■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
MENGAPA HAFIZ QUR'AN ALIM FIQH, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 31 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
5.0 Cara2 orang awam benteng diri dari jinn syaitan
sambungan....
5.2 Penjelasan — Benteng diri dari serangan jinn syaitan kepada tubuh badan dan sistem biology.
Pertama:
Penjagaan pertama bagi manusia daripada gangguan jinn syaitan adalah ketika hendak "bermulanya kehidupan baru bagi insan" iaitu ketika akan terjadi pertemuan antara benih kedua ibu bapa. Maka Rasulullah ﷺ memerintahkan agar pertemuan itu dipelihara daripada gangguan jinn syaitan dengan doa mohon pertolongan Allah Ta'ala.
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا. فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ ".
"Jika sorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka bacalah : اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
"(Dengan Nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan. Dan jauhkanlah syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.) Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.
[Imam Bukhari]
Kedua:
Penjagaan ketika di dalam kandungan. Baca ayat pendinding dan pelindung dari gangguan jinn syaitan yang thabit dari berbagai Hadith Rasulullah ﷺ .
(1) Suratul Fatihah 1x
(2) Suratul Ikhlas 3x
(3) Surah Al Falaq 1x
(4) Surah An-Nas 1x
(5) Ayat Kursi 7x
Setelah dibaca tiup pada kedua tangan dan sapu pada perut isteri.
Ketiga:
Penjagaan semasa anak dilahirkan. Pastikan kalimat yang pertama yang bayi itu dengar adalah Kalimah2 Tauhid. Mudah2an menjadi anak yang beriman, soleh dan Taqwa.
(1) Azan di telinga kanan
(2) Iqamah di telinga kiri
kemudian baca ....
(1) Suratul Fatihah 1x
(2) Suratul Ikhlas 3x
(3) Surah Al Falaq 1x
(4) Surah An-Nas 1x
(5) Ayat Kursi 7x
(6) Baca doa perlindungan dari gangguan jinn syaitan, binatang bisa dan dari penyakit Al-'Ain....
" أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ "
(baca sebanyak 3x )
Setelah selesai baca semua atas, tiuplah pada ubun2 anak dan kemudian tiup ke seluruh tubuhnya. Lakukan amalan ini setiap pagi dan setiap malam, in shaa Allah bayi itu takkan dapat diganggu oleh jinn syaitan dan selamat dari pandangan mata jahat yang boleh membawa kepada penyakit Al-'Ain.
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
"Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang Maha Sempurna daripada sekalian syaitan, dan binatang berbisa dan setiap mata yang dengki.”
[ Imam Abu Dawud, Imam Ibn Majah, Imam Tirmizi]
Pandangan "mata jahat" atau pandangan "mata dengki" adalah pandangan seseorang yang memandang orang lain dengan pandangan yang berlawanan dengan Tauhid, iaitu syirik — sama ada dia memandang seseorang dengan pandangan ta'jub (hairan) atau pandangan "khianat" atau "dengki" maka pandangan yang "berbentuk syirik" ini boleh mengakibatkan penyakit pada orang didengkikan atau orang yang di puji tanpa Tauhid.
Penyakit Al-'Ain (akibat pandangan mata jahat) boleh membawa berbagai penyakit misteri dan kronik. Antaranya sawan, penyakit mental, penyakit kulit dan bermacam penyakit yang tiada rawatan doktor moden, hanya dapat dirawat dengan ruqyah cara Islam. Oleh kerana inilah Rasulullah ﷺ berpesan supaya lindungi anak2 dan juga diri sendiri dengan doa perlindungan ini. (Bab penyakit akibat pandangan mata jahat ini mempunyai huraian yang panjang. In Shaa Allah akan dijelaskan dalam satu bab yang tersendiri)
Keempat:
Penjagaan bagi diri sendiri dan sekalian ahli keluarga.
(1) Amalkan wirid benteng diri setiap pagi dan setiap malam.
(2) Lazimkan zikir La-Ilaha Illallah sebanyak mungkin dan himpunkannya kepada sekalian ahli keluarga.
(3) Lazimkan solawat atas Nabi sebanyak mungkin dan himpunkannya kepada sekalian ahli keluarga.
(4) Lazimkan istighfar mohon keampunan Allah untuk diri sendiri dan anak isteri.
Semoga dengan mematuhi panduan2 ini, diri sendiri dan sekalian ahli keluarga selamat dari gangguan jinn syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyerang mereka.
Persoalan : Bagaimana sekiranya seseorang atau sesebuah keluarga terkena juga gangguan2 jinn syaitan ini walaupun mereka telah melazimi mengamalkan semua wirid2 tersebut.
Jawapan: Sebenarnya perkara inilah antara mesej terpenting yang ingin kita sampaikan di dalam Risalah ini.... iaitu mereka yang lazimnya mengerjakan solat, puasa, baca Qur'an dll terkena gangguan jinn syaitan. Bahkan setengah Hafiz Qur'an, Imam Solat dan orang alim fiqh juga tidak terlepas dari gangguannya.
Iblis dapat menarik orang2 alim seperti ulama Khawarij (wahhabiyyah), Ulama Syi'ah (rafidhi), Ulama Mu'tazlilah, Ulama Jabariyyah, Ulama Mujassimah dll nya kepada jalan Iblis..!!!
Mengapakah terjadi demikian?
Di manakah salahnya?
Bagaimanakah syaitan menceroboh?
SIRI 32 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Rumusan : Mengapa ahli ibadah, Imam Solat, Hafiz Qur'an, Ahli Tahajjud pun terkena gangguan Jinn Syaitan?
Di dalam segmen2 yang lalu, kami telah menyentuh beberapa perkara yang menjadi punca si abid (ahli ibadah), alim fiqh (orang yang mahir dalam berbagai ilmu syari'at), Hafiz Qur'an, Imam Solat juga terkena gangguan jinn syaitan sehingga sebahagiannya menjadi sesat atau fasiq atau rosak Imannya. Di sini kami menambah sedikit lagi dan menjadikan rumusan bagi sekalian ummat mengambil manfaat.
Pertama : Hilang ikhlas
Ikhlas adalah pintu qabul Iman dan Ibadah seseorang. Ikhlas adalah benteng kukuh dari pencerobohan Iblis dan kuncu2nya. Apabila seseorang itu tiada ikhlas atau rosak ikhlasnya, maka rosaklah segala ibadahnya. Hilang musnahlah segala benteng dirinya. Inilah pintu awal bagi Iblis dan kuncu2nya memasuki hati manusia bagi merosak Iman dan segala ibadahnya. Bahkan pintu halus ini juga menjadi lorong bagi jinn syaitan menyusup masuk ke dalam tubuhnya bagi menyebarkan penyakit2 kronik yang akhirnya melumpuhkan segala ibadahnya.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
"(dan berkata Iblis) dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas".
[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]
Kedua : Campur aduk dengan Syirik Khafi:
Apabila Iman dan Ibadah seseorang bercampur aduk dengan syirik khafi iaitu 'Ujub, Riya', Sum'ah, Takabbur dan bergantung hati kepada keupayaan diri, maka semua ini akan membawa kepada kecederaan dan kecacatan besar di dalam ibadahnya. Bahkan Iman / Tauhid nya juga akan rosak.
Ketiga: Tiada zikir dalam hati:
Zikrullah merupakan sumber UTAMA penyucian HATI, amal UTAMA pembinaan IMAN, ibadah TERAGUNG bagi keteguhan TAUHID, benteng dan senjata TERHEBAT melawan Jinn syaitan.
Dengan mengekalkan Zikrullah di dalam HATI (zikir Allah Allah berterusan di dalam HATI) seseorang yang beriman akan memperoleh keteguhan Iman dan benteng diri dari segala macam ancaman nafsu dan kejahatan Iblis. Apabila seseorang lalai dari Zikrullah, maka Jinn syaitan mampu masuk ke dalam jantung dan salur darahnya bagi melakukan berbagai kecelakaan kepada tubuhnya.
Inilah sebabnya Kalam Allah yang pertama " اقْرَأْ " memerintahkan Zikrullah. Inilah Ibadah teragung yang diwajibkan ke atas Ummat Islam sebelum Allah Ta'ala mewajibkan Ibadah Syari'at lain2nya.... menunjukkan keutamaannya bagi setiap orang beriman.....!
Tetapi amat malang....! Pada zaman kemudian dari Sahabat Rasulullah ﷺ, Ibadah Zikrullah ini diabaikan oleh Ummat Islam sehinggalah pada saat ini, tak ramai yang mahu mengerjakan Zikrullah menurut Kafiyyat, syarat dan adab2nya sebagaimana yang diwarisi dari Junjungan Rasulullah ﷺ. (Toriqat Rasulullah ﷺ). Mereka lebih gemar dan rasa puas hati sekadar amalkan Syari'at semata2 dan abaikan Toriqat Rasul ﷺ. Akibatnya terjadilah berbagai kesyirikan di dalam hati (syirik khafi) yang membawa kepada kesesatan atau kefasikan atau kerosakan IMAN. Wal Iyazubillah.
SIRI 33 : AKHIR
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
_6.0 Rumusan : Mengapa ahli ibadah, Imam Solat, Hafiz Qur'an, Ahli Tahajjud pun terkena gangguan Jinn Syaitan?
sambungan.....
Keempat : Bacaan Qur'an hanya pada lidah, tak masuk ke hati:
Di antara punca Iblis dan syaitan mampu memasuki orang2 yang Hafiz Qur'an sekalipun adalah kerana bacaan mereka hanya keluar dari "lidah" mereka dan BUKAN dari HATI yang suci.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Kelima : Iman pada lidah bukan pada hati:
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ
“Akan ada di akhir zaman suatu kaum yang usianya muda, dan pemahamannya dangkal, mereka mengucapkan perkataan manusia yang paling baik (Hadith, amanat dan wasiat Rasulullah ﷺ ), mereka lepas dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya, iman mereka tidak sampai ke tenggorokan..”
[Imam Bukhari]
Maksudnya adalah : Iman mereka tak masuk ke hati. Walaupun mereka sudah bergelar Alim (fiqh), atau mempunyai gelaran2 dunia seperti PhD, Drs, Masters dsb, atau mereka menjawat berbagai jawatan sebagai Mufti, Qadhi, Ahli fatwa dsb. atau mereka menduduki kerusi2 Jabatan Agama yang hebat... namun mereka hanya Islam, belum benar2 beriman,... IMAN belum masuk ke dalam hati mereka. Golongan2 ini amat mudah terikut bisikan jinn syaitan.
Jika ada yang bertanya, adakah mungkin orang2 alim (fiqh) yang mahir di dalam berbagai disiplin ilmu Agama, Hafiz Qur'an, penghafal Hadith, petah bersyarah agama boleh menjadi orang yang lemah Imannya, atau lebih buruk lagi menjadi sesat ? Maka jawapannya sudah terbukti di dalam Firman Allah dan Hadith Rasul ﷺ.
Bahkan bukti nyata yang amat jelas berdasarkan Sejarah Ummat adalah "Alim Ulama" yang terkeluar dari Ahlus Sunnah dan menjadi sesat seperti Khawarij (wahhabiyyah zaman ini), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyah, Mujassimah dll nya. Mereka adalah pelopor2 Golongan sesat. Wal Iyazbillah.
Walaupun mereka petah bersyarah Agama dengan berbagai Hadith Rasulullah ﷺ, kelihatan hebat mengerjakan Solat, berpuasa dll, namun mereka telah terkeluar dari Agama bagaikan "panah yang keluar dari busurnya", ertinya tiada akan kembali kepada Keimanan. Demikianlah tipu daya halus Iblis kepada orang2 yang berilmu pada zahir sahaja sedangkan batinnya kosong. Wal Iyazubillah.
Keenam : Tidak Berserta Jama'ah — Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
Setiap Muslim diperintah berserta kelompok terbesar Ummat iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen), kerana merekalah satu2nya golongan yang dijamin selamat dan terpelihara daripada Syaitan. Apabila mereka jauhi jamaah Ummat Islam yang umum. maka mereka akan terdedah kepada bisikan dan tarikan jinn syaitan.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)
“Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama Al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.
[Imam Tirmizi, Imam Al-Haakim]
✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ
“Sesungguhnya serigala hanya akan menerkam domba yang sendirian.”
[Imam Abu Dawud]
Ketujuh : Tiada pimpinan Guru Mursyid yang siddiq:
Telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar, Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah bahawa setiap orang Islam WAJIB mempunyai pemimpin keruhanian yang memimpin kepada Allah Ta'ala. Meskipun dia seorang yang bergelar profesor, Drs, alim fiqh, dll, tetap WAJIB (fardhu Ain) baginya memperoleh pimpinan Mursyid yang siddiq bagi menyucikan batinnya daripada segala kekejian hati dan membentengi diri daripada bisikan2 halus nafsu dan jinn syaitan.
Jika seseorang Islam TIDAK mempunyai seorang Mursyid yang siddiq memimpinnya kepada Allah Ta'ala, maka dikhuatiri dia akan dipimpin oleh Syaitan ke gerbang Iblis sedang dia tidak sedar dia telah jatuh kepada tipu daya halus Iblis.
✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali
"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan). Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.
[Ihya Ulumuddin]
(Perbahasan lanjut berkenaan hal ini boleh didapati dari Risalah kami " Mursyid yang Siddiq, Pemimpin Ahlus Sunnah dan Pewaris Nabi yang Sebenar" )
Demikianlah kami paparkan secara ringkas satu daripada empat macam afaat (halangan / gangguan / kebinasaan) iaitu gangguan Iblis yang sentiasa membayangi manusia dan menariknya jauh daripada Jalan Allah. Renungkanlah dan mohon petunjuk Allah.
Moga bermanfaat.
للهُمَّ اجْعَلْ لِىْ نُوْرًا فِىْ قَلْبِىْ وَنُوْارًا فِى قَبْرِىْ وَنُوْارً فِىْ سَمْعِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَصَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ شَعْرِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَشَرِىْ
وَنُوْرًا فِىْ لَحْمِىْ وَنُوْارً فِىْ دَمِىْ وَنُوْرًا فِىْ عِظَامِىْ وَنُوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِىْ وَنُوْرًا عَنْ يَمِيْنِىْ وَنُوْرًا عَنْ
شِمَالِىْ وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِىْ وَنُوْرًا مِنْ تَحْتِىْ. اَللهُمَّ زِدْنِىْ نُوْرًا وَاَعْطِنِىْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِىْ نُوْرًا.
- TAMMAT -
__________________________________
Tausiah:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment