B32 : PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 311 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 42:

Ungkit Pemberian

=================



Definisi

========


Menurut bahasa:  

Ungkapan al-manna ( اَلْمَنَّا ) — ungkit, membangkitkan, menaikkan, menyebut-nyebut pemberian. 


Menurut istilah :

Ungkapan al-manna ( اَلْمَنَّا ) adalah : mengungkit, menyebut-nyebut,  membangkitkan kembali  kebaikan yang pernah dilakukannya (sama ada sedekah, pertolongan atau lainnya) di hadapan orang yang telah menerima kebaikan tersebut atau di belakangnya.


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Ungkapan al-manna ( اَلْمَنَّا ) adalah menghitung-hitung pemberiannya (menyebut-nyebut kebaikannya  berupa sedekah, pertolongan, dan lain-lain) kepada orang yang menerimanya, atau menceritakan pemberian itu kepada orang lain yang si penerima tidak suka orang itu mengetahuinya.”

[Al-Zawaajir]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu

"Makna dari  "مَنَّا" (manna) adalah : menyebutkan kebaikan untuk menyindir orang yang menerima kebaikan (sedekah) dan meminta pujian darinya.  Contohnya seseorang berkata: "Aku telah berbuat kebaikan padamu atau aku telah membantumu menjadi orang kaya atau lain-lain seperti itu.  Beberapa Ulama lain mengertikan kata ini dengan:  selalu membicarakan kebaikan yang telah diperbuatnya hingga terdengar oleh orang yang menerima kebaikan tersebut dan menyakiti hatinya."

[Tafsir Qurtubi]


Kata sebahagian Ulama:

“ Ungkapan " اَلْمَنَّا "   (Al-manna)  di ambil dari kata  " مِنَّةُ "  (Minnah)_, iaitu ni'mat.  _Mannan adalah menyebut-nyebut nikmat kepada yang diberi serta membanggakan diri.  Kata ini bererti memotong atau berkurang apabila menyebut-nyebut pemberian.  Ini kerana pahala yang dimiliki pemberi akan terpotong atau mengurangi."



Penjelasan:

=========


(1) Mengungkit  atau menyebut-nyebut pemberian berupa sedekah atau hadiah atau pertolongan lain kepada seseorang hamba Allah merupakan dosa besar.


(2) Seseorang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya inginkan pujian orang lain, ingin di hargai,  ingin terkenal sebagai dermawan, ingin dipuji sebagai orang mulia dan diangkat sebagai orang terhormat. 


(3) Orang yang suka mengungkit pemberian atau kebaikan yang pernah dilakukannya, batal lah segala kebaikannya dan jatuh kepada beberapa dosa besar, khususnya Syirik (syirik khafi).   Di antara dosa besar tersebut adalah:  Takabbur,  'riya, 'ujub, sum'ah, tawakkal bi ghairillah dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah atau pemberian lainnya. 


(4) Sebahagian orang yang gemar mengungkit ini tidak menyedari bahawa ia merupakan dosa besar lantaran kejahilannya.  Sebahagian lagi mengetahuinya dengan terang akan keharamannya tetapi tetap melakukannya demi keangkuhan dan kemuliaan dirinya.  


(5) Setiap Ibadah termasuk sedekah atau kebajikan lainnya wajib dilakukan dengan ikhlas, iaitu semata-mata mencari Redha Allah.  Orang seperti ini diberi berita gembira bahawa ganjarannya digandakan dengan beberapa lipat.  Tetapi apabila seseorang melakukannya dengan tujuan kemegahan atau kesombongan atau rasa diri bagus atau untuk mendapat pujian atau lain-lainnya, maka terhapuslah semua kebaikannya dan hilanglah apa saja yang dijanjikan.  


(6) Tajuk "Ungkit pemberian" ini dimasukkan ke dalam Risalah ini kerana hubungan rapatnya dengan "Penyakit-penyakit hati" yang membawa kepada berbagai dosa besar yang tidak disedari. 


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu

“Sebahagian Ulama menyimpulkan beberapa bahaya mengungkit-ungkit sedekah iaitu:              

Pertama, mengurangi pahala atau bahkan membatalkannya.  Kedua, termasuk akhlaq yang buruk.        Ketiga, ancaman keras bagi pelakunya.  Keempat, menyusahkan dan menyakiti bagi pelakunya.  Kelima, menyebabkan Kemurkaan Allah Ta'ala.  Keenam, sifat itu menyerupai sifat orang yang munafiq.”

[Al-Zawaajir]


SIRI 312 :



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 42:

Ungkit Pemberian:

sambungan......



Dalil-dalil:

=========


Firman Allah:


ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنًّ۬ا وَلَآ أَذً۬ى‌ۙ لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ


Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada Jalan (Agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[Al-Baqarah (2) : Ayat 262]


Firman Allah:


يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلأَذَىٰ كَٱلَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْكَافِرِينَ


“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti (perasaan penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."

[Al-baqarah (2) : Ayat 264]



Berkata Imam Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Dalam ayat pertama Allah jelaskan bahawa orang yang menafkahkan sesuatu untuk keperluan di Jalan Allah hanya diterima tidak diikuti dengan umpatan dan ungkit apa yang telah dinafkahkan.  Ayat kedua menjelaskan tentang gugurnya sedekah kerana umpatan, menyakiti hati orang yang diberi, kerana riya' dan tidak didasarkan kepada keimanan kepada Allah."

[Al-Zawaajir]


Sabda Rasulullah ﷺ:

“Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari Qiamat, Allah tidak akan melihat mereka serta tidak juga menyucikan (dosa-dosa) mereka, dan mereka akan mendapat seksa yang pedih… Abu Dzar berkata: Mereka pasti kecewa dan rugi! Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda: al-musbil (orang yang melabuhkan pakaian dengan riya'), al-mannan (orang yang suka mengungkit pemberiannya), dan al-munaffiqu  (orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah bohong).”

[Imam Muslim]


Sabda Rasulullah ﷺ:

“Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” 

[Imam Ahmad]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Perbuatan menyebut-nyebut kebaikan ini adalah dosa besar yang dapat dibuktikan melalui Hadith Imam Muslim dan Imam Hadith lainnya.  Orang yang menyebut-nyebut kebaikan ini tidak akan dilihat oleh Allah, tidak pula disucikan, dan bagi mereka azab yang sangat pedih."

[Tafsir Qurtubi]


SIRI 313 :



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 42:

Ungkit Pemberian:

sambungan......



Contoh-contoh:

==============


Contoh 1

Seorang berkata kepada anak-anak yatim :   "Sepatutnya kalian berterima kasih padaku kerana aku yang banyak hulurkan sumbangan kepada kalian sehingga rumah ini makmur".

Ungkapan ini lazimnya dilontarkan apabila dia tidak dihargai.  Dengan ucapan tersebut, dia telah batalkan amal kebaikan dia, bahkan terkena dosa besar akibat mengungkit pemberiannya. 



Contoh 2

Orang yang banyak melakukan sedekah untuk Masjid berkata :  "Masa dulu tak ada apa pun kat masjid ini.  Akulah yang banyak sedekah sampai dapat macam-macam kemudahan.  Kalian patut contohi aku."

Zahirnya kelihatan seperti menunjukkan contoh kepada orang lain supaya bersedekah namun di sebaliknya adalalah sum'ah dan mengungkit-ungkit sedekah yang batalkan sekalian ganjaran dan jatuh kepada dosa besar. 



Contoh 3

Seorang dermawan berkata :   "Ustaz-ustaz semua puji aku sebab aku seorang je yang bagi sedekah banyak pada ustaz-ustaz tu"



Contoh 4 

Seseorang yang pernah menolong seseorang miskin sehingga berjaya di dalam perniagaannya : "Kalau lah bukan aku yang banyak bantu kau dulu, tentu kau merempat di jalanan." 


Contoh 5

Seseorang yang marah kepada penerima bantuannya berkata, " Kau jangan jadi seperti "kacang lupakan kulit".  Jangan lupa siapa yang tolong kau selama ini."    Walaupun zahirnya kelihatan seperti memberi nasihat, namun di dalam ucapan itu terkandung "mengungkit".  Maka hilanglah segala ganjarannya berubah menjadi sebuah dosa besar.



SIRI 314 :



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 43:

Enggan Sedekah Takut Miskin

======================



Definisi

=======

Enggan sedekah kepada Fi Sabilillah atau kepada faqir miskin dengan alasan akan kurang hartanya atau takut menjadi miskin.  Dan ini dosa besar.



Penjelasan

==========


(1) Allah Ta'ala Yang Maha Mengurniakan Rezeki kepada manusia, sebahagian mereka mendapat rezeki yang melimpah ruah menjadi kaya-raya. Sebahagian lain memperoleh rezeki pertengahan (cukup-cukup makan) dan lain-lain sangat kurang rezekinya.


(2) Semua orang beriman di Perintahkan mengeluarkan sedekah mengikut kemampuannya.  


(3) Orang yang kaya raya perlu mengeluarkan sedekah lebih dari nilai sedekah yang dikeluarkan oleh orang yang kurang rezekinya.   Orang yang rezekinya sedikit perlu juga sedekah mengikut kemampuannya sebagai tanda Syukur kepada Allah. 


(4) Orang yang enggan menghulurkan sedekah untuk Fi Sabillah atau orang lain yang sangat memerlukan adalah termasuk orang yang bakhil. 


(5) Orang yang enggan bersedekah kerana takut jatuh miskin adalah dia termasuk orang yang tidak mensyukuri Ni'mat Allah, tidak percaya kepada Janji-janji Allah dan sebaliknya percaya kepada bisikan syaitan. 


Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:

"Takut miskin dan bakhil adalah sebab orang enggan bersedekah (Untuk Fi sabilillah atau untuk manusia lain yang memerlukan). Mereka menggenggam tangan , terlalu berhemat dan gemar menyimpan harta.  Allah mengancam orang-orang seperti ini dengan siksaan berat".

[Al-Zawaajir]


SIRI 315 :



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 43:

Enggan Sedekah kerana Takut Miskin

sambungan....



Dalil-Dalil

=========


Kewajipan Syukur kepada Allah


Firman Allah:


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu Berfirman:  Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

[Ibrahim (14) : Ayat 7]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang,  dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar.  Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya.  Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberi kelebihan."

[Imam At-Tirmidzi]


Sedekah itu tambah-tambahkan rezeki


Firman Allah Ta'ala:


مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِىسَبِيْلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فىِ كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاغِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seumpama suatu biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi orang yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengetahui.” 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 261]



Sedekah tidak mengurangkan rezeki


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sedekahkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan untuk diri dan enggan sedekah).  Jika tidak,  Allah akan menghilangkan berkah rezeki  tersebut.  Janganlah menghalangi Anugerah Allah untukmu.  Jika tidak, maka Allah akan menahan Anugerah dan Kemurahan untukmu.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Tetap sedekah meskipun sempit rezeki


Firman Allah Ta'ala:


لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِۦ  وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُۥ فَلْيُنفِقْ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ  لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَا  سَيَجْعَلُ ٱللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.  Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.  Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.

[At-Talaaq (65) : Ayat 7]



Enggan sedekah kerana takut miskin adalah dari bisikan Syaitan


Firman Allah Ta'ala:


الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir) ; sedang Allah menjanjikan untukmu Keampunan daripada-Nya dan Kelebihan Kurnia-Nya.  Dan Allah Maha Luas Limpah Rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui” 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 268]


SIRI 316 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir, 

Pemerintah Zalim

==================



Definisi:

========


Dari segi bahasa :

Zalim berasal dari kata Arab   (  ظلم     يظلم    ظلما ) bermaksud :    gelap, tidak adil, bengis, kejam, menindas, menekan, menganiaya orang, tiada peri kemanusiaan, melampau batas, jauh dari kebenaran, menuruti jalan kebatilan, tidak meletakkan suatu pada tempatnya. 


Dari segi Istilah:

Zalim adalah kegelapan hati, kebatilan, kesesatan, jauh dari Petunjuk Allah, jauh dari kebenaran, melampaui ketentuan Agama (menentang Allah, Rasul-Nya dan Ulama Pewaris Nabi) dan melampaui tatacara hidup kemanusiaan.

     

Dengan pengertian ini :

Orang yang zalim adalah orang yang keluar dari landasan Agama yang haq, menyimpang dari Agama yang lurus, dan mengikut jalan kebatilan dan kesesatan dan melakukan berbagai kejahatan termasuk bertindak kejam, menindas, menganiaya, merampas hak orang lain bahkan sampai mencederakan atau membunuh manusia. 



Penjelasan

===========


(1) Secara umum yang dikatakan orang yang zalim adalah orang yang melampaui ketentuan Agama, melawan Allah, Rasul dan Ulama Warisatul Anbiya, iaitu melawan peraturan, undang-undang dan hukum yang telah ditetapkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah.  


(2) Di antara manusia yang banyak melakukan kezaliman atas muka bumi adalah Pemimpin-pemimpin, Raja-raja, Sultan, Amir-amir, Pegawai-pegawai iaitu mereka yang memegang kuasa.  Mereka menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menindas dan menzalimi manusia. 


(3) Sejaran ummat Islam menunjukkan hal ini.  Apabila seseorang manjadi Amir atau Sultan, dia sewenang-wenang melakukan berbagai kezaliman ke atas rakyat.


(4) Terdapat larangan khusus masuk ke tempat orang zalim, terutama pemimpin-pemimpin zalim kerana La'nat dan Kemurkaan Allah turun ke atas mereka. 


(5) Dilarang keras memuliakan orang zalim kerana mereka adalah musuh Allah dan musuh bagi sekalian orang beriman. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu

"Ketahuilah kiranya, bahawa kamu bersama amir-amir, sultan dan pegawai-pegawai dan orang-orang zalim mempunyai tiga hal:

Hal pertama:  Iaitu yang terburuk, ialah kamu masuk ke tempat mereka.

Hal kedua :  Iaitu yang kurang buruk dari itu ialah mereka masuk ke tempat kamu.

Hal ketiga :  Iaitu yang lebih selamat, ialah kamu mengasingkan diri dari mereka.  Maka kamu tidak melihat mereka dan mereka tidak melihat kamu.

Ada pun hal pertama, iaitu masuk ke tempat mereka, maka ia tersangat dicela pada Agama. Mengenai hal demikian terdapat ancaman berat berdasarkan Hadith dan athar.  Ada pun Hadith iaitu tatkala Rasulullah ﷺ menyifatkan amir-amir yang zalim, Baginda bersabda, "Maka barang siapa mencampakkan mereka, nescaya terlepaslah dia dan barang siapa mengasingkan diri dari mereka, nescaya selamatlah dia atau hampir selamat.  Dan barang siapa bersekutu dengan mereka dalam keduniaan, maka dia termasuk sebahagian dari mereka (amir-amir zalim) — Imam At-Thabrani."

[Ihya Ulumuddin]


SIRI 317 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir, Pemerintah Zalim

.... sambungan....



Dalil-dalil

=========


Dalil 1:

Firman Allah تَعَالَى


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.  Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

[Hud (11) ; Ayat 113]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran.  Semua makna ini berdekatan.  Ibnu Zaid berkata :  Firman Allah  "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "

[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]



Dalil 2

Hadith Rasulullah ﷺ:

Ketika Rasulullah ﷺ melewati daerah Hajar, Baginda bersabda,“Janganlah kamu memasuki tempat tinggal orang-orang yang zalim, kecuali sambil menangis. Karena apa yang menimpa mereka boleh juga menimpa kamu.”   Lalu Baginda menutup kepala Baginda dengan kain selendangnya, dan mempercepat perjalanannya, hingga berhasil melewati daerah itu.”

[Imam Bukhari]


Dalil 3

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasiq, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong.  Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai,  penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”

[Imam At-Tabrani]


Dalil 4

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Akan ada sesudah-ku amir-amir (pemimpin) yang berdusta dan zalim.  Maka barang siapa membenarkan mereka dengan kedustaannya dan menolong mereka atas kezalimannya, maka tidaklah dia daripada-ku dan tidak aku daripadanya.  Dan dia tidak akan datang ke haudh (Telaga Rasulullah ﷺ)"

[Imam At-Tirmizi]



Dalil 5

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Barang siapa memuliakan orang fasiq, maka sesungguhnya dia telah menolong meruntuhkan Islam."

[imam Ath-Thabrani]


Dalil 6

Rasulullah  ﷺ bersabda :

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu.  Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.”

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan ia tidak sanggup merubahnya.  Ini kerana Nabi ﷺ bersabda :    “La’nat (azab)  akan turun kepada orang yang menghadirinya.”    Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin]



SIRI 318 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir, Pemerintah zalim 

....sambungan....


Dalil-dalil

========


Dalil 1:

Firman Allah تَعَالَى


وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

[Hud (11) ; ayat 113]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu

Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu

"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran.  Semua makna ini berdekatan.  Ibnu Zaid berkata :  Firman Allah  "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "

[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]



Dalil 2

Hadith Rasulullah ﷺ:

Ketika Rasulullah ﷺ melewati daerah Hajar, Baginda bersabda,“Janganlah kamu memasuki tempat tinggal orang-orang yang zalim, kecuali sambil menangis. Karena apa yang menimpa mereka boleh juga menimpa kamu.”   Lalu Baginda menutup kepala Baginda dengan kain selendangnya, dan mempercepat perjalanannya, hingga berhasil melewati daerah itu. 

[Imam Bukhari]


Dalil 3

Sabda Rasulullah ﷺ

"Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasiq, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai,  penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”

[Imam At-Tabrani]


Dalil 4

Sabda Rasulullah ﷺ

"Akan ada sesudahku amir-amir (pemimpin) yang berdusta dan zalim. Maka barangsiapa membenarkan mereka dengan kedustaannya dan menolong mereka atas kezalimannya, maka tidaklah dia daripadaku dan tidak aku daripadanya. Dan dia tidak akan datang ke haudh (Telaga Rasulullah ﷺ)"

[Imam At-Tirmizi]


Dalil 5

Sabda Rasulullah ﷺ

"Barangsiapa memuliakan orang fasiq, maka sesugguhnya dia telah menolong meruntuhkan Islam."

[imam Ath-Thabrani]


Dalil 6

Rasulullah  ﷺ bersabda :

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan ia tidak sanggup merubahnya. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda :    “La’nat (azab)  akan turun kepada orang yang menghadirinya.”    Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin]


SIRI 319 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir, Pemerintah zalim

.... sambungan....



Contoh Larangan memuliakan

Pemimpin Zalim

=================


Contoh-contoh kezaliman yang dilakukan oleh manusia amatlah banyak, namun semua bentuk kezaliman dapat dihimpunkan ke dalam 3 bentuk utama:


Pertama: Kekafiran (kafir asli, kafir harbi, kafir murtad, kafir musyrik, kafir munafiq)

Ini kezaliman paling besar


Kedua: Kesesatan (firqah-firqah sesat)

Pemimpin sesat dari 72 golongan sesat akibat keengkaran kepada Ulama Pewaris Nabi dan keluar dari Ahlus Sunnah wal Jamaah.


Ketiga: Kefasikan

Pemimpin Islam  yang melakukan penindasan, ugutan, merampas hak orang, menyiksa, dan pembunuhan.


Contoh 1:Larangan memuliakan Pemimpin Kafir yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.

Ini seperti Fir'aun, Namrud.  Di dunia lagi  Namrud telah menerima azab yang tiada terperi sakitnya. Di Akhirat, azab lebih berat menunggu Namrud dan pengikut-pengikut dia yang menjadi tali barut menyokong dan memuliakan dia.


Contoh 2: larangan muliakan Pemimpin Islam yang fasiq

Panglima Islam, Hajjaj Yusuf As-Saqafi bertindak zalim, ganas, tiada peri kemanusiaan, membunuh ribuan orang Islam. Sama seperti Namrud, panglima Islam ini juga menerima azab pedih (ketika di dunia) dan bersambung hukuman Allah ke atasnya dan pendokong-pendokong yang menyokong dan muliakan dia.


Contoh 3: Pembunuhan secara halus melalui vaksin.

Ini contoh kezaliman Pemimpin zaman moden.  Berasal dari Propaganda Yahudi La'natullah, ia mendapat bantuan, sokongan dan dokongan Pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia. Tanpa sedikit pun takut kepada Allah, mereka melakukan kekejaman pembunuhan terancang yang amat halus melalui suntikan.  Pemimpin-pemimpin Zalim ini akan menerima siksaan yang amat pedih.  Demikian juga pendokong-pendokong yang muliakan dan mendokong pemimpin fasiq ini akan menerima azab yang amat pedih. 


SIRI 320:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa besar 44:

Muliakan Sultan, Amir, Pemerintah zalim

.... sambungan....


Punca Pemimpin menjadi zalim

Punca manusia memuliakan

Pemimpin zalim

========================


Apakah punca manusia menjadi zalim?

Mengapakah manusia menyokong, memuliakan dan memuja Pemimpin zalim?

Mengapakah manusia memuliakan orang zalim meskipun mereka tahu ianya merupakan dosa besar dan bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan?

Apakah unsur yang mendasari kekejaman mereka?


Punca pemimpin dan pemuja mereka menjadi zalim:


(1) Punca utama pemimpin-pemimpin berbuat zalim adalah disebabkan penyakit hati yang amat berat, iaitu kekufuran  dan kesombongan. Demikian beratnya penyakit ini sehingga hati mereka menjadi gelap. Apabila hati telah gelap, dia akan bertindak kejam, bengis, zalim dan menuruti hawa nafsu dan Iblis.


(2) Hati tertutup dari melihat kebenaran

Sebab kedua seseorang pemimpin menjadi zalim adalah disebabkan hatinya  telah tertutup, tidak lagi melihat kebenaran. 


(3) Dengki, khianat, balas dendam. 

Sebab ketiga adalah wujudnya kedengkian, khianat dan keinginan balas dendam. 


(4) Tamak kuasa, pangkat, kedudukan. 

Sebab keempat adalah kerana ianya juga datang dari hati yang gelap dan berpenyakit hati yang serius.


Orang yang gemar memuliakan pemimpin zalim adalah pengampu yang inginkan habuan keduniaan. Hati mereka juga berpenyakit serius sama seperti Pemimpin-pemimpin zalim.



Rawatan dan Penjagaan

=====================


Sebagaimana kami huraikan sebelum ini berulangkali, cara dan pendekatan sebenar merawat sekalian penyakit hati manusia adalah melalui Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru yang arif — Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq. Hanya Mursyid yang siddiq mempunyai penawar untuk penyakit-penyakit hati manusia yang kronik. Dengan berguru kepada mereka, penyakit-penyakit hati akan dicabut dari akar umbinya sehingga hati menjadi benar-benar bersih bersinar.  

 

Adapun cara yang biasa dilakukan oleh orang awam dengan cara gagahkan diri mengatasi penyakit dan dosa-dosa hati tidak akan berhasil. Di dalam kebanyakan keadaan mereka akan gagal. Ini kerana mereka tidak mempunyai jalan tertentu untuk menyucikan batin mereka yang dikuasai nafsu kejahatan dan iblis.


Walau bagaimanapun, orang awam yang belum bertemu seorang Mursyid pewaris Nabi yang siddiq untuk menyucikan batinnya daripada segala jenis penyakit hati, tetap wajib berusaha sungguh-sungguh untuk bertaubat dan berusaha berubah kepada kebaikan.  Di samping itu mereka wajib berusaha mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq untuk merawat hati mereka yang diselubungi ribuan penyakit hati yang membinasakan. 


Berkata Sultan Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilan رضي الله عنه


Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid terdahulu). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  

Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat) dan kelemahan-kelemahan lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar-Rahmaniy]


Bersambung siri 321 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...