Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ
اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ
رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ
اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ
الْعَظِيْمٌَ
Firman Allah :
ذَٲلِكَ
ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang
datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa”
[Al-Baqarah (2) : ayat 2]
Firman Allah :
وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ۖ
وَلَلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
“Dan tidak kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu
berfikir?’”
[Al-An’am (6) : ayat 32]
Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ
وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya dan
berjihadlah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kemenangan.”
[Al-Maaidah (5) : ayat 35]
Firman Allah :
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ
ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling tinggi taqwanya di antara kamu, (bukan kerana nama,
pangkat, warna kulit, kedudukan atau keturunannya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
[Al-Hujurat (49) : ayat 13]
SIRI 1 :
-------------------------
Kalimat "Taqwa" sering diulang2 di dalam ceramah, kursus,
perhimpunan sebagai kewajipan yang mesti ada pada setiap Muslim.
Kalimat berharga ini juga sering
menjadi tajuk perbincangan/perbahasan di dalam forum dan simposium mengupas
persoalan "Taqwa".
Menyebut dan memperingatkan manusia
tentang "Taqwa"
merupakan syarat sah Khutbah Juma'at.
Adalah yang paling istimewa
adalah kalimat suci ini digandingkan dengan kemuliaan di sisi Allah Ta'ala.
Yang terakhir ini sudah lebih
dari cukup memberikan gambaran cemerlang
berkenaan kewajipan dan keutamaan Taqwa
Allah dan Rasul-Nya menyebut
kewajipan bertaqwa, kedudukan orang bertaqwa dan kemuliaan orang bertaqwa di
sisi Allah Ta'ala.
Apakah sebenarnya makna "Taqwa?"
Apakah kaitan Taqwa dengan
Iman?
Adakah Taqwa satu
peringkat atau bertingkat2?
Jika ianya beberapa Tingkatan,
apakah cara mencapai Tingkatan2 Taqwa tersebut?
Siapakah
golongan insan2 yang memiliki Taqwa paling tinggi?
2.0 Menolak Kekeliruan Berhubung dengan Taqwa
Sebelum bicara lebih jauh, ada baiknya kita menafikan tanggapan2 kurang tepat berkenaan istilah Taqwa yang berlegar di kalangan umum orang Islam.
2.1 Taqwa dan Khauf
Sebahagian orang memahami /
mentafsirkan istilah Taqwa dengan
perkataan "takut". Dan mereka berhenti setakat itu sahaja tanpa penjelasan
yang sebenar2 kepada Taqwa
Tafsiran ini tidak tepat
kerana " takut" yang dialihbahasa
dari bahasa Arabnya khauf adalah cuma sebahagian dari pengertian Taqwa
Khauf (takut) dari sudut kefahaman yang terbatas
adalah menunjukkan keadaan seseorang yang sedang melatih dirinya mengerjakan
yang diperintah dan menjauhi suatu yang dilarang oleh Allah dari segi zahirnya.
Ini maqam salikin. (orang yang melalui jalan Ma'rifat di bawah
pimpinan Shaikh Mursyid)
Sedangkan Taqwa memiliki " hantaran haqiqat hati dan ruh" yang jauh lebih luas daripada itu.
2.2 Taqwa Bukan Satu Tingkatan.
Umum memahami Taqwa
sebagai satu Tingkatan sahaja.
Yang benar adalah Taqwa
bertingkat2 mulai dari Iman @
Tauhid peringkat terendah (Iman orang
awam) sampailah ke peringkat tertinggi yang
meliputi bagi Ma'rifat Ilahiyyah (Kenal Allah dengan Keimanan dan ubudiyyah
yang sangat tinggi). Dan ini sebenar
benar Taqwa.
(akan datang penjelasannya )
2.3 Taqwa bukan sekadar ucapan
Sebahagian orang menganggap Taqwa
itu sekadar mengetahui perbahasan ilmiah di bilik2 kursus, kuliah, seminar
dsb. Mereka sekadar berpuas hati bila sudah tahu perbahasan Taqwa.
Sedangkan semua ini hanya pengetahuan awal berkenaan pengertian
dan tuntutan Taqwa,
BUKAN 'ain Taqwa.
Jika demikan apakah sebenar Taqwa?
Taqwa sebenar adalah cahaya Keimanan yang tinggi
yang bersemi di dalam hati. Ia BUKAN
sekadar slogan yang diulang2. Ia BUKAN sekadar penghias bibir mulut. Ia BUKAN ditinggalkan di dalam kitab2.
(akan datang perbinncangan
lanjut)
2.4 Penjelasan Terbaik Makna
Taqwa.
Orang yang sebenar2 layak
menjelaskan bab Taqwa adalah Ahli Ma'rifat kerana mereka telah di-
kurniakan oleh Allah Ta'ala ilmu rahsia
Ketuhanan dan rahsia Kehambaan. Mereka telah melalui berbagai Tingkatan Taqwa dengan
bimbingan Shaikh Mursyidnya sehingga sampai kepada kemuncak Taqwa.
Keseluruhan kitab2 Tasawwuf @
Ma'rifat yang telah ditulis oleh Ulama bertaraf Auliya Allah menjelaskan
khazanah berharga ini.
Maka sewajarnya semua orang Islam
menimba ilmu ini dari Ulama bertaraf Auliya Allah yang telah membuktikan
keimanan dan ketaqwaan mereka. Mereka adalah sebaik2 contoh bagi Ummat sepanjang
zaman kerana mencontohi keperibadian Rasulullah ﷺ secara sempurna.
Siapakah mereka?
Mereka adalah hamba2 pilihan
Allah bermula dari Sahabat Ridhwanullah,
diikuti oleh Imam2 Tabiin, (yang menimba ilmu terus dari Sahabat), diikuti oleh Imam2 Tabiit -Tabiin (yang menerima
ilmu terus dari Tabiin), diikuti oleh Imam2, Shaikh, Ulama Ahlus Sunnah yang
menerima ilmu terus dari Tabiit-Tabiin,
dan bersambung lagi ke bawah dan ke bawah penerimaan Ilmu melalui bai'at
dan talaaqi musyafahah
tanpa putus.
Inilah Ulama bertaraf Auliya
Allah yang tetap memelihara Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar, melalui sisilah
Rasulullah ﷺ yang panjang sambung menyambung tanpa
putus hingga hari ini dan sehingga Qiamat.
Di antara tokoh2 unggul Ulama
bertaraf Auliya Allah yang telah berjasa kepada Ummat yang WAJIB dijadikan
panduan adalah :
Bermula dari Khulafa' Ar-Rasyidin
Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina
Umar, Sayyidina Uthman ,Sayyidina Ali,
Sayyidina Ibnu Abbas, Ibn Umar, Ibn Mas'ud, Imam Jaafar Siddiq, Imam
Hasan Al Basri, Imam Sufyan Ath- Thawri, Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Abu
Yazid Bustami, Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Asy-Syafii, Imam Ahmad Ibn
Hambal, Imam Abu Hasan Asy'ari, Imam Ghazali,
Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Rofi'e, Imam Rifa'ie, Imam
Fakhruddin Ar Razi, Imam Ibn Arabi, Imam Nawawi, Imam Sayuthi, Imam Haythami,
Imam Ibn Hajar Asqolani, Imam Shah Waliyullah Dahlewi, Imam Haddad, Imam Zakariyya Al Ansari, Imam
Zaini Dahlan, Imam Sharqawi, dan ramai
lagi adalah menjadi pemimpin dan teladan bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah sepanjang
zaman.
(Sila Rujuk Tajuk "Tingkatan
Iman / Tauhid / Ma'rifat" untuk
mengenal siapa yang dikatakan Ahli Ma'rifat, kedudukan mereka di sisi Allah dan
kedudukan mereka sebagai Pewaris Nabi yang siddiq)
Dengan mencontohi Ulama bertaraf Auliya Allah ini kita akan memperoleh gambaran yang benar
berkenaan pengertian Taqwa bahkan gambaran keseluruhan hidup Mu'min.
Ini adalah kerana merekalah yang
paling memahami kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Merekalah yang paling baik mencontohi Rasulullah ﷺ .
SIRI 2 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
3.0 Makna Taqwa Menurut Istilah
---------------------------------------------
Hadith Rasulullah ﷺ serta Fatwa Ulama Mu'tabar\
Berikut adalah himpunan Hadith Rasulullah ﷺ serta Athar para Sahabat dan Auliya Allah ternama berhubung dengan makna "Taqwa"
Sabda Rasulullah ﷺ :
"Taqwa tempatnya di sini,"
Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali”
[Imam Muslim]
Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata :
“Orang
bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan
keji.”
Ibnu Mas’ud رضي الله عنه :
(ketika menafsirkan firman Allah
surat Ali Imran ayat 102, “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada
Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya.”)
Beliau mengatakan, : “Hendaklah
Dia (Allah) ditaati dan tidak dimaksiati, diingat serta tidak dilupakan,
disyukuri dan tidak diingkari.”
Ibnu Umar رضي الله عنه berkata :
“ Taqwa adalah melihat diri sendiri tidak
lebih dari orang lain.”
Imam Hassan رضي الله عنه berkata :
“Taqwa
adalah orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat, “dia lebih
baik dariku.”
Sayyidina Umar Al-Khattab رضي الله عنه berkata kepada Ubay
bin Kaab رضي الله عنه,
“
beritahu kepadaku tentang taqwa. Beliau berkata, “Apakah engkau pernah melalui
jalan yang berduri?” “ya” jawab
Umar. “kemudian apa yang engkau
lakukan?” Sayyudina Umar menjawab, “aku
akan menghindari dan menjauhinya” Ka’ab
pun berkata, “ Itulah taqwa”
Shaikh Bakr Bin Abdullah رضي الله عنه berkata :
“Seseorang tidak disebut bertaqwa sampai dia benar2 bersikap berhati2 dalam makanan dan kemarahan.”
Shaikh Sufyan Ath-Thawri رضي الله عنه berkata :
“Orang
yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain seperti mencintai
kecintaan sendiri.
Shaikh Al-Junaid رضي الله عنه berkata :
“Orang
yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain lebih daripada
mencintai kecintaan diri sendiri.”
Shaikh Sirri Saqthi رضي الله عنه berkata :
“Orang
yang bertaqwa adalah orang membenci diri sendiri” (iaitu membenci segala maksiat, kejahatan,
kesyirikan, kekejian dan kelalaian diri -
pent)
Shaikh Muhammad Khafif رضي الله عنه
“Taqwa
adalah menghindari segala sesuatu yang menjauhkan engkau dari Allah”
Shaikh Abu Yazid Al-Bustami رضي الله عنه berkata :
“Orang
bertaqwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”
Ibnu Athiyyah رضي الله عنه berkata :
“Orang yang bertaqwa boleh diketahui dari
keadaan lahiriah dan batiniahnya. Keadaan lahiriah dengan selalu memelihara
hukum2 Allah dan batiniahnya selalu berniat dan melakukan segala hal dengan
tulus dan ikhlas.”
Sulton Auliya, Shaikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jailani رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa
:
“Taqwa”
adalah perhimpunan sekalian sifat2
kebaikan. Dan Taqwa yang benar adalah
mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha
Mulia.”
~ tamat petikan kitab ~
[Nukilan dari kitab Al-Ghunyah Li
Talibi Tariqil Haqq — Imam Jilani]
Kesemua pengertian Taqwa
yang telah diberikan oleh Ulama Ahlus Sunnah, meskipun berbeza-beza, namun tidak
bertentangan. Sebaliknya saling
melengkapi pengertian Taqwa.
Lebih tepat lagi kita katakan :
Kesemua pengertian tersebut mendokong haqiqat Taqwa apabila diperhalusi
dari pandangan Tauhid yang murni.
Apakah Tauhid yang murni?
Tauhid yang murni adalah Tauhid
seseorang yang hatinya bebas daripada syirik
khafi (syirik tersembunyi), suci bersih dari semua mazmumah
(kekejian hati) dan suci lagi dari
kelalaian walau sedikit.
Mari
perhatikan sekali lagi kebenaran ini...
Ungkapan2 yang
kita dapat kumpulkan daripada Kalam Hikmah Ulama adalah:
1) Ta'at pada Allah setiap waktu,
zahir dan batin.
2) Tidak ma'siat pada Allah bila2
masa pun.
3) Tidak syirik kepada Allah. Makna syirik di sini adalah syirik khafi dan BUKAN syirik jali kerana syirik
jali batalkan Iman, dan ini sudah terkeluar dari perbincangan sebagai orang
beriman.
(4) Jauhi semua mazmumah iaitu kekejian di dalam hati.
(5) Mencintai saudara seagama
seperti diri sendiri bahkan lebih dari diri sendiri
(6) Tidak ada kesombongan dalam
diri walau sebesar zarrah. Ini kerana sifat kesombongan itu pakaian Iblis.
(7) Jauhi semua macam syubhat,
segala suatu yang tidak diredhai Allah
(8) Hati sebenar2 ikhlas dalam
setiap amal zahir dan batin.
(9) Amalkan setiap suatu ibadah semata2 mencari wajah Allah.
Himpunan semua sifat2 ini membawa
kepada pengertian Taqwa yang sebenar2 Taqwa iaitu kesempurnaan Taqwa.
Pengertian ini sesuailah dengan
kesimpulan yang dibuat oleh Sultan Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani bahwa Taqwa
adalah himpuan segala sifat kebaikan / kesucian dan mempertahankan diri untuk
menta'ati Allah pada setiap masa dan
keadaan.
Orang yang menepati syarat2 tersebut,
maka layaklah digelar Muttaqin.
Sudah pasti ini adalah suatu
maqam mulia, yang tidak akan dapat dicapai melainkan oleh orang2 yang telah mujahadah
sungguh2 pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.
SIRI 3 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TAQWA ITU DI HATI
------------------------------
Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
Taqwa tempatnya di sini, Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali”
[Riwayat Imam Muslim]
Isyarah (pengertian mendalam) dan ibarah (contoh perbandingan) dari Hadith ini dijelaskan oleh seluruh Ulama Ahli Ma'rifat. (Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah)
Jika diteliti semua kitab2 mereka, maka kita akan dapati pengertian yang amat luas kepada Hadith ini berhubung dengan HATI dan kaitannya dengan Taqwa.
Berikut adalah Ringkasan dari huraian Ulama kita berkenaan Hadith ini yang memberikan petunjuk yang amat seni berkenaan TAQWA.
🕌 Pertama:
Rasulullah menunjukkan ke arah dada, ini bermaksud kepada jantung sanubari atau yang biasa disebut HATI. Ertinya TAQWA itu rahsia yang tersimpan di dalam HATI.
🕌 Kedua:
TAQWA bukan perhiasan luar, bukan ukuran pakaian luar tetapi cahaya IMAN di dalam dada (hati) kamu. Cahaya IMAN ini yang akan menentukan ketinggian TAQWA kamu sekaligus ketinggian kedudukan kamu di sisi Allah.
🕌 Ketiga:
TAQWA itu bukan menunjuk-nunjuk sifat wara' seperti jalan tunduk, berjalan perlahan-lahan, memakai pakaian lusuh buruk, rambut kusut masai dsb. tetapi TAQWA yang sebenar akan melahirkan sifat tawadhu, rendah diri hormati orang tua, mengasihi orang muda dan semua akhlaq terpuji secara luhur dan secara semulajadi yang bersih, ertinya dari dalam dada (hati).
🕌 Kelima:
TAQWA itu berperingkat2 mengikut cahaya Iman di dada (hati) seseorang. Sekurang2 taqwa sejati adalah ketika seseorang hamba Allah memperoleh Tauhid Af'al iaitu Tauhid seseorang yang tiada lagi syirik khafi atau mazumah dalam hatinya. (rujuk semula artikel Pembahagian Tingkatan Iman).
🕌 Keenam:
TAQWA tertinggi adalah TAQWA Rasul, Anbiya, Auliya Allah dan Mu'min Sejati. Dada (hati) mereka telah dipenuhi oleh Nur Zat Ilahiyyah (cahaya Allah) yang gilang gemilang dan mereka sentiasa muwajihah (menghadap Wajah Allah) Yang Maha Agung. Mereka tiada lupa kepada Allah sesaat pun. Hati dan ruh mereka telah bersih sebersih2nya dari syirik (syirik khafi), mazumah atau dosa2. Kecintaan mereka penuh kepada Allah dan musnah kecintaan selain Allah. Inilah setinggi2 TAQWA dan kesudahan TAQWA
SIRI 4:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PERINGKAT / TINGKATAN MENCAPAI TAQWA
-------------------------------------------------------------------
Semua orang Islam (atau hampir semua orang Islam) memahami sekurang2 Taqwa adalah
Bersungguh2 mengerjakan yang disuruh - iaitu WAJIB
dan
Bersungguh2 meninggalkan yang dilarang - iaitu HARAM
Setengah yang lain menganggap mereka sudah capai taqwa kerana ilmu syari'at yang tinggi.
Yang lain merasakan hafalannya yang banyak menjadikan seseorang itu Taqwa.
Ada juga merasakan sudah Taqwa jika sudah meninggalkan judi, arak, zina walaupun mulut dan hati penuh dengan kekejian.
Maksudnya adalah:
Sebahagian Ummat ini, termasuk orang yang menyangka dirinya banyak ilmu merasakan mereka sudah capai Taqwa dengan melakukan amal2 zahir syari'at tanpa pedulikan hal2 batin hati.
Mari kita halusi lagi makna TAQWA pada pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar:
------------------------------------
Tingkatan Pertama Taqwa
------------------------------------
Sebentar tadi kita menyebut TAQWA peringkat permulaan adalah ketika seseorang hamba Allah mematuhi suruhan Allah iaitu WAJIB dan menjauhi segala larangan Allah iaitu yang HARAM.
Apakah maksud mengerjakan yang WAJIB dan meninggalkan yang HARAM?
Cuba perhatikan baik2 penjelasan di bawah ini dengan jiwa yang luas terbuka..!
PERINTAH SURUHAN ALLAH – PERINTAH WAJIB
…………………………………………………………
Menurut pegangan Ahlus Sunnah yang benar dan sah, perkara WAJIB bagi setiap “mukallaf” meliputi 3 perkara pokok iaitu :
🌷Pertama :
Bab kepercayaan yang dipanggil Tauhid/ Iman/ Aqidah.
🌷Kedua :
Bab amalan anggota zahir dipanggil Fiqh
🌷Ketiga :
Bab amalan hati dan ruh dipanggil Tasawwuf / Tariqat
Penjelasan: Bab Tauhid /Iman/ Aqidah
**********************************
Mengetahui dan berpegang teguh dengan Aqidah / Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Menjauhi sekalian perkara yang membawa kepada kekufuran dan kesyirikan
Penjelasan : Bab Fiqh
********************
Mengetahui dan amalkan setiap kewajipan di dalam rukun Islam – solat, puasa,zakat dan Haji,
Mengetahui dan amalkan ibadah lain yang wajib seperti zikrullah, membaca Qur’an dan Solawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم
Mengetahui dan amalkan kewajipan2 umum yang lain seperti menutup aurat dengan sempurna, menjauhi pergaulan yang dilarang, jual beli dll
Mengetahui dan amalkan kewajipan yang berhubung dengan manusia seperti ta’at pada ibu bapa, ta’at pada suami (bagi wanita), ta’at pada Guru, ta’at pada pemimpin yang adil, berbuat kebajikan, da’wah , jihad dll
Bagi orang yang mejadi pemimpin (ketua keluarga sehingga Pemerintah Negara) wajib mengetahui dan mendirikan hukum sebagaimana dikehendaki Allah Ta’ala
Penjelasan: Bab Tasawwuf / Tariqat
*******************************
Mengetahui dan berguru kepada Pemimpin keruhanian yang benar iaitu Mursyid, Ulama Pewaris Nabi yang muhaqqiq
Mengetahui perkara2 yang membawa kepada syirik khafi ; iaitu Takabbur, Riya’, Sum’ah, ‘Ujub dan Tawakkal selain Allah serta mujahadah sungguh2 menjauhinya / hapuskannya dari hati
Mengetahui mazmumah iaitu sifat2 yang dikeji dalam hati seperti tamak, bakhil, pendendam, pemarah, zalim, penghasut, gemar fitnah, gemar tuduh dusta, dll… serta mujahadah sungguh2 menyucikannya dari hati
Melatih hati dan ruh mengenal Allah melalui zikrullah dan latihan2 lain yang berkaitan di dalam Ilmu Tariqat/Tasawwuf
SIRI 5 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TINGKATAN PERTAMA TAQWA ...sambungan
LARANGAN ALLAH - HARAM
-------------------------------------------
Perkara2 yang dilarang (haram) adalah perkara2 yang menjadikan seseorang mendapat dosa sama ada dosa besar maupun dosa kecil.
Semua perkara2 yang berlawanan dengan perkara2 yang diwajibkan oleh Allah Ta’ala adalah haram, ertinya meninggalkan setiap perkara yang telah di WAJIBKAN oleh Allah adalah BERDOSA dan akan menerima siksaan berat.
Kemudian dari itu ada lagi perkara2 lain yang membawa kepada dosa seperti yang tersebut di dalam Al-Qur’an dan Hadith Nabi. Para Ulama kita telah menyusun semua perkara ini di dalam kitab mereka.
Secara umumnya perkara2 larangan (yang haram) adalah :
1⃣Menyekutukan Allah sama ada syirik jali (syirik besar) atau syirik khafi (tersembunyi). Kedua2 syirik ini adalah dosa2 paling besar.
Syirik Jali (syirik akbar/besar/nyata) seperti menyembah berhala, matahari atau lain2nya. Syirik ini menjadikan seseorang itu murtad terus dari agama. Tiada kemaafan kecuali dia mengucap Kalimah Syahadah semula dan bertaubat Nasuha.
Syirik Khafi (tersembunyi) iaitu Takabbur, Riya’ , Sum’ah, Ujub dan Tawakkal selain Allah – semua ini TIDAK menjadikannya murtad, namun kesannya pada Iman amat berat sekali.
Orang yang melakukan syirik khafi wajib taubat segera dan banyak-banyak zikr kalimah “La Ilaha Illallah” supaya kesan hitam pada hatinya segera hilang. Jika tidak, kesan2 syrik khafi ini boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan amal ibadahnya hangus terbakar / terhapus.
Apakah maknanya?
Ini bermaksud kesan akibat syirik khafi tidak kurang dahsyat dan bahayanya dibandingkan dengan syirik jali ...!
Perhatikan sungguh2 dan jangan lalai....!
Segelintir golongan "cerdik pandai agama" yang berkeluluan universiti dan setengah mereka yang sudah pandai Al -Qur'an mendakwa syirik khafi itu tidak apa-apa dan tidak bahaya kepada Iman. Ini adalah kebodohan nyata yang bawa kesesatan.
Golongan khawarij, (wahabiyah), syi'ah, mujassimah, mu'tazilah, jabariyah, dll yang tersesat TIDAK mempedulikan syirik khafi ini. Mereka TIDAK memeriksa diri, TIDAK mendidik diri dan TIDAK berusaha menyucikan HATI daripada kekejian syirik khafi. Akibatnya mereka sentiasa terjerumus kepada takabbur kesombongan, ujub, riya dll yang menjadikan hati menjadi gelap dan tertutup.
Inilah satu daripada beberapa sebab lain yang menjadikan mereka tersesat dan setengahnya menjadi zindiq. Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala selamatkan kita dari golongan2 yang tertipu ini.
2⃣Meninggalkan Solat Fardhu atau rukun Islam yang lain dengan sengaja
3⃣ Dosa2 lain pada syari'at zahir :
4⃣ Dosa2 lain pada batin - hati :
Lalai dari zikrullah, Melakukan fitnah, mengumpat, adu domba, Berdusta, tamak, bakhil, pendendam, pemarah dan banyak lagi
Inilah di antara perkara2 HARAM yang mesti dijauhi. Setengah larangan tersebut menjadikan seseorang mendapat DOSA dan setengahnya lagi menghantarnya kepada Kekafiran.
SIRI 6 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apabila seseorang hamba Allah dapat melakukan semua ini, iaitu mengerjakan sekalian perintah Allah yang WAJIB dan meninggalkan yang HARAM, sebagaimana huraian yang dikehendaki oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka inilah yang dikatakan TAQWA. Dan TAQWA ini adalah peringkat permulaan TAQWA. Iaitu TAQWA orang2 beriman yang mula melangkah kepada mengenal Allah dan ubudiyyah kepada-Nya.
Mereka mula mendidik diri mereka untuk menjadi hamba2 Allah.
Jika ada bertanya adakah ini bermakna seseorang itu tak berdosa langsung baru dikatakan TAQWA?
Maka jawapannya : BENAR!
Ini kerana Taqwa adalah himpunan sekalian sifat2 kebaikan yang suci bersih dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri menta'ati Allah pada setiap masa dan keadaan.
Tentu ada yang hairan dan menganggap ianya mustahil kerana kita sebagai manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.
Jawapannya :
Benar!
Manusia Muslim pada peringkat awam tidak terlepas dari melakukan dosa2 kecil dan seringkali juga terjebak kepada dosa2 besar.
Orang2 alim fiqh (Alim yang semata2 amalkan fiqh tetapi meninggalkan tasawwuf) juga tidak terlepas dari dosa2. Sekalipun mungkin mereka tidak minum arak atau judi dsb yang dosa2 besar zahir, tetapi mereka tidak terlepas dari melakukan dosa2 batin syirik khafi iaitu syirik tersembunyi ujub, riya, sum'ah, takabbur, tawakkal makhluq
Jadi tentu ramai musykil mana mungkin mencapai Taqwa dengan pemgertian yang disebutkan.
Jika seseorang hamba Allah tersalah/tergelincir dan melakukan dosa, lalu dia segera TAUBAT dan kembali kepada Allah, maka jadilah dia kembali bersih dan BERTAQWA….!
Bukankah Allah Ta’ala dan Rasul-Nya menjanjikan setiap orang bertaubat (dengan TAUBAT NASUHA) adalah seperti orang yang tidak berdosa ?
Ertinya tiap2 orang beriman yang telah tergelincir lalu melakukan dosa, dan dia segera TAUBAT NASUHA serta banyak2 menyebut kalimah Tayyibah, Zikir La Ilaha Illa-Allah maka jadilah dia suci kembali.
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:
“Perbaharuilah iman kalian!” Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?” Baginda bersabda: “perbanyakkanlah oleh kalian ucapan Laa ilaaha Illallah”
[Imam Ahmad dan Imam Thabarani]
Hadith ini berikan isyarat penting berkenaan "Rosaknya Iman" disebabkan dosa2 terutama kerana syirik khafi.
Apabila seseorang terbuat kesalahan terutama syirik khafi lalu dia taubat segera dan berzikir "Laa ilaaha Illallah” banyak2, maka jadilah dia bersih kembali. Sebaliknya jika dia tidak peduli dan biarkan hatinya terpalit dengan dosa2 tersebut, maka lama kelamaan hati dia akan diliputi kehitaman akibat dosa yang akhirnya menjerumuskannya kepada kufur, nifaq dan zindiq tanpa dia sedar.
Wal Iyazubillah.
SIRI 7 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tingkatan Kedua Taqwa
--------------------------------
Ini adalah tingkatan lebih tinggi iaitu TAQWA yang diperoleh dengan melakukan semua perintah pada Peringkat Pertama iaitu :
Mengerjakan segala perintah Allah yang WAJIB, Meninggalkan yang HARAM,
ditambah dengan….
Membanyakkan yang SUNNAT2, dan Meninggalkan yang MAKRUH.
______________________
Tingkatan Ketiga Taqwa
---------------------------------
Semua Sifat2 pada Peringkat ke 2 di atas, iaitu :
dan...
Meninggalkan yang SYUBHAT...
________________________
Tingkatan Keempat Taqwa
------------------------------------
Semua sifat2 pada peringkat 3 di atas,
Ditambah dengan dengan satu sifat lagi…..
Meninggalkan yang HARUS. (yang tak perlu pada agama)
______________________
Tingkatan Kelima Taqwa
----------------------------------
Semua sifat2 pada ke-4 di atas...
Dan ditambah dengan satu lagi ……
MENINGGALKAN sekalian yang TIDAK DIREDHAI oleh Allah.
Di dalam erti kata lain sekalian hal ehwalnya, makan minumnya, ibadah dan muamalahnya dipenuhi dengan ubudiyyah. Insan di peringkat ini tidak ada kecintaan melainkan sekaliannya memusat kepada kepada kecintaan mutlak kepada Allah Ta’ala. Hati dan ruhnya yang suci menzikirkan Allah setiap waktu, setiap keadaan dan setiap tempat.
Dan inilah kesempurnaan TAQWA yang kita telah nukilkan sebelumnya - TAQWA para Anbiya, Auliya, Siddiqin dan Solihin.
Peringkat 1-4 adalah peringkat latihan2 untuk mencapai TAQWA. Sedangkan makna TAQWA yang hakiki yang sempurna adalah orang yang di Tingkatan yang ke-5 iaitu tingkatan tertinggi maqam Mahmud, Maqam Terpuji sekalian Kekasih2 Allah.
Sebagaimana dijelaskan pada Siri sebelum ini, inilah kesudahan Maqam TAQWA atau setinggi2 TAQWA - maqam insan2 paling mulia di sisi Allah.
Wallahu A'lam
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment