SIAPA AHLI SUFI MENURUT AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA AHLI SUFI MENURUT AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


✅SUFI adalah Warisatul Anbiya' yang siddiq (benar).  Tanda2 kebenaran ini terpancar dari wajah mereka, tuturkata mereka, tingkah laku dan amalan mereka.

✅SUFI adalah orang mukmin yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin.

✅SUFI adalah Ahli Ma'rifat yang hatinya musyahadah (melihat) wajah Allah serta berhubung dengan Ruhaniyah  Rasulullah 
.

✅SUFI adalah pemimpin ummat kepada Ketuhanan, memimpin untuk menyucikan batin mereka, membuang mazmumah, membuang syirik dan mengenal Allah dengan cahaya matahati.

✅SUFI adalah hamba2 Allah yang takut kepada Allah dan hanya takut kepada Allah.

✅SUFI adalah orang yang kemas, bijaksana dan sentiasa berdisiplin mengikut hukum2 Syari'at  dan adab2 Toriqat.

✅SUFI sentiasa berda'wah mengajak manusia kepada Agama Allah dan amalkan Islam zahir dan batin.

✅SUFI adalah hamba2 Allah yang sentiasa mendirikan amr ma'ruf nahyi anil mungkar. Mereka tiada takut menyampaikan kebenaran walaupun terhadap pemerintah.

✅SUFI sentiasa menjauhi pemerintah / pemimpin2 negara kecuali untuk berda'wah dan memberi nasihat. 

✅SUFI adalah orang yang sentiasa berdiri di hadapan dalam medan jihad melawan musuh2 Allah.

✅SUFI adalah Ahlillah yang kasihnya meliputi semua orang beriman dan kemurahannya meliputi semua kehidupan. (sifat Rabbaniyyah)

✅SUFI adalah contoh hidup Nubuwwah sepanjang zaman.   (menempati maqam Kenabian)

✅SUFI yang BENAR mengikut Ahlus Sunnah juga kadangkala dikenali sebagai... 

Khalifah Rasulullah

Warisatul Anbiya'

Ulama Rabbaniy

Ahli Ma'rifat

Shaikh

Mursyid

Murabbi

Itulah SUFI yang siddiq (yang benar)  pada sisi Ahlus Sunnah.

==========================

Ini BUKAN ahli sufi....

⛔orang yang pakai pakaian lusuh, compang camping, kotor...  BUKAN.

⛔orang yang berkejaran cari dunia, pangkat,  kekayaan.. BUKAN.

⛔orang yang gemar pamirkan kehebatan perkara2 ajaib membuat manusia tercengang... BUKAN.

⛔orang yang menjadi penjilat pemerintah...  BUKAN.

⛔Orang yang diamkan diri terhadap kemungkaran... BUKAN.

⛔Orang yang kumpul2 kekayaan untuk diri sendiri... BUKAN

⛔Orang yang kasar, keras tak bertempat... BUKAN

⛔Orang yang jahil, dungu, bodoh... BUKAN.

⛔Orang yang terang-terangan melanggar hukum syari'at dan adab Toriqat... BUKAN.

⛔Orang yang bersahabat dengan makhluk halus, jinn syaitan... BUKAN.

⛔Orang yang bersubahat dengan kezaliman dan kekufuran... BUKAN.

⛔Orang yang tiada ilmu Ma'rifat (kerana tidak pernah melalui tarbiyyah Jalan Ma'rifat Ketuhanan oleh seseorang Shaikh sebelumnya)... BUKAN.


Sekadar peringatan semula....

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...