Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
DI
MANA ALLAH
Ini suatu penjelasan ringkas
berkenaan "keberadaan Allah"
menurut i'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang benar (tulen).
Persoalan "di mana
Allah" seringkali menjadi pertanyaan manusia.....
Adakah Allah di langit?
Adakah Allah di bumi?
Adakah Allah di mana2?
Kemudian bangkit pula Ahli Kalam
yang sesat menambah kebingungan manusia dengan perdebatan2 sia2.
Di antara dakyah Ahli Kalam Sesat
adalah:-
Allah menetap di Arasy.
Allah duduk bersela atas Arasy.
Allah bertapa di atas Arasy.
Allah menetap di langit.
Allah menetap nun jauh dari makhluknya.
Semua ini adalah i'tiqad yang
sesat yang berlawanan dengan Al Qur'an dan Hadith serta Fatwa Ulama Mu'tabar
Ahlus Sunnah.
(Nota : Ulama Mu'tabar Ahlus
Sunnah adalah Ulama yang benar / Pewaris
Nabi yang benar / Ulama bertaraf Auliya Allah bermula dari para Sahabat, Tabiin,
Tabiit Tabiin dan Imam2 kemudiannya... yang mewarisi Ilmu Rasulullah ﷺ dengan jalan bai'at dan talaqqi musyafahah
dengan Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ )
Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah telah
lama berikan panduan berkenaan hal ini melalui kitab2 mereka yang unggul.
Malangnya ummat ini telah jauh dan makin jauh dari pengajaran2 mereka.
Berikut adalah ringkasan i'tiqad
yang wajib dijadikan pegangan oleh sekalian orang beriman berhubung dengan
"keberadaan Allah" .
Pertama :
Allah istiwa di atas Arasy
Allah Ta'ala istiwa di
atas Arasy dan al kaif (caranya)
istiwa TIDAK diketahui.
Dipetik dari Kitab Al Ghunyah karangan Imam Jilani رضي الله عه :
Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي
الله عه :
"Menurut pegangan Ahlus
Sunnah Wal Jamaah, apabila ditanya di mana Allah, maka jawablah sebagaimana
Allah Ta'ala menyebutkan diri-Nya di atas Arasy-Nya ....
✨🕌✨Firman Allah:
ٱلرَّحْمَـٰنُ
عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
“Bermula (Allah), Tuhan bernama Ar-Rahman istiwa di atas Arasy.
[Surah Toha (20) : Ayat 5]
"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa
di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka DILARANG bertanya bagaimana Tuhan di
Arasy.
Bertanya atau membincangkan atau
membahaskan cara @ bagaimana Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah
kesesatan."
[Tamat petikan Kitab Al Ghunyah
Imam Jilani]
Inilah pegangan yg benar iaitu
apabila ditanya di mana Allah, jawablah :
“Allah sebagaimana Dia Firman di dalam Al-Qur’an : "Allah
istiwa di atas Arasy” sesuai dengan Kemuliaan dan
Keagungan-Nya. Dan caranya istiwa
TIDAK diketahui. Bertanya atau membincangkan
tentang cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid’ah kesesatan. Selesai..
Itu sahaja cukup sebagai pegangan
dan jawapan kepada mana2 Muslim yang
bertanya.
Kita cuma disuruh meyakini /beri'tiqad
bahwa Allah Ta'ala istiwa di atas
Arasy tanpa membincangkan bagaimana caranya Dia istiwa di atas
Arasy.
Jawapan ini adalah yang lebih baik
dari jawapan2 lain kerana ianya lambang Ketinggian, Keagungan serta Kebesaran
Allah Ta'ala di atas makhluk-Nya.
Penting :
AWAS!
Pegangan di atas BUKAN bermakna
Allah memerlukan Arasy sebagai tempat menetap-Nya...! BUKAN juga bermakna Allah bertahta seperti
Raja2 di Arasy.
Maha Suci Allah dari memerlukan
makhluq-Nya untuk Dia menetap... !
Semua i'tiqad itu adalah i'tiqad BATIL kerana menetapkan
Arasy sebagai tempat duduk Allah atau istirehat-Nya atau tempat menetap-Nya
merupakan Syirik Akbar.
Inilah sebab nya awal2 di
peringatkan JANGAN bertanya atau bincangkan kaifiyyat (cara) "Tuhan istiwa di atas
Arasy"....!!!
Kedua :
Jawablah Allah Ta'ala sangat
hampir dengan makhluq.
Jawablah sebagaimana Allah
menyuruh kita bila ditanya akan keberadaan-Nya seperti Firman-Nya.
✨🕌✨Firman Allah:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ
“Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (katakan kepada
mereka):
" Sesungguhnya Aku (Allah) sangat hampir”
[Al-Baqarah : (2) : 186]
Berdasarkan pegangan ini kita diperintah
meyakini bahawa Allah Ta'ala sangat hampir dengan kita, melebihi urat leher
kita sendiri.
Allah Ta'ala Maha Melihat dan
Maha Menghitung setiap amal kita
termasuk yang tersembunyi di dalam hati (yang TIDAK diketahui oleh Malaikat)
Kita diperintah meyakini Allah
Taala sangat hampir dengan kita dan sekalian makhluq tetapi JANGAN difikirkan kaifiyyat
(caranya) Allah Taala hampir. Aqal
sesekali TIDAK mampu memikirkannya.
Ketiga:
Katakan Allah meliputi segala
sesuatu.
Allah meliputi bagi segala
sesuatu. Sebagaimana Dia menyebut diri-Nya
di dalam Al Qur'an :
✨🕌✨Firman Allah:
أَلَآ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطُۢ
"Ketahuilah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi akan tiap-tiap
sesuatu.
[Fussilat (41) : ayat 54
Keempat:
Katakan Allah Ta'ala
sediakala.
Allah Ta'ala berada sediakala
seperti Dia sebelum menciptakan makhluk- Nya.
Ertinya Dia, Allah ada pada zaman
ini dan sebelumnya dan bila2 zaman pun sebagaimana Dia wujud tanpa permulaan.
Allah Taala TIDAK dibatasi / takluk oleh waktu, arah atau
tempat.
Ini berdasarkan Sebagaimana
hadith Rasulullah
✨🕌✨Sabda Nabi ﷺ :
"Allah ada tanpa sesuatu apa pun yang menyertainya. Di atasnya
tidak ada sesuatu dan di bawahnya tidak ada sesuatu. Lalu Allah menciptakan
Arasy di atas air.”
[Imam Tirmidzi]
Demikianlah sebahagian daripada jawapan kepada pertanyaan" Di mana
Allah" yang memadai di- jadikan pegangan oleh orang2 awam tanpa memikirkan dengan aqalnya, kerana aqal
TIDAK akan mampu memikirkan kaifiyyat
" keberadaan Allah", hanya mampu beriman kepada Kewujudan-Nya
yang Laisa Kamithlihi Syai'un.
Ini sebabnya DILARANG memikirkan "bagaimana Allah istiwa
atau bagaimana hampir atau bagaimana
meliputi atau lain2
sepertinya" melainkan hanya
diperintah meyakininya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ulama Mu'tabar
Ahlus Sunnah.
Sentiasa berserta Mursyid yang
siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) kerana mereka adalah Pewaris Nabi sebenar
yang memimpin manusia kepada kebenaran dan kesucian Tauhid. Jika belum bertemu
Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), bersertalah dengan majoriti
Ummat. Moga terselamat Aqidah dan amal
soleh.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment