Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
AMALAN TERBAIK PADA MALAM2 KEMULIAAN DALAM ISLAM
Soalan :
Ramai sekali hamba² Allah
bertanya² apakah amalan terbaik dan ibadah terbaik kita lakukan pada malam2
kemuliaan dalam Islam :
·
Sepanjang Bulan Ramadhan
·
10 Hari terakhir Ramadhan
·
Malam Hari Raya Idul Fitr
dan Idul Ad-ha
·
Malam Isra' Mi'raj
·
Malam Nisfu Sya'ban
·
Malam Awal Muharram
JAWAPAN:
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini penjelasan ringkas berkenaan
amalan2 yang terbaik yang patut dilakukan oleh hamba2 Allah yang ingin mencari
keredhaan Allah pada malam2 Ramadhan, 10 Hari terakhir Ramadhan, atau malam2 Kemuliaan Islam yang
lainnya, bahkan juga malam2 lain seluruhnya:
Pertama : Zikrullah
Zikrullah sebanyak2nya berserta
syarat dan adab²nya adalah setinggi2 amal untuk mencapai kesucian HATI,
mencapai Tauhid yang murni dan sekaligus mencapai Keredhaan dan Kasih Allah
Ta'ala.
Kedua: Solawat atas Nabi:
Solawat atas Nabi adalah sebaik2
amalan penyokong untuk menyucikan hati, mencapai Tauhid yang suci murni serta
Keredhaan dan Kasih Ilahi.
Ketiga: Istighfar
Istighfar — mohon ampun kepada
Allah adalah dilakukan serentak dengan
Zikrullah dan Solawat. Atau di dahului
sekalian amal dengan istighfar kerana setiap manusia dalam keadaan dosa. Cara
adalah : Istighfar mengikut kemampuan kemudian sambung dengan zikrullah,
solawat, baca Qur'an, solat sunnat dll.
Keempat: Solat Taubat dan
Tahajjud:
Solat Taubat sebanyak
mungkin. Solat Taubat membersihkan diri
dari sekalian dosa yang sengaja atau dosa2 yang tidak sedari. Solat Tahajjud menyukakan Allah Ta'ala.
Kelima: Sedekah
Sedekahlah ikut kemampuan. Orang
kurang berada sedekahlah apa yang termampu.
Orang yang mempunyai kelebihan harta wang ringgit yang banyak, maka
sedekahlah sesuai dengan Ni'mat yang Allah Kurniakan. Jangan samakan diri dengan orang miskin
ketika bersedekah. Ertinya orang yang
mempunyai keluasan rezeki yang banyak, maka hedaklah sedekah lebih dari orang
lain. Jangan pula sedekah sama macam orang miskin. Misalnya orang yang miskin bersedekah 10
ringgit. Orang kaya / mempunyai harta yang banyak hendaklah sedekah lebih dari itu menurut
kemampuan masing2. Bakhil bukan
semata2 orang yang tidak mahu bersedekah, tetapi bakhil yang sebenar adalah
orang kaya yang pura2 tak ada duit, pura2 susah, pura2 miskin sehingga berat
tangan untuk sedekah. Orang bakhil tak
masuk syurga.
Keenam : Khatamkan Al-Qur'an
Khatamkan Qur'an jika mampu, dengan cara Talaqqi di hadapan Guru
yang mahir atau bersama2 orang yang mahir mengetahui selok belok Tajwid dan
makhraj. Hal ini WAJIB diperhatikan
sungguh2.
Bacaan Al Qur'an sepanjang Ramadhan
adalah amalan yang sangat dituntut.
Tetapi PASTIKAN hukum dan adab2
nya dipatuhi. Ini kerana Al-Qur'an itu Kalamullah, Firman Allah Yang Maha Agung. Al-Qur'an BUKAN majallah harian, BUKAN novel
manusia, BUKAN cerita penglipur lara.... Maka JANGAN pandang ringan akan hal
ini. Jika seseorang salah baca Al-Qur'an
satu huruf sahaja, boleh mengubah makna ayat tersebut, dan ini dosa yang amat berat kerana mengubah
Firman Allah. Bahkan apa yang lebih
bahaya adalah : Mengubah ayat yang berhubungan
dengan Aqidah, Sifat Allah, halal haram
dsb boleh membawa kepada binasa Iman /
Tauhid. Wal Iyazubillah.
Ramai sekali orang Islam
berlumba² membaca ayat Qur'an yang belum pernah mereka baca dan belum pernah
pastikan betul bacaannya di hadapan Guru yg mahir sedangkan mereka tidak sedar Al Qur'an laknat
mereka. Wal Iyazubillah
Demikianlah amal ibadah terbaik
yang patut dilakukan oleh setiap orang beriman sepanjang Ramadhan, 10 hari
terakhir Ramadhan atau malam2 keberkatan yang lainnya.
Kesimpulannya jika ditanya apa amalan paling utama untuk mencapai
Tauhid murni /sampai kepada Allah serta keredhaan Allah, jawapannya sudah tentu
Zikrullah kerana matlamat insan adalah Allah, hidup dan matinya kerana Allah,
setiap nafasnya mesti Allah, ruhnya sentiasa saksikan Allah, hakikat kesudahannya
Allah.…!
Dalilnya....
✨🕌✨Firman Allah :
وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُۗ
"...dan zikrullah itu sebesar-besar ibadah ..... "
[Al-Ankabut (29): Ayat 45]
ۗ
Menurut Tafsiran Ibnu Abbas dan
Ulama Ahlus Sunnah lainnya, Ayat tersebut membawa beberapa pengertian :
(1) Zikrullah (ingat Allah, sebut
nama Allah, tafakkurkan nama Allah)
adalah sebesar2 Ibadah. Orang
yang tekun mengerjakan ibadah zikrullah siang malam tanpa berhenti dgn penuh
ikhlas dan menurut adab, hukum dan kaifiyyatnya, maka dia akan memperoleh darjat kedudukan paling tinggi di sisi Allah.
(2) Setiap ibadah yg dikerjakan
dengan zikrullah (ingat Allah) di dalamnya,
maka ibadah tersebut adalah ibadah yg terlebih baik, sempurna yang
memperoleh redha Allah. Ibadah yg tiada
zikir di-dalam nya adalah "kosong" dan "kerugian".
(3) Ingatan Allah terhadap
hamba2-Nya yang zikrullah (mengingat Allah) adalah lebih utama. Erti- nya Limpahan Rahmat dan Inayah (pertolongan
Allah) terhadap hamba2-Nya yang zikrullah adalah jauh lebih hebat dari ingatan
hamba kepada Tuhannya. Hamba cuma buat
sedikit tetapi Allah Taala melimpahkan Rahmat yang banyak.
Tafsiran2 tersebut menepati Hadith2 berikut :
Firman Allah di dalam Hadith
Qudsi:
Sayyidina Abu Hurairah رضي
الله عه berkata Rasulullah ﷺ bersabda : Allah Ta’ala
berfirman,
“Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang
disangkakan oleh hambaKu terhadapKu, adalah Aku bersamanya apabila dia
mengingati Aku, jika dia mengingati Aku di dalam dirinya maka Aku mengingatinya
di dalam diriKu dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia
dalam jemaah yang lebih baik ( jemaah para malaikat ). Apabila hambaku
mendekatiKu sejengkal maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku
sehasta maka Aku dekati dia sedepa, dan apabila dia datang mendekati Aku dengan
berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.”
[ Imam Al-Bukhari, Muslim, Ahmad,
Tirmizi]ۗ
dan Hadith ini…..
✨🕌✨Hadith Rasulullah ﷺ
Abu Darda رضي الله عه meriwayatkan
bahawa Rasulullah ﷺ
bertanya kepada para Sahabatnya
“Mahukah daku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat
suci di sisi Allah yang meninggikan darjatmu ke peringkat yang tertinggi
sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak di Jalan Allah,
yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah- tengah medan jihad, maka
kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para Sahabat berkata,
“Bahkan, apakah itu Ya Rasulullah?” Nabi ﷺ bersabda :
“Zikrullah.”
[Riwayat Imam Ahmad, Imam
Tirmizi]
Beberapa peringatan Penting:
(1) Perkara terpenting yang WAJIB
ada di dalam ingatan setiap hamba Allah ketika melakukan Ibadah Khassah
(khusus) atau Ibadah 'ammah (umum) adalah : Ikhlaskan niat kerana Allah — semata2 mencari
keredhaan Allah. Buang jauh2 semua
niat2 lain jika ada. Jika satu ketika
dahulu, kita sering melakukan amal ibadah kerana suatu tujuan duniawi atau
mungkin tujuan ukhrawi (akhirat) tetapi terselit di dalam nya niat kerana
mencari "pahala", "ganjaran" dsb, maka pada hari ini cuba
ubah semua macam niat2 lain yang bercampur2 itu kepada "Niat semata2
mencari "Keredhaan dan Kasih Allah".
(2) Semua amal ibadah yang telah
dihuraikan di atas (Zikrullah, Solawat, Istighfar, Taubat, Solat Sunnah,
Sedekah, Bacaan Qur'an) sudah menjadi
kelaziman bagi Salikin (orang yang menempuh perjalanan kepada Allah
dengan bimbingan Mursyid yang siddiq).
Sejak mulai bai'at mereka sudah dilatih dengan berbagai Zikir, Wirid
dll. secara intensif sehingga kedatangan Ramadhan tidak di-rasakan suatu
bebanan, sebaliknya menjadi lebih ringan kerana sudah menjadi kelaziman. Pada bulan puasa mereka cuma perlu
tajamkan lagi jiwa mereka untuk beramal sungguh2 mencari Kasih Ilahi di dalam
bulan penuh keberkatan.
(3) Amal ibadah seperti
Zikrullah, Solawat, Istighfar dll yang
dikerjakan dengan kaifiyyat, peraturan, syarat dan adab2 tertentu yang diambil
dari Mursyid yang siddiq mempunyai nilai ibadah yang jauh lebih tinggi disebabkan
keberkatan serta limpahan keruhanian dari sekalian Ahli Silsilah Masyaikh
serta Ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
Moga selamat dari tipu daya akhir zaman.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment