HIDUP ANTARA KHAUF (TAKUT) DAN ROJA' (HARAP)

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


HIDUP ANTARA KHAUF (TAKUT) DAN ROJA' (HARAP)

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa.  Sebaik² manusia yang berdosa adalah segera kembali kepada Allah dengan Taubat Nasuha.

MEMANG BENAR, ketakutan akan menyelimuti seseorang yang telah melakukan dosa yang banyak terutama dosa besar. Dia akan mengutuk dirinya kerana kelalaiannnya.  Jiwanya sentiasa resah memikirkan akibat dosa-dosanya.  Terbayang di matanya siksaan yang bakal diterimanya akibat dosa-dosa tersebut. Bayangan maut mencengkam jiwanya.  

Kesemua keadaan ini, jika wujud, itu tandanya Iman orang itu masih wujud di dalam hatinya…!

Walau bagaimanapun seseorang yang berdosa, walau banyak mana pun dosanya, walau besar mana pun dosanya,  perlu mengimbangi “perasaan bersalah”, “perasaan berdosa”, “perasaan ketakutan”  dengan “harapan”  (roja’) kepada Allah.   Iaitu dia sangat berharap Allah Ta’ala Yang Maha Pengampun mengampuni dosa2nya.  Dia perlu menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah, dengan penuh keyakinan bahawa Dia (Allah) pasti ampuni dosanya. Ini kerana telah terdahulu janji Allah Ta’ala bahawa Dia akan mengampuni dosa2 hamba-Nya walau dosanya sebanyak buih di lautan.

Hadith Qudsi:

وعن أنس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ قال سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّىاللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يقول: <قال اللَّه تعالى: يا ابن آدم إنك مادعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان منك ولا أبالي،يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتنيغفرت لك، يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطاياثم لقيتني لا تشرك بي شيئاً لأتيتك بقرابها مغفرة> رَوَاهُالتِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ

Dari Anas Radiallahu anhu, Rasulullah bersabda : ” Allah Ta'ala berfirman : "Hai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepadaku pasti Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat dan aku tidak peduli berapa pun banyaknya. Hai anak Adam andaikan dosa-dosamu bagaikan awan di langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku pasti aku mengampunimu. Hai anak Adam, sesungguhnya andaikan engkau datang kepadaku dengan membawa dosa seisi bumi kemudian kamu menghadap Aku sedangkan kamu tidak menyekutukan Aku maka Aku akan mengampuni dosa yang seisi bumi banyaknya itu.”

[Imam At-Tirmizi]

Inilah janji Allah kepada mereka yang telah terlanjur melakukan dosa.

Walau bagaimanapun, janji tersebut adalah bagi orang2 yang melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang sungguh2 taubat mengikut syarat2nya (Rujuk Risalah kami Syarat Taubat Nasuha).

Seseorang yang melakukan Taubat Nasuha adalah sama seperti tiada dosa lagi, bersih dan disucikan oleh Allah Ta'ala.   

Maksud dari kenyataan ini:

Seseorang hamba Allah yang telah melakukan dosa, perlu mengimbangi ketakutan (khauf) dengan harapan (roja’), TIDAK boleh semata2 takut sahaja.  Ini kerana orang yang semata2 takut dan tiada harap Rahmat Allah, akan menjadi lemah dan putus asa.  Ada kalanya rasa lemah akan bertukar menjadi sifat negatif ini akan menjadikan dia lebih berani akibat hilang harapan. Dia akan terus menerus melakukan dosa sehingga akhirnya Imannya binasa. Wal Iyazubillah.

Di suatu sisi yang lain, harap (roja’) semata2 tanpa takut (khauf) juga sangat bahaya.

Maksudnya orang2 yang melakukan dosa tetapi semata2 harap Allah Ta’ala akan mengampuni dosa2, dan tidak sedikit pun rasa takut,  maka orang ini di dalam satu bahaya besar yang lain. Bahayanya adalah dia menyangka dengan Kemurahan Allah Ta’ala sehingga lupa bahawa Allah Ta’ala juga Maha Penyiksa. Orang seperti ini termasuk Ghurur (tertipu)

Manusia ini lupa bahawa Allah Ta'ala sangat Murka dan Maha Kuat Siksaan-Nya.

Firman Allah:

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَآ‌ۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya?. Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa`

[As-Sajdah (32) ayat 22]

Firman Allah:

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya."

[Al-Baqrah (2) : Ayat 196]

Orang-orang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat dengan harapan (khauf) bahawa  Allah Ta’ala itu Maha Pengampun  adalah orang yang tertipu dengan bisikan hawa nafsu dan Iblis.  Orang ini akan menjadi berani dengan Allah Ta’ala.  Dia tidak segan silu melakukan dosa sehingga akhirnya Imannya rosak binasa… !  Wal Iyazubillah.

Di sini kita perhatikan, mengabaikan satu dari sifat “takut” dan “harap” akan membawa kebinasaan kepada orang2 melakukan dosa.

Menggabungkan kedua2 sifat (khauf dan roja') tersebut dan menjadikannya pakaian imannya itulah yang jalan keselamatan.  Ketika dia merasai ketakutan yang amat kuat di dalam hati akan Kemurkaan Allah, dia akan didamaikan oleh "harapan" yang penuh kepada Rahmat Allah.

Pada sisi yang lain, ketika dia merasa lapang hati dengan "harapan"  berlebihan, dia akan segera di- selubungi oleh perasaan takut akan hukuman Allah sehingga dia menjadi tunduk.  Inilah jalan selamat. Moga Allah Ta’ala mengampuni sekalian dosa-dosa kita dan memelihara kita daripada terjerumus kepada dosa-dosa pada masa akan datang.


Walahu A'lam


MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...