Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
EMPAT MACAM QALB (HATI)
MANUSIA :
✨🕌✨Rasulullah ﷺ
bersabda :
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُلُوبُ أَرْبَعَةٌ قَلْبٌ أَجْرَدُ فِيهِ مِثْلُ السِّرَاجِ
يُزْهِرُ وَقَلْبٌ أَغْلَفُ مَرْبُوطٌ عَلَى غِلَافِهِ وَقَلْبٌ مَنْكُوسٌ وَقَلْبٌ
مُصْفَحٌ فَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَجْرَدُ فَقَلْبُ الْمُؤْمِنِ سِرَاجُهُ فِيهِ نُورُهُ
وَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَغْلَفُ فَقَلْبُ الْكَافِرِ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمَنْكُوسُ
فَقَلْبُ الْمُنَافِقِ عَرَفَ ثُمَّ أَنْكَرَ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمُصْفَحُ فَقَلْبٌ
فِيهِ إِيمَانٌ وَنِفَاقٌ فَمَثَلُ الْإِيمَانِ فِيهِ كَمَثَلِ الْبَقْلَةِ يَمُدُّهَا
الْمَاءُ الطَّيِّبُ وَمَثَلُ النِّفَاقِ فِيهِ كَمَثَلِ الْقُرْحَةِ يَمُدُّهَا الْقَيْحُ
وَالدَّمُ فَأَيُّ الْمَدَّتَيْنِ غَلَبَتْ عَلَى الْأُخْرَى غَلَبَتْ عَلَيْهِ
"Hati itu ada empat macam: Pertama, Qalbun Ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya
seperti ada pelita yang bersinar. Kedua, Qalbun Aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya.
Ketiga, Qalbun Mankuus (hati yang terbalik). Keempat, Qalbun Musfah
(hati yang terlapis). Adapun Qalbun ajrad adalah hati seorang Mukmin, pelita dalam
hatinya adalah cahaya. Qalbun aghlaf_
adalah hati orang kafir, Qalbun mankuus adalah hati orang munafiq, yang
mengetahui kemudian mengingkari. Qalbun musfah adalah hati yang di
dalamnya bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman
yang disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang
disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka
itulah yang akan menguasai hatinya.”
[Imam Ahmad]
Penjelasan ringkas Empat macam qalb
(hati) manusia :
(1) Qalbun Ajrad - Hati yang suci
murni.
Qalbun ajrad adalah hati yang
suci murni tidak ternoda, di dalamnya
seperti ada pelita yang bersinar.
HATI jenis ini adalah hati yang
dimiliki oleh Rasul, Nabi dan Warisatul Anbiya yang siddiq, dan juga Mukmin sejati. Pelita yang bersinar itu adalah bermaksud
cahaya Iman, cahaya Tauhid, cahaya Ma'rifat yang bersinar gilang-gemilang di
dalam HATI, ini sesuai dengan Kalam
Allah...
✨🕌✨Firman Allah:
سُوۡرَةُ النُّور
۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ
مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ
"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan
cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita
besar. Pelita itu di dalam kaca."
[An-Nuur (24) : ayat 35]
Qalbun aghlaf adalah hati yang
tertutup, yang terikat tutupnya.
HATI jenis ini telah keras dan
MATI, tak dapat masuk hidayah ke dalamnya dan kekufuran terperangkap di dalamnya.
Orang seperti ini tiada jalan keluar lagi,
HATI jenis ini dimiliki oleh tiga jenis manusia :
(1) Orang kafir asli yang dikunci MATI hatinya disebabkan keingkaran
yang melampau.
(2) Orang Islam yang fasiq yang terus-menerus melakukan keingkaran,
kezaliman dan kekufuran tanpa taubat sehingga HATINYA menjadi gelap gelita,
keras dan akhirnya MATI.
Wal 'Iyazu Billah.
(3) Orang Islam yang tersesat ke dalam kelompok2 bid'ah sesat (berjumlah 72 golongan sesat) seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular / Libaeral dll dan tidak segera taubat, sebaliknya terus-menerus di dalam kesesatan sehingga HATINYA keras dan MATI. Na'uzubillah.
✨🕌✨Firman Allah :
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ
وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci mati atas hati mereka serta pendengaran mereka dan
pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab
seksa yang amat besar.
[Al-Baqarah (2)
: ayat 7]
(3) Qallbun
Mankuus - Hati yang terbalik
Ini adalah
HATI orang munafiq, iaitu mereka yang
mempunyai pengetahuan tentang Islam tetapi mereka ingkarinya. Mereka
mengaku Islam pada lisan sedangkan hati mereka menolak dan kafir. Mereka olok-olokkan Allah dan Rasul-Nya di
belakang Rasulullah dan Sahabat. Mereka
mempermain-mainkan Allah. Nasib orang
munafiq sama seperti orang yang kafir.
(4) Qalbun Musfah - hati yang terlapis
HATI jenis ini adalah yang dimiliki oleh kebanyakan orang Islam awam yang sentiasa bercampur aduk antara Iman dan Syirik (atau nifaq seperti disebut oleh Rasulullah). Walau bagaimanapun syirik dan nifaq ini adalah syirik khafi dan nifaq amali yang TIDAK batalkan Iman. Tetapi Iman- nya akan rosak jika dibiarkan tanpa berusaha sungguh² baikinya. Inilah yang selalu disebut2 oleh Ahli Ma'rifat sebagai hati yang "terhijab" dari Allah Ta'ala disebabkan kekotoran ma'nawiyyah yang mengusainya.
Ini serupa dengan penegasan Allah
di dalam Kalam-Nya Yang Maha Agung ...
✨🕌✨Firman Allah :
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ
عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا “
"Barangsiapa yang percaya
dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal
yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada
Tuhannya.
[Al-Kahf (18) : 110]
Hati jenis yang keempat inilah
yang WAJIB diperhatikan oleh orang2 Islam umumnya .... termasuklah alim fiqh,
alim usuluddin, alim di dalam berbagai disiplin ilmu syari'at, yang sudah hafal
Qur'an, yang sudah banyak hafal Hadith dsb.
Kesemua mereka ini WAJIB mendidik Hati mereka sehingga benar2 suci
bersih daripada segala macam Syirik (syirik tersembunyi dalam hati ) dan nifaq
(nifaq kecil).
Cara bersihkannya adalah melalui
Toriqat Rasul. Dengan cara seseorang
amalkan kedua2 Syari'at dan Toriqat sekaligus tanpa abaikan salah satu darinya,
dan dengan bimbingan Pewaris Nabi yang benar, maka In Shaa Allah dengan
Kemurahan Allah Ta'ala akan dia mencapai Qalbun Ajrad, iaitu hati orang
Mu'min sejati, yang bercahaya2 dengan Cahaya Ilahi.
Maassalamah
No comments:
Post a Comment