapi di dalam bentuk dan nama yang berbeza-beza sedangkan hakikatnya serupa sahaja dengan golongan sesat terdahulu.  Wal Iyazubillah.

 

Di dalam risalah kecil ini, In shaa Allah kami cuba huraikan sebahagian dari penjelasan berkenaan Syari’at dan Toriqat Rasulullah ﷺ berdasarkan fatwa Ulama bertaraf Auliya Allah yang telah masyhur di Dunia Islam.  Mereka adalah Pemimpin Ummat yang benar-benar mewarisi Ilmu Nabi ﷺ zahir batin.

 

In shaa Allah, kami mulai dengan penjelasan berkenaan Haqiqat Ahlus Sunnah, diikuti dengan Sumber Agung Ilmu yang menjadi rujukan Ahlus Sunnah, syarat dan kelayakan Mujtahid, larangan keras mentafsir Al-Qur’an dan Sunnah tanpa Petunjuk Allah.  Sesudah itu, baru kami sebutkan definisi dan dalil-dalil Al-Qur’an dan Sunnah berserta fatwa Ulama Mujtahidin berhubung dengan Kewajipan amalkan Syari’at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.

 

Moga Allah Ta’ala Menerangi hati mereka yang benar-benar mencari kebenaran dan jalan kembali kepada Allah dengan selamat.

 

Firman Allah:

 

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”

[Al-Ankaboot (29) : Ayat 69]


SIRI 4

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

 

Fasal 1: Definisi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

 

Menurut bahasa:

Kalimat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah terdiri dari 3 suku kata"

ahl

Sunnah

jama'ah

 

Kalimat ahl adalah bermaksud:

 "keluarga" atau "pengikut"

 

Kalimat Sunnah adalah bermaksud:

manhaj, jalan, toriqah

 

Kalimat Jama'ah adalah bermaksud:

Golongan, kelompok, Ummat seluruhnya

 

Menurut Istilah:

Kalimat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah adalah bermaksud:

Jemaah Ummat Islam yang mengikuti sepenuhnya Manhaj pendidikan Rasulullah ﷺ, zahir dan batin sebagaimana yang diterima oleh para Sahabat Ridhwanullahi Alayhi Ajmain dan dipindahkan sepenuhnya oleh para Sahabat kepada Ulama Tabiin, kemudian berpindah lagi kepada Ulama Tabiit-Tabiin, kemudian berpindah lagi bersambung-menyambung daripada satu generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada generasi Mursyid seterusnya melalui kaedah Bai'at (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah (menerima terus dari lisan Guru) yang paling teliti, berdisiplin yang terpelihara keasliannya dan kesuciannya.

 

Penjelasan

 

Penjelasan 1: Mengapa kaitkan Ahlus Sunnah?

Jika ada yang bertanya mengapa perlu kaitkan definisi berkenaan Ahlus Sunnah sedangkan tajuk bicara adalah Bab Syari'at dan Toriqat, maka jawapannya adalah:

Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ terhimpun di dalam Ahlus Sunnah.  Ia bukan terpisah.  Ia bukan sesuatu yang asing sebagaimana sangkaan sebahagian orang Islam. Toriqat berakar umbi di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagaimana Syari'at.  Kedua-dua bahagian ilmu dan amal ini — Syari'at dan Toriqat adalah bersumber dari wahyu, menafikan satu daripadanya adalah kekufuran yang nyata.

 

Penjelasan 2: Cerdik pandai Agama tetapi jahil

Sebahagian orang Islam yang jahil, (termasuk setengah daripadanya orang bergelar "alim", "Kiyai", "Prof", "Drs" ) ingkar kepada Toriqat (yang sahih dari Rasulullah ﷺ) kerana mereka menyangka ianya suatu yang asing dalam Agama. Dunia moden, pemikiran moden,sistem jahiliah moden telah mengelabui mata mereka. Mereka jauh dari haqiqat Agama walaupun mereka bergelar sarjana dan "alim ulama".  Wal Iyazubillah.

 

Penjelasan 3: Ahlus Sunnah adalah pendokong Syari'at dan Toriqat

Apabila disebut pendokong Ahlus Sunnah, yang dimaksudkan adalah pendokong Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.  Mereka berpegang teguh dengan kedua-dua bahagian ilmu dan amal yang warid (datang) dari Rasulullah ﷺ — tanpa berpisah-pisah.  Mereka bersungguh-sungguh amalkan kedua-duanya tanpa abaikan mana-mana bahagian daripadanya demi mencapai haqiqat Ubudiyyah yang dituntut oleh Allah daripada hamba-hamba-Nya.

 

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

(Mujaddid Agung sepanjang zaman)

"Ahlus Sunnah Wal Jama'ah berkata: Sahabat Radhiallahu anhu adalah ahli _jazbah_ kerana kekuatannya menemani Nabi ﷺ.  Tarikan batin tersebut menyebar kepada Shaikh-shaikh Toriqat (Mursyid-Mursyid Toriqat) dan bercabang lagi pada silsilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakan Ummat.  Yang tinggal hanyalah orang yang meniru-niru sebagai Shaikh tanpa pengertian yang mendalam (tidak mengenal haqiqat dan Ma'rifat sebenar) dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid'ah menjadi beberapa cabang, di antaranya Qalandariah, Haidariyah, Adhami dan banyak lagi.  Adapun ahli fiqih (syari'at) dan Irsyad (toriqat) pada zaman ini sangat sedikit.  Bagaimanakah cara membezakannya?  Cara membezakannya adalah dengan (melihat kepada) dua macam aspek: Pertama aspek Zahir dan kedua aspek Batinnya.  Zahirnya berpegang kepada aturan Syari'at dalam perintah maupun larangan.  Batinnya mengikuti jalur Suluk (Toriqat) dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang diikuti adalah Nabi ﷺ dan Baginda menjadi perantara antara dia dengan Allah."

[Sirrul-Asrar]


SIRI 5

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Penjelasan 4: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq mewarisi keseluruhan Agama

Ramai tidak menyedari, termasuk salikin (murid pada jalan Ma'rifat) bahawa Mursyid yang Siddiq (benar) mewarisi keseluruhan Agama ~ iaitu Syari'at dan Toriqat Rasulullah zahir dan batin.

Mursyid yang Siddiq BUKAN semata-mata membimbing murid dengan zikir dan wirid tetapi mereka adalah pemimpin Ummat ~  memimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah keseluruhannya.

 

Firman Allah:

 

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar  (Mursyid yang Siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.    Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.     ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا     =  Wali Mursyid)

[Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] "

[Tamat nukilan kitab: Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]

 

Syarahan:


Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa  Pengisytiharan Mutlaq   berhubung dengan Mursyid dan Jalan Rasulullah ﷺ — Ahlus Sunnah wal Jamaah.

 

(1) Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang membawa manusia kepada kebenaran, iaitu bawa manusia mengenal Allah dan ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.

 

(2) Ungkapan    " هَذِهِ سَبِيلِي "   (Inilah Jalanku) adalah isyarat kepada "Jalan Ma'rifat" ,  " Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar",  iaitu

" Jalan Menuju Allah yang sebenar"  yang membawa kepada Allah, mengenal Allah dan ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.

 

(3) Ungkapan "   عَلَى بَصِيرَةٍ  "    (penyaksian mata hati yang amat jelas ) itu adalah isyarat kepada Tauhid yang suci murni,  iaitu mentauhidkan Allah dengan pandangan mata hati yang jernih.  Pencapaian Tauhid yang suci murini ini hanya mampu diperoleh oleh seseorang dengan menyucikan batinnya dari sekalian kekejian dan kekotoran ma'nawiyah dengan pimpinan Guru  yang arif, Wakil Rasulullah ﷺ .

 

(4)   Ungkapan  "  أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي    "    (aku dan pengikutku)  adalah isyarat kepada seluruh Angkatan "Pengikut Khusus" Baginda  ﷺ  yang terpilih, iaitu Mursyid /  Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi yang menerima, beramal dan memindahkan Ilmu zahir batin sampai Qiamat. 

 

Apabila diperincikan maksudnya adalah :

Para Sahabat Ridhwanullah dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka lagi  — sambung- menyambung sampai Qiamat.  Ini yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ .   Ertinya maksud   "pengikutku"  itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ  tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada Seluruh Angkatan Pimpinan Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat.   Angkatan Mursyid ini juga dikenali sebagai Khalifah dan Sahabat Rasulullah ﷺ . 

 

Maksud dari semua ini adalah:

Seorang Mursyid yang Siddiq adalah Mukmin yang dipilih khusus oleh Allah mewarisi Rasulullah ﷺ , dianugerahi Maqam Nubuwwah, diberi keteguhan hati untuk menanggung Amanah Allah atas muka bumi.  Mereka mewarisi keseluruhan Agama ~ Pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sampai Qiamat.

 

Wallahu A'lam


SIRI 6

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

 

Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

 

 

Dalil 1: Firman Allah:

 

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ  وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.  Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”

[Al-An’am (6) : Ayat 153]

 

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

Ayat di atas dan yang seumpama dengannya di dalam al-Qur’an adalah merujuk kepada Perintah Allah  terhadap golongan Mukmin agar sentiasa berada dalam jamaah dan menegah mereka daripada perselisihan dan perpecahan yang menyesatkan.

[Tafsir Ibn Abbas]

 

Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

Yang dikehendaki dengan Jalan Lurus adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Dan yang dikehendaki dengan "jalan cerai-berai" adalah jalan kelompok-kelompok bid'ah sesat yang keluar dari Saf Ummat. [72 Golongan bid'ah sesat — Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyyah dan lain-lainnya].  (Kemudian beliau menukil Hadith berkenaan perpecahan Ummat Islam kepada 73 golongan dan yang selamat hanya satu iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama'ah).

 

Hadith Rasulullah ﷺ:

 

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.

 

"Berkata Sayyidina ‘Auf Bin Malik Radhiallahu anhu, Sabda Rasulullah ﷺ :  “Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) firqah (golongan), satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka.  Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) firqah (golongan), yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga.  Dan demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) firqah, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada Baginda , "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, “Al-Jama’ah.”

[Imam Tirmizi]

 

[Tamat nukilan dari kitab Tafsir Al-Jami' Al-Qur'an]


SIRI 7

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

sambongan....


Dalil 2: Firman Allah:

 

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ  فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

 

“(Ingatlah akan) hari (Qiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?   Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

[Aali- Imran (3) : Ayat 106]

 

Tafsiran umum:

Firman Allah di atas BUKAN ditujukan kepada orang kafir tetapi kepada golongan orang Islam pada awalnya kemudian mereka berpaling menjadi kafir. Ini kerana ayat Allah : “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?” Ertinya di kalangan orang Islam sendiri yang mengaku beriman tetapi pada hakikatnya mereka sudah jatuh murtad atau kafir terang-terangan.  Wal Iyazubillah.

 

 

Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

Menurut Ibn Abbas, wajah mereka yang putih berseri adalah pendokong Sunnah (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dan muka mereka yang hitam legam adalah pendokong Bid’ah sesat [Khawarij (wahhabiyyah), Syi’ah (rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain berjumlah 72 golongan].

[Tafsir Qurtubi]

 

Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu anhu:

"Pengikut-pengikut Ahlus Sunnah akan bersinar dengan cahaya putih dan pendokong Bid'ah dan perpecahan akan menjadi gelap."

[Tafsir Ibn Kathir]

 

Berkata Sayyidina Abu Umamah Radhiallahu anhu:

Mereka yang wajah mereka hitam legam (merujuk Firman Allah Aali-Imran ayat 106) adalah kaum Khawarij (golongan pemberontak paling awal) dan wajah mereka yang bercahaya adalah orang-orang yang mereka bunuh.

[Imam Tirmizi]


SIRI 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

sambongan...

 

Dalil 3: Firman Allah:

 

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin.”

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]

 

Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (iaitu Pewaris Nabi yang muhaqqiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ,  yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.  (mereka dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat).

Manusia yang demikian digambarkan sebagai   ۥ  وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar)

[Surah al-Kahfi (18) : Ayat 17 ] "

[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar]

 

Penjelasan tambahan:

Sesungguhnya detik permulaan Kepimpinan “Ahlus Sunnah Wal Jama’ah” adalah daripada Khulafa Ar-Rasyidin dan BUKAN pada kurun ke-3 Hijriyyah sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Ketika sebahagian orang Islam mula keluar dari Saf Ummat Islam dan membentuk firqah-firqah sendiri, yang menyalahi Al-Qur’an dan Sunnah, para Sahabat khususnya Khulafa Ar-Rasyidin tetap berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

Sebagaimana kami tegaskan: Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran. Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi Ummat ini.  Generasi Pewaris Nabi seterusnya dikenali sebagai Mursyid, Imam, Shaikh, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang Siddiq.

 

Khulafa Ar-Rasyidin diberi gelaran “Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah.  Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun - temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya hingga saat ini dan akan berterusan sampai Qiamat.  Di dalam sebutan lain, Pewaris Nabi yang dinamakan “Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq” itulah pelopor Ahlus Sunnah dan peneraju Ahlus-Sunnah sepanjang zaman sampai Qiamat.

 

Allah Ta’ala memilih mereka sebagai Wakil Allah dan Rasul-Nya bagi memimpin Ummat kepada Jalan Lurus, Jalan kebenaran dan kesucian sampai Qiamat.

 

Firman Allah:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ

 

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami.”

[Faathir (35) : Ayat 32]


SIRI 9

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 2: Dalil-Dalil Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

sambongan....

Dalil 4: Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.

 

"Berkata Sayyidina ‘Auf Bin Malik Radhiallahu anhu, Sabda Rasulullah ﷺ :  “Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) firqah (golongan), satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka.  Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) firqah (golongan), yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga.  Dan demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) firqah, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada Baginda , "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, “Al-Jama’ah.”

[Imam Tirmizi]

 

Dalil 5: Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

"إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ".

 

 “Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan ummatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk Neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah?  Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”.

[Imam Tirmizi]

 

Dalil 6: Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)

 

 “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“.  Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri.  Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.

 [Imam Tirmizi,  Imam Al-Haakim - sahih]

 

 

Dalil 7: Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

“وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ”.

 

“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, ummatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk Syurga dan 72 golongan yang lain masuk Neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah?  Nabi bersabda: Ahlus-Sunnah Wal al-Jama`ah”.

[Diriwayatkan oleh al-Tabarani]

 


SIRI 10

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 3: Tanda-Tanda Ahlus Sunnah yang benar

sambongan...


Berikut adalah 10 tanda utama Ahlus Sunnah yang benar berdasarkan fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qdir Jilani Radhiallahu anhu, Imam Ghazali Radhiallahu anhu, Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu.  Untuk keterangan lengkap sila rujuk kitab kami: ”40 Prinsip Ahlus Sunnah”

 

Pertama:

Meyakini bahawa satu-satunya kelompok ummat yang selamat dan dijamin Syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

 

Kedua:

Dasar pengambilan hukum adalah tiga sumber utama:

Al-Qur'an

As-Sunnah

Al-Ulama

(Ijma’ dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)

 

Ketiga:

Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf seperti berikut:

 

Fiqh:

●Mazhab Hanafi,

●Mazhab Maliki,

●Mazhab Syafi’e,

●Mazhab Hanbali

 

Usuluddin:

●Asy’ariyyah

●Maturidiyyah

 

Toriqat (Tasawwuf):

Mengakui 44 (empat puluh empat) Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.

 

Keempat:

Meyakini setiap orang Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan beramal dengan tiga macam Ilmu asas fardhu ain, iaitu:

 

Fiqh

Usuluddin

Tasawwuf

 

Kelima:

Setiap orang beriman wajib berguru kepada salah seorang dari wakil Rasulullah ﷺ yang diamanahkan untuk memimpin ummat kepada Allah.  Iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka adalah Warisatul Anbiya yang Siddiq (benar) dan sekaligus  pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman mulai dari Kurun sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga Qiamat.

 

Keenam:

Mengakui dan memuliakan semua Auliya Allah yang ternama.


SIRI 11


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 3: Tanda-Tanda Ahlus Sunnah yang benar

sambongan....


Ketujuh:

Menolak semua kelompok yang telah difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang Mu'tabar. Golongan Batil dan Palsu yang telah difatwa Sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Mu’tabar adalah:

 

72 Golongan sesat Aqidah:

 (1) Khawarij (Wahabiyah zaman ini)

(2) Mu'tazilah

(3) Murji'ah

(4) Syiah

(5) Jahmiyyah 

(6)  Najjariyyah

(7) Dharariyyah

(8) Kilabiyyah

(9) Musyabbihah

 [Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

 

 11 Kelompok sesat keruhanian/ ilmu batin sesat:

(abad ke-5 Hijriyyah)

(1) Hululiah

(2) Haliah,

(3) Awliaiyyah,

(4) Syamuraniyya,

(5) Hubbiyah,

(6) Hurriyah,

(7) Ibahiyyah,

(8) Mutakasyiliyah,

(9) Mutajahiyah,

(10)Wafiqiyah,

(11) Ilhamiyah

 

[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

 

Kelapan:

HARAM dan berdosa besar mengkafirkan atau hukum sesat atau hukum syirik  kepada seseorang Muslim  atau satu kumpulan orang Islam dengan semata-mata pendapat aqal atau nafsu.   Hak jatuhkan hukuman pada individu atau kumpulan adalah pada Ulama Pewaris Nabi yang mahir di dalam selok-belok hukum Agama serta Mahkamah Islam.  Orang awam cuma menasihati atau memberi peringatan atau amaran kepada orang-orang yang tersalah jalan.

 

Kesembilan:

Haram, berdosa besar dan masuk kepada kekufuran sesiapa mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat aqalnya.

Maksud haram mentafasirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut aqal adalah cuba memahami ayat Qur'an dan Hadith Nabi mengikut pendapat sendiri dan jadikannya pegangan.

 

Kesepuluh:

Meyakini perkara-perkara berikut berdasarkan Al Qur'an, Hadith serta Fatwa Ahlus Sunnah:

(1) Yakin Kewujudan Nur Muhammad

(2) Rasul, Nabi, Auliya Allah (yang telah wafat) hidup di alam Barzakh secara istimewa dan harus ditemui atau bertemu orang soleh yang hidup.

(3) Sunnat ziarah Maqam Rasul, Nabi, Wali Allah dan umum orang beriman.

(4) Sunnat mengambil barakah dari  tubuh Nabi seperti rambut, air liur, peluh, atau pakaian Baginda, sama ada ketika Baginda hidup atau sesudah wafat.

(5) Harus tawassul melalui Rasulullah, Auliya Allah dan orang-orang soleh.

(6) Sunnat menyambut dan muliakan Maulid Nabi.

(7) Harus mengadakan tahlil dan kenduri arwah.

(8) Harus menggunakan ruqyah, azimat, ta'weez, Aufaq yang menepati syarat-syarat yang telah difatwakan oleh Ulama Mu'tabar.

(9) Bersikap pertengahan di dalam menyambut bulan-bulan kemuliaan tertentu seperti Muharram, Rejab, Sya'ban dan jauhi sama sekali golongan ghuluw yang melampaui ketentuan Agama (Ahlus Sunnah).  Ertinya TIDAK menolak terus kemuliaan-kemuliaan di dalamnya serta beramal sesuai dengan ketentuan Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.

(Jauhi sikap Wahabiyah).  Pada masa yang sama TIDAK pula berlebihan sehingga mencipta ayat palsu, hadith-hadith palsu, khabar palsu.

(Jauhi sikap Syi'ah rafidi)

(10) Fatwa-fatwa lain yang diputuskan oleh Ulama Ahlus Sunnah dari semasa ke semasa.


SIRI 12

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

 

Fasal 4: Khulafa Ar-Rasyidin pelopor Ahlus Sunnah

 

Sehingga ke hari ini sebahagian Ummat masih terpinga-pinga mencari jawapan kepada beberapa persoalan berkaitan Ahlus Sunnah.

 

 Bilakah Zaman Kepimpinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermula?

Adakah kurun ke-3 atau kurun ke-5 atau kurun ke-7 atau lainnya?

 Siapa pelopor Ahlus Sunnah?

 Siapa pemimpin Ahlus Sunnah yang sebenarnya yang wajib diikuti?

 

Berikut kami sampaikan secara ringkas, dalam bentuk poin-poin penting:

 

Poin 1: Khulafa Ar-Rasyidin Pelopor Ahlus Sunnah

Sesungguhnya detik permulaan Kepimpinan “Ahlus Sunnah Wal Jama’ah” adalah daripada Khulafa Ar-Rasyidin dan BUKAN pada kurun ke-3 Hijriyyah sebagaimana sangkaan sebahagian orang.  Ketika sebahagian orang Islam mula keluar dari Saf Ummat Islam dan membentuk firqah-firqah sendiri, yang menyalahi Al-Qur’an dan Sunnah, para Sahabat khususnya Khulafa Ar-Rasyidin tetap berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

 

Poin 2: Ahlus Sunnah tidak pernah terpisah dari Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah

Sebagaimana kami tegaskan berulangkali:

Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Agama hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran.

 

Poin 3: Khulafa Ar-Rasyidin penunjuk Jalan kepada Allah

Khulafa Ar-Rasyidin diberi gelaran “Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar kembali kepada Allah — Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun - temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya hingga saat ini dan akan berterusan sampai Qiamat.  Di dalam sebutan lain, Pewaris Nabi yang dinamakan “Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq” (di mulai oleh Khulafa Ar-Rasyidin) itulah pelopor Ahlus Sunnah dan peneraju Ahlus-Sunnah sepanjang zaman sampai Qiamat.  Allah Ta’ala memilih mereka sebagai Wakil Allah dan Rasul-Nya bagi memimpin Ummat kepada Jalan Lurus, Jalan kebenaran dan kesucian sampai Qiamat.

 

Firman Allah:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ

 

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami”

[Faathir (35) : Ayat 32]

 

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada sekalian angkatan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.

 

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat atau Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana.  (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)

 

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

  [Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

 

SIRI 13

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 4: Khulafa Ar-Rasyidin pelopor Ahlus Sunnah

sambongan...

 

Poin 4: Terpelihara kesucian dan keaslian Warisan Rasulullah ﷺ

Dari merekalah (Khulafa Ar-Rasyidin) turunnya Sistem Warisan Rasulullah ﷺ kepada Generasi _Warisatul Anbiya_ (Pewaris Nabi) kemudiannya turun temurun tanpa putus dengan jalan yang benar-benar  terpelihara keaslian dan kesuciannya.

 

Manhaj Ahlus Sunnah adalah satu-satunya Manhaj yang dibangunkan dari Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ yang benar, yang suci bersih, tiada ternoda, tiada penyelewengan serta terpelihara sepanjang zaman sampai Qiamat.  Manhaj Ahlus Sunnah tetap suci dan terpelihara keasliannya sampai Qiamat kerana ia di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala.

 

Rasulullah     bersabda:

 

أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)

 

 “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“.  Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri.  Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.

[Imam At-Tirmizi, Imam Haakim]

 

Poin 5: Pembuat bid'ah sebenar adalah 72 golongan sesat

Sesungguhnya Golongan pembuat bid'ah sebenar adalah Khawarij (wahhabiyyah kini), Syi'ah (rafidhi), Muktazimah, Jabariyyah, sekular, liberal dan lainnya

 

Firman Allah:

 

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ  فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

 

“(Ingatlah akan) hari (Qiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman?   Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak):  Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

[Aali- Imran (3) : Ayat 106]

 

Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

Menurut Ibn Abbas, wajah mereka yang putih berseri adalah pendokong Sunnah (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dan muka mereka yang hitam legam adalah pendokong Bid’ah sesat [Khawarij (wahhabiyyah), Syi’ah (rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain berjumlah 72 golongan].

[Tafsir Qurtubi]

 

Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu anhu:

"Pengikut-pengikut Ahlus Sunnah akan bersinar dengan cahaya putih dan pendokong Bid'ah dan perpecahan akan menjadi gelap."

[Tafsir Ibn Kathir]

 

Berkata Sayyidina Abu Umamah Radhiallahu anhu:

Mereka yang wajah mereka hitam legam (merujuk Firman Allah Aali-Imran ayat 106) adalah kaum Khawarij (golongan pemberontak paling awal) dan wajah mereka yang bercahaya adalah orang-orang yang mereka bunuh.

[Imam Tirmizi]

 

Poin 6: Imam Abu Hasan Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi ijtihad pendirian Ahlus Sunnah

Sesungguhnya Imam Abu Hasan Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi adalah dua orang Ulama besar Ahlus Sunnah yang melakukan Ijthad menghimpunkan pendirian Ahlus Sunnah berhubung dengan Aqidah Ahlus Sunnah.  Mereka tidak membuat ajaran baru.

 

Poin 7: Ahlus Sunnah meliputi seluruh kehidupan

Pendidikan Ahlus Sunnah merangkumi seluruh kehidupan orang Islam — Syari'at dan Toriqat, zahir dan batin, jasmani dan ruhani, ruh dan jasad.


SIRI 14

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 5: Mursyid yang Siddiq Pemimpin Ahlus Sunnah — pilihan Allah

 

Generasi Mursyid yang Siddiq (benar) yang di amanahkan menjadi Pemimpin Ahlus Sunnah adalah pilihan Allah. Bukan pilihan manusia atau lantikan manusia. Bukan pilihan pemerintah, Bukan pilihan parti-parti politik. Bukan dipilih melalui undian demokrasi.

 

Mereka (Mursyid yang Siddiq) adalah Ulama Warisatul Anbiya yang dikenali juga sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat,  memperoleh Limpahan Cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) dan Cahaya Nubuwwah    Nur Muhammad di dalam batin mereka.

 

Mereka dipanggil "Sufi"  kerana Allah Ta'ala telah menyucikan batin mereka dari sekalian syirik dan mazmumah.   Mereka dikenali sebagai Ahli Ma'rifat kerana mereka telah mengenal Allah dengan sebenar kenal dari dalam hati, ruh dan Sirr (Rahsia batin yang sangat dalam).  Mereka juga dikenali sebagai Mursyid kerana merekalah  yang bersifat rashid — yang menunjukki jalan lurus, jalan yang di-Redhai Allah (bermula daripada Khulafa Ar-Rasyidin).

 

Mursyid yang Siddiq di katakan Ulama Warisatul Anbiya' (Pewaris Nabi) yang sebenar kerana mereka adalah insan istimewa pilihan Allah yang dipilih khusus bagi menyambung Warisan Rasulullah ﷺ.   

 

Apakah  maksud "dipilih khusus"?

 

"Dipilih khusus" bermaksud Allah Ta'ala yang memilih mereka serta mengangkat Darjat mereka mengatasi manusia lain.  Hal ini sebagaimana penegasan Allah Ta'ala melalui Kalam-Nya yang Maha Agung:

 

Firman Allah:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]

 

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang di maksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah di tujukan kepada  Warisatul Anbiya  yang Allah Ta'ala pilih khusus lalu Kurniakan mereka Ilmu dan Hikmah yang tinggi dari Sisi-Nya.   Ini yang dimaksudkan oleh Al Imam Sulton Auliya ketika mentafsirkan ayat ini dengan kata beliau....

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang2 yang berilmu dan hikmah  adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga  kasyaf  Ilahiyyah)"

 

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman Nya:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 [Tamat nukilan dari Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


SIRI 15


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 5: Mursyid yang Siddiq Pemimpin Ahlus Sunnah — pilihan Allah

sambungan....

 

Jika engkau bertanya, bagaimana "Pilihan Allah" itu diketahui, maka jawapannya adalah:   Seseorang yang dilantik oleh Allah Ta'ala menjadi "Ulama Pewaris Nabi Pemimpin Ahlus Sunnah", diilhamkan oleh Allah Ta'ala kepada Guru yang sedang memimpinnya, (yang sudah pasti beliau adalah Pewaris Nabi yang benar)

 

Maksudnya Warisatul Anbiya'  yang sedang memimpin Ummat mengisytiharkan di dalam Majlis beliau akan seseorang yang di ilhamkan kepada beliau oleh Allah Ta'ala sebagai Warisatul Anbiya. Beliau hanya menzahirkan kepada ummat akan pilihan Allah Ta'ala.  Beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk melantik seseorang menjadi "Pewaris Nabi".    

 

Apabila diperhatikan turutan dari atas:

Rasulullah ﷺ "menzahirkan" para Sahabat  Ridhwanullah (khususnya Khulafa Ar-Rasyidin) yang akan memimpin Ummat setelah kewafatan Baginda. Para sahabat kemudiannya "menzahirkan" Ulama dari kalangan Tabiin yang akan menjadi Pewaris Rasulullah ﷺ.   Ulama Tabiin kemudiannya "menzahirkan"  Ulama dari kalangan Tabiit Tabiin yang menjadi Pewaris Nabi seterusnya.  Begitulah seterusnya Risalah suci Ilahi sambung-menyambung dari satu tangan kepada tangan Pewaris Nabi berikutnya yang benar sampai Qiamat.

 

Dengan demikian, Warisatul Anbiya yang siddiq ini BUKAN lantikan Pemerintah, BUKAN pilihan parti-parti Politik, BUKAN pilihan masyarakat umum yang dipilih melalui undian, BUKAN juga kerana segulung Ijazah yang mereka miliki seperti PhD, Drs, Profesor atau lain2nya. Ringkasnya .... perlantikan Warisatul Anbiya' TIADA kaitan apa pun dengan pilihan manusia.

 

Perhatikanlah dari matahati yang jernih:

Ulama  yang menerima Limpahan cahaya Rabbaniyyah serta di dalam pimpinan Rasulullah      inilah Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi yang sebenar).  Ulama seperti ini TIDAK sesekali mampu disesatkan oleh Iblis La'natullah kerana mereka di dalam Pimpinan Allah Ta'ala serta pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. Hamba-hamba Allah yang terpilih ini sentiasa berserta Allah, menghadap Allah di Hadratul Quddus  (Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci) dan tangan mereka di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. sebagaimana penyaksian sekalian ahli Ma'rifat....

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Pewaris Nabi yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


 SIRI 16

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 6: Kunci keselamatan — Kaedah Pemindahan Ilmu yang terpelihara keaslian, kesucian dan kebenaran

 

Di manakah letaknya kunci keselamatan Ahlus Sunnah wal Jamaah? Apakah rahsianya?

Apakah punca sebenar kesesatan 72 Golongan yang terkeluar dari Saf Ummat?  Kesemua golongan sesat juga merujuk Al-Qur'an dan Sunnah tetapi apa yang menyebabkan mereka sesat?

 

Jawapan ringkas adalah:

Kaedah Kesinambungan yang bersifat Rabbani yang membawa petanda khusus Pemeliharaan Allah ke atas Warisan Suci Rasulullah ﷺ.  Keistimewaan Kesinambungan Generasi Mursyid yang memegang Amanah Rasulullah ﷺ. sebagai Pewaris Nabi adalah terletak pada kaedah penerimaan  dan perpindahan Ilmu dalam bentuk yang sangat rapi dan terpelihara keasliannya, iaitu:

 

Pertama:

Penerimaan Ilmu zahir syari'at dengan wasilah Bai'at  (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah  (berhadapan dan menerima langsung dari lisan Gurunya — yang sambung-menyambung silsilah pengambilan ilmu sampai Rasulullah ﷺ

 

Kedua:

Penerimaan Ilmu Haqiqat dan Ma'rifat melalui limpahan — tuangan daripada HATI (Mursyid)  ke dalam HATI (murid). 

 

Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

مَا صَبَّ اللهُ فِى صَدْرِىْ إِلاَّ صَبَبْتُ فِى صَدْرِ أَبِى بَكـْرٍ

 “Apa-apa yang Allah tuangkan ke dalam dadaku, aku tuangkannya ke dada Abu Bakar”

[Imam Bukhari]

 

Ketiga:

Penerimaan ilmu  langsung dari Allah — Limpahan Anugerah Nur Allah terus  ke dalam dada Mursyid —  dipanggil  Ilham, firasat, ladunni, khitob,  kasyaf.

 

Firman Allah:

 

وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا

 

"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."

[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]

 

 

Melalui kaedah yang sangat rahsia, berdisiplin, beradab, rapi dan sistematik ini, Ilmu Ahlus Sunnah akan terpelihara sampai Qiamat. Inilah Jalan Lurus, Jalan Kebenaran mutlaq.

 

Firman Allah:

 

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]

 

Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Para ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah pilih sebagai Pelita Agama-Nya. Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan. Mereka adalah pewaris para Nabi, pengganti mereka dan pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi  ﷺ :  “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki. Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Riwayat Imam Ad-Dailami].

[Tamat nukilan Sirrul Asrar]

 

Inilah rahsia yang tidak di miliki oleh Golongan sesat dan pembuat bd'ah sesat (Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), sekular, demokrasi, kapitalis dan lainnya. Akibatnya mereka membuat fatwa menurut nafsu, dunia dan bisikan Syaitan. Pimpinan mereka sentiasa dibayangi kesesatan. Wal Iyazubillah

 

SIRI 17


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 7:  Lima Fasa Pemerintahan Islam

 

 

Lima fasa Pemerintahan Ummat Islam:

 

Fasa Pertama : تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ 

Period Pemerintahan Nubuwwah dan kasih sayang — Ini fasa Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.

 

Fasa Kedua : تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah iaitu Pemerintahan Khalifah-Khalifah yang bersifat Mursyid atau Rasyid — Sayyidina Abu Bakar, Sayydina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan Ridhwanullahi alaihim ajma'in.

 

Fasa Ketiga : مُلْكًا عَاضًا

Period Pemerintahan Mulkan Addhan, Kerajaan Zalim.  Iaitu mulai dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.

 

Fasa Keempat :  مُلْكًا جَبَّرِيًّا

Period Pemerintahan Mulkan Jabriyyan / Jabbabiratun iaitu period pemerintahan Pembesar-Pembesar (Menteri Besar, Pembesar, Orang kaya besar) yang memerintah sewenang-wenang tanpa panduan apa pun.  Mereka menggunakan apa saja sistem ikut nafsu seperti sistem demokrasi, sistem sosialis, kapitalis dan lain-lain.

Period ini yang kita berada sekarang.

 

Fasa kelima : خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.

Sekalian Ummat sedang menunggu penzahiran diri beliau, zamannya sudah sangat hampir.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ

 

“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas kehendak Allah (beberapa tahun).  Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia Kehendaki.  Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah  (Penerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang ada atas Kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya.  Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada atas kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya.  Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, Pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada atas kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya.  Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian),  kemudian Nabi diam."

[Imam Ahmad]

 

SIRI 18


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 7: Lima Fasa Pemerintahan Islam

sambungan...

 

Penjelasan Ringkas:

 

(1) Pemerintahan Negara berkait rapat dengan Agama — Hukum-hakam di dalam Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama Ahlus Sunnah.

 

(2) Setiap pemerintah menanggung Amanah Allah di atas muka bumi.  Allah Ta'ala memerintahkan mereka memerintah dengan adil dan Taqwa.  Mana-mana Pemimpin yang khianati Amanah Allah akan menerima azab yang berat.

 

(3) Demikian juga sekalian pendokong pemimpin zalim akan menerima azab berat kerana dosa subahat.

 

(4) Berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ, hanya Pemerintahan Ummat pada Fasa 1, 2 dan ke-5 menjalankan Amanah Allah atas muka bumi dengan Taqwa dan Keadilan.

 

(5) Adapun dua period lagi iaitu Fasa ke-3 yang ke-4 yang ditadbir oleh Amir, Raja, Sultan  (zaman selepas Khilafah yang adil) dan kemudian Fasa ke-4 yang ditadbir oleh Pembesar dengan berbagai sistem kuffar (zaman sekarang) kedua-dua Fasa ini adalah fasa kezaliman dan kefasikan, kecuali ada beberapa peribadi yang benar-benar mencontohi Rasulullah ﷺ seperti Imam Umar Abdul Aziz.  Kebanyakan pemimpin lain memerintah dengan berbagai kefasikan dan kezaliman.

 

(6) Selepas Sayyidina Hasan _Radhiallahu anhu_ serahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyyah untuk elakkan pertumpahan darah, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq TIDAK lagi mengambil bahagian dalam politik. Mereka menjauhi semua pemerintah yang rakus, tamak haloba dan zalim yang bergelumang di dalam politik kotor ahli politik.

 

(7) Adapun "Ulama" yang bersubahat dengan Pemerintah Zalim hanya Ulama dunia, Ulama As-Su yang mementingkan pangkat dan memenuhi nafsu kemewahan dunia.  Ulama As-Su ini  menjadi penasihat pemerintah untuk mengeluarkan Fatwa sesat yang menyenangkan pemerintah.

 

Firman Allah:

 

إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلإحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِي ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَاءِ وَٱلْمُنْكَرِ وَٱلْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

 

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.  Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.

[An-Nahl (16) : Ayat 90]

 

Firman Allah:

 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

[Al Anfal (8) : Ayat 27]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

إنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإمَارَةِ ، وَسَتَكونُ نَدَامَةً يَوْمَ القِيَامَة

 

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepemimpinan, padahal kelak di Hari Qiamat ia menjadi penyesalan.”

[Imam Bukhari]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

“Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh Allah, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya Syurga.”

[Imam Muslim]

 

SIRI 19


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

 

Fasal 1: Definisi Syari'at

 

Ta'rif atau definisi teramat penting bagi menentukan ruang batas, sifat, matlamat sesebuah ilmu.  Bahkan secara umumnya ta'rif, tafsir, huraian dan syarahan bagi semua istilah-istilah di dalam Agama amat penting bagi memastikan kebenaran suatu ilmu. 

 

Ta'rif ini wajib sesuai dengan jiwa Agama, iaitu sebagaimana Ta'rif yang diberikan oleh Ulama Mujtahid yang benar (bertaraf Auliya Allah).  Hanya dengan berpegang kepada ta'rif, huraian, tafsir, syarahan yang diberikan oleh Ulama bertaraf Auliya Allah, barulah Ummat  ini akan selamat.  Sebaliknya merujuk kepada ta'rif, tafsiran, syarahan selain dari mereka (orang yang cetek ilmu dan tidak menepati syarat sebagai Mujtahid) akan membawa kepada kesesatan dan kecelakaan.  Wal Iyazubillah.

 

Dari segi bahasa:

Asy-Syariah berasal dari kata (شَرَعَ - يَشْرعُ - شَرِيْعَة) yang membawa makna: memulai, mengawali, memasuki, memahami, sumber.

 

Dari segi istilah:

Syari'at adalah undang-undang, peraturan, hukum-hakam Agama., piagam yang Allah turunkan kepada Ummat manusia melalui seorang Nabi untuk didirikan dan diamalkan, berupa perintah dan larangan.

 

Penjelasan:

 

(1) Secara Umum, pengertian Syari'at mencakupi seluruh kehidupan manusia, mulai dia lahir sampai dia hembuskan nafas terakhir.  Ertinya setiap hukum Syari'at membawa beban syara' ke atas mukallaf (akil baligh) dan takluk kepada balasan.

 

(2) Apabila diperhalusi pada penilaian zahir (perbuatan anggota zahir) dan penilaian batin (hati), Syari'at terbahagi dua:

Pertama : Syari'at zahir — biasa disebut syari'at sahaja

Kedua : Syari'at batin — biasa disebut Toriqat, Tasawwuf

 

(3) Kedua-dua bentuk Syari'at; syari'at zahir dan syari'at batin tertakluk kepada hukuman dan balasan.  Sebahagian hukuman ke atas dosa-dosa zahir (syari'at) akan dirasai oleh pelakunya ketika di dunia lagi.  Namun sebahagian besar hukuman ke atas perbuatan batin (hati) akan diadili oleh Allah Ta'ala sendiri di Hari Perhitungan.  Ini kerana perlakuan hati manusia tersembunyi, tidak diketahui oleh orang lain melainkan Allah dan dirinya sendiri.

 

(4) Ummat Islam wajib dirikan Hukum-hakam Syari'at di atas muka bumi.  Ia tertanggung atas bahu setiap Pemimpin. Jika mereka memilih undang-undang lain selain Agama Allah, mereka akan menerima hukuman berat.  Kenyataan yang berlaku pada zaman ini adalah hampir semua pemimpin Islam memilih undang-undang kafir.  Wal Iyazubillah.

 

(5) Setiap muslim wajib mempelajari hukum-hakam Agama yang bersifat zahir (Syari'at — fiqh) dan amalkannya dan menjunjung tinggi menurut kemampuannya.  Demikian lagi wajib mempelajari Syari'at batin (Toriqat — Tasawwuf) dan amalkannya.  Kenyataan yang berlaku pada zaman ini dan zaman sebelum ini, kebanyakan Ummat Islam hanya amalkan Syari'at (syari'at zahir) sedangan Toriqat (Syari'at batin) diabaikan.

 

SIRI 20


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ


Fasal 2: Definisi Toriqat

 

Dari segi Bahasa:

Toriqat ( طريقة ) adalah istilah  Arab bermaksud Jalan,  kaedah, manhaj, methodologi, mazhab, sistem dan lain-lain.

 

Dari segi Istilah:

Sekalian Ulama Arif Billah, Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang muhhaqiq (benar) telah mengemukakan berbagai istilah untuk menta'rifkan istilah Toriqat.  

 

Definisi Pertama:

Toriqat adalah himpunan sekalian amal soleh yang berkait dengan kebaikan hati dan ruh, diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ,  serta dihimpunkan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Arif,  menjadi  suatu Sistem Tarbiyyah (Pendidikan) yang tersusun lengkap, bertujuan mendidik seseorang Muslim menjadi hamba Allah yang sejati, dengan pimpinan Gurunya (Guru Mursyid yang benar).

 

Definisi Kedua:

 "Toriqat adalah Ilmu yang menyatakan segala syarat-syarat, peraturan, adab-adab dan kaifiyyat (cara-cara) mengerjakan Zikrullah, Muraqabah (tafakkur atau merenung), Musyahadah  (syuhud atau menyaksikan),    sehingga seseorang itu menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan sebenar Ubudiyyah."

 

Definisi Ketiga:

Toriqat adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah,  menyucikan batin HATInya  daripada  sekalian syirik khafi  (syirik yang tersembunyi), seperti takabbur, ujub, riya'  dan lainnya, dan daripada sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat kekejian) seperti khianat,  hasad dengki, tamak haloba,  bakhil, cinta dunia dan lainnya,  dan daripada ghaflah  (kelalaian), kemudian menghiasinya dengan segala sifat Mahmudah (sifat-sifat kepujian), iaitu segala sifat-sifat yang di-Redhai dan di-Kasihi Allah.

 

Definisi Keempat:

Toriqat adalah satu Disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini dengan pimpinan Shaikhnya (Mursyid yang Siddiq),   seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala kepada hakikat Islam, Iman dan Ihsan.

 

Definisi atau makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang lain, semua ini tidak bertentangan.  Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri),  bebas merdeka daripada segala sesuatu selain Allah,  sehingga akhirnya menjadi hamba Allah yang sejati,  hamba yang di-Redhai dan di-Kasihi Allah.

 

Penjelasan:

 

(1) Toriqat adalah suatu Disiplin Ilmu dan Amal yang bersumber dari Kitabullah dan Sunnah Rasul, Ianya BUKAN rekaan Ulama atau aqal fikir manusia seperti yang dituduh oleh golongan sesat. 

 

(2) Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) hanyalah  ijtihad mengambil dan menghimpun dalil dan qaidah-qaidah Al-Qur'an dan Sunnah Rasul serta menunjukkan jalan tertentu atau jalan khusus  untuk mengamalkannya.

 

(3) Toriqat adalah himpunan ilmu dan amal yang berkaitan hati, yang bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit sebagaimana Perintah dan tuntuan Allah Ta'ala terhadap manusia, iaitu hapuskan sekalian syirik khafi  (syirik yang tersembunyi),  mazmumah (sifat-sifat kekejian), ghaflah (kelalaian), aghyar (selain Allah) sehingga hati itu bersinar dengan cahaya Ketuhanan.

 

(4) Dengan mempelajari, beramal dan berpegang teguh dengan prinsip Toriqat,  (berserta Syari'at) seseorang beriman akan memperoleh TAUHID yang suci murni,  UBUDIYYAH yang tulus ikhlas  dan kemuncak KEREDHAAN Allah.

 

(5) Kemuncak Keredhaan dan Kasih Allah inilah yang dikenali dengan berbagai istilah di dalam Ma'rifat:

 

● Maqam Taqwa yang sempurna, 

● Maqam Tasawwuf yang sempurna,

● Maqam Mukasyafah  yang tahqiq, 

● Maqam Ihsan,

● Maqam Tajalli.

 

SIRI 21


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

 

Fasal 3: Definisi Fiqh

 

 

Dari segi bahasa:

Fiqh (الفقه) berasal dari kata  ( فقه يفقه فقها) bermaksud:

pemahaman, pengertian, memahamkan, mengajarkan, mendidik, mendalami.

 

Dari segi istilah:

Fiqh (الفقه) adalah ilmu yang menerangkan hukum-hukum syara’ yang ditetapkan secara khusus bagi perbuatan-perbuatan _mukallaf_ (akil baligh) meliputi wajib, haram, harus, sunnat, makruh, sah dan batal.

 

Penjelasan:

 

(1) Ilmu Fiqh adalah ilmu yang terbit dari Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah diambil dari Kitabullah, Sunnah Rasulullah ﷺ.

 

(2) Masyaikh Ahlus Sunnah mendefinisikannya sebagai ilmu-ilmu berkenaan hukum-hakam syari’ah yang bersifat amali, yang diambil daripada dalil-dalil syar’ie yang terperinci.

 

(3) Daripada berbagai pendapat (Ijtihad) Ulama maka lahir berbagai _mazhab fiqh_. Empat mazab fiqh yang masyhur menurut Ahlus Sunnah adalah :  Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'e, Mazhab Hambali

 

(4) Perbezaan Syari'at dan Fiqh:

Syariat adalah hukum-hakam umum yang bersifat Ketuhanan yang tetap, tidak berubah sedangkan fiqh adalah Ijtihad,  tafsiran, pemahaman dan aplikasi praktikal syariat yang

dihasilkan oleh ulama' Ahlus Sunnah untuk menerangkan hal-hal ibadah zahir dan mengeluarkan fatwa dari semasa ke semasa menurut keperluan Ummat.

Syariat bersifat abadi dan universal, manakala fiqh bersifat kontekstual dan boleh berubah mengikut keperluan zaman. (Ijtihad Ulama)

 

(5) Hukum-hukum yang berkaitan dengan Tasawwuf (bab hati) tidak termasuk dalam perbicaraan ilmu fiqh.

 

(6) Asalnya, di zaman Rasulullah ﷺ dan Sahabat ungkapan "fuqaha" adalah ditujukan kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar, yang pemahaman beliau meliputi sekalian Ilmu zahir dan batin.  Apabila zaman berlalu, tinggallah Ulama yang hanya amalkan ibadah zahir sahaja, sedangkan Ilmu hati, pembersihan jiwa diabaikan. Mereka subahat kepada Pemerintah zalim, mengeluarkan fatwa sesat dan mnyesatkan.  Maka mereka adalah termasuk Ulama fiqh zahir atau Ulama As-su (ulama jahat).  Mereka bukan Ulama Pewaris Nabi yang sebenar.

 

SIRI 22


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

 

Fasal 4: Definisi Tasawwuf

 

  

Dari segi Bahasa:

Dari sudut bahasa, Tasawwuf dan Sufi dikatakan berasal dari beberapa ungkapan:

(1)   Dari kalimah الصَفَاءُ   [Sofa] yang melambangkan kesucian hati daripada Syrik khafi dan sifat-sifat mazmumah.

 

(2)  Dari kalimah صُوْفُ  [Suf]  yang menjadi pakaian ahli-ahli zuhud menjauhi kemewahan dunia.

 

(3)   Dari kalimah الصَّفُّ  [Saf] yang bermaksud saf solat kerana Ahli Tasawwuf berada di saf hadapan ketika solat.

 

(4)  Dari kalimah الصُّفَّةُ,  [Suffah]  iaitu tempat di utara masjid Nabi yang menjadi tempat bermalam bagi sahabat-sahabat Nabi yang zuhud lagi fakir.  Mengikut riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah katanya: Aku pernah melihat 70 orang daripada kalangan ahli suffah yang tinggal di tempat tersebut.

 

(5)  Dari kalimah سُوْفِيَا [Sufiya]  yang membawa maksud hikmah kebijaksanaan.

 

Dari segi istilah:

Dari sudut istilah, Ulama Ahlus Sunnah memberikan banyak Ta'rif yang berbeza-beza.  Menurut Imam Zarruq, terdapat lebih  2000 ta'rif yang merujuk kepada Ilmu Tasawwuf.  

Walaupun berbagai ta'rif diberikan oleh Ulama Arif,  namun ianya tidak bertentangan. Sebaliknya kesemua ta'rif tersebut saling melengkapi dan menguatkan antara satu dengan lain. Dan apabila diteliti secara halus kesemua istilah tersebut membawa makna yang menuju kepada satu pengkhususan iaitu -  HATI dan KESUCIAN HATI!

 

Penjelasan

 

(1) Ilmu Tasawwuf (Toriqat dan haqiqat Tasawwuf) adalah satu dari cabang utama Ajaran Islam menurut pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen).

 

(2) Perbezaan Toriqat dan Ilmu Tasawwuf  adalah:

Toriqat adalah wahyu yang datang dari Allah, tiada berubah sama sekali sedangkan Tasawwuf adalah Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah.

 

(3) Maksud utama Tasawwuf adalah kesucian hati.

Kesucian HATI yang dimaksudkan adalah kesucian daripada sekalian kesyirikan, syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian) dan ghaflah (kelalaian).  Dengan erti kata yang tegas, Tasawwuf atau Toriqat membawa insan kembali kepada fitrah dirinya suci murni…! Dan inilah hakikat seruan sekalian Anbiya dan Mursalin -  Seruan kepada Kalimah Tauhid yang suci Kalimah La Ilaha Ilallah.

 

(4) Sama seperti Ilmu Fiqh, Ilmu Tasawwuf juga takluk kepada hukum Syara' — Wajib, Sunnat, Makruh, Halal, Haram.

 

(5) WAJIB bagi setiap Muslim amalkan kedua-dua Syari'at (fiqh) dan Toriqat (tasawwuf). Apabila seseorang Muslim amalkan kedua-dua ilmu ini — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (tasawwuf) dengan pimpinan Guru yang rasyid - Mursyid,  maka akan terhasil baginya ilmu Tauhid yang murni.

 

(6) Barang siapa abaikan salah satu daripadanya, maka dia akan jatuh kepada fasiq atau zindiq.

 

(7) Sebahagian budak-budak baru yang baru berjinak-jinak dengan Ilmu Tasawwuf mendakwa Tasawwuf tiada hukum, hanya fadhilat sahaja. Ini kebodohan, kerana menurut penelitian Ahli Ma'rifat, dosa yang terkumpul di dalam hati akibat dosa-dosa hati adalah jauh lebih banyak berbanding dosa zahir.

 

(8) Mempertikaikan Syari'at (fiqh) atau Toriqat (tasawwuf) adalah kebodohan yang mencelakakan, kerana orang-orang yang mempertikaikan demikian adalah menentang Allah dan Rasul.  Wal Iyazubillah

 

 SIRI 23


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 4: Definisi Tasawwuf

sambongan...

 

 

(9) Menjelaskan Hubungan dan Kaitan Toriqat dan Tasawwuf:

 

●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat diri insan yang bertaqwa yang ingin dicapai sedang Toriqat  menunjukkan jalan-jalan bagi mencapai kecemerlangan tersebut.

 

●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan ketinggian akhlaq mulia, sedangkan Toriqat mengatur langkah-langkah, amal soleh, sistem mencapai kemuliaan dan kesucian tersebut.  

 

●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap orang beriman membersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah  (sifat keji) dan ghaflah   (kelalaian), sedang Toriqat melatih melakukan  amal-amal soleh yang terdiri dari zikrullah,  mujahadah, khilwah (uzlah) dan lain-lain untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang menuju Allah.

 

●Tasawwuf menyebut halangan-halangan berupa nafsu, syaitan, makhluq dan  dunia, yang sentiasa menghambat manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekufuran.  Sedang Toriqat adalah praktis menyediakan benteng diri, perisai dan senjata bagi melawan sekalian bisikan-bisikan hawa nafsu syaitan.

 

(10) Analogi kaitan antara Toriqat dan Tasawwuf

Pesakit parah, ubat, rawatan dan Doktor Pakar

 

Analogi 1:

Katakan seseorang terlibat di dalam kemalangan serius yang boleh meragut nyawanya.

Pesakit yang cedera parah dalam kemalangan perlukan rawatan segera.  Pesakit yang cedera parah ini memerlukan doktor pakar yang mengetahui selok-belok kecederaan dan rawatannya yang sesuai.   Pesakit ini TIDAK boleh dirawat di klinik biasa atau doktor biasa kerana kesakitannya yang amat parah.  Menurut kajian sains dan hukum aqal, orang yang cedera parah akan maut jika tidak dirawat segera dan rawatan mesti dilakukan oleh pakar, bukan doktor biasa.

 

Pesakit tadi dibawa ke hospital pakar dan dirawat oleh doktor pakar.  Doktor pakar menggunakan kaedah-kaedah khusus untuk merawat pesakit.  Pesakit akan diberi ubat atau penawar yang sesuai untuk menyembuhkan kecederaannya.  Pesakit diberi penjagaan rapi di bilik khas.  Doktor pakar ulang alik bagi memastikan tiada jangkitan kuman pada kecederaan dan ubat yang diberi memadai untuk penyembuhan.   

 

Cuba perhatikan sungguh-sungguh anologi di atas:

 

1.  Ilmu yang menjelaskan tentang parahnya orang yang cedera dan sakit, ilmu berkenaan perlunya rawatan segera, ilmu berkenaan pakar yang perlu merawatnya. Ini adalah ibarat Ilmu Tasawwuf.

 

2.  Pesakit dibawa ke Hosptal Pakar dan kemudian dirawat oleh doktor pakar dengan kaedah-kaedah rawatan khusus, dengan berikan suntikan dan ubat-ubat yang tertentu dan diberi penjagaan rapi sehingga sembuh,  ...  semua ini adalah ibarat Toriqat.  

 

3. Doktor pakar yang merawat pesakit tadi sehingga sembuh dan selamat dari "maut"  adalah ibarat  Shaikh Mursyid di dalam Agama.

 

SIRI 24


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

 

Dalil 1: Firman Allah:

 

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق  اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ  عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَم"

 

"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.  Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam.  Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

[Al ‘Alaq (96) : Ayat 1-5]

 

 

Kalimat "  اقْرَأْ "  (iqra) lazim diertikan secara umum sebagai "baca".  Ini kita semua tahu dan kenal.

 

Walau bagaimanapun Kalimat ini tidak hanya terbatas pada makna "baca" menurut pengertian sempit.  Tetapi ianya suatu "pengisytiharan Agung" yang mengandungi makna yang sangat mendalam.  

 

Menurut Ulama Bahasa Arab:

Kalimat Agung dan Wahyu  Pertama ini ditinjau dari nahwu (tatabahasa) dan balaghah  (bahasa) mempunyai beberapa makna iaitu ;  menghimpun kalimat, menyusun kata-kata,  menyebut, mengingat, berzikir, merenung, membaca yang tersurat, merenung yang tersirat, lihatlah di dalam diri,  renunglah sekalian ciptaan,  renunglah kepada Pencipta kamu....

 

Menurut Ulama Arif Billah, Kalimat "Iqra" mendukung  makna yang sangat mendalam,  mencakupi dua pengertian Agung:

 

Pertama:

Makna "baca" dengan pengertian ilmu tersurat iaitu  ilmu hukum-hakam terangkum di dalam Al-Qur'an berkaitan dengan ibadah anggota zahir —  ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan juga meliputi muamalah, munakahat, jenayah, pemerintahan, negara dan lain-lain.  Ini kemudiannya dikenal sebagai Ilmu Syari'at.

 

Kedua:

Makna "baca" dengan pengertian ilmu yang tersirat iaitu  "Zikrullah, Merenung dan Mengenal" yang terangkum di dalam Al-Qur'an  yang berkait dengan ibadah anggota batin -  iaitu penyucian hati dan ruh dari kekotoran jahiliyah dan kekejian  ma'nawiyyah.  Ilmu ini kemudiannya dikenali sebagai Ilmu Toriqat.

 

Kenyataan kepada Ilmu Syari'at dan Ilmu Toriqat yang menerbitkan Ma'rifat ini diterangkan oleh Kalam Allah berikutnya.....

 

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

 

Yang Mengajar manusia dengan perantaraan Kalam.   Ini meliputi hukum-hakam Syari'at yang ta'luk kepada anggota zahir yang kemudiannnya dikenali sebagai Syari'at.

 

dan ...

 

 عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

 

Dia Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.  Ini meliputi Ilmu Toriqat yang membawa kepada Ma'rifat mengenal Allah dengan sesungguhnya.  Allah Mengajar manusia, ertinya Allah Mengajar kamu suatu ilmu dari Sisi-Nya, ilmu yang kamu tidak pelajari, tetapi semata-mata Ilmu yang Dia Limpahkan ilmu ke dalam dada kamu.

 

Maksudnya adalah :  Ilmu yang tidak dipelajari tetapi didapati dengan mujahadah pada jalan Allah menurut disiplin tertentu dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq sehingga Allah memperkenan mengajar Insan  ilmu (yang khusus) dari Sisi-Nya.  Dia Melimpahkan ilmu ke dalam dada insan yang bersungguh-sungguh mencari-Nya sehingga insan ini mengenal Allah dengan pandangan mata hati dan penghayatan ruhnya.  Maka jadilah insan ini melakukan ubudiyyah dengan tulus ikhlas tanpa sekutu dengan apa pun.   Ilmu inilah yang dikenali sebagai Ilmu Toriqat yang menghasilkan Ma'rifat.

 

 

SIRI 25


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....

 

 

Dalil 1:

sambungan...

 

Kedua-dua ilmu ini — iaitu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dihimpunkan oleh Ulama-ulama Ahlus Sunnah kemudiannya kepada bidang masing-masing menjadi Disiplin Ilmu yang tersendiri:

 

Ilmu Syari'at dikenali juga sebagai Ilmu Fiqh. 

Ilmu Toriqat kadangkala disebut juga sebagai Ilmu Tasawwuf atau Ilmu Tazkiyyatun-Nafs (Ilmu Menyucikan Hati).

 

Maka kita faham pada kedua-dua pengertian ini, bahawa Wahyu Pertama yang turun kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ mengandungi Perintah Allah yang mutlaq,  pengertian Agung kepada dua macam ilmu:

Ilmu zahir (takluk kepada anggota zahir) dan Ilmu batin (takluk kepada hati dan ruh) yang WAJIB didokong oleh Rasulullah ﷺ dan Ummat Baginda bagi menyempurnakan Tauhid dan Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala. Dan sekaligus menyempurnakan Amanah sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi. 

 

Penegasan di sini:

Kedua-dua Syari'at dan Toriqat terbit dari Wahyu Ilahi.  Cuma pada hayat Rasulullah ﷺ belum ada pembahagiannya.

 

 Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut di dalam Risalah Ma'rifat:

"Ya anakku, adapun ilmu Toriqat itu terbit dari Wahyu yang dibawa oleh Jibril Alahis-Salam kepada Nabi Muhammad ﷺ, dengan hadith  _Mutawathir_ pada silsilah Toriqat itu dengan Qudsi (penuh kesucian) seperti Sabda Nabi ﷺ, :

 

مَاصَبَّ اَللّهُ صَدْرِى صَبَبْتُ فِى صَدْرِى اَبُوبَكْرٍ

 

"Apa-apa yang dituangkan oleh Allah ke dalam dadaku, aku tuangkan pula ke dalam dada Abu Bakar"

[Imam Bukhari]

[Tamat nukilan kitab: Risalah Naqsyabandiah Al- Kholidiyah, Siri 1 ms. 5]

 

Difaham pada kata-kata hikmah Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi,  Toriqat itu adalah Wahyu Ilahi yang sampai kepada kita melalui jalan yang mutawathir, iaitu khabar paling sahih yang TIDAK boleh diingkari oleh sesiapa pun.

 

 

SIRI 26


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....

 

 

Dalil 2: Firman Allah:

 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

 

“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”

[Adz-Dzaariyaat (51) : Ayat 56]

 

Kata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

"Yang dikhendaki dengan  Kalam Allah "  يَعْبُدُونِ " (Ya'budun) pada ayat di atas adalah sebenarnya   " يعرفون "  (ya'rifun) iaitu Mengenal Allah (di dalam Pengetian mendalam disebut Ma'rifat).  

[Tafsir Ibnu Abbas]

 

Sekalian Ulama Arif Billah sepakat dengan pengertian ini.

 

Maka maksud Perintah Allah di atas adalah:

"Tidaklah Allah Ta'ala ciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mengenal Allah dengan sebenar kenal dan kemudian melakukan  ubudiyyah —  ketaatan kepada Allah dan beribadah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.

 

Ungkapan Ubudiyyah itu pada hakikatnya adalah "Perhambaan" dan bukan semata-mata ibadah.  Pengertian "ibadah"   membawa maksud umum  kerana pekerjaan "ibadah" dikerjakan juga oleh manusia-manusia lain yang menganut agama lain, atau tegasnya orang kafir dan Musyrik.   Berbeza dengan Ubudiyyah, ia membawa pengertian yang amat suci dan mulia — Penyerahan diri sebagai hamba yang faqir di hadapan Allah.

 

Oleh yang demikian pengertian "Ma'rifat" (Mengenal Allah dengan sebenar kenal) dan "Ubudiyyah" (Perhambaan sempurna) itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala ke atas manusia, (tujuan penciptaan manusia), BUKAN pengertian sempit "ibadah". 

 

Bagaimanakah cara untuk Mengenal Allah  ....   " يعرفون " ?

Bagaimanakah cara sebenar Ubudiyyah?

Bagaimanakah cara menyempurnakan tuntutan Allah di dalam ayat tersebut?

 

Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu menjelaskan darihal ayat ini:

"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita. 

Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at.    

Kedua  Ilmu batin, disebut Ma'rifat atau Toriqat.

Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan Haqiqat.  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat 19  (مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ )

Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ).  Dengan ini dapat menyempurnakan  tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah    "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]

 

Di dalam bahasa yang mudah difahami:

Tujuan Penciptaan manusia adalah untuk mengenal Allah dengan sebenarnya, yakni Ma'rifat.  Untuk memperoleh "Ma'rifat"  dan seterusnya "Ubudiyyah" yang hakiki, setiap orang beriman wajib mempelajari dan amalkan kedua-dua Ilmu yang diterima dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ,  iaitu Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat) dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.

 

Jika seseorang hanya amalkan ilmu zahir (Syari'at) sahaja dan tinggalkan ilmu batin (Toriqat)  atau dia hanya amalkan ilmu batin (Toriqat ) sahaja dan abaikan Ilmu Zahir (Syari'at), maka dia sama sekali tidak akan dapat mengenal Allah dengan sebenar dan tidak mungkin dapat Ubudiyyah (perhambakan diri) di dalam ertikata yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah.  Bahkan orang-orang seperti ini di dalam bahaya kebinasaan Iman. 

 

SIRI 28


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....

 

 

Dalil 3: Firman Allah:

 

هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬

 

“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf, seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam).  Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

[Al-Jumu’ah (62) :  Ayat 2]

 

Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat sehingga suci bersih hati mereka  dari Syirik (syirik khafi), iaitu mencapai Tauhid.

[Tafsir Ibn Abbas]

 

Ahli Ma'rifat memberikan tafsiran lanjut:

Allah Ta'ala mengutus Rasulullah ﷺ untuk menyucikan batin para Sahabat daripada semua jenis syirik — Syirik Jali (Syirik Akbar) dan Syrik Khafi (syirik tersembunyi di dalam hati) sehingga mereka menjadi insan suci dan  mengenal Allah Ta'ala dengan sebenar-benarnya, menyempurnakan Ubudiyyah dengan tulus ikhlas,  memperoleh Ilmu Hikmah, Ma'rifah dan Taqwa yang tinggi.

 

Pada Ayat Suci Al- Qur'an ini terdapat banyak sekali faedah kepada orang beriman merenung dan mengambil i'tibar sesuai dengan Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah berhubung dengan Qaidah-Qaidah Rasulullah ﷺ yang mendidik dan memproses batin hati para Sahabat bagi menerbitkan "kesucian" di dalam dirinya. Pada hakikatnya ini adalah  Manhaj Al-Qur'an yang Allah Ta'ala Perintahkan kepada Baginda Rasul ﷺ.

 

Qaidah Tarbiyyah Rasul ﷺ  kepada Sahabat inilah yang dinamakan Toriqat Rasulullah ﷺ.

Pemimpin yang di-Amanahkan oleh Allah untuk menyucikan batin para Sahabat sehingga mencapai TAUHID dan UBUDIYYAH yang luhur adalah Rasulullah ﷺ sendiri.  Kemudian Qaidah-Qaidah Tarbiyyah ini diwarisi oleh Sekalian Pewaris-Pewaris Baginda yang terpilih.... sambung-menyambung sampai Qiamat.  Merekalah  Mursyid yang Siddiq, Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Sahabat dan Khalifah Rasul ﷺ.

 

Firman Allah:

 

سُوۡرَةُ فَاطِر

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah Kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”

[Faathir (35) : Ayat 32]

 

Seseorang Muslim TIDAK mempunyai jalan untuk menyucikan HATI dia dari syirik khafi dan kekejian melainkan dia berpegang kepada Mursyid yang Siddiq dan menekuni Tarbiyyah Ruhaniyah berdasarkan Toriqat Rasulullah ﷺ disamping berpegang teguh kepada Syari'at.

 

Adakah masih di antara kalian cuba mengatakan Toriqat Rasul itu bukan suatu kewajipan atas setiap Muslim?

 

Adakah masih ada yang cuba mengatakan berguru kepada Mursyid yang Siddiq itu tidak wajib?

 

Adakah manusia masih ingkar akan kewajipan amalkan Toriqat berserta dengan Syari'at?

 

SIRI 28


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....

 

Dalil 3: Firman Allah:

sambungan...

 

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang dimaksudkan dengan “Kitab”  adalah Al-Qur’an, dan maksud Ayat Allah  “yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid atau Warisatul Anibya atau Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah yang benar-benar kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat.

 

Berkata Imam Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat atau Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.  Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)

 

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 

 [Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

" Syirik yang dilakukan ummat-ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar.”

[Imam Al Hakim]

 

 Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'.  Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah ber-Firman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia.  Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?"

[Imam Ahmad]

 

 Rasulullah ﷺ bersabda:

 “Aku sangat takut syirik pada Ummatku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka.”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]

 

Isyarat Hadith tersebut adalah syirik khafi ( tersembunyi) yang menerbitkan DOSA BESAR. Cara hapuskan Syirik khafi adalah dengan amalkan Zikrullah menurut Jalan Ma'rifat.

 

 

SIRI 29


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....

 

Dalil 4: Firman Allah:

 

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]

 

 Tafsiran Al-Imam Sulton Auliya, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh:

Al Imam Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau:

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.   Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.  ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا  =  Wali Mursyid)   [Surah al-Kahfi (18) ‌: Ayat 17] "

 

Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak manusia kembali  kepada Allah dengan "pandangan yang terang nyata", di dalam ayat Qur'an ini disebut  basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ). Apakah maksud Basirah?

 

Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka kepada mata hati para Auliya Allah. Basirah tidak akan terbuka dengan  ilmu zahir (syari'at) sahaja, tetapi wajib disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasilnya  Ladunni yang di-Kurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya.  Untuk memperoleh "mata hati"  ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli  Basirah, iaitu mengambil talqin dari seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.

[Tamat nukilan dari kitab Sirrul Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]

 

Syarahan Ringkas bagi Dalil ke-2:

 

Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa perkara:

 

(1) Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang membawa manusia kepada kebenaran, iaitu membawa manusia Ma'rifah — mengenal Allah dan ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.

 

(2) Allah Ta'ala Perintahkan kepada Rasulullah ﷺ  untuk menyampaikan khabar kepada seluruh Ummat manusia bahawa "jalan" yang Baginda bawa itulah jalan sebenar yang membawa kepada Allah dengan selamat.  Jalan selainnya akan membawa kesesatan, kesyirikan dan kekafiran.

 

SIRI 30

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan.....

 

Dalil 4: Firman Allah:

sambungan....

 

 (3) Rasulullah ﷺ juga diperintah menyampaikan kepada Ummat bahawa selepas Baginda akan datang Pewaris-Pewaris Baginda yang tetap berdiri pada "Jalan" yang Baginda telah merintisnya.  (  أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي   ) .  Mereka inilah yang dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Muhaqqiq,   Sahabat, Khalifah, Imam, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang menanggung Amanah   serta mempertahankan  kesucian Agama Allah sampai Qiamat.

 

Apabila diperincikan maksudnya adalah:

Para Sahabat Ridhwanullah  dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka lagi  — sambung- menyambung sampai Qiamat.  Ini yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ .  Ertinya maksud  "pengikutku"  itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ  tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada Seluruh Angkatan Pimpinan Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat. Angkatan Mursyid ini juga dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang sebenar,  Khalifah dan Sahabat Rasulullahﷺ . 

 

(4) Di dalam Ayat Qur'an ini Ungkapan   " هَذِهِ سَبِيلِي "   (Inilah Jalanku) digunakan adalah isyarat kepada "Jalan Ma'rifat" ,  " Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar",  " Jalan Menuju Allah yang sebenar" yang menghimpun kedua-dua Syari'at zahir (Syari'at) dan  Syari'at batin (Toriqat)   Rasulullah ﷺ.

 

(5) Ungkapan " عَلَى بَصِيرَةٍ "  (penyaksian mata hati yang amat jelas ) itu adalah isyarat kepada Tauhid hakiki yang terbit dari hati yang telah benar-benar suci bersih, iaitu suci bersih dari syirik khafi, mazmumah ghaflah, aghyar. Inilah Tauhid sebenar yang dituntut setiap Muslim mencapainya.  Hati yang benar-benar suci bersih dan  mata hati yang terbuka kepada Ketuhanan ini hanya tercapai setelah seseorang amalkan kedua-dua Ilmu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq. 

 

(6) Basirah (mata hati) hanya diperoleh dengan amalkan kedua-dua Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat).

Mereka yang tidak mengambil kedua-dua Ilmu (Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ) dan tidak pula amalkannya dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq, maka selamanya akan bergelumang di dalam syirik khafi, (syirik tersembunyi)

mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian)  kerana mereka tidak mempunyai jalan untuk sucikan hati mereka, maka tiadalah mereka memperoleh mata hati. Mereka TIDAK memiliki mata hati, maka mana mungkin mereka mengenal Allah dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.  

 

(7)  Ungkapan  "  وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ  "  ( Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin) adalah isyarat dan penegasan semula akan kewajipan hapuskan  _syirik khafi_  dari hati untuk memperoleh Tauhid yang benar,  iaitu WAJIB   keluar dari Takabbur, Ujub, Riya',  Sum'ah, tawakkal kepada makhluq.  Semua macam syirik khafi ini TIDAK mungkin dibuang dari hati melainkan dengan Proses Penyucian hati dan ruh dengan Jalan Ma'rifat —  dengan cara amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. dengan mengambil talqin dari "Ahli Basirah"  — Mursyid yang Siddiq.

 

(Musyrikin di dalam ayat tersebut BUKAN ditujukan kepada penyembahan berhala yang zahir, sebaliknya maksudnya tertuju kepada "penyembahan" kepada "berhala hati" yang disebut syirik khafi.)

 

Hamba-hamba Allah yang jujur dan benar di dalam Pencarian mereka "kembali kepada Allah" akan menemui mutiara paling berharga di dalam Perintah Allah ini.

 

SIRI 31


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...

 

Dalil 5: Firman Allah:

 

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

 

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : Ayat 9-10]

 

Berikut ringkasan berkenaan Perintah Allah menyuruh sucikan hati sebagaimana difatwa oleh sekalian Ulama Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) :

 

1. Ayat ini ayat Perintah WAJIB atau Fardhu Ain di atas setiap individu Muslim, iaitu menyucikan hatinya daripada kekotoran dan kekejian maknawiyyah adalah Fardhu 'Ain atas setiap diri Muslim dan membiarkannya di dalam kekotoran (syirik, mazmumah dan ghaflah) adalah suatu keingkaran yang akibatkan kefasikan.

 

2.  Keberuntungan serta  kejayaan dunia Akhirat dihubungkan dengan "Penyucian Jiwa" dan Kegagalan serta Kerugian dunia Akhirat dihubungkan dengan "Hati yang kotor".

 

4. Sesiapa yang TIDAK berusaha menyucikan hatinya yang kotor dan ternoda, maka dia jatuh kepada dosa besar tanpa disedari, bahkan semua amalnya akan terhapus dan IMANnya hampir saja musnah.  (disebabkan syirik khafi dan mazmumah)

 

Perhatikanlah dengan mata hati yang tajam....

Ayat yang cukup pendek, tetapi membawa makna yang sangat mendalam...!

Bahkan boleh dikatakan inilah intisari Agama, intisari TAUHID, intisari kehidupan dan kesudahan INSAN, Natijah di Akhirat menghadap Rabbul Jalil Yang Maha Perkasa.

 

Apakah makna hati kotor?

Apakah makna hati suci?

Apakah puncanya  hati menjadi kotor?

Bagaimanakah cara sucikan hati yang telah kotor?  

Apakah alatnya?

Apakah hadnya?

Apakah tanda-tanda hati telah suci?

Bagaimanakah seseorang Muslim mengetahui dia telah menyempurnakan kewajipan dia untuk "menyucikan diri" sebagaimana Perintah Allah di atas?

 

Apabila Allah Ta'ala Memerintah suatu Kewajipan di dalam Agama, Ubudiyyah dan Tauhid, maka pasti di sana Allah Taala Wahyukan cara-caranya, qaidahnya, syarat dan peraturannya.  Tidak mungkin Allah Ta'ala memerintah suatu hal dan biarkan manusia tercari-cari tanpa panduan.

 

Jika demikian di manakah caranya?

Bagaimanakah cara mendapatkan qaidah, peraturan dan syarat-syaratnya?

Siapakah yang mengetahuinya secara pasti?

 

Jawapannya:

Semua hal yang berhubung dengan HATI, JIWA, AQAL, RUH dan cara-cara menyucikannya ada di dalam diri Rasulullah  ﷺ.  Allah Ta'ala Kurniakan Baginda segala ilmu yang diperlukan untuk Sucikan hati manusia. Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda ubat dan penawar bagi setiap penyakit hati manusia.  Rasulullah ﷺ memiliki jawapan kepada setiap persoalan berhubung dengan kejiwaan dan kemanusiaan.  Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda segala kelengkapan zahir dan batin bagi menyempurnakan tuntutan Allah yang Maha Agung ini.

 

Perhatikanlah dengan hati yang jernih, inilah Toriqat Rasulullah ﷺ, di mana sekalian persoalan, cara-cara, qaidah, peraturan, syarat dan langkah-langkah terperinci tersusun rapi bagi menyempurnakan Perintah Allah tersebut.

 

Cara-cara penyucian hati,  qaidahnya, peraturannya, syarat dan langkah-langkah ini kemudian diwarisi oleh Sekalian Pewaris Baginda yang Siddiq, yang dikenali Mursyid yang Siddiq dengan jalan yang amat seni dan penuh rahsia Ketuhanan. 

 

Dengan demikian berguru kepada Mursyid yang Siddiq (Yang sebenar-benar mewarisi Nabi)  serta ambil dari mereka Syari'at dan  Toriqat Rasulullah ﷺ adalah WAJIB atau Fardhu Ain tanpa khilaf.

 

Moga hamba-hamba Allah yang membaca risalah ini  memperoleh hidayah untuk memahaminya.


SIRI 32 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan


Dalil 5: Firman Allah:

sambungan...

 

Penjelasan tambahan:

Asal hati insan suci, kemudian dikotori

Asal HATI insan adalah suci. 

Asal RUH insan sudah mengenal Allah ketika di Alam Nur (alam Tinggi Ketuhanan)

Insan menyaksikan Zat Allah ketika sekalian RUH-RUH mereka di Alam Nur.

 

Ketika di Alam Nur, Ruh manusia suci bersih tanpa sebarang noda.  Ketika Allah Ta'ala menjadikan sekalian Ruh manusia dan dihimpunkan di Alam Nur , lalu Dia (Allah) bertanya kepada sekalian Ruh-Ruh :  "Bukankah Aku Tuhan kamu",  maka sekalian Ruh-Ruh itu menjawab serentak :  "Bahkan, kami menjadi saksi atas demikian itu"

 

Firman Allah:

 

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ قَالُواْ بَلَىٰ‌ شَهِدۡنَآ‌ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Bahkan (Benarlah Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Qiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.

[Al-A'raf (7) : Ayat 172]

 

Firman Allah ini mengandungi beberapa penegasan penting, bahkan antara yang TERPENTING di dalam memahami  Sistem Tarbiyyah Ruhaniyah — Tarbiyyah  Tazkiyatun-Nafs yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah ﷺ .

 

(1) Di dalam ayat ini terkandung Pengisytiharan bahawa sekalian Ruh manusia telah bersyahadat akan Keesaan Allah, telah Ma'rifat kepada Allah, telah  kenal Allah dengan sebenar kenal.

 

(2)  Ruh-Ruh di alam Nur melihat Zat Allah  tanpa sebarang hijab (pendinding atau tirai atau halangan ) apa pun.

 

(3) Ketika Ruh manusia dimasukkan ke dalam janin (rahim Ibunya), ia mula terhijab (terdinding) dari melihat Wajah Allah ...  disebabkan darah daging yang membalutinya.  Kemudian tambah lapisan-lapisan hijab  lagi akibat dari makanan, pergaulan dan dosa-dosa.  

 

(4) Manusia seluruhnya akan dihimpunkan semula di hadapan Allah untuk menerima Pengadilan-Nya.  Beruntunglah mereka yang sucikan HATI dan RUHnya dan kembali kepada Allah sebelum dia dijemput kembali secara fizikal dengan dicabut ruhnya.  Dan merugilah orang yang telah mengotori HATInya serta biarkannya di dalam kekotoran, yang dimaksudkan adalah kekotoran ma'nawiyyah)

 

(5) Manusia tidak mempunyai alasan bahawa mereka tidak diberi peringatan berkenaan hari Pertemuan di Akhirat kerana awal-awal Allah Ta'ala telah mengambil janji dengan mereka.

 

Renungkanlah dan mohon Petunjuk Allah, Moga di-Tunjukki jalan lurus — Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) serta jauhi Sekalian firqah-firqah yang terkeluar dari Ahlus Sunnah yang benar (tulen).

 

SIRI 33


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...


Dalil 6: Firman Allah:

 

Firman Allah:

 

 وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ 

 "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya."

[Al-Bayyinah (98) :  Ayat 5] 

 

Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap Redha Allah.

[Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i]

 

Dalil tersebut adalah berhubung dengan ikhlas dan sudah pasti ianya berkaitan dengan HATI.

 

Ikhlas adalah syarat sah ibadah.  Tanpa ikhlas, sekalian ibadah akan musnah, sia-sia dan rugi.  Walaupun seseorang pernah ibadah ribuan tahun, walaupun dia puasa sepanjang usia, walaupun dia sedekah seluruh hartanya, walaupun dia jihad fi sabilillah dan mati di dalamnya ...  namun semua ini TANPA ikhlas Lillahi Ta'ala, maka semua itu tiada makna apa-apa, akan sia-sialah segala amalnya, rugilah dia dunia akhirat.  Namun apakah hakikat Ikhlas?

 

●Apakah itu ikhlas?

●Apakah hakikat ikhlas?

●Berapakah Tingkatan Ikhlas?

●Apakah kaitan ikhlas dengan Tauhid yang murni?

 

Fakta-fakta berkenaan "ikhlas" secara ringkas, menurut Ahlus Sunnah:

 

(1) Ikhlas adalah pintu qabul (diterima) atau mardud (ditolak) amalnya oleh Allah Ta'ala.

 

(2) Ikhlas sebenar adalah ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala tanpa disertai suatu apa pun bersertanya sama ada dunia atau juga akhirat bersifat kebendaan.

 

(3) Orang yang beribadat kerana ingin pahala dan segala ke-Nikmatan Syurga berupa istana, makanan enak, minuman enak, kecantikan bidadari dan sebagainya - ikhlasnya adalah peringkat kanak-kanak atau ikhlasnya orang buruh.

 

(4) Orang yang beribadat semata-mata kerana Allah tanpa suatu apa bersertanya adalah ibadah yang sebenar ikhlas yang di-Redhai Allah.

 

(5) Selok-belok perbahasan berkenaan dengan "ikhlas"  dijelaskan ddalam Kitab Tasawwuf.  Kitab Fiqh atau Usuluddin tidak membahaskan hal ini.

 

(6) Para Masyaikh Ahlus Sunnah telah menyelami sekalian maksud-maksud "ikhlas " sampai ke dasar lautan Ilmu dan melakukan ijtihad menjelaskannya secara terperinci.

 

(7) Untuk memperoleh hakikat ikhlas sebagaimana yang di-Redhai Allah, seseorang perlu mujahadah sungguh-sungguh menyucikan batinnya melalui Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah dengan pimpinan Guru yang Arif (Mursyid yang siddiq).

 

Tingkatan Ikhlas: 

 

Ulama Arif membahagikan ikhlas kepada beberapa tingkatan:

 

1. Ikhlas orang awam 

2. Ikhlas orang abrar 

3. Ikhlas orang Arif

 

Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:

 

Ikhlas orang awam - 3 tingkatan 

Ikhlas salikin - 3 tingkatan 

Ikhlas Arifin - 1 tingkatan

 

Jika seseorang tidak menempuh jalan Ma'rifat (amalkan kedua-dua sekali, Syari'at dan Toriqat) dengan bimbingan Guru yang Arif (Mursyid yang Siddiq, Pewaris Nabi sebenar), maka tak mungkin dia mencapai keikhlasan sejati.

 

SIRI 34


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...


Dalil 7: Firman Allah:

 

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُونَ

 "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya"

[Al Mu'minoon (23) : Ayat 1-2]

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Sungguh beruntung dan bahagia dengan martabat Haqqul Yaqeen, yang merupakan martabat tertinggi Tauhid, penghujung Suluk serta perhentian pencarian dan irfan (Ma'rifat) orang Mukmin, iaitu yang mendalam keyakinan Ilmu serta kukuh dan mantap di dalamnya tanpa goyang dan berubah.  Iaitu orang-orang yang begitu dalamnya keimanan mereka serta begitu kuatnya kekukuhan dan kemantapan mereka dalam solat mereka yang merupakan mi'raj mereka untuk sampai kepada martabat keredhaan dan penerimaan khusyu', tunduk, merendah diri dan kasih sayang kepada Al-Haqq dari dalam hati dan dengan seluruh anggota badan tanpa ragu atau terpaksa."

[Tafsir Jilani]

 

Penjelasan ringkas:

 

Penjelasan 1:  Definisi:

Khusyu' (خُشُوْع) dari segi bahasa berasal dari kata: bererti ( خَشَعَ - يَخْشعُ )

penyerahan, hormat, tunduk, patuh, rendah hati

 

Khusyu' (خُشُوْع)  Dari segi istilah:

Khudurul Qalbi Ma'allah — Hadir hati berserta Allah.

Hadir hati berserta Allah, di dalam solat mempunyai beberapa maksud dan tingkatan menurut tingkatan keimanan atau Tauhid seseorang.  

 

Penjelasan 2:  Hukum Khusyu' dalam Solat:

Menurut Ahli Ma'rifat, khusyu di dalam Solat adalah wajib.  Tiada makna solat tanpa khusyu'.  Jika seseorang solat tanpa khusyu' langsung sepanjang solatnya, maka solatya tiada nilai di Sisi Allah walaupun taklif terangkat (kewajipan gugur jika dia menepati syarat dan peraturan menurut hukum fiqh).  Ini kerana matlamat Solat adalah "Ingat kepada Allah".

 

Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu Anhu:

"Zahir Perintah Allah mendirikan solat [Toha (20) : Ayat 14] adalah membawa kepada hukum wajib.  Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati).  Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah"

[Ihya Ulumddin]

 

Firman Allah:

 

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

 Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

(Surah Taha : Ayat 14)

 

Penjelasan 3: Tingkatan Orang Solat:

Menurut Ahli Ma'rifat, orang beriman yang mendirikan Solat terdiri dari berbagai Tingkatan dan Darjat menurut Keimanan atau Tauhid atau Ma'rifat yang ada di dalam hatinya. 

 

Solat Orang Awam:

Jasadnya berdiri di bumi,  hati dan ruhnya juga di bumi, di dunia.

 

Solat Orang Salikin:

Jasadnya berdiri di bumi, namun hati dan ruhnya berada di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga atau Keempat atau Keenam atau Ketujuh menurut pencapaian Ma'rifat ( Tauhid ) masing-masing.

 

Solat Orang Arifin:

Jasadnya berdiri di bumi, hati, ruh dan Sirriyah (rahsia paling dalam) nya di atas Arasy,  di Hadratul Quddus.

 

SIRI 35


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...


Dalil 7: Firman Allah:

sambungan....

 

Penjelasan 4: Solat Orang awam

Orang awam adalah orang yang hanya berpegang kepada Syari'at (Fiqh) semata-mata dan tidak mengamalkan Toriqat  (Tasawwuf).  Mereka hanya amalkan segala bentuk amalan zahir (fiqh) tetapi tidak amalkan Zikir dan mujahadah menurut disiplin Ma'rifat seperti yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ .  Dengan demikian hati mereka kekosongan dari mengingat Allah, melainkan amat sedikit atau tiada langsung.   

 

Orang awam ini  TIDAK mencapai Tasawwuf (baca : kesucian hati) yang membolehkan hati mereka khusyu'.  Akibatnya sewaktu solat, hati mereka merewang ke muka bumi, hati mereka  di pasaraya, hati mereka  di sekolah, hati mereka masyghul uruskan kerja pejabat, bergaduh sana sini dan segala macam gambaran hidup yang telah dilalui dalam kehidupan.  Bahkan sejarah hidup puluhan tahun yang lampau pun menjadi mainan dan wayang pemikirannya.  Walaupun mulut membaca Takbir membesarkan Allah, walaupun mulut membaca Tasbih, walaupun mulut membaca Tahmid, namun HATI mereka tiada berserta-Nya.  Hati mereka leka menghadap dunia.  HATI mereka lalai dan sibuk dengan segala hiruk-pikuk dunia.  

 

Ringkasnya ketika solat, mereka tidak menghadap Allah sebaliknya menghadap makhluq dan dunia.  Inilah hal keadaan kebanyakan orang awam mengerjakan Solat...! 

Apabila disebut orang awam, ianya TIDAK  kepada orang jahil atau orang yang sedikit ilmu sahaja bahkan juga termasuk di dalam istilah orang awam adalah mereka yang banyak ilmu Agama (ilmu fiqh semata-mata), ustaz, kiyai, muallim yang hanya memiliki ilmu fiqh semata-mata sedangkan jiwa mereka kosong, jiwa mereka tiada hakikat Tasawwuf (baca kesucian hati) .... sampai lah Profesor dan PhD atau bergelar Ulama alim fiqh sekalipun tetap juga tiada khusyu' di dalam solatnya....!

 

Mengapakah ustaz, muallim, kiyai, Profesor juga tidak dapat khusyu' dan benar-benar ikhlas di dalam Solat ?

 

Maka Jawapannya:

Ini terjadi kerana mereka hanya berpegang kepada ilmu dan amal zahir (fiqh) semata-mata, sementara ilmu dan amal yang berkaitan dengan  batin hati — iaitu Toriqat Rasulullah ﷺ  yang sahih diabaikan.  Maka tiadalah mereka memperoleh Tasawwuf di dalam diri (baca : kesucian hati) yang membolehkan mereka khusyu’  di dalam solatnya.

 

Penjelasan 5: Solat Salikin

Salikin adalah orang yang menempuh Jalan Ma'rifat, yang amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih, dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ).

Solat Ahli Salikin yang mencapai Tauhid yang hakiki dan mencapai Tasawwuf (kesucian hati), hasil dari mujahadahnya serta Anugerah Allah kepadanya, adalah jauh berbeza dengan Solat orang Awam.

Ketika mereka mengangkat Takbiratul Ihram, hati dan ruh mereka sedang Mi'raj kepada Allah Ta'ala.  Walaupun kaki dan jasad mereka berdiri atas muka bumi, hati dan ruh mereka sedang menghadap Allah.  Walaupun mereka menjejak kaki di bumi, hati dan ruh mereka berdiri di langit Pertama atau Kedua atau Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam atau Ketujuh menghadap Allah. 

Ketika mulut mereka membaca Tahmid, hati mereka turut memuji Allah.

Ketika mulut mereka membaca Takbir, hati mereka melihat Kebesaran Allah.

Ketika ruku' dan sujud, hati mereka turut ruku' dan sujud.

Bahkan seluruh pergerakan dan lafaz di dalam solat diikuti dengan hati mereka menghadap Allah.  BUKAN menghadap makhluk dan BUKAN dunia.  

 

SIRI 36


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan


Dalil 7: Firman Allah:

sambungan....

 

 

Penjelasan 5: Solat Arifin (Ahli Ma'rifat)

Orang Arifin atau Arif Billah adalah hamba-hamba Allah yang telah sampai ke Maqam Tauhid yang sempurna. 

 

Salikin yang telah menempuh perjalanan yang panjang (lama), mujahadah melawan nafsu kejahatan di dalam dirinya pada jangka waktu yang lama, dengan bimbingan dan asuhan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), atas Anugerah Rabbul Jalil Yang Maha Agung, akan memperoleh Ma'rifat yang sempurna mengenal Allah. (Maqam Tauhid yang sempurna).  Iaitu darjat Arif Billah.

 

Ketika Solat (bahkan bila-bila masa sekalipun) hati, ruh dan Sirrnya (rahsia paling dalam) sentiasa muwajihah (menghadap) Allah.  Walaupun jasadnya di bumi, sekalian perasaannya menghadap Allah.  Walapun kakinya berdiri atas muka bumi, hati, ruh dan Sirr nya sedang berada di Hadratul Quddus di atas Arasy.  Solat mereka sempurna menyaksikan Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un. 

 

Ini sebagaimana isyarat Allah di dalam Kitab yang mulia:

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

 

"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau."

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]

 

Inilah Solat Rasul, Nabi dan sekalian Arif Billah dari kalangan Ummat Muhammad Rasulullah ﷺ.  Jika ditanya mampukah setiap Muslim yang beriman mencapai darjat termulia ini?

Jawapannya:

Setiap Muslim lelaki dan wanita mempunyai keluasan yang sama untuk mencapai Maqam Ihsan ini.  Allah Ta'ala telah menyediakan di dalam diri setiap manusia akan benih-benih Tauhid yang akan tumbuh membesar dan berbuah indah yang di-Redhai Allah apabila dihidupkan dengan zikrullah, disirami dengan cahaya Ketuhanan... 

mengikut panduan, syarat dan peraturan yang telah ditunjuk oleh Rasulullah ﷺ .

 

Sekalian Petunjuk Rasulullah  ﷺ itu diwarisi oleh sekalian Mursyid yang Siddiq - Pewaris Nabi yang muhaqqiq pada zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ.

 

Siapakah yang dikatakan Mursyid yang Siddiq?

 

Mursyid yang Siddiq adalah sebenar-benar Pewaris Rasulullah ﷺ yang mewarisi zahir dan batin Baginda.  Mereka mewarisi Ilmu Baginda zahir dan batin.  Mereka diangkat oleh Allah Ta'ala kepada Maqam Mahmud, mencapai Darjat Keimanan yang tinggi mengatasi manusia lain.

 

SIRI 37


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...


Dalil 8: Firman Allah:

 

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩)

 

"Pada hari itu tiada berguna harta benda dan anak-pinak ( tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun)  kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafiq).”

[Asy-Syu'ara (26) : Ayat 88-89]

 

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

"Pada hari Akhirat, harta yang banyak dan anak-anak yang ramai tidak dapat menolong seseorang kecuali orang yang hatinya suci dari dosa-dosa dan cinta dunia."

[Tafsir Ibn Abbas]

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Dan hari apakah itu, pada hari tidak lagi berguna di dalamnya harta untuk ditebus pemiliknya dan menyelamatkannya dari siksa atau diringankan siksa kerana tebusan harta dan tidak pula anak-anak menolong orang tua mereka dan menyelamatkan mereka dari siksa Allah?  Itulah hari di mana tidak ada satu pun orang derhaka dan berdosa selamat dari siksa Allah kecuali orang yang menghadap Allah Yang Maha Melihat Rahsia jiwa dan hati para hamba-Nya, dengan hati yang bersih, yang tidak condong kepada hawa nafsu dan perhiasan dunia yang jauh dari sifat bangga diri dan riya, yang tulus di dalam menyembah Allah, tanpa menuntut pahala dan balasan-Nya, tetapi hanya mencari Redha-Nya dan menuruti Perintah dan larangan-Nya serta rela dalam semua keadaan terhadap jalannya Taqdir yang terjadi ke atas dirinya."

[Tafsir Jilani]

 

 

Penjelasan:

Sekali pandang ayat ini sangat mudah difahami oleh semua orang Islam.  Sedangkan ayat ini cukup berkesan bagi orang-orang yang memiliki mata-hati...!

Tidak kurang juga yang terkeliru pada istilah "syirik" dan "munafiq" sedangkan huraian yang halus berkenaan dua sifat ini amat luas sehingga siapa-siapa yang TIDAK memahami maksud sebenar "syirik" dan "munafiq" akan terjatuh ke dalamnya tanpa disedari.

 

Penjelasan 1:

Berdasarkan Tafsir Ibn Abbas Radhiallahu anhu dan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, serta sekalian ahli Ma'rifat lain,  Firman Allah di atas adalah berkaitan dengan hati, iaitu dosa-dosa hati, bukan dosa jasad.

 

Penjelasan 2:

Dosa berkaitan hati amat banyak, dihimpunkan menjadi 4 bahagian:

1. Syirik khafi (syirik tersembunyi — 'Ujub, riya', sum'ah, tawakkal selain Allah, Takabbur)

2. Mazmumah (sifat keji — seperti mengumpat, dendam, hasad, adu domba, jahat sangka sehingga melebihi 70 dosa hati yang besar-besar)

3. Ghaflah (lalai dari mengingati Allah)

4. Aghyar (segala suatu selain Allah)

 

Penjelasan 3:

Kebanyakan orang Islam awam menyangka dosa hati boleh diabaikan sedangkan yang benar adalah : Dosa-dosa hati jauh lebih banyak dan lebih besar bahayanya tetapi kebanyakan orang awam tidak menyedarinya.  Mereka lalai dari mengenal dosa-dosa hati. Mereka tertipu dengan sangkaan sendiri.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam”

[Imam Ibn Majah]

 

Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Dosa besar yang bersifat batin (hati) lebih berbahaya dan dosa kemaksiatannya lebih hina dan sangat rendah.  Juga kerana sebahagian besar dosa itu mudah terjadi dan cepat merebak.  Terutama apabila seseorang berasa bebas dari sebahagian dosa-dosa tersebut kerana meremehkan kehadirannya"

[Al-Zawaajir]

 

SIRI 38


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...


Dalil 8: Firman Allah:

sambungan...

 

 

Penjelasan 4:

Syirik terbahagi kepada dua:

●Pertama : Syirik Jali atau Syirik Akbar -  Syirik yang menjadikan seseorang itu murtad.  Ini dibicarakan di dalam Kitab-kitab Usuluddin.

●Kedua :  Syirik khafi atau syirik hati -  Syirik tersembunyi yang rosakkan Iman dan batalkan amal tetapi masih beriman.  Ini dibicarakan di dalam KItab-kitab Tasawwuf.

 

Kebanyakan orang Islam menyangka dosa Syirik khafi (Syirik tersembunyi) tidak bahaya, sedangkan dipandang dari satu sudut, ia tidak kurang bahayanya dengan Syirik Jali ( Syirik besar).

 

Firman Allah:

 

  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً

 

“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? 

[Al-Furqan,  (25) : ayat 43 ]

 

Rasulullah    bersabda:

 “Aku sangat takut syirik pada Ummatku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang  dengan amal mereka”

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]

 

Rasulullah    bersabda:

 

فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ

 

(Ketika para Sahabat saling mengingatkan berkenaan Fitnah Dajjal), Rasulullah ﷺ bersabda; "Mahukah aku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku khuwatirkan terhadap diri kalian daripada Al Masih Ad-Dajjal?" 

(berkata Abu Sa'id — perawi),

Kami menjawab, "bahkan kami mahu."

Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan Solat dan membaguskan Solatnya itu kerana ada seseorang memperhatikannya."

[Ibnu Majah]

 

 

Penjelasan 5:

Munafiq juga terbahagi dua:

●Munafiq I'tiqadi atau hakiki (nifaq besar)  -  Pura-pura Islam sedangkan hatinya kafir - ini persoalan di dalam Kitab Usuluddin.

●Munafiq Amali (nifaq kecil) -  berdosa besar tetapi tidak mengeluarkan dari Islam -  Ini di dalam Kitab Tasawwuf.

 

Penjelasan 6:

Kebanyakan orang beriman walau sekecil mana Imannya tahu berkenaan Syirik Jali atau Syirik Akbar iaitu sembah berhala atau sembah patung, sembah matahari...  maka tak  mungkin mereka melakukan Syirik Akbar itu.  Namun kebanyakan orang Islam tidak terlepas dari Syirik Khafi dan munafiq kecil.

 

● Apakah itu Syirik Khafi dan munafiq kecil?

● Apakah sifat-sifat yang menjerumuskan seseorang kepada syirik khafi dan nifaq kecil?

● Bagaimanakah hindari semua sifat-sifat tersebut?

● Bagaimanakah hapuskan langsung semua sifat-sifat tersebut dari hati?

●Semua ini dijelaskan di dalam Toriqat (Tasawwuf).  Mereka yang tidak menuntut Ilmu Toriqat (Tasawwuf) dan amalkannya sungguh-sungguh dikhuatiri mati Su-ul Khatimah, kerana menanggung dosa besar.  Wal Iyazubillah.

 

Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Barang siapa tidak mendapat bahagian di dalam ilmu kaum Sufi (Syariat dan Toriqat), adalah dikhuatiri mati Su ul Khatimah"

[Ihya Ulumuddin]

 

SIRI 39


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...


Dalil 9: Firman Allah:

 

سُوۡرَةُ النُّور

۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)

 

"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.  Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[An-Nuur (24) : Ayat 35]

 

Dalil 10: Hadith Rasulullah:

 

Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

 

“Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, jika jahat ia, maka jahatlah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah Qalb (jantung).”

[Imam Bukhari]

 

Dalil 11: Hadith Rasulullah:

 

Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُلُوبُ أَرْبَعَةٌ قَلْبٌ أَجْرَدُ فِيهِ مِثْلُ السِّرَاجِ يُزْهِرُ وَقَلْبٌ أَغْلَفُ مَرْبُوطٌ عَلَى غِلَافِهِ وَقَلْبٌ مَنْكُوسٌ وَقَلْبٌ مُصْفَحٌ فَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَجْرَدُ فَقَلْبُ الْمُؤْمِنِ سِرَاجُهُ فِيهِ نُورُهُ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَغْلَفُ فَقَلْبُ الْكَافِرِ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمَنْكُوسُ فَقَلْبُ الْمُنَافِقِ عَرَفَ ثُمَّ أَنْكَرَ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمُصْفَحُ فَقَلْبٌ فِيهِ إِيمَانٌ وَنِفَاقٌ فَمَثَلُ الْإِيمَانِ فِيهِ كَمَثَلِ الْبَقْلَةِ يَمُدُّهَا الْمَاءُ الطَّيِّبُ وَمَثَلُ النِّفَاقِ فِيهِ كَمَثَلِ الْقُرْحَةِ يَمُدُّهَا الْقَيْحُ وَالدَّمُ فَأَيُّ الْمَدَّتَيْنِ غَلَبَتْ عَلَى الْأُخْرَى غَلَبَتْ عَلَيْهِ

 

Hati itu ada empat macam: Pertama, qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar.  Kedua, qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya.  Ketiga, qalbun mankuus (hati yang terbalik).  Keempat, qalbun musfah (hati yang terlapis). Adapun qalbun ajrad adalah hati seorang Mukmin, pelita dalam hatinya adalah cahaya, qalbun aghlaf adalah hati orang kafir, qalbun mankuus adalah hati orang munafik, yang mengetahui kemudian mengingkari.  Qalbun musfah adalah hati yang di dalamnya bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman yang disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka itulah yang akan menguasai hatinya.”

[Imam Ahmad]


SIRI 40


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...

Dalil 9, 10, 11:

sambungan....

 

 

Penjelasan ringkas:

 

Penjelasan 1:

(1) Ayat Allah pada Surah An-Nur berserta Hadith Rasulullah ﷺ adalah berkenaan Hati (Qalb) manusia, macam-macam hati manusia serta balasan bagi pemiliknya.

 

Penjelasan 2:

Jenis-jenis hati manusia berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ:

 

(1) Qalbun Ajrad - Hati yang suci murni.

Qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar.

HATI jenis ini adalah hati yang dimiliki oleh Rasul, Nabi, Auliya Allah, Warisatul Anbiya yang Siddiq dan Mukmin sejati. Pelita yang bersinar itu adalah bermaksud cahaya Iman, cahaya Tauhid, cahaya Ma'rifat yang gilang gemilang di dalam HATInya serta meliputi diri mereka dan memancar kepada mereka-mereka yang hampir dengan mereka, dan juga meliputi mereka yang jauh-jauh berbeza-beza dan bertingkat-tingkat  mengikut martabat dan maqam mereka masing-masing... semuanya dari Limpah Rahmat Allah.  

 

(2) Qalbun Aghlaf  - hati yang tertutup.

Qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya.

 HATI jenis ini telah keras dan MATI, tak dapat masuk hidayah ke dalamnya dan kekufuran tak dapat keluar darinya.  Orang seperti ini tiada jalan keluar lagi, HATI jenis ini dimiliki oleh tiga jenis manusia:

 

(1) Orang kafir asli yang dikunci MATI hatinya disebabkan keingkaran yang melampau.

 

(2) Orang Islam yang fasiq yang terus-menerus melakukan keingkaran, kezaliman dan kekufuran tanpa taubat sehingga HATI nya menjadi gelap gelita, keras dan akhirnya MATI.

 

(3) Orang Islam yang tersesat ke dalam kelompok-kelompok bid'ah sesat (berjumlah 72 golongan sesat) seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular atau Liberal dan lain-lain  dan tidak segera taubat, sebaliknya terus-menerus di dalam kesesatan sehingga HATI nya keras dan MATI.  Na'uzubillah

 

Firman Allah:

 

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ

 

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci mati  atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[Al-Baqarah (2) : Ayat 7]

 

 

(3) Qallbun Mankuus-  Hati yang terbalik.

Ini adalah HATI orang munafiq, iaitu mereka yang  mempunyai pengetahuan tentang Islam tetapi di sebaliknya adalah kekafiran, tujuan sebenar mereka adalah kekafiran. Mereka olok-olokkan orang beriman.  Mereka mempermain-mainkan Allah. Nasib orang munafiq sama seperti orang yang kafir.

 

(4) Qalbun Musfah  -  hati yang terlapis.

HATI bangsa ini adalah yang dimiliki oleh kebanyakan orang Islam awam yang sentiasa bercampur aduk antara Iman dan Syirik (atau nifaq seperti disebut oleh Rasulullah ﷺ).   Walau bagaimanapun syirik dan nifaq ini adalah syirik khafi  dan nifaq amali yang TIDAK batalkan Iman.  Tetapi Imannya akan rosak jika dibiarkan tanpa berusaha sungguh-sungguh baikinya.

 

Penjelasan 3:

Asal hati insan adalah suci, mengapakah ia berubah?

Mengapakah hati menjadi berpenyakit, kotor, keruh, kelam dan gelap?

Bagaimanakah cara untuk sembuhkan hati ini?

Mengapakah hati menjadi keras mati?

Bolehkah hidupkan hati yang mati?

Apakah kesudahan orang yang memiliki hati yang mati?

 

Jawapannya dijelaskan secara terperinci di dalam Ilmu Tasawwuf dan langkah-langkah membersihkannya kembali bersinar di dalam Toriqat.

 

Bersambung siri 41 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...