Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam Shaikh terbaca
perbincangan soal "kasyaf" di antara Tn nazri dan Tn poem.
Mohon izin untuk membetulkan beberapa persepsi tentang "kasyaf" di
kalangan kita.
🍁Apakah makna
"kasyaf" yang dikehendaki pada agama - menurut Ahlus Sunnah Wal
Jamaah?
🍁Apakah hakikat
"kasyaf" yang dituntut pada sisi Ahlus Sunnah?
🍁Apakah perbezaan
"kasyaf" dengan tukang tilik, ahli nujum dan ahli sihir pada umumnya?
🍁Apakah adab2 orang
yang dianugerahkan "kasyaf" oleh Allah Taala?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(1) Fahamilah bahawa "kasyaf" yang dituntut dan dikehendaki
menurut pendirian Ahli Ma'rifat yang tahqiq adalah :
"pembukaan kepada memandang Wajah Allah Yang Maha Quddus"
Inilah hakikat yang dituntut dan diperintah kepada salikin (orang yang mujahadah
pada jalan Ketuhanan) mencarinya.
Di satu sudut kefahaman, "kasyaf" adalah sama dengan
"ma'rifat" mengenal Allah.
(2) Fahamilah juga "kasyaf" yang hakiki, yang benar adalah anugerah
Allah Taala kepada hamba2 pilihan-Nya yang bersungguh2 mujahadah pada jalan
Ma'rifat.
(3) Pada setiap peringkat pencapaian ma'rifat (baca : Tingkatan Tauhid
peringkat tinggi) seseorang akan memperoleh "kasyaf".
(pembukaan kepada Ketuhanan ).
Pada peringkat tertinggi "kasyaf" seseorang Ahli Ma'rifat akan
berhadapan dengan "Allah Taala yang Maha Quddus di Arasy" (Zat Tuhan yang Laisa Kamithlihi Syai'un yang tiada dapat dikaifiyyatkan)
Lantaran hampir dan kasihnya Allah Taala kepada, Ahli Ma'rifat ini (pada
peringkat tertinggi ini) maka dia akan diberi kunci kepada perbendaharaan
sekalian alam.
(4) Ahli Ma'rifat yang memperoleh kunci ini akan dapat melihat ke dalam setiap
pelusok makhluk. Dengan anugerah dan Rahmat Allah Taala, ruhnya dia dapat
merentasi alam lebih pantas dari sekalian malaikat.
Walaupun seseorang pendosa yang fasiq duduk di hadapan beliau, beliau tidak akan mendedahkan dosa dan 'aib orang itu....!
(6) Salah satu tujuan utama Allah Taala anugerahkan "kasyaf" kepada kekasih2-Nya itu adalah untuk memimpin manusia kepada Allah Ta'ala. Untuk mengenal Allah dan ubudiyyah kepada-Nya.
Cuba perhatikan baik2!
"Kasyaf" BUKAN barang mainan atau barang jualan murah untuk dijaja sana sini.
Ia anugerah Allah yang WAJIB dipelihara lebih dari emas dan permata...!
Lazimnya ini adalah berpunca dari "sihir" dan "ilmu nujum" yang ini pasti istidraj...!
Ini kerana ahli sihir dan ahli nujum TIDAK akan sama sekali memperoleh " kasyaf yang haq"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di harap tn nazri, tn poem dan semua ahli sini mendapat sedikit gambaran awal "kasyaf yang sebenar" dan "kasyaf yang batil"...!
Tidak boleh dinafikan wujud nya Wali2 Allah yang tinggi2 maqam dianugerahkan "kasyaf mutlak yang hakiki."
Pada masa yang sama yakinlah bahawa " ahli2 kasyaf yang muhaqqiq" adalah hamba2 Allah yang penuh dengan adab2 halus berserta Tuhan dan kemanusiaan sehingga tak mungkin mereka membuka rahsia Tuhan sewenang2nya.
No comments:
Post a Comment