■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 351 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
(7) Berbagai istilah digunakan untuk merujuk kepada Ulama Allah, Ulama Billah, Ulama yang sebenar-benar Ulama yang mendapat kemuliaan Allah.
Mursyid — Pembimbing kepada Allah, Penunjuk Jalan Lurus, Penunjuk Jalan Kebenaran, Penunjuk Jalan Lurus yang di-Redhai Allah.
Ahli Sufi — Hamba Allah yang disucikan hati mereka daripada sekalian kesyirikan (syirik khafi), mazmumah (kekejian), Ghaflah (kelalaian), Aghyar (segala sesuatu selain Allah) sehingga hati, ruh dan sirr mereka bercahaya dengan Cahaya Ketuhanan.
Ahli Ma'rifat — Mengenal Allah dari pandangan batin hati, ruh dan sirriyah (rahsia Ketuhanan yang mendalam).
Ulama Billah — Alim Billah yang berserta Allah pada setiap saat, tempat dan ruang.
Rijalullah — Lelaki Allah, Pahlawan Allah yang teguh berserta Allah.
Ulama Mu'tabar — Ulama benar yang sampai Silsilah keruhanian kepada Rasulullah ﷺ dan penerimaan Ilmu turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ dengan kaedah murni, suci bersih dari campur tangan nafsu atau iblis.
Murobbi — Pendidik agung yang memimpin kepada Allah.
Khalifah Allah — Wakil Allah yang memakmurkan bumi Allah dengan Kalimah Allah.
Khalifah Rasulullah — Pengganti Rasulullah ﷺ yang menyebarkan Cahaya Ketuhanan dan Cahaya Nubuwwah ke seluruh alam semesta.
Sahabat Rasulullah — Penolong-penolong Rasulullah ﷺ yang sentiasa bersedia untuk khidmat kepada Baginda zahir dan batin.
Auliya Allah — Kekasih Allah yang menerima berita gembira dari Allah yang tiada takut pada suatu apa pun, hanya Allah.
(8) Orang-orang beriman dilarang keras memandang rendah, mengejek, mengolok-olok, menghina "Ulama Billah", kerana perlakuan tersebut adalah perlakuan kafir dan munafiq. Pada zaman hayat Rasulullah ﷺ, orang-orang kafir dan munafiq berkumpul dan mengejek-ejek Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman. Orang kafir terang-terangan mengejek, olok-olok dan menghina sedangkan golongan munafiq berpura-pura manis mulut di hadapan Rasulullah ﷺ sedang di belakang Rasulullah ﷺ, mereka (munafiq) bergelak ketawa dengan olokan, ejekan dan penghinaan yang mereka telah lakukan.
SIRI 352 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Dalil-Dalil Penting
==============
Dalil 1: Ulama adalah pilihan Allah
Firman Allah:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)”
[Faathir (35) : Ayat 32]
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Ulama Billah - Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah). Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya : ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat petikan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Dari penjelasan Al-Imam di atas, difahami keseluruhan Firman Allah ini [Surah Faathir (35) : Ayat 32] menegaskan akan lahirnya Pewaris-pewaris Rasulullah ﷺ yang Benar, yang kemudiannya dikenali sebagai “Mursyid ”atau “Ahli Sufi” atau “Ahli Ma’rifat” dan mereka adalah Pilihan Allah Ta’ala dan BUKAN pilihan manusia, BUKAN pilihan parti-parti politik, BUKAN pilihan pemimpin negara, BUKAN pilihan Jabatan Agama, bahkan BUKAN juga pilihan Gurunya yang telah memimpinnya pada Jalan Ma’rifat, tetapi ia semata-mata Pilihan Allah. Guru beliau hanya menzahirkan kepada umum akan Pilihan Allah tersebut.
Bukti bagi kenyataan ini adalah penegasan Allah Ta’ala:
“diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami (Pilihan Allah).”
Jika ditanya : Siapakah yang mengetahui pilihan Allah tersebut?
Jawapannya adalah:
Pilihan Allah tersebut Diketahui Oleh Gurunya Yang Arif (Ulama Pewaris Nabi yang memimpinnya kepada Allah)
Jika ditanya lagi : Bagaimanakah Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya?
Jawapannya :
Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya yang benar-benar Arif, melalui Petunjuk Allah ke dalam hatinya, iaitu disebut sebagai _Kasyaf, Khitob Sirri, Firasat, Ilham Rabbaniyyah. Gurunya tidak akan tertipu dengan bisikan-bisikan nafsu atau syaitan kerana beliau sudah mengenal Allah dengan keyakinan yang sempurna dan sangat mahir mengenal serta mampu bezakan segala bisikan-bisikan jahat yang datang dari jinn atau syaitan.
SIRI 353 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Jika ditanya lagi: Mengapakah Masyaikh Ahlus Sunnah (Masyaikh = jamak bagi Syaikh) menggunakan Istilah Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat dan lain-lain untuk merujuk kepada "Ulama"?
Jawapannya adalah :
Sebab-sebab Masyaikh Ahlus Sunnah menggunakan Istilah “Mursyid”, "Ahli Sufi", "Ahli Ma'rifat" dan lain-lain bagi menunjukkan "Ulama Pewaris Nabi yang sebenar" kerana berlaku berbagai penyelewengan dan pendustaan di kalangan orang cerdik pandai Agama dan orang awam yang jahil berhubung dengan Istilah “Ulama”.
Istilah “Ulama” atau “Khalifah” atau istilah-istilah lain yang sudah diketahui umum telah disalahguna oleh Ulama As-su (ulama jahat), Ulama dunia, Ulama politik nafsu dan Ulama sesat.... sama seperti yang dilakukan oleh pendeta-pendeta Yahudi. Mereka mentafsirkan Al-Qur’an mengikut selera hawa nafsu mereka. Mereka menjual Ayat-ayat Allah dengan “harga yang murah”. Mereka mengubah-ubah Ayat Qur’an demi mencapai dunia yang hina.
Menyedari hal ini, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup, prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama. Mereka telah memperkenalkan istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Mereka memperkenalkan istilah “Mursyid”, “Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati pendirian Ahlus Sunnah.
Kenyataan hal tersebut dapat diperhatikan daripada penegasan Imam-imam Besar Ahlus Sunnah di dalam tulisan-tulisan mereka, di antaranya: Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Asy-Syazili, Imam Rifa’ie, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Asy-Sya’rani, Imam Qusyairi, Imam Ibnu Abidin, Imam Ibn Hajar Al-Haythami Ridhwanullahi Alayhi Ajma’in menggunakan istilah “Mursyid” atau “Ahli Sufi” atau “Ahli Ma’rifat” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar).
Berikut beberapa contoh penegasan Ulama Besar Ahlus Sunnah yang menggunakan istilah Mursyid, Sufi, Ahli Ma’rifat untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang sebenar:
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Hati adalah ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan. Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak. Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu menjadi tandus, kering-kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya. Pelajarilah Ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitulah Mursyid. Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian). Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya. (Orang yang pakar di dalam Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq – pent.)"
[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]
Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu anhu:
“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid - pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.”
[Ihya Ulumuddin]
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu:
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang suci murni) dan Mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
SIRI 354 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Dalil 2: Allah meninggikan Darjat Ulama
Firman Allah:
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]
Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
Para Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya. Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan. Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi ﷺ : “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki. Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Riwayat Imam Ad-Dailami].
[Tamat nukilan Sirrul Asrar]
Orang yang hanya memiliki Ilmu Syari’at sahaja dan tidak mengenal Allah dengan sebenarnya melalui pandangan mata hati, dan tidak mempunyai hubungan keruhanian dengan Rasulullah ﷺ tidaklah mereka dikatakan sebagai “Pewaris Nabi” tetapi mereka itu hanyalah “alim fiqh” atau disebut “alim kitab”, meskipun mereka sudah menghafal seribu kitab atau mereka memiliki PhD, Profesor, Sarjana atau lain-lain ijazah Universiti yang banyak sekalipun.
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Pewaris Nabi yang Benar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Perhatikan beberapa kunci utama yang terdapat di dalam Firman Allah ini:
Pertama : Bukti yang kuat menunjukkan Ulama adalah Pilihan Allah, BUKAN pilihan manusia, BUKAN parti politik, BUKAN pilihan penguasa-penguasa.
Ke-2 : Allah yang meninggikan Darjat keimanan, ketaqwaan dan kemuliaan seseorang Ulama Billah.
Ke-3 : Ulama Pilihan Allah adalah sebenar-benar Pewaris Nabi, dikenali dengan panggilan kemuliaan — Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat.
Ke-4 : Ulama Billah sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya. Pada setiap saat mereka musyahadah Wajah Allah (memandang Allah dengan pandangan sirr mereka) dan dengan pimpinan ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.
SIRI 355 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Dalil 3 : Ulama Billah adalah Auliya Allah (Kekasih Allah)
Firman Allah Ta'ala:
أَلاۤ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ. ٱلَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ. لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِي ٱلْحَياةِ ٱلدُّنْيَا وَفِي ٱلآخِرَةِ لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ ٱللَّهِ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
"Ketahuilah! Sesungguhnya para Auliya Allah itu, tidak ada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman (Mu'min sejati) serta mereka pula sentiasa bertaqwa (sebenar-benar Taqwa). Bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan di Akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.”
[Yunus (10) : Ayat 62-64]
Kata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:
“Sesungguhnya mereka yang benar-benar beriman (mencapai Keimanan Sejati) adalah Auliya Allah (Kekasih Allah) yang tiada takut apa pun terhadap sesuatu yang mendatang, dan tiada dukacita terhadap suatu yang mereka tinggalkan di belakang. Kemudian Allah tegaskan lagi bahawa mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang beriman (benar-benar beriman) dan bertaqwa (sebenar Taqwa) kepada Allah. Kalimat “ ٱلْبُشْرَىٰ " (Al-Busyra = khabar gembira) bermaksud dua macam kebahagiaan ; Pertama : Kebahagiaan di dunia dengan mendapat mimpi-mimpi benar. Kedua : Jaminan masuk syurga (tanpa hisab). Yang demikian itu adalah jaminan Allah kepada mereka. Dan itulah sebesar-besar kemenangan.”
[Tafsir Ibn Abbas]
Maksud perkataan Ibn Abbas “benar-benar beriman” adalah : Orang-orang yang telah mencapai Keimanan sejati, Tauhid yang hakiki yang suci bersih daripada segala macam syirik (syirik khafi), Mazmumah (sifat keji). Mereka telah mencapai Tingkatan Maqam Tauhid Af’al yang suci bersih daripada sekalian syirik khafi (syirik tersembunyi) - Takabbur, ‘Ujub, Riya’, Sum’ah, dan Tawakkal bi Ghairillah. Mereka juga suci bersih daripada segala macam kekejian seperti khianat, dusta, adu domba, fitnah, mengumpat dan lain-lain. Allah Ta’ala Memilih mereka dan Anugerahkan mereka beberapa banyak kelebihan mengatasi manusia-manusia lainnya.
Kalimah " ٱلْبُشْرَىٰ " (khabar gembira) ditafsirkan oleh Ibn Abbas dengan dua macam kebahagiaan. Maksud beliau dengan dua macam kebahagiaan adalah dua macam “Syurga”, iaitu : Syurga pertama adalah Syurga di Akhirat (setelah kematian). Syurga kedua adalah “Syurga yang disegerakan” di dunia ini lagi, iaitu “Syurga melihat Allah” atau disebut ‘Syurga berserta Allah” atau disebut “Syurga berkasih-kasih dengan Allah” sehingga mereka tiada cita-cita apa pun selain Allah.
Sekali lagi Firman Allah ini menjadi bukti kukuh bahawa Ulama yang benar adalah Ulama Billah yang di-Pilih oleh Allah serta menjadi Kekasih-kekasih Allah di atas muka bumi.
SIRI 356 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Dalil 4 : Penduduk langit, bumi dan lautan mengenal Ulama Allah
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim (Alim Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
[Imam Tirmizi]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm atau Ulama Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.”
[Imam Ahmad , Imam Abu Dawud]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki. Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Riwayat Imam Ad-Dailami].
Tafsiran:
Menurut tafsiran Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Sayuthi, yang dikehendaki dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Qur'an dan Hadith di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah mencapai Ma'rifat dan mengenal Allah dengan pengenalan yang sempurna. Merekalah Ulama Billah, Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar. Ikan di lautan, semut di sarang, burung di angkasa raya mengenal para Pewaris Nabi kerana Allah Ta’ala Ilhamkan akan keberadaan mereka sebagai Kekasih-Nya.
Puji-pujian Rasulullah ﷺ di atas mengandungi isyarat khusus ; iaitu bagi Ulama Billah, Ulama yang benar-benar mencapai Ma'rifat, mengenal Allah yang mereka itu menanggung Amanah Allah sebagai Pewaris Baginda. Ia BUKAN ditujukan kepada orang alim kitab atau ustaz, kiyai, muallim, pensyarah atau guru-guru awam yang lainnya.
Sekali lagi dalil-dalil ini menunjukkan Ulama Billah adalah Ulama sebenar Ulama yang di-Pilih oleh Allah, Dia Meninggikan Darjat mereka dan Menjadikan mereka Kekasih-Nya atas muka bumi bagi menyempurnakan Amanah dan penyambung Risalah.
SIRI 357 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Dalil 5: Ulama adalah Ahli Ma'rifat yang benar-benar takut kepada Allah
Firman Allah:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para Ulama, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
[Faathir (35) : ayat 28)
Berkata Ibn Abbas Radiallahu anhu:
"Ulama’ ialah orang alim yang Mengenal Allah (Ma'rifat) dan tidak syirik (syirik khafi - syirik dalam hati) kepada-Nya, halalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan memelihara wasiat-Nya."
[Nukilan Ibn Kathir di dalam Tafsir Ibn Kathir]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dan takut kepada Siksa-Nya, di antara hamba-hamba-Nya yang telah diwujudkan dari ketiadaan, sesuai Anugerah-Nya dengan memercikkan percikan Sifat Wujud-Nya, hanyalah orang yang benar-benar mengenal Allah, mengenal Sifat-Sifat Allah yang sempurna dan Nama-Nama Allah yang Maha Meliputi, yakni orang yang telah mencapai Tingkatan Tauhid (Ma'rifat yang tinggi) yang mampu menyingkap rahsia-rahsia Keesaaan Zat Allah atas semua makhluq."
[Tafsir Jilani]
Berkata Imam Ibnu Kathir Radhiallahu anhu:
"Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah Ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali Tuhan menilik hasil Kekuasaan-Nya dan Kebesaran-Nya..... Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Berilmu yang mempunyai Sifat Kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila ma'rifat bertambah sempurna dan ilmu terhadap-Nya bertambah matang, ketakutan kepada-Nya bertambah besar dan bertambah tinggi."
[Tafsir Ibn Kathir]
Penjelasan tambahan:
(1) Kalam Allah Yang Maha Agung ini menjelaskan lagi Kalam-Kalam sebelumnya berkenaan "Ulama Billah" sebagaimana Allah Ta'ala menyebut mereka dan muliakan mereka.
(2) Ayat ini menjelaskan lagi bahawa ketinggian dan kemuliaan seseorang bergelar "Ulama" BUKAN kerana hafalan kitabnya yang banyak. BUKAN juga kerana nama, pangkat, kekayaan atau kedudukannya pada pandangan masyarakat awam. BUKAN juga kerana pengaruh politik pemerintahan, tetapi Penzahiran "Ulama Allah", Ulama yang haq semata-mata kerana "Rahsia Ilahi, Cahaya Keimanan, Cahaya Taqwa, Cahaya Ma'rifat" yang memenuhi dada mereka.
(3) Ketika terjadi penyelewengan di kalangan masyarakat Islam, Ulama Billah memperkenalkan nama-nama lain untuk merujuk kepada Ulama yang benar, sesuai dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah — Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Kekasih Allah. Maka terbezalah Ulama Billah dengan "Ulama as-su", "Ulama politik", "Ulama dunia", "Ulama sesat Syi'ah (rafidhi), Ulama sesat Wahhabiyyah (khawarij), Ulama sesat Mujassimah dan lain-lainnya."
(4) Kenyataan ini kami ulangi berkali-kali sebagai suatu peringatan dan amaran kepada sekalian Ummat jangan sesekali memandang remeh, mengolok-olok atau menghina Ulama Billah. Sebaliknya Ummat Islam wajib berpegang kepada mereka demi keselamatan dunia Akhirat.
SIRI 358 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Contoh-contoh Istihza (اِسْتَهْزَأَ)
Meremehkan Ulama
====================
Contoh 1: Mereka mendakwa merujuk Qur'an dan Hadith sahaja dan abaikan Ulama
Golongan yang bergelar "Kaum Muda" atau "Wahhabiyyah" atau "Najdiyyah" atau ISIS atau nama-nama lain mendakwa mereka hanya merujuk Qur'an Hadith sahaja dan tidak mengikut Ulama. Alasan golongan ini
(enggan ikut Ulama) adalah Ulama pun banyak silap. Untuk ini kami jawab:
Pertama:
Awal-awal perkataan kami adalah : Pengakuan bahawa mereka ikut Al-Qur'an dan Hadith itu pun suatu pembohongan kerana Al-Qur'an dan Hadith memerintahkan kepada orang beriman supaya mengikut Ulama (Billah) — Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), yang kemudian dimasyhurkan dengan istilah Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat. Sebahagian daripada mereka (Ulama Billah, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat) di-Kurniakan oleh Allah menjadi Mujtahid dan sebahagian lebih khusus diangkat menjadi Mujaddid.
Ke-2: Dakwaan "mengikut Qur'an dan Hadith sahaja tanpa Ulama" itu juga menunjukkan ketololan kerana tak mungkin kamu merujuk Qur'an dan Hadith tanpa tafsir dan ta'wil Ulama. Tak mungkin kamu menggali sendiri segala hukum-hakam (halal, haram, wajib, sunnat, makruh, harus dan sebagainya). Tak mungkin kamu mengetahui syarat dan rukun bagi setiap ibadah tanpa penjelasan Ulama.
Ke-3: Al-Qur'an Kalamullah adalah Kata-kata Allah Yang Maha Agung, tersimpan di dalamnya ribuan rahsia tersembunyi. Sebahagiannya mampu difahami dengan mudah namun kebanyakan daripadanya mengandungi makna-makna tersembunyi yang tak mampu difahami oleh kebanyakan orang. Hanya mereka yang di-Kurniakan Ilmu oleh Allah dari Sisi-Nya mampu memahami dan mentafsirkannya. Merekalah Ulama Billah — Pewaris Nabi.
Ke-4: Manusia mana pun tak kenal Allah, tidak mengetahui jalan kebenaran yang di-Redhai Allah dan tidak mengenal jalan kesesatan yang di-Murkai Allah....melainkan dia mengikut Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq yang mewarisi Nabi zahir dan batin (yang dikenali sebagai Ulama Billah, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat).
Ke-5: Hakikatnya, TIADA seorang muslim pun (termasuk orang alim kitab dan orang bergelar Profesor, Drs, Masters, Kiyai, Ustaz, Muallim kitab) mampu solat, puasa, zakat, haji, jihad dan lain-lain melainkan dia merujuk kitab-kitab Ulama Billah.
Ke-6: Terdahulu telah menjadi ketetapan bahawa Allah dan Rasul-Nya mengancam keras dengan Neraka Jahannam kepada mereka yang mentafsirkan Al-Qur'an dengan pendapat sendiri atau pemikiran aqalnya.
Firman Allah:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.”
[Al-Isra’ : (17) ayat 36]
Firman Allah:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
[An-Nahl (16): Ayat 116]
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]
Keseluruhannya:
Mereka yang mendakwa hanya mengikut Al-Qur'an dan Hadith sahaja dan menolak Ulama (Billah) telah menghina Ulama, bahkan menghina Allah dan Rasul-Nya. Mereka adalah pengikut-pengikut Syaitan. Wal Iyazubillah.
SIRI 359 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:_
Meremehkan, menghina Ulama
......sambungan...
Contoh 2: Mengejek-ejek amalan Ahli Sufi
Sebahagian orang Islam (termasuk yang mengaku Ahlus Sunnah) pada zaman ini mengejek-ejek, mengolok-olok amalan Ahli Sufi seperti Suluk, Khilwah, Zikir Allah Allah, Zikir Jihar (dikuatkan suara) dan lain-lain berhubung dengan Toriqat (Tasawwuf), sedangkan semua amal ibadah tersebut berakar umbi di dalam Al-Qur'an dan Warisan Suci daripada Junjungan Rasulullah ﷺ. Dan mereka yang dikatakan Ahli Sufi adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Iaitu sekalian _Masyaikh Ahlus Sunnah_ adalah mereka itu Ahli Sufi yang menghidupkan Agama sepanjang zaman setelah kewafatan Rasulullah ﷺ. Mereka yang melakukan _ijtihad_ menerbitkan hukum-hakam Agama di dalam fiqh, usuluddin, tasawwuf, tafsir, hadith, sirah, nahwu, sirah, mantiq, bayan, badi' bahkan sekalian Ilmu Ahlus Sunnah zahir dan batin.
Ini bermakna tanpa disedari mereka telah menghina Allah dan Rasul-Nya.
Menurut Imam Ghazali, mereka ini (yang mengejek-ejek dan menghina Ahli Sufi) adalah termasuk golongan yang di-Laknat Allah kerana pada hakikatnya orang-orang yang dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid adalah Ulama Pewaris Nabi yang Benar yang mewarisi Nabi zahir dan batin.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Di luar mereka adalah orang-orang jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong. Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;
وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ
"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.”
[Muhammad (47) : Ayat 16]
Dan Firman Allah:
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ
“(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang di-Laknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya.”
[Muhammad (47) : Ayat 23]
[Tamat Petikan KItab Munqiz Min-Adh Dholal]
SIRI 360 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Contoh 3: Mengejek bilangan pengikutnya yang sedikit
Di antara hal-hal yang membawa kepada dosa besar adalah mengejek-ejek dan memandang rendah pengikut Ulama (Ahli Sufi, Mursyid Pewaris Nabi) yang sedikit, serta mempersoalkan kemampuan mereka. Bahkan hal tersebut merupakan tanda-tanda golongan munafiq. Orang yang benar-benar beriman tidak akan berkelakuan demikian.
Sepanjang sejarah manusia, pengikut ikhlas yang benar-benar mendokong perjuangan Rasul dan Nabi-Nabi hanyalah sedikit berbanding dengan golongan kafir yang berkali-kali ganda banyaknya. Orang-orang kafir dan munafiq seringkali mengejek dan merendahkan kemampuan Rasul berserta pengikut-pengikut setia Baginda di dalam perang Sabil disebabkan bilangan mereka yang sedikit berbanding golongan kafir yang berlipat kali ganda.
Satu contoh yang sangat berkesan dikisahkan di dalam ayat Qur'an berikut [At-Tawbah (9): ayat 65], iaitu keadaan dan perangai orang-orang Islam yang mengejek Nabi dan orang-orang beriman disebabkan bilangan mereka yang sedikit. Melalui ayat ini Allah Ta'ala menjelaskan bahawa mereka termasuk golongan munafiq. Meskipun mereka lafazkan Kalimah Syahadah serta mengaku pengikut Rasulullah ﷺ namun ia adalah pembohongan. Ini kerana hanya golongan munafiq sahaja yang akan mengejek dan mengolok-olok Allah, Rasul dan orang-orang beriman.
Firman Allah:
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِٱللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.” Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu bermain-main dan berolok-olok?"
[At-Tawbah (9) : ayat 65]
Asbab-an-Nuzul (sebab turun ayat)
Nukilan dari Tafsir Qurtubi : Ayat ini turun berkenaan kisah yang terjadi di dalam perjalanan menuju Perang Tabuk. Ketika Rasulullah ﷺ dan para sahabat sedang menyusuri jalan menuju Tabuk, di antara mereka ada satu golongan kaum munafiq yang terpaksa ikut bersama mereka agar tetap dianggap sebagai muslim, maka dalam perjalanan itu mereka berbisik satu sama lain dengan nada mengejek untuk menggagalkan rencana Rasulullah ﷺ. Mereka berkata "Pasukan sekecil inikah yang akan menduduki istana-istana di negeri Syam dan mengalahkan pasukan mereka yang agung hingga dapat menguasai bani Al-Asfar?"
Allah Ta'ala Mengilhamkan kepada Rasulullah ﷺ tentang perkataan mereka (orang yang pura-pura Islam) dengan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Rasulullah ﷺ kemudian berkata kepada pasukan Baginda, "Berhentilah sejenak !" Baginda lalu menghampiri kelompok tersebut dan berkata,"Mengapakah kalian mengatakan demikian dan demikian?" Orang-orang munafiq itu tidak mengakuinya. Setelah dijelaskan oleh Baginda bahawa Allah Memberitahu Baginda secara langsung, maka mereka berkata "Kalau yang itu kami hanya bermain-main dan senda gurau." Maka turun ayat ini (sebagai amaran bahawa mereka akan menerima balasan buruk yang amat dahsyat atas kemunafikan mereka).
[Tafsir Qurtubi]
Al-Qadhi Abu Bakar bin Al-Arabi Radhiallahu anhu berkata:
"Apa pun maksud perkataan orang munafiq itu, baik hanya bergurau dan bermain-main atau pun serius mereka tetap dianggap kafir, kerana "bergurau dengan kekafiran (perkara-perkara kafir)" sama sahaja kafir. Hal ini berdasarkan kesepakatan seluruh Ummat."
[Tafsir Qurtubi]
Pengajaran Terpenting dari Firman Allah ini:
Kelakuan memperkecilkan, menyindir, mengolok-olok dan mengejek kemampuan Rasul dan Ulama Pewaris-Baginda disebabkan bilangan mereka yang sedikit, adalah perbuatan fasiq, bahkan menunjukkan wujud tanda-tanda munafiq.
Bersambung siri 361 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment