KEWAJIPAN DIRIKAN IBADAH ZIKRULLAH
Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah
TINGKATAN ZIKRULLAH MENURUT AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهIni adalah catatan ringkas berhubung Zikrullah.
1.0 PEMBAHAGIAN UMUM ZIKRULLAH
Secara umum zikir terdiri dari 2 bahagian yang besar.:
PERTAMA :
~~~~~~~~~
Zikir Hasanah
Zikir ini dilakukan tanpa kaifiyyat (cara cara), syarat atau adab2 tertentu. Mendapat ganjaran amalkan- nya tetapi tidak menaikkan darjat Iman / Ma'rifat.
~~~~~~~
Iaitu zikir yang menaikkan darjat Iman/ Ma'rifat seseorang, membawanya hampir kepada Allah Ta'ala.
Zikir ini dilakukan dengan kaifiyyat, syarat dan adab2 tertentu dgn pimpinan Mursyid / Shaikh @ Ahli Ma'rifat @ Murobbi yang siddiq.(benar)
2.0 TINGKATAN ZIKRULLAH
Menurut Ulama Arifbillah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, terdapat 10 peringkat / tingkatan Zikrullah :
(1) Zikir Lisan / lidah / lafaz
Iaitu menyebut Ismuz - Zat (nama2 Allah Yang Maha Agung) dengan keluarkan suara serta ingatan di dalam hati sanubari.
(2) Zikir Qalbi
Iaitu semata2 menyebut / mengingat Allah di dalam hati sanubari tanpa lafaz lisan.
(3) Zikir Lataif
(4) Zikir Nafi Ithbat
(5) Zikir Wuquf Qalbi
(6) Zikir Nafas
(7) Zikir Ruhani
(8) Zikit Nurani
(9) Zikir Ruh
(10) Zikir Sirr
Kesemua Zikrullah ini hanya terdapat di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
3.0 PERHATIAN PENTING
3.1 Zikrullah adalah sebesar2 Ibadah sebagaimana kita huraikan terdahulu pada tajuk : KEWAJIPAN AMALKAN ZIKRULLAH
3.2 Setiap orang beriman perlu mencari Guru Mursyid @ Shaikh @ Ahli Ma'rifat @ Murobbi yang siddiq, dan belajar melakukan zikrullah yang berkaifiyyat untuk meningkatkan IMAN mereka dan seterusnya memperoleh TAQWA dan IHSAN.
3.3 Pada peringkat awam, seorang Muslim hanya mampu melakukan Zikir Tingkatan (1) di atas.
Mereka tak mampu melakukan zikir peringkat2 lain kerana mereka tiada ilmu tentang itu.
Bahkan dilarang keras mengamalkan zikir2 peringkat mana jua pun, tanpa pimpinan Guru Mursyid @ Ahli Sufi @ Murobbi yang siddiq walaupun kamu diberitahu kaifiyyat (cara caranya) oleh orang tertentu atau kamu terjumpa catitan itu di mana2 pun, kamu dilarang amalkannya.
Kamu dilarang amalkannya sendiri zikrullah peringkat di atas tanpa pimpinan Guru Arif kerana ditakuti tersesat @ disesatkan oleh Iblis.
3.4 Menurut ADAB Jalan Ma'rifat seseorang Guru Mursyid @ Ahli Ma'rifat @ Murobbi dilarang keras mengajarkan zikir2 khusus kepada mereka yang belum bai'at.
Setiap Guru Arif yang siddiq mengetahui peraturan ini.
3.5 Semua orang beriman wajib sungguh mujahadah kepada Allah dengan pimpinan wasilah, Guru Mursyid @ Ahli Ma'rifat @ Murobbi yang siddiq sebagaimana perintah Allah...
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.”
Wallahu A'lam
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
SIRI 1 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
(سُوۡرَةُ الاٴحزَاب)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.
[Al-Ahzab (33) : 41]
Firman Allah Ta'ala:
(سُوۡرَةُ النُّور)
رِجَالٌ۬ لَّا تُلۡهِيہِمۡ تِجَـٰرَةٌ۬ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِۙ يَخَافُونَ يَوۡمً۬ا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ
Firman Allah :
(سُوۡرَةُ الزُّمَر)
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٢٢)
Sabda Rasulullah ﷺ :
Abu Musa رضي الله عه berkata Rasulullah ﷺ bersabda,
“Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati.”
[Imam Bukhari dan Muslim]
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
(1) Adakah kalian mengetahui apa itu Zikrullah dan apa yang dikatakan ilmu Zikrullah?.
(2). Adakah kalian mengetahui mendirikan Zikrullah dengan ikhlas dan sungguh2 adalah salah satu kewajipan pokok bagi orang-orang BERIMAN...!
(3) Adakah kalian sedar, Menunaikan ibadah zikrullah dengan ikhlas dan sungguh2 adalah salah satu tanda dari tanda2 benarnya IMAN seseorang...!
(4) Adakah kalian mengetahui Zikrullah merupakan ruh setiap Ibadah?
(5) Sudahkah sampai pengetahuannya kepada kalian, orang yang keras hatinya dari berzikir kepada Allah diancam dengan Neraka Wail?
(6) Mungkin ramai juga tidak sedar meninggalkan ibadah zikrullah boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan mati?
(7) Kemuncak dari kemuliaan zikrullah ini adalah : Ukuran ketinggian maqam seseorang di sisi Allah Ta'ala adalah berdasarkan kesempurnaannya pada menguasai Zikrullah.
2.0 KEWAJIPAN YANG TIDAK DISEDARI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ramai atau lebih tepat majoriti ummat Islam sedar akan kewajipan solat, puasa, zakat dan haji.
Tetapi ramai yang tidak sedar, kewajipan seorang yg beriman BUKAN sekadar menunaikan Rukun Islam yg lima.
Rukun Islam yang Lima Perkara adalah ASAS. Banyak lagi ibadah dan kewajipan lain yang perlu di- sempurnakan oleh orang2 beriman. Banyak lagi perkara2 lain menjadi tuntutan atas orang beriman yang jika ditinggalkan boleh membawa kepada kebinasaan IMAN dan kekufuran...!
Selain dari Rukun Islam.... Ibadah Zikrullah, sedekah, Da'wah, Tarbiyyah, Jihad, Berbakti kepada ibu bapa, berkhidmat kepada Shaikh Mursyid ( guru dan Ulama Pewaris Nabi yang siddiq), Membantu saudara beriman dan banyak lagi merupakan Amanah dan tanggungjawab orang BERIMAN...!
Semua kewajipan tersebut WAJIB ditunaikan mengikut syarat, adab dan tertibnya untuk menjadi ORANG2 YANG BENAR2 BERIMAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH.
Salah satu dari kewajipan yang telah dilalaikan oleh kebanyakan kita adalah :.
ZIKRULLAH.... !
Di antara kewajipan dan keutamaan Zikrullah seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan kemudiannya dijelaskan oleh Ulama Ahlillah adalah :
🍀1. Orang yang banyak berzikir, paling hampir dengan Allah, menjadi kekasih Allah
🍀2. Orang yang banyak berzikir, paling hampir dengan Nabi kita.
🍀3. Orang yang berzikir itu hidup sementara orang yang tak zikir itu mati.
🍀4. Zikrullah sucikan hati dan ruh.
🍀5. Orang yang berzikir, tanda dia syukur kepada Allah.
🍀6. Zikrullah yang banyak menerbitkan Tauhid, Ikhlas, dan Taqwa
🍀7. Orang yang banyak2 berzikir Allah, mendapat kebahgiaan / ketenangan hidup.
🍀8. Zikirullah banyak2 terus-menerus, menghapuskan syirik khafi (Syirik tersembunyi)
🍀9. Zikrullah menjadi ubat dan penawar bagi banyak penyakit zahir / jasad manusia/ fizikal.
🍀10. Zikrullah menjadi ubat dan penawar bagi sekalian penyakit batin. (mazmumah dan kekotoran maknawiyyah)
🍀11. Zikrullah yang ikhlas dan sungguh2 menjadikan barakah di dalam kerja dan murah rezeki.
🍀12. Banyak zikrullah boleh membantu orang lain di dalam kesusahan zahir atau batin.
🍀13. Orang yang banyak Zikrullah boleh menjadi asbab / sebab orang lain dapat Rahmat dan Keampunan Allah.
🍀14.. Majlis zikir batalkan himpunan maksiat
🍀15. Memperoleh syafaat Nabi dan orang soleh di akhirat.
🍀16. Mati husnul khatimah
🍀17. Masuk syurga tanpa hisab
🍀18. Senjata di dalam Peperangan kalahkan musuh.
🍀19. Khusyu di dalam ibadah.
🍀20. Mati di dalam Husnul Khatimah dengan Kalimah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah.
Demikianlah banyaknya dan besarnya faedah Zikrullah.
Moga kita termasuk ke dalam golongan mereka2 yang banyak Zikrullah dengan penuh ikhlas...!
Tetapi bagaimanakah cara, peraturan adab mengerjakan Zikrullah?
Setiap ibadah mempunyai hukum, kaedah, adab dan syarat2nya yang tersendiri. Demikian juga Zikrullah mempunyai cara2 yang khusus untuk menyempurnakannya.
3.0 DUA BAHAGI ZIKRULLAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah, Zikrullah secara umumnya terbahagi kepada 2 bahagi :
(1) Zikir Hasanah - zikir yang menjadikan seseorang memperoleh pahala dan beberapa ganjaran lain.
Ini zikir bagi orang awam iaitu mereka yang baru masuk Islam atau kanak2 yang sedang belajar mengenali Agama.
(2) Zikir Darjat - Zikir yang membolehkan darjat Iman seseorang itu meningkat, memperoleh Ma'rifat tinggi di sisi Allah Ta'ala.
Inilah bahagian zikir yang diamalkan oleh Nabi, sahabat dan Imam2 dan orang2 soleh yang mengikut mereka itu.
Bahgian zikir ini mempunyai Kaifiyyat (cara dan peraturan), adab dan Syarat2nya tertentu.
Semua ini diterangkan di dalam Ilmu Toriqah dan Tasawwuf.
🍁 Orang2 Islam yang dewasa tidak patut selamanya duduk pada tahap zikir awam kanak2@ yang baru masuk Islam. Sebaliknya mereka wajib meningkatkan Iman dengan mengerjakan "zikir darjat" mengikut kaifiyyat (cara cara) di dalam Toriqat.
🍁 Hati yang tiada zikir khusus ini sentiasa terdedah kepada syirik khafi, mazmumah dan dosa2 besar lain.
🍁 Ibadah yang kosong dari zikrullah akan dipenuhi dengan kelalaian dan riya', ujub, sum'ah dll yang merosakkan ibadah itu.
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
SIRI 2 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga Allah menerangi hati kita semua dengan kebenaran dan menghiasi hati itu
dengan Keindahan Cahaya Wajah-Nya.
Bahgian ke-2 ini, kita akan bentangkan Rahsia Penting Zikrullah berhubung dengan
Kalimat Agung Yang Pertama diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi kita.
4.0 HUBUNGAN ZIKRULLAH DENGAN WAHYU
PERTAMA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Firman Allah Yang Maha Tinggi :
بِسۡمِ
ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱقۡرَأۡ
بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk)"
[Al-'Alaq (96): Ayat 1]
WAHYU Pertama kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad ﷺ ....Kalimat Allah Yang Maha Agung yang menjadi GERBANG
PEMBUKAAN kepada suatu perubahan peradaban manusia sejagat...!
Apakah rahsia Kalimat " iqra'
" (baca)?
Apakah hikmah di sebalik kalimah "Iqra’
"...?
Apa maksudnya Allah Memerintah kepada Nabi "bacalah"
sedangkan Allah Maha Mengetahui Nabi kita tak pernah belajar membaca? (dan
menulis)!
Apakah yang patut dibaca?
Bagaimanakah cara membacanya?
Nabi tidak tahu membaca, Lalu
Allah Ta'ala mengajar Nabi "Rahsia membaca" sehingga Nabi telah
"membaca" nya dengan sempurna. Kemudian Nabi mengajar dan
mendidik Ummat Baginda "membaca" dengan sempurna.
Apakah yang dibaca?
Bagaimanakah "membaca"?
Apakah hakikat "membaca"?
Apakah dua macam Ilmu tersebut?
Yang Pertama adalah :
-----------------------------
💽Makna " iqra' " = "bacalah" dengan pengertian "ilmu Syari'at zahir" (Imu yang mebicarakan hukum-hakam yang takluk kepada anggota zahir insan yang kemudiannya diberi nama Ilmu Fiqh)
Yang Kedua adalah :
---------------------------
💽Makna " iqra' " = "bacalah" dengan pengertian "ilmu Syariat Batin" (Ilmu yang berkaitan dengan anggota batin insan, iaitu hati, aqal dan ruhnya yang mana kemudiannya diberi nama Ilmu Tasawwuf, Toriqah, Haqiqat dan Ma'rifat)
KEDUA-DUA ILMU INI WUJUD DAN HANYA WUJUD
DI DALAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.
Sebagaimana biasa kita sampaikan semua ini BUKAN ilmu baru bahkan ilmu Ahlus Sunnah TETAPI ianya tenggelam bersama arus kejahilan akhir zaman...!
Dengar dan fahamilah baik2..!
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Kaitannya adalah :
ASAS bagi menyucikan diri (HATI, AQAL dan RUH) dari kekotoran mazmumah, (sifat sifat keji), dan menyucikannya dari syirik2 khafi (syirik yang tersembunyi) adalah ZIKRULLAH...!
ASAS bagi memperoleh Tauhid yang murni (Tauhid sebenar tanpa syirik ) adalah ZIKRULLAH...!
ASAS bagi memperoleh sebenar2 Ikhlas adalah ZIKRULLAH...!
ASAS bagi memperoleh keredhaan Allah dan Kasih-Nya adalah ZIKRULLAH...!
Kehidupan mukmin bermula dengan Zikrullah dan nafas terakhir juga dengan Zikrullah...!
6.0 ILMU YANG TERLEBIH DAHULU TURUN / DIPERINTAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Wallahu A'lam
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
No comments:
Post a Comment