■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 221 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu
sambungan .........
Contoh-contoh
Contoh 1 : Ulama as-su' pada Zaman Mulkan 'Addhan (مُلْكًا عَاضًا) sembunyikan kebenaran
Golongan pertama di kalangan Ummat Islam yang sembunyikan kebenaran adalah "Ulama as-su' " pada zaman Pemerintahan Mulkan 'Addhan (مُلْكًا عَاضًا) — "Zaman Pemerintahan Menggigit", iaitu Zaman Pemerintahan Pemimpin2 yang melakukan kezaliman dan kefasikan.
Ulama2 Yahudi diLaknat kerana mengubah kandungan Kitab Taurat. Mereka sembunyikan kedatangan Sayyidina Muhammad Rasulullah ﷺ sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Bagaimana pula dengan Ulama as-su' dari kalangan Ummat Islam? Adakah mereka juga mengubah kandungan kitab Allah sama seperti Ulama Yahudi?
Ulama as-su' tidak mengubah kandungan Al-Qur'an, tetapi mereka mentafsirkan Al-Qur'an mengikut nafsu mereka dan mengikut kehendak pemerintah. Ini sama seperti mengubah Kitabullah.
Ertinya mentafsir Al-Qur'an mengikut pemikiran aqal atau nafsu atau kehendak manusia adalah termasuk "sembunyikan ilmu dan kebenaran." Dan layaklah golongan ini menerima La'nat Allah sebagaimana Ulama2 Yahudi yang mengubah KItab Allah. Wal Iyazubillah.
Ulama as-su' ini melakukan demikian kerana mengharapkan habuan dunia berupa hadiah, pangkat dan kedudukan daripada Pemerintah. Dan ini yang dimaksudkan dengan "menjual Agama Allah dengan harga yang sedikit". Mereka sanggup menukarkan Petunjuk Allah dengan kekufuran.
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ۖ فَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
[Al-Baqarah (2) : ayat 79]
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
[Al-Baqarah (2) : ayat 159]
Contoh 2: Ulama politik zaman ini campur aduk kebatilan dengan kebenaran
Di antara kejahatan Ulama2 as-su' pada zaman ini adalah munculnya ahli politik yang berpakaian seperti Ulama dan menyelewengkan Ayat2 Allah mengikut kepentingan politik mereka. Mereka campur adukkan kebenaran dengan kebatilan. Mereka mentafsirkan Al-Qur'an menurut kepentingan politik demokrasi yang keji. Perbuatan mereka tidak ubah seperti Ulama as-su' pada zaman Pemerintahan Zalim, Mulkan 'Addhan (مُلْكًا عَاضًا) yang menyelewengan Ayat2 Allah dan mengeluarkan fatwa sesat untuk mencari habuan dunia yang hina. Wal Iyazubillah.
SIRI 222 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu
sambungan .........
Contoh 3 : Sembunyikan Ilmu Tasawwuf dan Toriqat
Hal ni telah disebut berulangkali.
Sesungguhnya Ilmu Tasawwuf dan Toriqat yang sahih yang warid dari Junjungan Rasulullah ﷺ merupakan sebahagian dari Syi'ar Islam, Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ yang Agung. Bahkan Ilmu Tasawwuf dan Toriqat adalah nadi kekuatan Ummat.
Tanpa Tasawwuf di dalam hati, Keimanan seseorang akan ROSAK dan segala amal Ibadahnya akan BINASA kerana bercampur aduk dengan Syirik Khafi. Tanpa Tasawwuf di dalam hati, seorang Muslim hanya kelihatan hebat pada zahirnya sedangkan jiwanya kosong, tiada "ruh". Ini sebabnya sekalian Ulama Mu'tabar, mengisyaratkan wajib amalkan Syari'at (fiqh) berserta dengan Toriqat (Tasawwuf)
✨🕌✨ Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf, seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Ibn Abbas mentafsirkan :
Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat sehingga suci bersih hati mereka dari Syirik (syirik khafi), iaitu mencapai Tauhid.
[Tafsir Ibn Abbas]
Imam Malik berkata :
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq. Barangsiapa yang bertasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq. Barangsiapa menghimpun keduanya itulah muhaqqiq (yang benar) "
[Catitan di dalam kitab Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat]
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berkata :
"Ada dua macam ilmu yang turunkan kepada kita. Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at. Kedua Ilmu batin, disebut Ma'rifat / Toriqat. Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat (Tauhid yang hakiki). Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 19 dan 20 : مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ
(Dia biarkan air dua lautan mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada batas yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.)
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat (Tauhid hakiki atau Tauhid yang sebenar) dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah : "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "
(Tidak Aku Ciptakan jinn dan manusia melainkan supaya menjadi Ubudiyyah (Ma'rifat) kepada Ku.)
[Nukilan kitab : Sirrul Asrar Fima Yahtaju Ilaihil Abrar]
Pada hari ini, Ilmu Allah yang sepatutnya diAgungkan dan dibesarkan menjadi bahan ejekan cerdik pandai Agama dan mufti yang "jahil". Mereka mempelajari sedikit Hadith lalu menghukum Tasawwuf, Toriqat, dan sekalian yang berhubung dengan sebagai bid'ah sesat, khurafat, syirik, ajaran menyembah Guru dll tuduhan. Wal Iyazubillah.
SIRI 223 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu
sambungan .........
Punca manusia sembunyikan Ilmu
Mengapakah manusia suka sembunyikan ilmu / kebenaran?
Mengapakah mereka campur adukkan kebenaran dengan kebatilan?
Mengapakah mereka menyelewengkan ayat2 Allah?
Mengapakah mereka tafsirkan ayat2 Allah secara batil?
Mengapakah orang yang bergelar "ulama" juga sembunyikan kebenaran?
Jawapan bagi persoalan ini hampir sama dengan huraian terdahulu — berpunca dari penyakit hati yang sangat kronik — Cinta dunia, tamak kuasa, kedudukan dan pangkat. Setengahnya berpunca dari dendam dan hasad. Setengah lagi berpunca dari takabbur dengan ilmu yang di milikinya.
Akibat Sembunyikan Ilmu
Akibat yang akan menimpa Golongan "Ulama", Cerdik pandai Agama, penguasa2, dan termasuk di dalam rangkaian ini penyokong dan pendokong mereka yang sembunyikan kebenaran:
(1) Tidaklah mereka menambahkan ke dalam "perut" mereka melainkan api Neraka. Wal Iyazubillah.
(2) Hati tertutup menjadi sesat, meskipun pada awalnya mereka sudah mendapat Petunjuk Allah.
(3) Tidak mendapat keampunan Allah.
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاًۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١٧٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡعَذَابَ بِٱلۡمَغۡفِرَةِۚ فَمَآ أَصۡبَرَهُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ (١٧٥)
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari Qiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk dan (membeli) azab seksa Neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api Neraka itu."
[Al-Baqarah (2) : ayat 174-175]
(4) Mereka menjadi manusia terhina dan terlaknat. Sekalian makhluq menyumpah Laknat atas mereka. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluq."
[Al-Baqarah (2) : ayat 159]
Semoga Allah Ta'ala Pelihara kita daripada kedua2 golongan ini :
Pertama : Orang Alim yang menipu dan menyembunyikan kebenaran.
Kedua : Orang jahil yang beramal tanpa ilmu.
SIRI 224 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-28: Sembunyikan Ilmu
sambungan .........
Pengecualian — Tidak termasuk "sembunyikan ilmu"
Berikut adalah perkara2 yang tidak termasuk di dalam pengertian "Sembunyikan Ilmu". Pada satu sudut perbahasan keilmuan ianya lebih tepat dikatakan "menahan ilmu" iaitu "menahan ilmu daripada sampai kepada orang yang belum layak menerimanya" atau "sembunyikan suatu maklumat kerana maslahat Agama" atau "sembunyikan suatu rahsia kerana memelihara kehormatan / keselamatan seseorang."
Pertama : Sampaikan ilmu sesuai dengan aqal manusia
Ilmu disampaikan kepada manusia sesuai dengan aqalnya, tidak sekaligus. Misalnya Ilmu Agama tidak disampaikan sekaligus kepada anak2 kecil atau orang yang baru masuk Islam. Menahan sebahagian ilmu peringkat tinggi2 daripada mereka tidak tercela dan tidak dikatakan sebagai "sembunyikan ilmu" sebaliknya ianya langkah yang terpuji.
Kedua : Sembunyikan setengah ilmu dari kanak2
Kanak2 wajib dijauhkan daripada ilmu yang tidak layak mereka mengetahuinya, misalnya hubungan intim orang dewasa. Dan ini tidaklah dikatakan sebagai sembunyikan Ilmu yang tercela sebaliknya menjadi kewajipan atas kedua ibu bapa dan tanggungannya.
Ketiga : Sembunyikan Strategi Perang Fi Sabilillah
Ketika berlaku perang Sabil, sebahagian maklumat perang yang penting2 disembunyikan daripada pengetahuan umum sebagai suatu strategi dan sebagai langkah berjaga2 agar maklumat tidak terdedah kepada musuh.
Keempat : Sembunyikan Rahsia Negara
Sebahagian hal ehwal Pemerintahan Negara wajib disembunyikan daripada pengetahuan umum, terutama hal2 berkaitan dengan keselamatan Agama, keselamatan Rakyat dan Negara.
Kelima : Sembunyikan Rahsia Musyawarah
Setengah daripada adab Musyawarah yang terpenting adalah : Ahli2 musyawarah wajib sembunyikan keputusan2 Musyawarah bersifat khusus untuk mengelakkan berbagai sangkaan dan perbalahan di luar Musyawarah.
Keenam: Murid pada Jalan Ma'rifat
Murid2 yang mengikut Jalan Ma'rifat, dilarang keras mendedahkan Natijah2 yang mereka peroleh ketika zikir sendiri, atau tawajjuh atau Suluk / Khilwah.
Ketujuh : Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sembunyikan Rahsia Ma'rifat
Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq adalah Pemimpin Ahlus Sunnah yang memerintah dunia Ma'rifat. Mereka menerima berbagai rahsia Ketuhanan dan rahsia kehambaan, yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum, melainkan sedikit sahaja.
Berkata Imam Al-Haythami Radiallahu anhu :
"Merahsiakan sesuatu terkadang wajib. Menyatakan sesuatu terkadang wajib dan terkadang Sunnah. Semua bergantung kepada masalahnya. Jika berkaitan dengan persoalan yang boleh menimbulkan fitnah, maka orang yang menyimpan persoalan itu wajib menyimpannya (wajib sembunyikannya)."
[Al-Zawaajir]
SIRI 225 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29 : Beramal Tanpa Ilmu
Definisi
Dari segi bahasa :
Ilmu berasal dari kata ( عَلِمَ - يَعْلَمُ - عِلْمً ) bermaksud : mengetahui, sedar, mengenali sesuatu, menemukan.
Dari segi istilah :
Ulama memberikan beberapa pandangan :
■ Ilmu adalah Pengetahuan berkenaan segala sesuatu, yang disusun menurut suatu kaedah dan sistem tertentu untuk menerangkannya sehingga manusia benar2 mengetahuinya dan hilang keraguan mengenainya.
■ Ilmu adalah hakikat bagi setiap suatu berhubung dengan Ketuhanan dan makhluq.
■ Ilmu adalah kebenaran di sebalik setiap suatu yang tertanam kukuh di dalam hati manusia.
■ Ilmu adalah sebuah pengertian berkenaan segala sesuatu yang datang dari Allah, yang Dia (Allah) turunkan kepada sekalian Utusan-Nya (Rasul dan Nabi) yang kemudiannya tersebar ke seluruh pelusuk dunia melalui perantaraan qalam (pena) dan ilham suci.
■ Ilmu adalah Rahsia Ketuhanan dan Rahsia Kehambaan yang Allah Ta'ala Turunkan kepada _Anbiya_' dan Mursalin melalui Wahyu, dan kepada Warisatul Anbiya' melalui khitob (seruan sirr), Kasyaf, Ladunni, dan kepada orang Mu'min melalui firasat dan ilham.
■ Ilmu adalah Pengetahuan berkenaan cara2 mengenal Allah dan mengenal Perintah dan Larangan-Nya, Halal, Haram serta sekalian hukum lain yang diperlukan oleh ummat manusia, yang disusun oleh Ulama Billah (Pewaris Nabi yang siddiq) berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi, menurut suatu sistem tertentu yang tersusun untuk menerangkannya, sehingga manusia benar2 faham tanpa keraguan.
Demikian rangkuman sebahagian daripada Definisi Ilmu.
Sebagaimana yang telah disebutkan, Sesungguhnya perbahasan mengenai "pengertian Ilmu" amat luas sehingga Ulama Ahlus Sunnah memberikan berbagai pengertian dari beberapa sudut pandang yang berbeza-beza. Namun, kesemua pengertian tersebut tidak bertentangan, sebaliknya melengkapi antara satu dengan lainnya.
Di antara Ulama Ahlus Sunnah ternama yang membicarakan "pengertian Ilmu" secara halus dengan pengertian yang sangat mendalam adalah Sulton Auliya Imam Jilani, Imam Haramain dan Imam Ghazali Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in.
SIRI 226 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Penjelasan
(1) Wahyu pertama kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ ... " Iqra' " memerintahkan manusia menuntut dua macam Ilmu :
Pertama : Ilmu zahir, yang kemudiannya dinamakan Syari'at (fiqh).
Kedua : Ilmu batin, yang kemudianya dinamakan Toriqat (Tasawwuf)
Demikian lagi Rasulullah ﷺ menegaskan dua macam Ilmu yang wajib atas setiap orang Islam.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
”Ilmu itu ada dua, yaitu ilmu lisan (Ilmu zahir, Syari'at), itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhluk-Nya, dan ilmu yang di dalam qalb (ilmu batin — Toriqat), itulah ilmu yang bermanfaat.”
[Imam Tirmizi]
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berkata :
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita. Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at. Kedua Ilmu batin, disebut Ma'rifat / Toriqat. Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat (Tauhid yang hakiki). Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah."
[Sirrul Asrar]
(2) Syari'at (fiqh) menjelaskan ilmu dan ibadah berhubung dengan anggota zahir manusia, umpama Solat, puasa, zakat, Haji, Da'wah, Jihad, nikah kahwin, berjual beli, ekonomi, siasah, jihad, Pemerintahan dll.
Toriqat (Tasawwuf) menjelaskan ilmu dan Ibadah berhubung dengan anggota batin (hati), iaitu Zikrullah, mujahadah melawan nafsu kejahatan, mujahadah melawan bisikan Syaitan, Uzlah, Khilwah, Suluk dll. sehingga mencapai hati yang benar2 suci daripada Syirik hati (Syirik khafi), Mazmumah, Ghaflah, Aghyar.
(3) Ulama Ahlus Sunnah kemudian melakukan ijtihad dan merumuskan tiga macam ilmu Fardhu Ain yang wajib atas setiap Muslim yang mukallaf :
■ Ilmu Fiqh
■ Ilmu Usuluddin
■ Ilmu Tasawwuf
(4) Untuk mempelajari Ilmu fardhu Ain ini, setiap Muslim wajib berguru dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq, dengan cara Talaqqi Musyafahah, iaitu mendengar sendiri dari lisan beliau. Jika seseorang belum mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai pemimpinnya, maka dia perlu mengambil ilmu tersebut dari Guru yang benar2 mahir memahami pegangan Ahlus Sunnah.
(5) Dilarang mengambil ilmu fardhu Ain dengan cara membaca sendiri buku2 atau mengambil dari ustad You-Tube atau ustad Tik-Tok atau lain2 berasaskan internet kerana kaedah2 ini tidak sunyi daripada penyelewengan dan kesesatan,
(6) Barangsiapa tidak menuntut Ilmu Fardhu 'Ain ini, maka dia berdosa besar.
(7) Seseorang Muslim yang tidak menuntut Ilmu Fardhu Ain ini berdosa besar kerana:
Pertama : Bahaya terikut2 dengan Aqidah Sesat.
Kedua : Bahaya jatuh kepada kekufuran tanpa disedari.
Ketiga : Beramal tanpa ilmu tidak sah / tidak diterima ibadahnya.
(8) Berdasarkan pengalaman kami mendidik Orang Islam di dalam Kursus2 Ibadah terutama "Kursus Murnikan Cara Solat", kami mendapati kebanyakan gagal di dalam memahami cara mengerjakan solat dengan betul. Kebanyakan mereka mengerjakan solat mengikut cara kanak2 yang mereka pelajari di peringkat sekolah rendah. Mereka tidak mengetahui rukun, syarat sah rukun dengan tepat menurut syarat2nya dan gagal bezakan perkara Rukun dan Sunnat.
SIRI 227 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Dalil-Dalil
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ(1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ(2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ(5)
"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Qalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[Al-Alaq (96); ayat 1-5]
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
"Katakanlah lagi (kepadanya)": Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
[Az-Zumar (39) : ayat 9]'
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
"Adakah sama orang yang mengenal Allah dan mengetahui Perintah dan larangan2-Nya, sama dengan orang yang tidak mengenal Allah dan tidak mengenal Allah dan tidak pula mengetahui Perintah dan Larangan-Nya? (Mereka tak sama — perbezaan mereka bagaikan langit dan bumi)
[Tafsir Ibnu Abbas]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
“Barangsiapa yang Allah Kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan Mengurniakannya kefahaman di dalam agama.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim.
[Imam Abu Dawud]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
”Ilmu itu ada dua, iaitu ilmu lisan, itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhluk-Nya, dan ilmu yang di dalam qalb, itulah ilmu yang bermanfaat.”
[Imam Tirmizi]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا جَعَلَ فِيهِ ثَلَاثَ خِلَالٍ: فِقْهَهُ فِي الدِّينِ، وَزُهْدَهُ فِي الدُّنْيَا، وَبَصَرَهُ عُيوبَهُ
“Apabila Allah Menghendak kebaikan kepada seorang hamba, maka Allah akan memberikan kepadanya tiga sifat ini: Kurniakannya kefahaman di dalam agama, Menjadikannya zuhud pada dunia dan Dia Menunjukkan keaiban yang ada padanya".
[Imam Bayhaqi]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”.
[Imam Ath-Thabrani].
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ : ”Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama ?” Jawab Rasulullah ﷺ: “Ilmu pengetahuan tentang Allah! ” Sahabat itu bertanya pula “Ilmu apa yang Engkau maksudkan, Wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda.: ”Ilmu Mengenal Allah Azza Wa Jalla (Ma'rifat, Tauhid di dalam hati) ” Sahabat itu berfikir Rasulullah salah tangkap, lalu ditegaskan lagi “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amal, sedang Engkau menjawab tentang Ilmu !” Jawab Rasul ﷺ : Sesungguhnya sedikit amal ibadah akan bermanfaat dengan disertai dengan ilmu Mengenal Allah (Ma'rifat), dan banyak amal tidak akan bermanfaat bila disertai kejahilan tentang Allah”.
[Imam Ibnu Abdil Birr]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Dua perkara tidak ditemui pada orang munafiq ; baik kelakuan dan faham Agama."
[Imam At-Tirmizi]
Kata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
Dan janganlah kamu ragu-ragu akan Hadith ini, kerana munafiqnya sebahagian Ulama fikih pada zaman sekarang. Kerana tidaklah dimaksudkan dengan Hadith ini akan fiqih yang kamu sangka. Sekurang2 tingkat seorang ahli fiqih tahu bahawa Akhirat itu lebih baik dari dunia. Dan pengetahuan itu apabila benar dan banyak padanya, nescaya terlepaslah dia dari sifat nifaq dan riya'.
[Ihya Ulumudddin ; bab Kelebihan Ilmu]
SIRI 228 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Contoh Amal tanpa Ilmu
Berikut kami bawa beberapa contoh berhubung dengan keadaan Ummat Islam yang amat lemah di dalam memahami Agama mereka sendiri sehingga mereka beramal tanpa ilmu dan bahkan beramal dengan suatu yang bertentang dengan Islam tanpa mereka sedari. Sudah tentu ini suatu hal yang menghairankan kerana contoh2 berikut hanyalah contoh2 asas Agama yang sepatutnya tiada sorang Muslim pun ketinggalan, bukan suatu hal Agama yang kompleks dan susah difahami.
Contoh 1 : Mengerjakan solat mengikut ilmu kanak2
Barangkali inilah contoh paling umum berlaku kepada Ummat Islam pada zaman ini, sedangkan Ibadah Solat merupakan Ibadah pertama yang akan dihitung di Akhirat.
Berdasarkan pengalaman mendidik orang2 Islam di dalam berbagai Kursus, kami dapati kebanyakan peserta mengerjakan solat berdasarkan pengetahuan yang mereka pelajari ketika di bangku sekolah sedangkan di peringkat sekolah, Ilmu yang diajar sesuai dengan aqal kanak2, iaitu pengetahuan asas tanpa penekanan khusus kepada rukun dan syarat2 sah.
Kebanyakan peserta tak dapat membezakan rukun dan perkara sunnat. Mereka juga tidak mengetahui syarat sah bagi setiap rukun solat. Misalnya syarat sah Niat, Syarat Sah Takbiratul Ihram, Syarat sah bagi Fatihah, Tahiyyat, ruku', sujud dll. Ringkasnya mereka tiada pengetahuan berkenaan Syarat sah bagi Rukun Qawli (perkataan), Rukun Fi'li (perbuatan) dan Rukun Qalbi (hati).
Maksud kami di sini :
Ramai ummat Islam tidak mengetahui syarat2 sah solat yang zahir syari'at sekalipun.
Contoh 2 : Tidak mengetahui setiap ibadah terdiri dari dua bahagian — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf)
Ini satu lagi polemik yang sangat umum di kalangan Ummat Islam zaman ini, termasuk setengah ahli ibadah (abid).
Mereka tidak mengetahui bahawa setiap Ibadah terdiri dari dua bahagian — zahir dan batin. Sebagaimana diri manusia terdiri dari ruh dan jasad, jasmani dan ruhani, zahir dan batin, maka demikianlah setiap Ibadah terdiri dari Syarat zahir (fiqh) dan Syarat batin (Tasawwuf). Apabila salah satu daripadanya tidak wujud atau tidak menepati syarat2nya maka seluruh ibadah akan pincang, binasa dan tertolak.
Anehnya, terdapat sebahagian orang Islam, terang2an menolak Syarat2 batin (Tasawwuf). Pada anggapan dan pegangan mereka, Islam itu cuma Syari'at (zahir — fiqh) dan tiada kena-mengena dengan Toriqat (Tasawwuf). Bahkan sebahagian mereka terang2 menolak Toriqat yang sahih yang datang dari Rasulullah ﷺ, kerana pada anggapan mereka semua itu bid'ah sesat, khurafat dan syirik. Ertinya mereka mengambil sebahagian Agama dan menolak sebahagian daripadanya. Betapa besarnya kekufuran mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذٰلِكَ مِنكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَيَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ ٱلّعَذَابِ وَمَا ٱللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Firman Allah) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Qiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat."
[Al-Baqarah (2): ayat 85]
SIRI 229 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Contoh 3 : Gagal memahami Syirik Khafi batalkan amal ibadah dan merosak Iman
Hal ini telah dibentangkan di dalam Risalah kami bertajuk "Penyakit hati, bahaya yang tidak disedari" dengan huraian yang panjang. Di sini kami cuma menyentuh bahaya ini secara ringkas.
Ini satu hal yang sangat serius tetapi dipandang ringan oleh ahli2 Ibadah. Mereka menyangka Syirik khafi itu cuma syirik kecil dan dimaafkan. Sebahagian golongan anak2 muda kelulusan universiti menganggap syirik khafi itu tak wujud atau tak perlu dibesar-besarkan kerana ianya hal hati yang di luar kawalan manusia. Masya Allah, betapa bahayanya ucapan2 ini. Sedangkan menurut Ahlus Sunnah, dari suatu sudut pandang, Syirik khafi lebih merbahaya kerana ianya tersembunyi di dalam hati. Lazimnya berlaku tanpa disedari.
Akibat kejahilan, mereka terang-terangan mengeluarkan ucapan2 menentang Allah dan Rasul-Nya. Mereka hanya mempelajari sebahagian ilmu syari'at lalu merasakan diri sudah menguasai keseluruhan Agama.
Apabila kamu tidak menuntut Ilmu daripada Guru yang benar2 'Arif, Pewaris Nabi yang benar2 mewarisi Keilmuan Nabi zahir dan batin, maka kamu tidak akan memahami Agama yang lurus. Kamu akan sentiasa diwas-waskan oleh Iblis La'natullah sedang kamu tak menyedarinya. Pada sangkaan kamu Syirik khafi (sombong takabbur, riya', 'ujub, sum'ah dan lain2), tidak apa2 kerana dia (Iblis) bisikkan kepada kamu semua itu di luar kawalan manusia.
Cuba baca Ancaman Allah kepada orang2 yang melakukan Takabbur, yang ini merupakan sebahagian daripada pengertian Syirik Khafi yang dibincangkan di dalam Ilmu Tasawwuf.
✨🕌✨ Firman Allah :
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan batalkan sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan..”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
✨🕌✨ Firman Allah :
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.
[Al-Mu’min (40) : 35]
✨🕌✨ Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
✨🕌✨ Firman Allah didalam Hadis Qudsi :
“Takabbur itu selendangKu dan kebesaran itu kain sarungKu. Maka barangsiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam Neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya, seberat biji sawi dari takabbur.
[Imam Muslim]
Amal tanpa Ilmu benar2 membinasakan!
Mereka yang menganggap Syirik khafi itu perkara ringan, wajib Muhasabah diri dan Taubat Nasuha kerana amal ibadah mereka di ambang kebinasaan. Bahkan Iman mereka juga di dalam bahaya.
SIRI 230 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Contoh 4: Meremehkan kewajipan Ikhlas dan Khusyu' di dalam Solat
Kesempurnaan Solat terdiri dari dua bahagian :
Pertama : Syarat Sah zahir (pergerakan dan perkataan)
Kedua : Syarat Sah batin (hati)
Syarat sah zahir diterangkan di dalam kitab2 Fiqh, iaitu yang terdiri dari rukun dan syarat2nya. Sementara Syarat Sah batin (hati) diterangkan di dalam Kitab2 Tasawwuf / Toriqat / Ma'rifat, iaitu Ikhlas, Khusyu, Tawadhu, Haya', Khauf, Roja' dan lain2nya berhubung dengan hati. Dengan demikian kesempurnaan solat seseorang bergantung kepada kedua2 Syarat ini — zahir dan batin ; bukan satu bahagian sahaja. Barangsiapa abaikan salah satu daripadanya maka akan pincang keseluruhan solatnya.
Sebahagian orang Islam mendakwa Solat itu cuma terdiri dari rukun dan syarat yang dijelaskan di dalam kitab Fiqh. Mereka menafikan syarat2 batin (hati) di dalam Solat. Mereka berpegang bahawa Ilmu Tasawwuf tak ada hubungan dengan solat. Ini pendapat yang batil, yang jelas menyeleweng dari kebenaran. Orang yang benar2 beriman tidak berani berkata demikian kerana syarat2 batin Solat hanya dijelaskan di dalam Ilmu Tasawwuf. Maka mempelajarinya dan amalkannya menurut Disiplin Toriqat yang sahih adalah fardhu Ain atas setiap mukallaf.
Keengganan mempelajari Ilmu Tasawwuf daripada Guru yang benar2 Arif dan sungguh2 menghayatinya menurut tuntutan Allah dan Rasul-Nya akan menyebabkan keseluruhan Solat hilang nilainya di Sisi Allah. Bahkan Al-Qur'an terang2 menjelaskan setengah dari tanda2 orang beriman adalah Ikhlas dan Khusyu di dalam Solatnya.
✨🕌✨ Firman Allah :
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)
"Sesungguhnya mencapai kemenangan (kejayaan, selamat) orang Mu'min, iaitu mereka yang khusyu' di dalam Solatnya."
[Al-Mu'minun (23) : ayat 1-2]
✨🕌✨ Firman Allah :
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; maka, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."
[Taha (20) ayat :14]
✨🕌✨ Firman Allah :
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ
"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (Iaitu) mereka yang lalai di dalam solatnya."
[Al-Ma'un (107) : ayat 4-5]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah2 engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"
[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Bersambung siri 231 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment