■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 471 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Penjelasan 2 : Empat macam hati
Setelah ruh insan diturunkan ke muka bumi, keadaan hati manusia berubah (akibat hijab yang menutupi). Sebahagian mereka memiliki hati yang sangat cemerlang dan di dalam keredhaan Allah. Sebahagian lain merosakkan hati mereka dengan berbagai dosa. Sebahagian lain binasakan hati mereka dengan kekufuran dan kesesatan.
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Hati itu ada empat macam: Pertama, qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar. Kedua, qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya. Ketiga, qalbun mankuus (hati yang terbalik). Keempat, qalbun musfah (hati yang terlapis). Adapun qalbun ajrad adalah hati seorang Mukmin, pelita dalam hatinya adalah cahaya, qalbun aghlaf adalah hati orang kafir, qalbun mankuus adalah hati orang munafiq, yang mengetahui kemudian mengingkari. Qalbun musfah adalah hati yang di dalamnya bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman yang disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka itulah yang akan menguasai hatinya.”
[Imam Ahmad]
(1) Qalbun Ajrad - Hati yang suci murni
Qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar.
HATI jenis ini adalah hati yang di miliki oleh Rasul, Nabi, Auliya Allah, Warisatul Anbiya yang Siddiq, dan Mukmin sejati, Pelita yang bersinar itu adalah bermaksud cahaya Iman, cahaya Tauhid, cahaya Ma'rifat yang gilang gemilang di dalan hatinya.
(2) Qalbun Aghlaf - hati yang tertutup
Qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya.
HATI jenis ini telah keras dan MATI, tak dapat masuk hidayah ke dalamnya dan kekufuran tak dapat keluar darinya. Orang seperti ini tiada jalan keluar lagi, HATI jenis ini dimiliki oleh tiga jenis manusia :
(i) Orang kafir asli yang dikunci MATI hatinya disebabkan keingkaran yang melampau.
(ii) Orang Islam yang fasiq yang terus-menerus melakukan keingkaran, kezaliman dan kekufuran tanpa taubat sehingga HATI nya menjadi gelap gelita, keras dan akhirnya MATI.
(iii) Orang Islam yang tersesat ke dalam kelompok-kelompok bid'ah sesat (berjumlah 72 golongan sesat) seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular atau Liberal dan lain-lain dan tidak segera taubat, sebaliknya terus-menerus di dalam kesesatan sehingga HATI nya keras dan MATI. Na'uzubillah
Firman Allah :
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci mati atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[Al-Baqarah (2) : Ayat 7]
(3) Qallbun Mankuus - Hati yang terbalik
Ini adalah HATI orang munafiq, iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan tentang Islam tetapi disebaliknya adalah kekafiran, tujuan sebenar mereka adalah kekafiran. Mereka olok-olokkan orang beriman. Mereka mempermain-mainkan Allah. Nasib orang munafiq sama seperti orang yang kafir.
(4) Qalbun Musfah - hati yang terlapis
HATI bangsa ini adalah yang dimiliki oleh kebanyakan orang Islam awam yang sentiasa bercampur aduk antara Iman dan Syirik (atau nifaq seperti yang disebut oleh Rasulullah ﷺ ). Walau bagaimanapun syirik dan nifaq ini adalah syirik khafi dan nifaq amali yang TIDAK batalkan Iman. Tetapi Imannya akan rosak jika dibiarkan tanpa berusaha sungguh-sungguh baikinya.
SIRI 472 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Akibat Lupa kepada Allah
Akibat lalai dari berzikir
=====================
Menurut keterangan sekalian Ahli Ma'rifat (Pewaris Rasulullah ﷺ yang benar) seseorang yang lupa, lalai, gelap hati dari mengingat Allah terdedah kepada 4 anasir perosak:
Pertama: Nafsu kejahatan
Kedua: Syaitan
Ketiga: Dunia (yang membinasakan)
Keempat: Makhluq (yang menarik kepada kejahatan)
Ertinya orang yang lupa dan lalai dari mengingat Allah akan hadapi akibat yang berat sekali daripada 4 macam anasir ini.
Akibat Lupa kepada Allah — Pertama: Nafsu kejahatan menguasai hati
Ketika seseorang lupa kepada Allah, nafsu kejahatan akan bangkit menguasai hatinya. Menurut Ahli Ma'rifat, terdapat 7 macam nafsu yang menguasai manusia dan menyuruhnya melakukan berbagai kejahatan; bermula dari kekufuran, kesesatan, kefasikan dan kekejian.
Penjelasan ringkas pengertian nafsu (yang terbit dari gerak hayat dan nafas). Dan bagaimana nafsu-nafsu pada asalnya (ketika tiada Zikir) mendorong kepada berbuat kejahatan dan menentang Allah.
Berkata Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:
"Ya anakku, ada pun hakikat nafas ialah gerak ruhani yang menggerakkan ruh idhafi. Gerak ini adalah daripada meliputi Hayatullahi Ta'ala kepada ruhani itu. Jadi nafas itu tiada jisimnya. Sebab itu apabila tiada meliputi Hayatullahi Ta'ala itu jadilah seseorang itu mati, seperti api letrik yang ditutup aliran letrik daripada ibusawatnya. Ya anakku, dapat mengetahui ilmu ini hanya semata-mata dengan muraqabah dan Zikrullah (menurut disiplin jalan Ma'rifat), bukan dengan fikir aqal (tiada dapat dengan pelajaran universiti)"
[Risalah Naqsyabandiah, Risalah Ma'rifat Jilid 3]
Berkata Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
"Ya anakku, nafsu itu ialah gerak-gerak nafas. Haqiqatnya adalah satu jisim yang sangat halus yang menerima gerak dari ruhani. Jumlah nafsu adalah semuanya 7 macam.
[Risalah Naqsyabandiah, Risalah Ma'rifat Jilid 3]
Keterangan Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
Menurut keterangan daripada Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu, kejahatan-kejahatan yang ditimbulkan oleh 7 macam nafsu adalah seperti berikut:
SIRI 473 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
1. Nafsu Ammarah :
Penjelasan ringkas :
■ Nafsu Ammarah adalah Ibu segala nafsu-nafsu kejahatan seperti Firman Allah ۚ
إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ
■ Pancarannya hitam
■ Tempatnya di kepala Sanubari seperti bulu yang sangat halus
■ Bulu-bulu yang sangat halus ini yang dicabut oleh Malaikat Jibril Alaihis-salam, ketika dibelah dada Baginda pada malam Isra Mi'raj
■ Nafsu ammarah, kerjanya adalah sentiasa menyeru kepada kejahatan dan juga menggerakkan kejahatan pada nafsu-nafsu yang lain ( 6 nafsu lain akan mengikut seruan nafsu Ammarah)
■ Nafsu Ammarah menghijabkan (menghalang) Cahaya Ruhani memancar kepada Nurani (jisim halus pada otak) yang menerbitkan "aqal", "Ilmu", "Iman", "Tauhid", "yaqin", "haqiqat" dan "Ma'rifat"
■ Ringkasnya Nafsu Ammarah wajib ditundukkan, dikalahkan kerana ia adalah ibu kepada segala nafsu kejahatan.
Jika tidak ditundukkan, seseorang akan kekal di dalam kejahatan, kekufuran dan kekejian.
■ Nafsu Ammarah akan kalah dan tunduk dan diam apabila seseorang berzikir sebanyak 5 ribu Zikir Allah Allah pada hati Sanubari. Inilah menurut Disiplin Toriqat Naqsyabandiah.
■ Menurut Disiplin Jalan Ma'rifat khususnya Displin Naqsyabandiah, qalb (hati sanubari) wajib dilatih mengerjakan Zikrullah setiap hari sehingga akhirnya Nafsu Ammarah benar-benar tewas sepenuhnya dan tunduk terus. Semua ini makan masa yang panjang, mungkin puluhan tahun atau mujahadah sampai mati. Inilah sebabnya Baginda Rasul menyebut bahwa mujahadah melawan nafsu adalah jihad lebih besar.
2. Nafsu Mulhamah :
■ Cahayanya merah
■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan berperangai seperti perangai haiwan jinak iaitu seperti lembu, kerbau, kambing dan lainnya yang hanya gemar kenyang, bersenang-senang, hanya gemar melakukan hubungan jantan betina
■ Ya anakku, apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya (pada nafsu Mulhamah) maka berperangailah dia dengan sifat sopan santun, rajin beribadah, dan berperangai mulia.
3. Nafsu Lawwamah :
■ Cahayanya putih
■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan lalai dari perbuatan Akhirat, cintai dunia, sibuk dengan dunia lupakan Akhirat
■ Ya anakku, apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya (pada nafsu Lawwamah) maka berperangailah dia dengan rajin mengerjakan pekerjaan Akhirat. Jika dia berbuat salah, dia akan mengutuk dirinya kerana lalai.
4. Nafsu Radhiah :
■ Cahayanya kuning
■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan jadi perangainya seperti harimau dan singa, iaitu zalim
■ Apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya maka jadilah ia sabar dan redha sentiasa insaf.
5. Nafsu Mutmainnah :
■ Cahayanya hijau
■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan jadi busuk hati, dendam dan licik, telunjuk lurus kelingking berkait.
■ Apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya maka jadilah ia sangat baik, berperangai mulia pada manusia dan banyak berbuat kebajikan.
6. Nafsu Mardiah :
■ Cahayanya biru
■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan banyak angan-angan, riya, ujub dan lain-lain yang dicela pada Syara'.
■ Apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya maka berperangailah dia dengan rendah diri (rasa hina diri) dan segala perangai kehambaan.
7. Nafsu Kamilah :
■ Cahayanya putih bercampur hijau
■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya maka ia akan berperangailah dia dengan sombong dan takabbur
■ Ya anakku, apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya jadilah dia perangai hamba Allah, dhaif, faqir, lemah, hina
[Nukilan kitab Risalah Naqsyabandiah Jilid 3]
SIRI 474 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Penjelasan Tambahan: Akibat lupa kepada Allah, lalai dari mengingat Allah, tidak berzikir kepada Allah
Akibat Pertama : Nafsu Kejahatan Menguasai Hati
(1) Daripada huraian ringkas Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu, berkenaan jenis-jenis nafsu dan peranannya, kita memahami bahawa nafsu itu bukan satu macam, tetapi semuanya tujuh macam.
(2) Setiap nafsu dari yang tujuh macam ini berperanan meniupkan kejahatan ke dalam hati manusia dengan berbagai cara dan pendekatan. Kejahatan yang dimaksudkan adalah mengajak manusia kepada kefasikan (berbuat dosa-dosa), kesesatan (mengikut kelompok 72 golongan sesat — Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah dan lainnya) dan kekafiran.
(3) Asal perangai nafsu adalah menyeru kepada kejahatan, iaitu ingkar kepada Allah. Tetapi apabila hamba Allah itu berzikir (menurut kaifiyyatnya pada Toriqat, Tasawwuf), maka nafsu-nafsu kejahatan akan hilang atau musnah atau jadi lemah. Apabila dia berhenti berzikir, maka nafsu-nafsu akan kembali berkuasa semula menyeru kepada kejahatan.
(4) Penjelasan lain bagi gambarkan nafsu-nafsu manusia adalah seperti berikut :
Sekalian nafsu menerima dua macam pancaran :
Pertama : Pancaran kejahatan daripada nafsu Ammarah.
Kedua : Pancaran kebaikan daripada Cahaya Iman yang terhasil daripada Zikrullah (Ingat Allah terus-menerus).
Apabila pancaran nafsu Ammarah (ibu segala nafsu) meniup kepada sekalian nafsu-nafsu, maka dia berperangai dengan kejahatan — membawa kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran. Sebaliknya apabila cahaya Iman meniup kepada nafsu-nafsu, maka dia berperangai dengan kebaikan, keimanan dan ketaqwaan.
Catitan penting :
Pancaran kejahatan seringkali datang juga dari bisikan Syaitan. Syaitan manipulasi unsur kejahatan dalam nafsu Ammarah untuk menarik manusia kepada kefasikan dan kekafiran. (akan datang huraian lain)
(5) Cara lain memahami hakikat nafsu adalah :
Nafsu-nafsu seakan-akan mempunyai dua wajah, seperti sebuah talam — ada muka sebelah atas dan muka sebelah bawah ;
Diibaratkan wajah di atas adalah wajah kebaikan. Ini adalah wajah keimanan dan Taqwa. Wajah kedua di sebelah bawah adalah kejahatan, kefasikan, kesesatan dan kekafiran.
Apabila cahaya Zikrullah memancar pada nafsu-nafsu, maka keluarlah padanya wajah-wajah kebaikan iaitu sebelah atasnya berkuasa, maka jadilah dia berperangai dengan keimanan dan ketaqwaan.
Sebaliknya apabila kegelapan nafsu Ammarah meniup kepada nafsu-nafsu, maka yang berkuasa sekarang adalah wajah yang dibawahnya, maka jadilah dia berperangai dengan kefasikan dan kekafiran, iaitu menentang Allah.
(6) Kunci memahami keadaan ini adalah :
Barangsiapa berzikir Allah Allah di dalam hati terus-menerus dan berzikir sungguh-sungguh, pada setiap masa dan keadaan, maka selamatlah orang itu daripada kejahatan nafsu-nafsu. Sebaliknya apabila dia lalai, leka, lupa akan ingat Allah (tidak berzikir, enggan berzikir, malas berzikir), maka ketika itu nafsu-nafsu jahat yang menguasainya.
Bahaya besar yang akan menimpa seseorang yang lalai, leka, abaikan Zikrullah adalah nafsu-nafsu jahat menguasai hati dan menarik seseorang kepada kekafiran sekaligus masuk Kemurkaan Allah. Wal Iyazubillah.
(7) Pengetahuan dari hal hati, nafsu-nafsu jahat, serta bisikan-bisikan yang menarik manusia kepada kefasikan dan kekufuran dan cara-cara memerangi nafsu-nafsu jahat ini hanya wujud di dalam Ilmu Toriqat (Tasawwuf). Oleh kerana inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa amalkan Toriqat (Tasawwuf) dengan pimpinan Guru yang benar-benar Arif (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah wajib.
SIRI 475 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Akibat lupa kepada Allah, lalai dari mengingat Allah, tidak berzikir kepada Allah
Akibat ke-2 : Iblis menguasai orang yang lalai dan lupa kepada Allah lalu menariknya kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran
Apabila seseorang lupa dan lalai dari mengingat Allah, maka Iblis dan kuncu-kuncunya memasuki hatinya serta menariknya kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran. Selain itu Iblis dan kuncu-kuncunya masuk ke dalam tubuh manusia mengalir bersama aliran darahnya, mengalir bersama aliran udara dalam tubuhnya dan mendatangkan berbagai penyakit sehingga lumpuh segala ibadah.
Firman Allah :
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) hukumkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
Iblis bersumpah di hadapan Allah bahawa dia akan menghalang manusia seluruhnya dari jalan Allah, iaitu dari Islam (Tidak beriman, menjadi kafir — pent.)
Tafsiran ayat ( ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ ) bermaksud : Untuk menyesatkan mereka dalam masalah Akhirat. Iblis akan membisikkan bahawa Syurga, Neraka, hari kebangkitan dan hari kebangkitan tidak wujud.
Tafsiran ayat ( وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ ) adalah : Iblis membisikkan lagi bahawa dunia tidak akan musnah ( tiada Qiamat). Iblis akan menyuruh manusia tamak, bakhil dan membuat kerosakan.
Tafsiran ayat ( وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ ) adalah : Iblis akan menyesatkan Agama mereka. Jika manusia sudah meniti petunjuk Allah, maka Iblis mendatangkan keraguan hingga mereka keluar dari Petunjuk Allah. Jika manusia yang sudah sememangnya sudah sesat dari Petunjuk, Iblis akan menghiasi kesesatan dengan berbagai macam hiasan sehingga mereka teguh di dalam kesesatan.
Tafsiran ayat ( وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ ) adalah : Iblis menjerat manusia dengan berbagai kelazatan dan hawa nafsu.
Tafsiran ayat ( وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ ) adalah : Kebanyakan manusia tidak beriman. (kafir, munafiq atau sesat dari Pertunjuk)
[Tamat Nukilan Tafsir Ibn Abbas]
Huraian Tambahan :
Dari ayat Qur'an dan tafsirnya oleh Ibnu Abbas, kita dapat memahami, Iblis tidak berdiam diri setelah menerima La'nat Allah. Iblis berdendam dengan Nabi Adam dan mencabar Allah Ta'ala bahawa dia akan sesatkan seluruh keturunannya.
Iblis menggunakan anak cucu keturunannya dan syaitan bangsa jinn dan syaitan bangsa manusia untuk menyesatkan manusia dengan berbagai jalan dan arah, iaitu dengan helah dan tipu daya yang amat licik dan halus sehingga manusia yang didatangi Iblis atau kuncu-kuncunya tidak mengetahui kehadirannya.
SIRI 476 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Langkah-langkah Iblis menarik manusia kepada kekafiran atau kesesatan atau kefasikan
Iblis dan kuncu-kuncunya daripada jinn dan syaitan mempunyai berbagai cara dan pendekatan untuk menarik manusia kepada kekafiran, kesesatan atau kefasikan.
Langkah 1 :
Membisikkan kekufuran kepada orang Islam, sehingga akhirnya orang itu menjadi KAFIR. Jika orang itu sememangnya kafir, dia akan hiasi segala perbuatan orang itu sebagai baik, hebat dan cemerlang... maka kekal dia di dalam kekafiran kerana menyangka diri dia benar.
Langkah 2 :
Bisikkan ke dalam hati supaya mengikut jalan-jalan lain, jalan yang direka-reka aqal dan nafsu. Akhirnya orang tersebut menjadi SESAT.
Langkah 3 :
Bisikkan ke dalam hati supaya menjadi riya', takkabur, 'ujub dan lain-lain syirik khafi serta melakukan berbagai kekejian agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.
Langkah 4 :
Memasuki urat darah, jantung, salur pernafasan, otak, perut dan faraj (wanita), tulang belikat dan lain-lainnya lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga mendatangkan berbagai penyakit-penyakit yang pelik dan kronik. Maka LUMPUHLAH segala ibadah.
Demikianlah langkah-langkah Iblis....licik dan tidak putus asa untuk menarik manusia kepada kelalaian, kefasikan, kesesatan dan kekafiran. Ketika manusia lupa kepada Allah dan leka dengan dunia, Iblis dan kuncu-kuncunya bebas masuk keluar ke dalam hati manusia untuk menariknya kepada kebinasaan.
SIRI 477 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Dalil-dalil berkenaan cara-cara Iblis dan kuncu-kuncunya menyerang manusia-manusia yang lalai
Sebahagian dalil menunjukkan langkah-langkah Iblis dan kuncu-kuncunya menyerang manusia ketika mereka lalai dari mengingat Allah (tidak berzikir mengingat Allah).
(1) Syaitan menyerang manusia dari segala arah, zahir dan batin
Firman Allah :
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]
(2) Syaitan memasuki dada manusia :
Firman Allah Ta'ala :
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.
[An-Nas (114) : Ayat 5 dan 6]
(3) Syaitan merasuk tubuh manusia :
Firman Allah :
ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ
"Orang-orang yang memakan riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu."
[Al-Baqarah (2) : Ayat 275]
(4) Syaitan memasuki faraj wanita dan membawa berbagai penyakit kronik :
Rasulullah ﷺ bersabda :
لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا. فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّه
"Jika sorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka bacalah : اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
(Dengan Nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan. Dan jauhkanlah syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.) Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”."
[Imam Bukhari]
(5) Syaitan kencing ke dalam telinga, hidung, mulut dan segala laluan terbuka :
Rasulullah ﷺ bersabda :
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ
“Lelaki itu (yang tertidur dan tak bangun untuk solat Subuh) telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda bersabda: “Di telinganya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(6) Syaitan masuk mimpi :
Rasulullah ﷺ bersabda :
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
[Imam Bukhari]
(7) Syaitan memasuki tubuh dan meresap ke dalam darah :
Rasulullah ﷺ bersabda :
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
“Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah.”
[Imam Muslim]
SIRI 478 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Akibat Lupa kepada Allah
Akibat ke-3 : Dunia menguasai diri
Bahaya seterusnya adalah.... ketika seseorang lupa kepada Allah, tidak kekal hati Zikrullah, maka "cinta dunia" akan masuk ke hatinya sedangkan "cinta dunia" membawa kepada kebinasaan Iman dan Islam. Berikut kami jelaskan secara ringkas berkenaan dunia yang membawa kebinasaan. Huraian terperinci telah kami bentangkan pada tajuk :
Dosa Besar ke-16 : Cinta Dunia. Sila rujuk di sana.
Pengertian Ringkas
Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia :
===============================
Definisi :
Dari segi bahasa, ungkapan "dunia" ( الدُّنْيَا ) berasal dari akar kata " da na a" yang membawa maksud : dekat, rendah, lemah, kurang.
Dari segi istilah, "dunia" adalah setiap sesuatu yang tidak membawa manfaat pada Akhirat atau perkara sia-sia yang menjatuhkan seseorang kepada kebinasaan dan Kemurkaan Allah.
Maka Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia adalah bermaksud mencintai kelazatan dunia, mencintai segala kemewahan, kesenangan, keseronokan, pangkat, kedudukan, kuasa dan kemegahan sehingga jauh dari Rahmat Allah dan jatuh kepada Kemurkaan-Nya.
Penjelasan Tambahan :
=================
(1) Al-Qur'an dan Sunnah Rasul membahaskan "dunia" di dalam beberapa bentuk :
Dunia adalah tempat persinggahan.
Dunia adalah tempat dugaan dan cobaan.
Dunia adalah tempat bercucuk tanam benih Akhirat.
Dunia adalah tempat mencari bekal pulang.
Dunia hanyalah tempat bermain-main serta kelalaian.
Dunia hanyalah perhiasan yang menipu daya.
Dunia hanyalah tempat bermegah-megah dengan harta dan anak-anak.
Dunia dan seisinya dilaknat kecuali Zikrullah, orang Alim (Arif) dan muta'allim (penuntut atau murid).
Mencintai Dunia membawa manusia kepada kesombongan.
Mencintai Dunia menjerumuskan kepada kekejian dan kefasikan.
Mencintai Dunia mendorong manusia kepada kekafiran.
(2) Umumnya dunia dan seisinya dilaknat kecuali sebahagian daripadanya yang membawa kepada menambahkan takut kepada Allah serta membawa kebaikan pada Hari Perhitungan.
(3) Cinta kepada dunia — Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ), bererti mencintai "Dunia" yang membawa kebinasaan kepada Iman, jauh dari Keredhaan Allah dan jatuh kepada Kemurkaan Allah.
(4) Demikian besarnya nafsu manusia kepada "dunia" sehingga 1000 lembah emas sekalipun tidak memadai baginya — dia inginkan lebih banyak lagi. Demikian rakusnya manusia sehingga mereka sanggup berbunuhan semata-mata kerana merebut secebis "dunia yang hina".
(5) Menurut Ilmu Tasawwuf,
" Dunia " adalah salah satu daripada 4 perkara yang membawa kebinasaan (afaat) kepada manusia — iaitu merosak Iman dan ibadahnya serta mengundang Kemurkaan Allah.
(6) Perkara-perkara yang terhitung ke dalam istilah "dunia yang menjerumuskan kepada kebinasaan" adalah :
Harta kekayaan melimpah ruah, Wang ringgit bertimbun-timbun, gedung-gedung perniagaan, kedudukan, pangkat, Kuasa, kemuliaan di mata manusia. Perkara-perkara ini yang lazimnya menghambat manusia agar bertungkus-lumus mencari, menikmati dan bermegah-megah dengannya. Maka kelakuan mencintai semua inilah dinamakan hubbud-dunya yang membinasakan manusia.
(7) Cinta dunia menarik manusia kepada rangkaian dosa-dosa besar yang lain antaranya :
Menyebabkan seseorang lalai dari mengingat Allah.
Menyebabkan seseorang meninggalkan ibadah.
Menghilangkan khusyu' di dalam solat.
Menimbulkan berbagai sifat nifaq (kemunafikan) di dalam hati.
Menumbuhkan sifat bakhil.
Menimbulkan permusuhan dan pertengkaran.
Mendorong kepada kemegahan dan kesombongan.
Mendorong kepada kezaliman dan pembunuhan.
Menyebabkan hati menjadi keras dan mati.
Wal Iyazubillah.
SIRI 479 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Beberapa Dalil Penting
=================
Dipandang secara umum sememangnya dunia dan seisinya dilaknat, namun bukan semuanya dilaknat. Sebahagiannya adalah terpuji, iaitu bahagian dunia yang membawa "ingat kepada Allah (zikrullah)", "yang dibelanjakan pada Jalan Allah" dan " kebajikan yang diambil manfaatnya oleh manusia".
Dengan demikian, diperhalusi sesuai kehendak Agama, "Dunia" terdiri dari dua bahagian yang bertentangan :
Pertama : Bahagian Dunia yang terpuji, disanjung, di-Redhai Allah
Kedua : Bahagian Dunia yang dikeji, dikutuk, dilaknat Allah.
(1) Dunia hanyalah permainan yang menipu daya :
Firman Allah :
سُوۡرَةُ الحَدید
ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬ا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (٢٠)
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta Keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu..”
[Al-Hadiid (57) : Ayat 20 ]
(2) Harta kekayaan yang banyak dan kemakmuran hidup menjadikan manusia ingkar dan kufur :
Firman Allah :
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ قَرۡيَةً۬ ڪَانَتۡ ءَامِنَةً۬ مُّطۡمَٮِٕنَّةً۬ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدً۬ا مِّن كُلِّ مَكَانٍ۬ فَڪَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٲقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا ڪَانُواْ يَصۡنَعُونَ (١١٢) وَلَقَدۡ جَآءَهُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ (١١٣)
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk) nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, tetapi mereka mendustakannya; kerana itu mereka dimusnahkan azab dan mereka adalah orang-orang yang zalim.”
[An-Nahl (16) : Ayat 112- 113]
(3) Cinta dunia menjadikan manusia berangan-angan ingin hidup lama :
Firman Allah :
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُون
"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 96]
SIRI 480 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
(4) Cinta dunia menyebabkan manusia berlumba-lumba dan berbunuhan
Rasulullah ﷺ bersabda :
" Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian binasa sebagaimana mereka binasa.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim ]
(5) Dunia (yang tiada manfaat pada Akhirat) adalah dilaknat dan dilaknat apa yang di dalamnya
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Dunia itu adalah dilaknat, dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali Zikrullah dan sesuatu yang di-Kasihi Allah, atau orang yang mengajar (al- Alim Billah) ataupun orang yang belajar".
[Imam Tirmidzi]
(6) Cinta dunia kepala kejahatan
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Cinta kepada dunia itu pangkal setiap kejahatan“
[Imam Ahmad]
(7) Cinta dunia menjadikan manusia tamak haloba
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat”.
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(8) Kekayaan dunia melimpah-limpah membawa kebinasaan
Rasulullah ﷺ bersabda :
" Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian binasa sebagaimana mereka binasa.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(9) Kehebatan Islam dicabut kerana mengagung-agungkan dunia
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Apabila ummatku sudah mengagungkan dunia maka akan dicabutlah kehebatan Islam, dan apabila mereka meninggalkan pekerjaan amar ma’ruf nahi munkar, maka akan diharamkan keberkatan wahyu, dan apabila umatku saling mencaci, maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah.”
[Hakim dan Tirmidzi]
(10) Dunia (yang membawa kebinasaan) bagaikan bangkai
Hadith Rasulullah ﷺ :
Sayyidina Jabir bin Abdillah Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah ﷺ pernah memasuki sebuah pasar yang di kiri-kanannya sesak dengan manusia. Ketika itu Baginda melewati seekor kambing cacat (telinganya kecil) yang telah menjadi bangkai. Lantas Baginda memegang telinga kambing itu seraya berseru, “Siapakah yang mau membeli kambing ini dengan harga satu dirham?” Pengunjung pasar menjawab, “Sedikitpun kami tidak menginginkannya“. Baginda bertanya lagi, “Apakah kalian mau jika anak kambing ini kuberikan cuma-cuma kepada kalian?” Mereka menjawab, “Demi Allah, kalaupun anak kambing itu hidup, kami tidak akan menerimanya karena cacat, maka bagaimana kami mau menerimanya setelah menjadi bangkai?” Mendengar hal ini Rasulullah ﷺ bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya dunia itu lebih hina dalam pandangan Allah daripada bangkai kambing cacat ini dalam pandangan kalian.”
[Muslim]
Catitan :
Demikianlah bahaya yang akan menimpa orang yang lupa pada Allah, lalai dari Zikrullah, iaitu mengheretnya kepada "cinta dunia", hanyut di dalam arus dunia, lazimnya tanpa disedari.
Huraian terperinci berkenaan kebinasaan hamba kerana cinta dunia telah dijelaskan pada Tajuk : Dosa Besar ke-16: Cinta dunia.
Bersambung siri 481 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment