Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pernahkah kalian berfikir apakah perkara POKOK yang membezakan orang BERIMAN dengan orang kafir?
Pernahkah kalian terfikir apakah unsur TERPENTING yang membezakan orang yang mempunyai IMAN dengan orang yang tidak memilikinya?
Sesungguhnya IMAN adalah "Cahaya Ketuhanan" di dalam hati. IMAN bukan sekadar ungkapan atau pengakuan semata2. IMAN bukan teori2 tentang Ketuhanan. IMAN tidak terhasil dari hafalan, diskusi, seminar, perdebatan... sebaliknya IMAN adalah Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam dada seorang hamba Allah yang dibukakan matahati bagi mengenal-Nya dengan pandangan yang nyata benar.
Cahaya Ketuhanan ini adalah umpama "Pelita" atau "Lampu" yang bersinar di dalam HATI orang beriman.
Firman Allah :
سُوۡرَةُ النُّور
۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[An-Nuur (24) : ayat 35]
Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
"Kalam Allah ( مَثَلُ نُورِهِ ) adalah Cahaya Allah di dalam hati orang beriman"
[Tafsir Ibn Abbas]
Kata Imam Jilani Radhialllahu anhu:
"Maksud Misykat adalah hati seorang Mu'min. Maksud Al-Misbahu adalah bermaksud Rahsia tinggi yang terbit dari hati yang amat suci iaitu Ruh Sultoni. Maksud Az-zujajatu adalah matahati yang bersifat dengan gemerlapan kerana kekuatan cahaya yang luar biasa."
[Sirrul Asrar]
Awas : Perlu difahami dengan benar!
"Cahaya Ketuhanan" tidak sama seperti "cahaya" yang terlihat di dunia, tetapi "Cahaya-Nya" adalah Laisa-Kamithlihi Syai'un yang tiada umpama sepertinya. Tiada kata2 yang mampu huraikannya. Tiada tulisan mampu menggambarkannya. Ia semata2 sebuah penglihatan mata hati dan mata rahsia yang disaksikan secara maknawiyyah oleh Salikin yang menuju Allah.
Cahaya Ketuhanan dikatakan sebagai "Petunjuk Allah" dan "Cahaya yang menerangi" ke dalam hati orang beriman. Lebih tinggi lagi ianya bermaksud Sirriyah — Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam ruh orang beriman. Semua ini gambaran kedudukan seseorang yang beriman — berbeza-beza dan bertingkat2 keimanannya dan kedudukannya di sisi Allah.
Firman Allah di atas merupakan ayat Mutasyabihat, yang hanya difahami dengan tepat oleh Ahli Ma'rifat. Orang awam atau cerdik pandai Agama yang awam tak mampu memahaminya, maka di- larang keras mentafsirnya dengan pemikiran sendiri. Di sini kita tidak akan bincang mendalam, melainkan hanya sekadar mengambil manfaat berhubung dengan Cahaya Ilahi yang terpancar di dalam HATI orang BERIMAN.
Apabila Allah Ta'ala Menghendaki untuk Kurniakan IMAN kepada seseorang dari hamba2-Nya maka Dia (Allah) masukkan Cahaya-Nya ke dalam hatinya. Walau bagaimana pun, Anugerah Allah yang paling berharga ini TIDAK didapati secara percuma. Setiap manusia Muslim perlu sungguh2 mencarinya.
Setiap Muslim wajib sungguh2 mujahadah sungguh2 sehingga Allah Ta'ala Perkenan untuk Anugerahkan Ni'mat teragung ini.
Firman Allah :
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Dan orang2 yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”
[Al-Ankaboot (29) : ayat 69]
Apa yang kami katakan di sini, sungguh2lah mujahadah mencari Keimanan sejati. Ikuti panduan2 yang telah ditunjukkan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya sepanjang zaman.
Sungguh2lah memohon kepada Allah agar Dia menunjukki jalan kepada-Nya. Sungguh2 mohon kepada Allah agar Dia menunjukkan "Pewaris Nabi yang Siddiq" yang akan membimbing kita kepada Allah dengan selamat. Tanpa "insan pilihan Allah " ini maka dikhuatiri seseorang terlena di dalam buaian lembut nafsu kejahatan atau tertipu dengan seruan2 syaitan.
Janganlah merasa diri sudah hebat dengan amal ibadah yang banyak. Jangan merasa cukup dengan amal tahajjud yang banyak, ilmu syari'at yang banyak, sedekah yang banyak. Semua amal ibadah itu memang sangat baik namun tanpa keimanan yang sejati di dalam diri, dikhuatiri ianya menjadi debu yang berterbangan.
(Ingat :Berapa ramai orang alim fiqh, ahli ibadah, ahli Al-Qur'an, Ahli Kalam tertipu dengan penyamaran Iblis sehingga menjadi sesat mengikut Jalan Iblis, akibat tidak mempunyai "Pewaris Nabi yang Siddiq" sebagai Pemimpinnya Wal Iyazubillah.)
Fahamilah kata2 kami ini dari hati yang jernih. Moga memperoleh Petunjuk.
Ma'assalamah.
🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻
No comments:
Post a Comment