Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pembentukan anak yang Taqwa bermula dari saat seseorang mencari pasangan hidupnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Susah faham?
Cuba baca penjelasan ini...
Mereka berdoa :
✅Sebelum nikah: Mereka beramal soleh dan berharap Allah kuniakan mereka pasangan yang baik:
Ya Allah, berikan kami pasangan yang beriman.
✅Ketika aqad nikah: Mereka berdoa:
Ya Allah satukan kami dalam Keimanan dan jadikan kami orang2 yang bertaqwa..
✅Selepas Aqad Nikah : Mereka terus beramal soleh dan berdoa :
Ya Tuhan kurnikan kami anak yang soleh.
✅Ketika isterinya hamil, kedua mereka terus beramal soleh dan berdoa:
Ya Tuhan kami, peliharalah anak kami dalam kandungan ini, Kurniakan kami anak yang indah dan soleh. Jadikan kami dari kalangan orang bertaqwa.
✅Ketika anak lahir, mereka bersyukur, terus beramal soleh dan berdoa,
Ya Tuhan kami tunjukkan kami jalan2 Keredhaan-Mu.
✅Pada waktu2 seterusnya mereka mendidik diri mereka dan anak mereka dengan keimanan sambil berdoa:
Ya Tuhan kami, jadikan kami dan anak isteri kami di kalangan hamba2 Mu yang bertaqwa. Dan jauhkan kami dari azab kemurkaan Mu.
……………
Kesimpulannya "pendidikan anak2" sebenarnya bermula dari saat
dan ketika seseorang beriman mencari pasangan hidupnya. Ertinya seseorang
beriman mempersiapkan dirinya sebagai mu'min dan mengharap pada Tuhan agar
dikurniakan pasangan yang beriman dan soleh.
Bukankah di sini bermulanya "pendidikan" ? Kerana bakal anak yang terhasil bergantung kepada kesucian dua jiwa yang akan disatukan di bawah Taqdir Ilahi.
Jika jiwa2 yang bersatu itu penuh kesucian, maka akan lahir dan terbentuklah anak yang suci juga.
Kunci:
~~~~~
● Aqad nikah adalah satu cahaya dari cahaya kesucian yang terpancar dari Kasih Tuhan Yang Maha Penyayang.
● Benih2 Tauhid yang suci pada kedua ibu bapanya mempunyai pengaruh kepada bakal anak yang terhasil dan dibentuk.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment