Sunday, August 27, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 275)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 35 :

Muzik, Nyanyian,  yang melalaikan

....sambungan....



Rawatan dan Penjagaan:

==================


(1) Ibu bapa mempunyai peranan asas yang paling besar di dalam hal ini. Mereka wajib mendidik anak-anak dengan Agama dan jauhkan segala macam cita-cita anak mereka menjadikan muzik dan nyanyian sebagai mata pencarian.


(2) Jauhkan diri daripada bertolong-tolongan kepada mendirikan bangunan atau tempat-tempat dipersaksikan muzik dan nyanyian yang dilarang iaitu muzik dan nyanyian yang menjerumuskan kepada kemungkaran.  Orang yang bertolong-tolongan untuk mendirikan kemungkaran mendapat dosa  sama seperti orang yang memperbuatnya.


(3) Setiap orang Islam wajib mencegah apa sahaja perhimpunan mungkar mengikut kemampuan masing-masing. Di dalam hal ini amanah paling besar terletak atas bahu Pemimpin — sama ada dia pemimpin masyarakat, menteri-menteri, pegawai-pegawai Agama, Perdana Menteri dan Raja-raja.  Jika "kepala-kepala" ini mendiamkan diri tak berusaha untuk mencegahnya, maka bala Allah akan turun meratai seluruh penduduk negeri tersebut. 


Firman Allah تَعَالَى


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

[Hud (11) ; ayat 113]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :

"Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :

"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran.  Semua makna ini berdekatan.  Ibnu Zaid berkata :  Firman Allah  "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "

[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]


Rasulullah    ﷺ bersabda :

 “Sesungguhnya jika manusia melihat seseorang melakukan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegah orang itu, maka Allah akan meratakan adzab kepada mereka semua. 

[Imam Dawud, Imam At-Tirmizi]


Rasulullah  ﷺ bersabda :

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” 

[ Imam Muslim]


Sabda Rasulullah  ﷺ:

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Berkata Kata Imam Ghazali :

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan dia tidak sanggup merobahnya. Kerana Nabi   ﷺ bersabda :    “La’nat (azab)  akan turun kepada orang yang menghadirinya.”    Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin , Kitab Amr Ma’ruf Nahyi Anil Mungkar]


Bersambung siri   276 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...