MENGAPA HAFIZ QUR'AN IMAM SOLAT, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MENGAPA HAFIZ QUR'AN ALIM FIQH, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN   

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 21 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Contoh 7:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat / Tasawwuf

sambungan.....


Kata2 hikmah Imam Malik ini bukan sahaja dinukil oleh Imam Ghazali di dalam karya2 beliau, tetapi juga dinukilkan oleh ramai sekali Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar. Di antaranya....

Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq

Risalah Ma'rifat  - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi

Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi

Qutul Qulub — Imam Abu Talib Al Makki

Tabaqat Asy-Sya'rani — Imam Asy-Sya'rani

Risalah Qusyairiyah — Imam Qusyairi

Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani

 

Jika ada yang musykil dan bertanya mengapa seseorang menjadi Fasiq apabila meninggalkan Tasawwuf dan Toriqat Rasulullah ﷺ maka jawapannya adalah :  


(1) Tidak berusaha menyucikan hati daripada sekalian Syirik dalam hati — 'ujub, riya', sum'ah, takabbur, tawakkal pada makhluq dll. sedangkan telah thabit di dalam Al-Qur'an dan Hadith  secara qat'ie (terang nyata dan putus) bahwa Sucikan Hati itu adalah fardhu Ain atas setiap orang Muslim.  Cara2 menyucikan hati daripada sekalian kesyirikan hati ini hanya ditunjukkan di dalam Disiplin Toriqat. 


(2) Tidak berusaha menyucikan hati daripada mazmumah (segala sifat2 keji dalam hati) seperti Su-uz-zonn  (jahat sangka), hasad (dengki), bakhil (kedekut), toma' (tamak haloba), dll sedangkan semua ini adalah dosa besar yang membawa kepada kefasikan. Seseorang Muslim tidak akan mampu membuang segala sifat2 kekejian ini melainkan melalui Toriqat Rasulullah ﷺ.


(3) Tidak berusaha hapuskan bisikan nafsu kejahatan dan bisikan Iblis sedangkan ini perintah Allah Ta'ala yang amat terang di dalam Al-Qur'an.  Seseorang Muslim tidak mempunyai jalan untuk hapuskan semua bisikan jahat ini melainkan dia mengikuti Sistem Pendidikan Toriqat.


(4) Tidak dapat melakukan Zikir yang diwajibkan atas setiap orang Islam.  Zikrullah yang diwajibkan atas setiap orang beriman adalah Zikir berterusan dalam hati.  Cara2 mengerjakan Zikrullah ini, berserta syarat2nya, peraturannya, kaifiyyatnya dan adab2nya hanya terdapat di dalam Sistem Pendidikan Toriqat.  Ilmu Fiqh tidak akan mengajar ilmu ini.


(5) Tidak dapat mendirikan Solat dengan Khusyu sedangkan Allah Ta'ala memerintahkan khusyu ketika menghadap-Nya, ertinya wajib khusyu' di dalam Solat kerana  ianya merupakan sebahagian dari tanda2 orang beriman.  Cara2 untuk mencapai darjat khusyu' yang sebenar yang terbit hati yang suci dan automatik, tanpa memaksa2 diri hanya ditunjukkan di dalam Toriqat.  Ilmu fiqh atau ilmu lain tidak mengajar cara khusyu' dan tadharru' ketika Solat.                                                                                                           

(6) Tidak akan memperoleh ikhlas yang hakiki yang pada hakikatnya adalah Tauhid Mengesakan Allah Ta'ala dari dalam hati. Ikhlas yang hakiki hanya akan terbit dari hati yang telah disucikan. Ini hanya akan diperoleh melalui latihan2 intensif Toriqat Rasulullah ﷺ


(7) Tidak akan memperoleh Tauhid yang bersih dan Taqwa yang diwajibkan.  Cara2 memperoleh Tauhid yang suci bersih (Ma'rifat mengenal Allah dengan sebenarnya) dan Taqwa yang sejati hanya akan diperoleh dengan mematuhi sekalian Adab dan Disiplin Toriqat yang warid dari Junjungan Rasulullah ﷺ.   Tauhid yang suci murni tidak akan diperolehi dengan ilmu teori atau melalui perdebatan Ilmu Kalam.   Tauhid yang diperoleh oleh pakar debat Ilmu Kalam sekalipun hanyalah Tauhid pada batas aqal yang diliputi waham dan zonn.  Mereka akan sentiasa diliputi keraguan akan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah Ta'ala.  Mereka tidak akan mampu mencapai Tauhid yang hakiki dari dalam hati kerana hati mereka masih dipenuhi zulmah dan selaput  hijab basyariah.


Inilah sebahagian daripada perkara2 UTAMA yang menyebabkan seseorang Muslim jatuh kepada kefasikan akibat meninggalkan Toriqat Rasulullah ﷺ  yang sahih.


SIRI 22 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Contoh 7:  Jatuh Fasiq kerana abaikan Toriqat / Tasawwuf

sambungan.....


Memang benar tidak semua yang membawa nama "Toriqat"  itu benar, sebahagian kecil darinya adalah Toriqat PALSU, dipimpin oleh Guru PALSU.   Oleh kerana inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah telah berikan amaran awal2 lagi akan wujudnya kumpulan2 keruhanian sesat yang mengaku Toriqat Rasulullah sedangkan mereka hanya pendusta Agama.  Masyaikh Ahlus Sunnah sejak dahulu lagi telah meletakkan syarat2 Toriqat yang sahih dan syarat2 Mursyid yang siddiq yang memimpin Toriqat tersebut. 


Syarat2 sesebuah Toriqat Mu'tabar yang sahih dari Rasulullah ﷺ  dan syarat2 serta tanda2 mengenal Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang sebenar)  telah pun kami huraikan secara panjang lebar di dalam Risalah2 kami sebelum ini. Antaranya risalah bertajuk  "Kewajipan Amalkan Syari'at dan Toriqat Rasulullah  ﷺ "   dan "Tingkatan Iman / Tauhid Ma'rifat"  dan juga Risalah bertajuk "Keutamaan Bai'at menurut Ahlus Sunnah".       Sila rujuk.  


Dengan demikian, orang2 awam yang belum cukup ilmu termasuk orang2 bergelar Profesor, Ustaz, Kiyai, Mufti dll.  janganlah cepat menuduh  Toriqat itu sesat secara buta.   Jika tak tahu tanya pada Ahlinya.  Orang yang benar2 Arif  di dalam hal ehwal Toriqat, Ma'rifat dan  dunia keruhanian  adalah Mursyid yang siddiq yang telah menerima Warisan Rasulullah ﷺ secara tertib, beradab daripada tangan Pewaris2 Nabi yang Siddiq. 


Pada zaman ini (bahkan sebelum ini juga) sebahagian pengikut Ahlus Sunnah beranggapan Toriqat / Tasawwuf tidak wujud.  Setengah yang lain pula mengatakan Toriqat / Tasawwuf hanya Sunnat diamalkan bukan wajib.  Bahkan ada ustad2 penda'wah yang terlibat di dalam politik mengingkari kewujudan Toriqat Mu'tabar yang diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.    Mereka  mempertikaikan Toriqat Mu'tabar yang sahih Naqsyabandiah, Qadiriyyah, Syattariah, Sammaniyyah, Syaziliah, Ahmadiyyah, Syattariah, Sammaniyyah, Darqawiyyah, Jistiyyah dll yang Mu'tabar yang sudah terkenal di kalangan Ahlus Sunnah. Pada pendapat orang2 ini (ahli politik) Toriqat semua mengarut.   Wal Iyazubillah!


Sungguh aneh....!!!

Kamu mengaku Ahlus Sunnah tetapi pendirian, pegangan dan i'tiqad kamu berlawanan dengan Ahlus Sunnah.  

Kamu akui Syari'at Nabi tetapi pada masa yang sama kamu engkari Toriqat Nabi ﷺ ?  

Kamu mengaku Solat, Puasa, Zakat dll itu wajib tetapi pada masa yang sama kamu ingkari kewajipan sucikan hati daripada semua penyakit hati?  

Kamu menafikan kewajipan bersihkan hati dari Syirik dan mazmumah dalam hati?   

Kamu menafikan kewajipan melawan nafsu2 kejahatan di dalam diri kamu?  

Kamu menafikan mujahadah melawan bisikan2 Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kamu dari jalan lurus?  

Sangat aneh!


Barangkali inilah contoh penyelewengan yang paling umum dan paling banyak berlaku di kalangan pendokong2 Ahlus Sunnah.  Mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) tetapi meninggalkan Tasawwuf dan Toriqat Rasulullah ﷺ.  Lebih aneh lagi penyelewengan ini berlaku juga di kalangan orang2 bergelar "cerdik pandai Agama" dan penguatkuasa Agama yang memiliki berbagai pangkat  PhD, Drs, Masters, Mufti dsb.  Mereka TIDAK mempunyai pengetahuan berkenaan Toriqat yang sahih yang warid dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ namun sewenang2 melakukan berbagai tohmahan dan tuduhan buta terhadapnya.


Adakah kalian "melihat " apakah yang sedang berlaku?


Inilah kesukaan Iblis.  Inilah kemahuan Iblis.  Inilah taktik Iblis menarik orang awam yang jahil dan "cerdik pandai" Agama yang buta kepada jaringan Iblis yang lebih halus, sekira2 mereka (orang Islam) tidak menyedari mereka telah memasuki perangkap Iblis yang halus ini yang membawa kepada kefasikan.

Wal Iyazubillah...!                                                                                           


SIRI 23:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Langkah ke 4: Iblis menyebarkan kuman2 penyakit:


Ini adalah langkah terakhir Iblis dalam usaha dia menghalang manusia daripada jalan Allah.


Jika Iblis gagal menyeru seseorang kepada kekafiran, kemudian kesesatan, kemudian kefasikan — seandainya Iblis gagal di dalam semua usaha2 ini, maka langkah akhir Iblis adalah memasuki / menyerap ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai gangguan kepada sistem biologi tubuhnya.


Berikut adalah ringkasan berkenaan cara2 / jalan2  Iblis menggerakkan tentera2nya bagi melaksanakan kerja jahat memasuki tubuh manusia untuk mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan (Peringatan : sesungguhnya semua ini dengan Izin Allah jua,  Iblis dan kuncu2nya tiada kuasa sedikit pun untuk mendatangkan kemudaratan) :


Pertama:   Meludah dan kencing pada badannya dan ke dalam ruang2 terbuka seperti hidung, telinga, mulut.  Hasilnya terjadi berbagai penyakit pada kulit tubuh, mata, mulut, telinga, hidung.  Terjadi gatal2 di dalam mata, telinga dan hidung.   Kulit kering, merekah atau timbul lebam2 berwarna merah, biru atau hitam.     Jika kuman yang disebarkan itu banyak dan kuat, maka boleh terjadi barah (cancer).  


Kedua :   Memasuki tubuh melalui pernafasan dan ganggu sistem pernafasan dan paru2.  Hasilnya adalah sering sesak nafas terutama waktu malam. Akibat yang lebih buruk adalah terjadi lelah dan asthma.


Ketiga :   Meresap ke dalam Ruh Idhafi  (iaitu Ruh yang memesrakan hayat pada seluruh tubuh) dan merasuknya.  Orang yang kena rasuk ini akan hilang kawalan, jadi histeria, menjerit2, memekik2 dengan kuat.  Suara dan mukanya berubah dan menakutkan bagi orang yang melihatnya. 


Keempat :   Memasuki jantung dan mengganggu proses jantung mengepam darah. Hasilnya adalah komplikasi di dalam jantung yang menyebabkan aliran darah tidak normal dan tersangkut2.  Ini membawa kepada kebas2 kaki dan tangan atau dada berdebar2 tak menentu atau sesak nafas.


Kelima :   Memasuki sel2 otak dan mengganggu sistem saraf otak. Hasilnya adalah berbagai penyakit mental seperti depression, skizofernia, bipolar disoder, barah otak. Alzeimer, Dimentia dan Pakinson juga sebahagiannya berpunca dari otak yang mengecut hasil aktiviti jinn syaitan.


Keenam :   Memasuki tulang belakang dan belikat dan menggangu saraf tulang belakang yang menyambung ke otak. Hasilnya adalah penyakit sclerosis yang akibatkan kabur penglihatan, hilang selera makan, tubuh menjadi lemah dan kesakitan yang amat kuat di dalam kepala.


Ketujuh :   Memasuki perut dan usus dan membiak di dalamnya. Hasilnya adalah sakit perut berpanjangan,  menycuk2 di dalam perut seakan2 penyakit gastrik dan berbagai penyakit usus. 


Kelapan :   Memasuki faraj wanita dan membiak di dalamnya. Keadaan ini lazim terjadi ketika wanita itu haid. Pembiakan kuman2 di dalam faraj membawa kepada terbentuknya cyst, polyst dan fibroid. Di samping wanita yang terkena gangguan ini terkena penyakit2 lain seperti senggugut dan istihadhah (darah penyakit yang terus mengalir) dan kanser rahim.  Semua ini berpunca dari aktiviti jinn syaitan di dalam faraj wanita itu.


Kesembilan :  Meresap ke dalam darah,  mengubah struktur sel2 darah,  melakukan mutasi, mengubah struktur DNA sehingga mirip kepada DNA jinn syaitan, mengubah bentuk dan kelakuan sel sehingga terjadi pembiakan sel tak menentu dan berbagai komplikasi sel. Kesan dari semua ini adalah hilang darah (yang sebenar darah manusia ini diserap oleh jinn syaitan atau menukar sistem sel darah sehingga berubah menjadi sel yang tak dikenali), penyakit Anemia, Lukemia, Thalasemmia dan kanser darah.


Punca sebahagian dari penyakit2 tersebut di atas boleh juga terjadi akibat dari kesan2 alam seperti cuaca dan ruang udara tidak sihat.  Atau kerana tabiat diri seperti cara pemakanan tidak sihat, tiada senaman dll.

Namun kebanyakan penyakit2 tersebut di atas adalah terjadi akibat dari gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia.  Hal ini  menjadi kebingungan bagi kebanyakan manusia termasuk pakar2 kesihatan moden.


Doktor2 pakar tak mampu mengesan punca penyakit2 kronik ini. Semua alat pengimbas elektronik yang termaju seperti X-Ray, CT scan, MRI juga gagal mengesan apa2 aktiviti asing (abnormal) di dalam tubuh pesakit. 


Mengapakah pakar2 kesihatan dan alat elekronik tak mampu mengesan punca penyakit ini dan tidak dapat memberikan rawatan sesuai dengan penyakit tersebut?   


Jawapannya : Jinn syaitan terlindung dari pandangan zahir manusia.  Tiada manusia mampu melihatnya (kecuali Ahli Ma'rifat yang dibukakan mata hatinya oleh Allah Ta'ala), maka segala aktiviti jinn syaitan juga tak dapat dikesan oleh pancaindera zahir termasuk alat2 elektronik yang pintar.


SIRI 24 :



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Langkah ke 4: Iblis menyebarkan kuman2 :

sambungan.....


Berikut adalah sebahagian dari dalil2 berkenaan kemasukan Iblis serta kuncu2nya ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan kepada jantung, otak, paru2, perut, kemaluan, tulang belakang dan bahagian2 penting tubuh manusia.


(1) Syaitan menyerang manusia dari segala arah,  zahir dan batin


✨🕌✨ Firman Allah :

 

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]


(2) Syaitan memasuki dada manusia :


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ


Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang  bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. 

[An-Nas (114) : Ayat 5 dan 6]


(3) Syaitan merasuk tubuh manusia:


✨🕌✨ Firman Allah :


ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ


"Orang-orang yang memakan riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu."

[Al-Baqarah (2) : Ayat 275]


(4) Syaitan memasuki faraj wanita:


✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :


لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا‏.‏ فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ ‏"‌‏.


"Jika sorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka bacalah :  اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

(Dengan Nama Allah.  Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan. Dan jauhkanlah  syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.)  Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.

[Imam Bukhari]


(5) Syaitan kencing ke dalam telinga, hidung, mulut dan segala laluan terbuka:


✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :


ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ


“Lelaki itu (yang tertidur dan tak bangun untuk solat Subuh)  telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda bersabda: “Di telinganya.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



(6) Syaitan masuk  mimpi:


✨🕌 ✨ Rasulullah ﷺ bersabda :


الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ

فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.


 

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

[Imam Bukhari]


(7) Syaitan memasuki tubuh dan meresap ke dalam darah:


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:


إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ


“Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah.”

[Imam Muslim]


Sekalian dalil2 tersebut adalah sangat umum, maka perlu kepada huraian orang2 yang benar2 mahir di dalam hal ehwal Ketuhanan dan Dunia Keruhanian keseluruhannya.


Hanya Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi / Mursyid yang siddiq memiliki pengetahuan yang sebenar berhubung dengan hal ini.


Sesungguhnya pengetahuan berhubung dengan jalan2 Iblis dan kuncu2nya menyerang dan mengganggu manusia seperti yang disebutkan di atas diketahui oleh Ahli Ma'rifat melalui tiga cara:


(1) Ilmu yang Allah Ta'ala  curahkan ke dalam dada Ahli Ma'rifat yang telah lama mujahadah di bawah bimbingan dan asuhan Guru mereka yang Arif. (Warisatul Anbiya' yang siddiq).  Mereka telah mengesahkan sekalian ilmu yang mereka peroleh dengan Guru mereka, maka tiada keraguan akan kebenarannya.


(2) Curahan ilmu dan limpahan keruhanian Guru mereka yang Arif,  ertinya khabar dari Guru sendiri yang benar2 Arif Billah.


(3) Pengalaman sendiri menghadapi pesakit2 yang menderita sakit kronik ini akibat dari gangguan dan rasukan Syaitan.  Lazimnya yang datang berjumpa untuk rawatan adalah mereka yang sudah lama menderita penyakit2 tersebut di atas ; setengahnya sakit selama puluhan tahun. Setengahnya menderita sejak remaja sampai ke tua.  Walaupun mereka sudah bertemu ramai pakar2 kesihatan / doktor, namun tiada hasil.   Demikian juga mereka telah bertemu banyak pakar Ruqyah, tetap sama juga keadaannya. 

 

SIRI 25 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Langkah ke-4: Iblis menyebarkan kuman2 penyakit;

sambungan.....


Contoh2 Peristiwa sebenar yang telah terjadi akibat aktiviti / gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia:


Berikut kami sebutkan beberapa contoh dari peristiwa sebenar mangsa2 yang terkena gangguan jinn Syaitan.  Mereka telah menghidap penyakit2 misteri, ganjil dan kronik namun tiada rawatan dari perubatan moden:


Contoh 1 :

Seorang wanita berumur 70an menghadapi masalah kesihatan yang sangat berat akibat kehilangan darah di dalam badannya.  Beliau terpaksa berulang alik ke hospital setiap minggu untuk menambah darah.  Beliau menderita penyakit ini selama tiga puluh tahun namun tiada doktor pakar mampu merawatnya.   Mereka tak jumpa punca penyakit dan tiada rawatan moden.


Contoh 2 :

Seorang lelaki membawa isterinya yang menderita sakit yang sangat kronik.   Kesakitannya seperti gastrik, perut memulas2. sakit menyucuk2 yang tiada tertahan kesakitannya.  Isterinya selalu jatuh pengsan apabila mula berjalan akibat kesakitan yang tiada tertanggung. Pakar2 kesihatan yang memeriksanya mengesahkan tubuh badannya sihat. Jantung, perut, usus, buah pinggang semuanya berfungsi dengan baik.  Tiada komplikasi ditemui.  Mengikut kata suaminya mereka telah habiskan wang berjumlah RM 20,000 dan telah menemui 3 pakar dari berbagai hospital terkemuka, namun semua doktor pakar yang memeriksa isterinya mengatakan isterinya sihat dan mereka tidak menemui jawapan kepada kesakitan yang dialaminya. Selama 2 tahun si isteri menanggung kesakitan seperti ini dan hanya bertahan dengan "pil tahan sakit".


Contoh 3 :

Pasangan suami isteri sentiasa bergaduh. Tiada ketenteraman di dalam rumah.  Selalu bertikam lidah hanya kerana perkara2 remeh. Tiada kepuasan di dalam hubungan kelamin.  Walaupun mereka sedar apa yang terjadi itu sepatutnya tak berlaku, namun mereka tak mampu mengatasinya. Pasangan yang bermasalah seperti ini sangat banyak.  


Contoh 4:

Seorang doktor pakar datang mengadu masalah beliau sesak nafas selama 3 tahun.  Menurutnya sesak nafas ini terjadi selepas 12.00 tengah malam. Beliau (yang sememangnya pakar kesihatan)  telah membuat pemeriksaan menggunakan MRI, CT Scan dll pemeriksaan untuk mengenalpasti punca penyakitnya, namun keputusannya membingungkan beliau kerana ogan2 di dalam tubuh beliau berfungsi dengan baik, tiada apa2 komplikasi.  Jantung, paru2, dan sistem peredaran darah beliau berfungsi dengan baik.  Beliau tidak menemui jawapan kepada penyakit yang beliau hadapi.  


Demikian beberapa contoh sebagai gambaran umum sahaja.  Banyak lagi kisah yang hampir serupa.  Hal yang amat penting untuk diperhatikan di sini adalah "persamaan" yang wujud pada diri mereka:


1. Penyakit mereka tersangat kronik dan tiada tertanggung kesakitannya.


2. Menderita kesakitan pada waktu yang lama, setengahnya puluhan tahun menderita namun tiada penawarnya.


3. Alat elektronik tak dapat mengesan punca penyakit mereka


4. Doktor pakar juga tiada jawapan kepada penyakit2 misteri ini, meskipun setengah penyakit2 tersebut kelihatan serupa dengan penyakit yang lazim terjadi. 


5. Tabib / Perawat  yang menggunakan kaedah ruqyah juga tiada penawar bagi penderita sakit kronik ini.


6. Doktor pakar sendiri terkena penyakit kesakitan misteri yang mereka tak mampu mencari puncanya dan penawarnya.


Semua maklumat di atas meberikan gambaran bahawa punca penyakit2 ini adalah daripada gangguan jinn syaitan.  Oleh kerana jinn syaitan terlindung dari pandangan manusia, maka demikian juga kuman serta aktiviti jinn syaitan ini tak mampu dikesan oleh pakar2 kesihatan moden atau alat elektronik moden atau perawat traditional sekalipun.


Ajaib?  

Susah percaya?

Ikuti seterusnya ....


SIRI 26 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Langkah ke-4: Iblis menyebarkan kuman2 penyakit;


sambungan.....


Susah percaya wujud gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia?


Sesetengah orang Islam sendiri susah percaya wujud gangguan dari jinn syaitan yang membawa kepada berbagai penyakit misteri dan kronik di dalam tubuh.   Mereka anggap itu semua itu hanya dongengan. Namun apabila mereka sendiri terkena, barulah mereka terasa " tak cukup bumi untuk lari dan menjerit sekuat hati."


Setengah pakar Sains pada awalnya sangat sombong dengan llmu mereka sehingga menafikan kesan2 gangguan jinn syaitan.  Mereka juga menafikan kaedah2 Ruqyah Ahli Ma'rifat.  Namun apabila diri mereka sendiri terkena penyakit misteri yang di luar pengetahuan mereka dan mereka tak mampu mencari penawarnya, barulah mereka sedar "langit itu sesungguhnya terlalu tinggi".


Kisah No. 4  yang telah kami sebutkan di atas adalah bukti praktikal bagi menjawab golongan yang mempertikaikan kewujudan gangguan jinn Syaitan ini.   Pakar kesihatan sendiri tak mampu mengesan penyakit yang dialaminya sudah tentu menjadi kebingungan dan keinsafan bagi golongan ini.


Rawatan dan Penawar :


Seandainya engkau bertanya, siapakah memiliki penawar bagi pesakit2 yang terkena gangguan ini?  Maka jawapannya adalah :


Allah Ta'ala menciptakan "pakar" (orang yang sangat pintar dan mahir) bagi setiap hal atas muka bumi.  


Pakar di dalam urusan Agama suci Allah adalah Ahli Ma'rifat (Ahli Sufi / Mursyid yang siddiq) 


Ahli Ma'rifat adalah pakar  keruhanian, pakar kejiwaan,  pakar mengenal penyakit2 hati dan pakar mengenal penyakit2 mental.


Mereka (Ahli Ma'rifat) benar2 Mengenal Allah dan mengenal alam tersembunyi.   Allah Ta'ala Mengurniakan mereka  ilmu khusus dari Sisi-Nya yang tidak diberikan kepada manusia awam.  


Allah Ta'ala Mengurniakan kepada Ahli Ma'rifat perisai dan senjata melawan jinn dan syaitan.  Mereka juga dikurniakan kelengkapan mengubati sekalian penyakit "kejiwaan" dan penyakit yang ditimbulkan oleh jinn syaitan.  


Dengan demikian, rawatan dan penawar sebenar bagi sekalian penyakit2 kronik dan misteri ini ada pada Ahli Ma'rifat (Ahli Sufi / Pewaris Nabi yang muhaqqiq / Mursyid yang siddiq).  Pesakit2 yang terkena gangguan jinn syaitan yang sangat kuat atau mereka menghidapi berbagai penyakit2 misteri yang kronik perlu mengambil rawatan dan penawarnya daripada Ahli Ma'rifat yang sebenar.


Persoalannya siapakah Ahli Ma'rifat yang sebenar ini? Jawapannya : Lihatlah kepada Syarat2 seorang Mursyid yang Siddiq yang telah kami huraikan sebelum ini.


Matlamat sebenar Iblis:


Berbalik kepada persoalan awal, apakah tujuan sebenar Iblis di sebalik gangguan2 ini?   Tujuan sebenarnya adalah melumpuhkan Ibadah orang Islam.  Apabila mereka mengalami kesakitan yang melampau, tubuh badan mereka menjadi lemah.  Minda juga lemah.  Siang malam mereka memikirkan bagaimana cara untuk menyembuhkan penyakitnya.  Apabila penyakitnya berlarutan kadangkala timbul jahat sangka kepada Allah Ta'ala. Kadangkala dia menyalahkan Allah Ta'ala. Akibatnya mereka di dalam bahaya kemusnahan Iman dan amal ibadah. 


Menurut pemerhatian kami dan berdasarkan maklumat dari pesakit2 itu sendiri, sebahagian mereka terjebak kepada bomoh / dukun / pawang dan lain2 untuk mencari penawar.  Sesetengah mereka yang lain tersalah jumpa orang yang menyamar sebagai "Ustaz Syifa"  sedangkan mereka itu sebenarnya bomoh yang menyamar di sebalik nama "Tabib" atau "Peruqyah".  Maka bertambah2 seriuslah penyakit mereka.  


Inilah matlamat Iblis....!

Jaringan terakhir Iblis untuk menarik manusia Muslim ke Jalan Iblis.... iaitu melumpuhkan Ibadahnya  dan cuba memusnahkan Imannya melalui berbagai aktiviti jahat di dalam tubuh mereka.  


✨🕌✨ Firman Allah :


قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]


SIRI 27 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



4.0 Penjelasan ke-4 :  Cara2  Benteng Diri Daripada jinn syaitan:


Benteng diri dari gangguan Jinn syaitan bermaksud memelihara HATI dan JASAD dari diganggu gugat oleh tentera2 Iblis.  Hati WAJIB dipelihara dari bisikan Jinn syaitan dan demikian juga jasad WAJIB di pelihara dari serangan2 makhluq jahat ini.  Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang nyata (benar2 musuh) bagi manusia,  maka sekalian syaitan ini wajib diperangi dan tipu dayanya dihapuskan.


✨🕌✨ Firman Allah :

 

 إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً


“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah ia musuh kamu…”

[Al- Faatir (35) : Ayat 6]


Persolannya...

Apakah maksud "kamu jadikan syaitan musuh kamu" ? 

Bagaimanakah sepatutnya orang Islam jadikan Syaitan sebagai musuh?

Bagaimanakah cara memerangi Jinn Syaitan yang tidak kelihatan ini?


Sebagaimana kami bentangkan sebelum ini, setiap orang islam tidak terlepas dari gangguan Jinn Syaitan. Walaupun dia orang yang rajin beribadat, walaupun dia Imam Solat, walaupun dia seorang muallim yang mengajar Agama, walaupun dia seorang Hafiz Qur'an, walaupun dia Huffaz Hadith, walaupun dia alim di dalam fiqh dan usuluddin, walaupun dia ahli pidato yang mampu mengalahkan segala hujjah orang lain...  Walaupun demikian mereka sekaliannya tidak terlepas dari tipu muslihat, serangan dan gangguan Iblis dan kuncu2nya.  Iblis mempunyai 1000 helah dan 1000 macam cara memasuki urat nadi manusia.   Setiap manusia akan diserang oleh kuncu2 Iblis dengan cara berlainan dan pendekatan yang berbeza-beza.  


Dengan demikian penjagaan kepada sekalian anggota zahir dan batin dari serangan dan pencerobohan tentera2 Iblis adalah perlu agar terhindar dari berbagai penyakit batin (hati) dan penyakit zahir (tubuh) yang akhirnya membawa kepada kebinasaan Iman.  


Persoalannya... !

■Bagaimanakah cara mengetahui serangan dan pencerobohan kuncu2 Iblis ini?

■Bagaimanakah cara seseorang tahu bahawa Iblis sedang menghasutnya?

■Bagaimanakah cara seseorang dapat sedar akan tipu daya Iblis yang sedang mengheretnya kepada kebatilan?

■Bagaimanakah seseorang beriman dapat mengetahui saatnya dia sedang dipergunakan oleh Iblis?

■Bagaimanakah seorang muallim, ustaz, Imam Solat, Huffaz dapat menyedari bahawa mereka sedang dipimpin oleh jinn syaitan  ke gerbang Iblis?


Jawapannya : mereka semua tidak mempunyai pengetahuan tentangnya kerana makhluq yang sedang menyerang mereka adalah makhluq yang tersembunyi dari pandangan zahir.  Mereka tidak tahu bila jinn syaitan datang dan bila jinn syaitan meninggalkan mereka. Mereka tidak tahu apakah racun yang telah dimasukkan ke dalam hati mereka. Mereka tidak tahu apakah najis2 yang telah disemburkan ke dalam tubuh mereka.


SIRI 28 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



4.0 Penjelasan ke-4 :  Cara2  Benteng Diri Dari jinn syaitan:

sambungan .....


Jika demikian apakah cara seseorang mengetahui dan membenteng dirinya dari serangan Iblis ini?


Jawapanya :

Rahsia dan jawapan kepada semua persoalan ini  ada pada Pewaris Nabi yang siddiq, iaitu Mursyid yang siddiq yang diberi Kurnia oleh Allah mengetahui serangan2 Iblis dan kuncu2nya.  Dengan berguru kepada Mursyid yang siddiq (Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat), seorang Muslim akan mendapat pimpinan dan penjagaan serta terpelihara dari bisikan dan godaan jinn syaitan.


Allah Ta'ala Anugerahkan kepada Pewaris Nabi yang siddiq (Mursyid yang siddiq) pengetahuan darihal cara2 Iblis menipu daya manusia.  Allah Ta'ala bukakan pandangan batin mereka sehingga mereka mengetahui langkah2 Iblis dan kuncu2nya menceroboh ke dalam hati manusia atau menyebarkan kuman2 penyakit kepada tubuh manusia.   Allah Ta'ala Kurniakan mereka perisai dan senjata melawan Iblis dan kuncu2nya.   Sebahagian dalil2 yang menunjukkan Anugerah ini kepada hamba2 pilihan-Nya adalah:


✨🕌✨ Firman Allah:


وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا 


"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. (Ilmu dari Allah, Ilmu Mukasyafah)" 

[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65] 


✨🕌✨ Firman Allah :


وَاتَّقُواْ اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ 


Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” 

[Al-Baqarah(2) : Ayat : 282] 


✨🕌✨ Sabda Nabi ﷺ :


“Takutilah firasat orang mu' min kerana mereka melihat dari cahaya Allah.” 

[Imam  Tirmizi]


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :


“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” 

[Imam Abu Nuaim]


✨🕌✨  Hadith Qudsi :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ


Dari Abu Hurairah Radhiallhu anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman :

"‘Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan  beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila  Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan.  Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.” 

[Imam Bukhari]


Dalil2 ini menunjukkan curahan dan limpahan Ilmu dari Sisi Allah Ta'ala kepada hamba2 pilihan-Nya.  Hamba2 pilihan-Nya adalah Pewaris Nabi yang sebenar yang dikenali sebagai Mursyid yang siddiq.  Allah Ta'ala memilih mereka, mengangkat darjat mereka dan Anugerahkan Ilmu khusus dan rahsia dari Sisi-Nya.



SIRI 29 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



4.0 Penjelasan ke-4 :  Cara2  Benteng Diri Dari jinn syaitan:

sambungan .....



✨🕌✨ Firman Allah :


سُوۡرَةُ فَاطِر

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka (yang menerima pengajaran) ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

[Faathir (35) : Ayat 32]


Semua Anugerah Allah ini BUKAN datang percuma melainkan setelah mereka menempuh perjalananan / mujahadah yang panjang, menundukkan nafsu2 kejahatan di dalam diri,  bebaskan diri dari belenggu hawa nafsu dan dunia,  sehingga hati mereka bersinar dengan cahaya Ketuhanan...  semua ini dengan bimbingan dan asuhan Guru mereka yang juga Arif mengenal Allah yang sampai Silsilahnya kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.


Cara2 bimbingan Mursyid yang siddiq kepada murid2 mereka:


Berikut adalah ringkasan berkenaan cara2 seorang Mursyid mendidik dan membimbing seseorang murid sehingga hamba Allah itu terhindar dari gangguan jinn Syaitan dan Iblis:


(1) Menyuruh murid membersihkan diri dengan mandi Taubat, solat Taubat, Istighfar.


(2) Melaksanakan Bai'at (janji setia untuk mempertahankan Iman di dalam diri) — mencontohi Bai'at yang dilaksanakan oleh Junjungan Besar Rasulullah ﷺ


(3) Melatihnya mengerjakan Zikrullah, Solawat, Istighfar serta wirid2 lain secara khusus dengan beberapa kaifiyyat, adab dan peraturan tertentu menurut Disiplin Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah. 


(4) Melatihnya mujahadah melawan hembusan2 jahat nafsu kejahatan di dalam diri.


(5) Melatihnya mujahadah melawan bisikan2 Iblis dan kuncu2nya.


(6) Melatihnya mematuhi sekalian hukum-hakam Syari'at


(7) Melatihnya menahan diri beberapa waktu di dalam  Khilwah, Suluk (uzlah) mencontohi Khilwah Nabi ﷺ di Gua Hira'.


(8) Berikan penawar bagi murid2 yang sudah terkena gangguan jinn syaitan sehingga  bersih dari racun dan najis2 syaitan di dalam tubuhnya.


(9) Menghalang serangan2 Syaitan yang cuba mengganggunya.


(10) Membekalkan murid dengan "perisai" dan "senjata" untuk melawan segala gangguan jinn Syaitan sehingga semuanya lumpuh.


Apabila si murid mematuhi segala arahan, panduan, disiplin yang diajarkan oleh Mursyidnya yang Siddiq, In Shaa Allah dengan Anugerah Allah Ta'ala Yang Maha Kaya,  sekalian penyakit zahir maupun batin di dalam dirinya akibat gangguan jinn syaitan akan hilang musnah.  Demikian lagi akan terbina di dalam jiwanya kekuatan untuk melawan sendiri segala bisikan dan gangguan jinn syaitan.  Maka selamatlah murid dari segala bisikan dan gangguan jinn Syaitan.  Maka dia telah menepati perintah Allah :


✨🕌✨ Firman Allah :

 

 إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً


“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah ia musuh kamu…”

[Al- Faatir (35) : Ayat 6]


SIRI 30 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



5.0 Cara2 orang awam benteng diri dari jinn syaitan


Mereka yang tiada pimpinan Guru yang Arif (Mursyid yang siddiq) perlu sangat waspada dan mematuhi langkah2 berikut bagi mengurangkan gangguan jinn syaitan ke paras minima. Mereka perlu persiapkan diri dengan dua macam benteng diri bagi menghadapi dua jenis serangan Iblis:


Pertama :

Benteng diri dari bisikan jinn syaitan yang cuba menarik kepada kesesatan (kepada 72 golongan sesat) atau kefasikan (mengekalkan dosa kecil atau melakukan dosa besar,  lazimnya berlaku tanpa disedari)


Kedua :

Benteng diri dari serangan jinn syaitan kepada tubuh badan dan sistem biology yang akhirnya membawa kepada berbagai penyakit kronik.


5.1  Penjelasan : Cara2 Benteng diri dari bisikan jinn syaitan yang cuba menarik kepada kesesatan


(1) Ikhlas di dalam setiap amal kebaikan. 

Ketika melakukan apa jua ibadah —  solat, puasa, zakat, sedekah, da'wah, melakukan kebajikan membantu orang lain dan lainnya pastikan ikhlas, dan kekal ikhlas semata2 mencari wajah Allah.  (keredhaan Allah).  Orang yang benar2 ikhlas TIDAK mampu disesatkan oleh Iblis dan kuncu2nya.


✨🕌✨ Firman Allah :


قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين


Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk,  keji, ma'siat, mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas". 

[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]


Ayat ini adalah sebahagian dari bukti2 bahawa orang yang benar2 ikhlas tidak dapat disesatkan oleh Iblis.  Persoalannya apakah hakikat Ikhlas?  Bagaimanakah yang dikatakan orang yang benar2 ikhlas?  Ini adalah suatu persoalan lain yang luas bidang perbincangannya di dalam Ilmu Ma'rifat.


Bagi orang awam, sekurang2 ikhlas adalah niat segala sesuatu "Lillahi Ta'ala"  —  semata2 kerana Allah.  Jangan sesekali berubah niat di dalam amal.   Jika datang niat2 yang menyimpang dari ubudiyyah kepada Allah Ta'ala hendaklah segera palingkannya kepada Allah. Jika tidak, syaitan akan masuk membisikkan berbagai kejahatan dan penyelewengan dan kesesatan.  Untuk itu, hendaklah memeriksa niat dan waspada pada tiga tempat supaya ikhlas tetap kukuh dalam hati:


Pertama :  Di awal melakukan amal ibadah / amal kebaikan


Kedua :  Di pertengahan amal ibadah / amal kebaikan


Ketiga :  Di penghujung amal ibadah / amal kebaikan


Jika seseorang dapat memelihara niatnya pada tiga keadaan / tempat di dalam melakukan ibadah, maka selamatlah dia dari bisikan dan tipu daya Syaitan.


(2) Sungguh2 mengerjakan Zikrullah 

Zikrullah iaitu Zikir akan nama Allah dengan suara keras berserta ingatan dalam hati atau Zikir dalam hati semata2 (Ingat Allah dalam hati semata2 tanpa sebutan lisan) kedua2 jenis Zikir ini dapat hapuskan bisikan jinn syaitan dan menghambatnya jauh2.  Bahkan menurut Ahli Ma'rifat,  jinn syaitan takkan mampu menghampiri hamba Allah yang teguh mengerjakan Zikrullah sehingga hatinya bercaya2 dengan Cahaya Zikrullah.   Namun yang kedua ini hanya mampu dilakukan oleh Salikin yang mengikut seorang Mursyid yang siddiq.


✨🕌✨ Firman Allah :


مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ


"Daripada kejahatan bisikan yang bersembunyi"

[An-Nas (114) : ayat 4]


Kata Ibn 'Abbas :

"Maksudnya Syaitan duduk bertenggek pada hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai ( dari mengingati Allah) dia akan membisikkan (kejahatan).  Apabila berzikir ingat Allah, Syaitan lari mengecut."


(4) Selalu hadir Majlis Zikir dan Majlis Solawat 

Majlis Zikir dan Majlis Solawat  / Majlis Maulid Nabi diliputi Rahmat dan Limpahan Cahaya Ketuhanan.  In shaa Allah dengan menyertai Majlis2 ini seseorang akan terhindar dari bisikan2 Syaitan.


(5) Selalu hadir Majlis Ilmu Ahlus Sunnah

Dengan menghadiri Majlis Pengajian Ilmu2 Ahlus Sunnah, seseorang akan dapat menambah pengetahuan yang benar berhubung dengan pendirian Ahlus Sunnah  dan terbeza baginya Golongan2 sesat atau Ahlus Sunnah PALSU


Demikianlah beberapa langkah terbaik yang patut dijadikan pedoman oleh sekalian mereka yang belum memperoleh pimpinan seorang Mursyid yang Siddiq.  Mudah2an memperoleh keselamatan dari gangguan dan muslihat jinn syaitan yang sangat halus.  



Bersambung siri 31 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...