Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
APAKAH TUJUAN AMAL?
Apabila melakukan amal ibadah, ada beberapa macam niat manusia yang melakukan amal ibadah tersebut :
(1) Niat kerana tujuan mencapai
habuan dunia
(2) Niat kerana kemegahan,
kehebatan diri
(3) Niat menunjuk2 amal untuk pujian orang
(4) Niat kerana Allah tetapi dalam hati harapkan pahala atau ingin ganjaran syurga yang berupa kesenangan dunia kesukaan nafsu.
(5) Niat semata
mencapai keredhaan Allah
Maksud amal ibadah adalah luas sama ada yang ibadah khassah seperti solat,
puasa, zakat, haji atau ibadah ' ammah seperti sedekah, da' wah, menolong orang lain dll.
Niat (1),(2) dan (3) di atas adalah BATIL dan TIDAK sah ibadahnya.
Semua macam niat tersebut adalah termasuk syirik khafi yang
BATALKAN amal dan MEROSAK IMAN seseorang.
Tetapi kerosakan ini tidak disedari kerana berlaku secara tersembunyi di
dalam hati.
Niat yang ke (4) sah pada sudut fiqh tetapi CEDERA niat pada sisi Tasawwuf. Apabila seseorang beramal kerana Allah tetapi pada yang sama inginkan pahala2, menuntut2 pahala, menuntut syurga berupa kesukaan nafsu, maka ini adalah "penyekutuan kepada Allah yang halus dan tersembunyi". Orang ini akan dapat pahala atau apa2 yang dia cita2 tetapi dia tidak akan memperoleh keredhaan Allah.
Niat ke (5) itu yang niat yang SUCI MURNI dan serta menepati
sifat perhambaan yang BENAR.
Dasar bagi hal ini adalah Hadith Junjungan...
✨🕌✨Sabda Rasulullah ﷺ :
إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ
إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ
هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى
مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya
setiap amal itu dengan niat, dan baginya apa yang dia niatkan. Barang siapa
yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang
hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Niat yang suci murni sering
bercampur aduk dengan niat2 yang lain disebabkan wujudnya bisikan2 nafsu jahat
dan syaitan dalam hati.
Untuk memperoleh NIAT yang
benar2 SUCI MURNI seseorang perlu
sungguh2 mujahadah menurut Syari'at dan Toriqat sahih dari Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang sebenar). Tanpa
amalkan kedua2 bahagian Agama ini, maka dia akan terus-menerus melakukan syirik khafi
sedangkan dia tak menyedarinya.
Yang lebih bahaya adalah
mengekalkan syirik khafi tanpa taubat dan tanpa zikir La
Ilaha Illallah.
Wallahu
A'lam
No comments:
Post a Comment