■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 91 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.2 ISTILAH PENTING
Sebelum meneruskan perbincangan berkenaan "Penyakit hati, dosa hati dan bahaya kepada Iman dan amal ibadah", di sini kami kemukakan beberapa istilah yang mungkin akan berulang2. Maka fahami lah dahulu istilah2 ini supaya tidak menjadi pertanyaan berulang2 akan hal yang sama.
1. Syirik khafi
Syirik khafi adalah bermaksud "Syirik yang tersembunyi di dalam hati". Kadangkala disebut "Syirik halus", " Syirik kecil ".
Disebut "Syirik khafi" kerana syirik ini bangsa Hati dan tersembunyi di dalam hati. Di dalam kebanyakan hal, syirik ini tidak kelihatan pada mata kasar disebabkan sifatnya yang tersembunyi, kecuali sebahagian dari Syirik Khafi itu dapat dikesan kewujudannya berdasarkan kesan2 dari perkataan, perbuatan dan tingkah laku seseorang.
Disebut "Syirik halus" kerana sifatnya yang wujud secara "maknawi" di dalam hati. Berbeza dengan Syirik Jali atau dikenali juga sebagai Syirik Akbar, ini adalah Syirik yang terang2an terlihat pada perbuatan atau tingkah laku seseorang seperti " menyembah patung, menyembah matahari, atau lain2nya.
Disebut "Syirik kecil" kerana Syirik ini hanya batalkan amal ibadah serta merosakkan Imannya, tetapi TIDAK batalkan IMAN / TAUHID. Orang yang melakukan syirik ini tetap beriman tetapi amal sekaliannya hangus bagaikan Api membakar kayu.
2. Mazmumah
Mazmumah adalah sifat2 keji di dalam HATI.
Sifat2 keji ini amat banyak, di antaranya tamak, bakhil, hasad, khianat, adu domba, mengumpat, cinta dunia, cinta pangkat dan banyak lagi. Sifat2 keji merosak amal dan menjadi dosa besar.
3. Ma'siat batin
Ma'siat batin adalah dosa umum lain yang terbit dari hati akibat keengkaran atau kekufuran kepada Allah. Contoh ma'siat yang timbul dari hati kemudian terlihat di dalam perbuatan dan tingkah laku adalah :
Melakukan fitnah, zalim, mencaci maki, menipu daya orang lain, dsb. Semua ini tumbuh dari dalam hati yang kemudian mengerasi pada tingkah laku, sikap dan perbuatan.
4. Ghaflah
Ghaflah bermaksud kelalaian, iaitu lalainya hati dari ingat Allah Ta'ala. Lalai terus dari mengingat Allah adalah setengah dari dosa besar.
5. Aghyar
Aghyar adalah sekalian suatu selain Allah. Ertinya makluq sekaliannya adalah disebut "aghyar"
SIRI 92 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.2 Istilah Penting.....
6. Iman / Tauhid / Ma'rifat
Ketiga2 istilah ini mendokong hakikat yang sama, tetapi lazimnya dibincangkan secara berasingan, menurut Disiplin Ilmu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Iman
Iman adalah keyakinan yang mencengkam kuat di dalam hati akan kewujudan Allah dan sekalian yang ghaib.
Iman juga dita'rifkan dengan :
At-Tasdiq minal qalb
(yaqin didalam hati akan Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ,)
At-Taqrir bil-lisan
(Pengakuan dengan lisan akan Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ )
Al-amalu-bil arkan
(buktikan Pengakuan tersebut dengan amalkan tuntutan Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ)
Tauhid
Tauhid adalah penghayatan kepada Keesaan Allah di dalam hati dan ruh dan Sirr (rahsia yang sangat dalam), BUKAN semata2 dalil aqal berkenaan Ketuhanan, atau semata2 pengakuan lisan atau semata2 teori berkenaan Tauhid. Semua yang kemudian ini adalah Tauhid aqli, Tauhid semata2 pada aqal, BUKAN Tauhid sebenar.
Tauhid yang sebenar menyatakan Keesaan Allah di dalam hati tanpa sedikit pun keraguan di dalam- nya.
Tauhid yang hakiki / Tauhid yang sebenar hanya diperoleh oleh seseorang yang telah menyucikan hati- nya serta mujahadah sungguh2 melawan nafsu2 rendah pada waktu yang lama dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq. (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq).
Ada pun Tauhid yang diperoleh dengan dalil hanya permulaan mengenal dan Tauhid kepada Allah, belum mencapai Tauhid yang hakiki.
Ma'rifat
Ma'rifat adalah pencapaian Iman / Tauhid peringkat tinggi. (akan datang penjelasan lanjut).
Ma'rifat adalah Anugerah Allah kepada seseorang hamba Allah yang telah mujahadah lama pada Jalan Allah dengan pimpinan Pewaris Nabi yang Muhaqqiq yang dikenali sebagai Mursyid.
Iman / Tauhid / Ma'rifat adalah pada hakikatnya Nur Rabbaniyyah iaitu cahaya Ketuhanan di dalam hati seseorang. Ukuran ketinggian Keimanan / Tauhidnya seseorang adalah mengikut besar kecilnya Cahaya ini di dalam hati seseorang.
7. Jalan Ma'rifat
Jalan Ma'rifat atau dikenali juga sebagai Madrasah Ahli Sufi adalah sebenar2 Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat Ridhwanullah. Inilah Sistem Pendidikan keruhanian sebenar bersumber dari Wahyu dan Sunnah Rasulullah ﷺ. Sistem Tarbiyyah ini kemudian diwarisi oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabiin, kemudian Imam2 dan Masyaikh yang di- panggil Mursyid yang Siddiq. Pada setiap zaman di serata dunia pasti ada Pewaris Nabi yang dipanggil Mursyid menyambung tradisi suci ini sampai Qiamat. Namun bilangan mereka sangat sedikit.
8. Orang Awam
Orang Islam yang hanya amalkan sebahagian Islam, iaitu bahagian Agama yang bersifat Syari'at zahir sahaja, sedangkan hal berkaitan batin hati mereka abaikan.
9. Salikin
Orang Islam yang menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang Siddiq. Iman mereka lebih tinggi dari Iman orang Awam.
10. Ahli Ma'rifat
Adalah Hamba² Allah yang telah mencapai Maqam Mukasyafah Zat, iaitu MaqamTauhid tingkatan tertinggi. Semua Rasul, Nabi dan Warisatul Anbiya (Mursyid yang siddiq) adalah Ahli Ma'rifat
11. Istidraj
Istidraj adalah kelangsungan Allah kepada seseorang atau dalam maksud lain Allah Ta'ala biarkan seseorang di dalam kesesatan akibat dari kufur Ni'mat. Orang itu menyangka dia mendapat Ni'mat Allah yang banyak disebabkan Kasih Allah sedangkan dia tertipu dengan angan2 dia. Pemberian Allah itu pada hakikatnya istidraj iaitu Kemurkaan Allah, BUKAN kerana kasih-Nya.
SIRI 93 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.2 Istilah Penting.....
12. Syari'at Rasulullah ﷺ
Syari'at Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang ta'luk (berkait dan berhubung dengan) anggota zahir seperti solat, puasa, zakat, Haji, da'wah, jihad dll.
13. Toriqat Rasulullah ﷺ
Toriqat Rasulullah ﷺ adalah ilmu dan amal yang ta'luk (berkait dan berhubung dengan) kepada anggota batin — hati dan ruh, iaitu Sistem Pendidikan Menyucikan Hati dan Ruh dengan zikrullah dan amal soleh lain, serta mujahadah melawan nafsu dan syaitan sehingga hati menjadi benar2 bersih dan mencapai Tauhid hakiki.
14. Tasawwuf
Apabila disebut "Ilmu Tasawwuf", maka ia adalah ilmu yang menyatakan (teori) kesucian hati, kebaikan hati, kerosakan hati, kejahatan nafsu, kejahatan bisikan Syaitan dan sekalian berkaitan dengan hati.
Apabila disebut "Tasawwuf", maka ini adalah "hasil" yang tercapai setelah seseorang mujahadah sungguh2 dengan amalkan kedua2 Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.
Apabila seseorang mencapai Tasawwuf di dalam dirinya, ini bermakna dia telah mencapai Kesucian hati dan Tauhid yang suci murni. Kemuncak Tasawwuf adalah disebut Ihsan, Maqam Taqwa yang sempurna, Akhlaq Nubuwwah.
15. Zikir Hasanat
Zikir yang dilakukan tanpa sebarang cara tertentu, hanya lafaz / ucapan lisan dengan ingatan di dalam hati atau semata2 ingatan dalam hati akan Allah Ta'ala. Zikir ini hanya mendatangkan pahala bagi orang yang amalkannya. Tetapi tidak mampu hancurkan nafsu2 kejahatan, tidak mampu singkirkan syirik khafi, mazmumah, ghaflah dari HATI. Ia juga TIDAK meningkatkan IMAN / TAUHID seseorang.
16. Zikir Darjat
Zikir yang dilakukan dengan kaifiyyat (cara2), peraturan, adab dan syarat2nya yang khusus yang di- pelajari daripada Warisatul Anbiya yang siddiq, iaitu Mursyid yang mewarisi Ilmu Rasulullah ﷺ zahir dan batin. Zikir seperti ini yang menyucikan HATI dari kekotoran dosa, menyucikan kekotoran mazmumah (sifat keji) dan hapuskan syirik khafi. Kemudian membuahkan IMAN / TAUHID yang murni.
17. Zauq
Perasaan kelazatan dan asyik akan Allah yang dirasakan oleh Salikin di dalam HATInya.
18. Wijdan
Perasaan kelazatan dan asyik akan Allah yang dirasakan oleh Salikin pada sekalian JASADnya.
19. Fana' dan Baqa
Fana' adalah hal keadaan seorang Salikin yang memperoleh Limpahan Nur Allah Ta'ala sehingga dirinya "karam" di dalamnya dan "binasa" dirinya nisbah wujud Allah Ta'ala.
Baqa' adalah hal keadaan seseorang Salikin yang memperoleh Limpahan Nur Allah Ta'ala sehingga "berkekalan" menghadap Allah. (Lihat penjelasan lanjut akan datang)
20. Mursyid yang Siddiq
Mursyid yang siddiq adalah Pewaris Nabi yang sebenar yang mewarisi Risalah dan Nubuwwah. Mursyid yang Siddiq mewarisi keseluruhan Agama — Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Mereka mahir dengan Ilmu Syari'at sekaligus dalam ilmu mereka di dalam Ilmu Ma'rifat. Mereka diKurniakan oleh Allah berbagai ramuan, ubat, penawar bagi mendidik dan menyucikan batin manusia. Dengan mengikuti pimpinan Mursyid yang siddiq, seseorang hamba Allah akan selamat sampai kepada Allah. (mencapai Tauhid yang hakiki)
SIRI 94
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.3 Hubungan Hati Dengan Ruh
Ringkasan Penerangan Ruh, Hati, Nafas, Nafsu
■ Apakah yang dimaksudkan dengan "Hati"?
■ Apakah hakikat "Hati"?
■ Apakah kaitan Hati dengan Ruh?
■ Bagaimanakah menjelaskan hubungan antara Aqal, Nafas dan Nafsu dengan Ruh?
Sesungguhnya perbincangan berkenaan Ruh dan kaitannya dengan Hati, Aqal, Nafas dan Nafsu2 adalah suatu perbincangan yang amat luas sekali, maka tak mungkin dijelaskan di dalam ruangan yang terbatas ini. Lebih2 lagi bicara yang mendalam akan hal ini tidak mampu difahami oleh kebanyakan orang. Maka di sini kita hanya mengemukakan secara ringkas hubungan Hati dan Ruh.
Berikut adalah Ringkasan dari keterangan Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu Anhu berserta penjelasannya.
Ruh (roh)
Ruh adalah jisim halus di dalam jantung sanubari (setiap manusia) yang bersifat Rabbaniyah (bersifat Ketuhanan). Maksud "bersifat Ketuhanan" adalah : Ruh setiap manusia menyimpan Rahsia Ketuhanan dan benih2 Tauhid. Melalui benih2 Tauhid ini, manusia mampu mengenal Allah Ta'ala, Penciptanya dan Pencipta Sekalian Alam.
Kedudukan "Ruh" di dalam tubuh manusia adalah di dalam "darah hitam" yang terletak di bilik Jantung Sanubari. Ruh ini yang menggerakkan jantung sanubari untuk mengepam darah merah dan darah putih ke seluruh tubuh manusia.
Allah Ta'ala menciptakan Ruh (roh) sekalian manusia di Alam Suci yang Tinggi dipanggil Alam Lahut, Sekalian Ruh manusia mulai dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir yang akan dizahirkan di muka bumi dihimpunkan di Alam Lahut. Apabila tiba waktunya, Allah Ta'ala memerintahkan Malaikat JIbril meniupkan Ruh insan ke dalam janinnya di dalam rahim ibunya.
Apabila manusia "bercita" untuk mencari Allah, mengenal-Nya dengan Ainul Yaqin (keyakinan mata hati) serta kembali kepada Allah, maka ketika itu "benih2 Tauhid" ini akan memancar Cahaya Ketuhanan sehingga manusia itu menjadi orang yang benar2 beriman. Bagi orang awam hal ini adalah dikatakan dia "Mendapat Hidayah untuk beriman".
Wujudnya Ruh di dalam diri manusia membezakan manusia yang hidup dengan yang sudah mati. Apabila Ruh terpisah dari jasad, maka dikatakan manusia itu "mayyit" dan dikembalikan ke tanah dengan dikuburkan menurut hukum.
Qalb (Hati)
Dari segi bahasa : Qalb adalah jantung sanubari.
Dari segi bicara Ilmu Ma'rifat : Hakikat Qalb (Hati) adalah jisim halus yang terhubung kepada Ruh. Qalb (Hati) memiliki "cita" untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Manusia dihukum menurut apa yang dia "cita" dalam hati dan melaksanakannya dengan anggota tubuhnya.
Istilah "Hati" yang lazimnya dikaitkan dengan "perasaan", "kemahuan", "keinginan", "cita" ... yang sebenar nya di dalam bahasa Arab disebut qalb atau qalbun yang membawa makna "jantung sanubari". Namun di dalam percakapan harian lazimnya kita menggunakan ungkapan "Hati". Maka apabila disebut "Hati", ia merujuk kepada "qalb" iaitu "jantung sanubari"(bukan liver).
Menurut Ahli Ma'rifat Qalb (hati) adalah ibarat Raja, Aqal adalah Menterinya dan sekalian anggota tubuh yang lain seperti kaki, tangan, mata, telinga dll adalah anggota tenteranya yang melaksanakan perintah Raja.
Aqal
Dari segi bahasa : Aqal adalah jisim putih di dalam tempurung kepala.
Dari segi Ma'rifat : Aqal adalah jisim halus di batin otak yang menerima pancaran dari hati. Inilah hakikat Aqal yang mempunyai daya fikir. Sifatnya tertakluk kepada hati. Ertinya, apabila hati memancarkan Cahaya Keimanan, maka terbit Aqal yang suci yang memikirkan ketaatan. Sebaliknya apabila pancaran dari hati itu pancaran kegelapan (akibat penguasaan nafsu dan syaitan), maka aqal itu akan memikirkan kejahatan dan mencari jalan untuk melaksanakan kefasikan dan penderhakaan.
Nafas
Nafas adalah keluar masuknya angin/udara ke dalam tubuh (darah) yang terhasil dari gerakan Ruh yang mengepam darah putih dan darah merah ke seluruh tubuh.
Nafsu
Nasfu adalah jisim halus yang bergerak2 yang terhasil dari hembusan nafas, menimbulkan keinginan @ syahwat. Menurut Ahli Ma'rifat terdapat 7 macam Nafsu. Nafsu2 terletak pada 7 tempat di dalam dada manusia disebut Lataif. Sekalian nafsu ini menerima pancaran dari hati. Nafsu akan bertindak menjadi baik apabila pancaran dari hati berupa cahaya Keimanan. Sebaliknya nafsu akan menjadi jahat dan menyeru kepada kejahatan apabila pancaran dari hati itu berupa kegelapan.
[Nukilan dari Risalah Ma'rifat serta Penjelasan ringkas]
Hal terpenting yang menjadi fokus di dalam perbincangan ini adalah :
Qalb (hati) adalah jisim halus di dalam jantung sanubari yang terhubung kepada Ruh.
Qalb (hati) mempunyai "cita" melakukan atau meninggalkan sesuatu.
Qalb (hati) menjadi Suci apabila "unsur Ketuhanan" menguasainya dan menjadi kotor apabila "Unsur kesyaitanan" yang menguasainya.
SIRI 95 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.4 Mengapa " Hati " Menjadi Sandaran Untung atau Rugi
■ Apakah Hikmahnya Allah Ta'ala mengisyaratkan "Hati" manusia kepada "kebaikan atau Kejahatan"?
■ Apakah Rahsia Allah Ta'ala mengisyaratkan "keberuntungan" kepada "Hati insan yang suci" sementara "kerugian" kepada "Hatinya yang kotor"?
■ Mengapakah diunggulkan "Hati" dan bukan anggota lain seperti "Aqal"?
Hubungan Qalb (Hati) dan Ruh (roh) telah pun disentuh sepintas lalu pada Siri 6. Sebagai mengingat semula, Qalb (hati) adalah jisim halus yang terhubung kepada Ruh. Qalb (Hati) boleh jadi Suci dan boleh menjadi kotor berdasarkan unsur yang menguasainya.
Qalb (Hati) adalah tempat tersimpannya Rahsia Insan dan Rahsia Ketuhanan.
Qalb (Hati) adalah tempat terbitnya cahaya TAUHID atau kegelapan SYIRIK.
Qalb (Hati) adalah tempat pertarungan IMAN (yang dibantu oleh Malaikat) dengan nafsu kejahatan (yang disokong oleh Iblis.)
Qalb (Hati) adalah tempat terbitnya segala cita, gerak, keinginan, kemahuan manusia.
Qalb (Hati) adalah tempat perhitungan kebahagiaan atau kecelakaan.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
[Imam Bukhari]
Dari sudut kajian Sains, apabila Qalb (jantung fizikal) berfungsi dengan baik, bersih dari pencemaran, maka sekalian anggota tubuh termasuk Aqal, paru2, buah pinggang, darah daging semuanya berfungsi dengan baik. Apabila terjadi suatu kerosakan pada Jantung, seperti tersumbat dengan kolestrol atau proses mengepamnya tidak normal atau lainnya, maka akan terjadi berbagai komplikasi terjadi kepada tubuh yang akhirnya mengakibatkan berbagai penyakit kronik. Ini suatu ibarat yang dapat difahami.
Adapun Qalb (Hati) yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ adalah hakikat Qalb (Hati) yang bersifat ruhaniyyah iaitu Jisim halus yang menguasai insan. Apabila Qalb (Hati) itu baik di dalam ertikata suci bersih, maka sekalian anggota tubuh lain akan menjadi baik, beriman dan melakukan keta'atan. Sebaliknya apabila Qalb (Hati) itu jahat dalam ertikata kotor, maka sekalian anggota tubuhnya akan menjadi jahat, melakukan kefasikan dan kekufuran.
Oleh kerana Hati menjadi sumber segala kebaikan atau kecelakaan, maka sumber ini perlu disucikan dahulu. Medan ini perlu ditawan dahulu. Sekalian sifat nifaq (kemunafikan), mazmumah (kekejian) dan syirik khafi (syirik tersembunyi) mesti dicabut dari akar umbinya.
Bagaikan sebuah ladang yang dipenuhi oleh lalang dan anasir2 perosak, maka pertama sekali yang perlu dilakukan oleh seseorang peladang adalah mencabut lalang dan anasir perosak dari akar umbinya. Setelah ladangnya telah bersih dari kesemua perosak barulah peladang dapat membajak dan menanam benih yang terpilih untuk bercucuk tanam dan meraih hasilnya yang lumayan.
Demikianlah ibaratnya hati insan yang telah bersih dari kesemua kekotoran, kekejian, dan kesyirikan, kemudian bercahaya hati itu dengan cahaya Ketuhanan, barulah “benih TAUHID yang suci” terpancar dari HATINYA. Kemudian terbit lagi ibadah dan amal2 kebaikan yang benar-benar ikhlas.
Oleh kerana inilah Rasulullah ﷺ diutus oleh Allah Ta'ala untuk menyucikan batin manusia.
✨🕌✨Firman Allah:
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Baginda BUKAN sekadar da'wah kepada manusia, bahkan lebih dari itu, Baginda diperintah mendidik, mengasuh dan menyucikan batin (hati) mereka sehingga benar² suci bersih.
Iaitu perkara pertama yang Baginda lakukan sebaik sahaja para Sahabat masuk Islam adalah mendidik dan mengasuh jiwa mereka dengan kaedah tertentu yang sangat khusus.
Hati mereka dirawat dengan berbagai ramuan, ubat dan penawar sehingga akhirnya menjadi benar² suci bersih dari semua macam kesyirikan, kemunafikan dan kekejian.
Manhaj dan kaedah penyucian jiwa inilah yang kemudian dinamakan Toriqat Rasulullah ﷺ atau Jalan Ma'rifat (akan datang penjelasan lanjut. In shaa Allah).
Namun pada akhir zaman ini, kebanyakan orang Islam termasuk sebahagian yang begelar Ulama, Ustaz, Muallim, Kiyai juga TIDAK memahami dan TIDAK lagi amalkan Jalan Suci Rasulullah ﷺ ini. Akibatnya tinggallah mereka di dalam kekotoran jiwa yang membawa kepada kesyirikan — syirik khafi, mazmumah dan ghaflah dan ma'siat batin yang berpanjangan. Wal Iyazubillah.
SIRI 96 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.5 Asal Insan Suci Kemudian dikotori
Asal Penciptaan Ruh Insan dalam keadaan Suci:
Ketahuilah,
Asal insan adalah suci bersih.
Ketika Allah Ta'ala menjadikan Ruh Insan di Alam Nur, suatu Alam yang sangat tinggi dan suci .... sekalian Ruh manusia itu di dalam keadaan suci bersih.
Ruh-Ruh yang suci bersih ini menghadap Allah serta menyaksikan Wajah-Nya. Ertinya di alam Penciptaan awal, sekalian Ruh manusia sudah kenal Allah tanpa sebarang Hijab (dinding / halangan) ketika mereka dihimpunkan oleh Allah di Alam yang Tinggi.
Ketika Allah Ta'ala menghimpunkan sekalian Ruh Manusia di alam kesucian, lalu bertanya,
"Bukankah Aku Tuhan kamu?",
Maka ketika itu sekalian Ruh menjawab,
"Bahkan, kami menjadi saksi bahawa Engkaulah Tuhan kami".
Sekalian Ruh insan menjadi saksi bahawa Allah adalah Rabb (Tuhan) mereka.
✨🕌✨Firman Allah :
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Bahkan (Benarlah Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Qiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
[Al-A'raf (7) : ayat 172]
Menurut Ahli Ma'rifat, Alam Nur dan Alam kesucian yang dimaksudkan adalah Alam Lahut, Negeri asal bagi sekalian manusia.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu :
"Dan dari Ruh Muhammad itulah, Allah Ta'ala ciptakan semua Ruh di Alam Lahut di dalam bentuk terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di Alam Lahut. Alam Lahut adalah Negeri asal bagi seluruh manusia."
[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilahil Abrar]
Ruh Insan diturunkan ke Alam Paling rendah (bumi):
Kemudian ketika sampai masanya seseorang manusia dijadikan, maka Ruhnya (di Alam Lahut) di- tiupkan ke dalam janin dan keluar lah dia sebagai manusia yang memiliki jasad ke muka bumi.
✨🕌✨Firman Allah Ta'ala :
قَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬, ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia kepada peringkat serendah2nya,"
[At-Tiin (95) : Ayat 4]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu :
Selanjutnya Ruh-Ruh diturunkan ke Alam yang terendah (Alam Mulki / Alam Ajsam / Alam Dunia), dan dimasukkan ke dalam makhluq terendah, iaitu jasad, sebagaimana Firman Allah : ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ
[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilahil Abrar]
Penjelasan :
Maksud Imam Jilani Radhiallahu Anhu adalah :
Allah Ta'ala turunkan "Ruh manusia" yang tadinya dia di Alam Lahut, ke Alam Ajsam iaitu Alam Dunia — muka bumi.
Maksud " أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ " (serendah2 nya) ditafsirkan oleh Imam Jilani sebagai "serendah2 alam" iaitu Alam Dunia yang juga dikenali sebagai Alam Ajsam / Alam Malak / Alam Mulki / Alam Syahadah.
Menurut Ahli Ma'rifat terdapat 7 jenis Alam :
1. Alam Hahut (atau dikenali juga sebagai Hawiyah Zat)
2. Alam Lahut
3. Alam Jabarut
4. Alam Malakut
5. Alam Mithal
6. Alam Arwah
7. Alam Ajsam
Maka "Ruh" sekalian manusia yang berhimpun di Alam Lahut diturunkan ke bumi (Alam Ajsam) apabila tiba waktu yang ditentukan oleh Allah Ta'ala, menurut Taqdir-Nya yang Azali.
Sebaik sahaja Ruh memasuki jasad, maka terhijablah (terdinding) dia dari Allah Ta'ala disebabkan darah daging yang membalutinya. Ini Hijab pertama (dinding pertama ) yang menghalang manusia dari menyaksikan Wajah Allah).
Lapisan Hijab (dinding) terus menebal ketika umurnya meningkat dari bayi ke peringkat kanak2, kemudian remaja dan dewasa. Sepanjang perjalanan ini dia telah dihijabkan oleh berbagai zulmat (kegelapan), akibat dari pergaulan, pemakanan serta dosa2 yang disengajakan atau berlaku tanpa di- sedari. Semua ini menyebabkan hatinya menjadi kotor dan diselaputi berbagai2 penyakit nifaq, syirik dan keji.
Kekotoran hati ini membawa seseorang menjadi Fasiq, Sesat, Munafiq atau Kafir. Wal Iyazubillah.
Empat Anasir yang sentiasa berperang di dalam hati manusia untuk mengotorinya lalu menariknya kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran :
(1) Nafsu
(2) Syaitan
(3) Dunia
(4) Makhluq
(akan datang penjelasan lanjut akan hal ini, In shaa Allah)
Dengan penjelasan ringkas ini, mudah-mudahan Ummat Islam telah mendapat gambaran awal bagaimana Ruh manusia yang asalnya suci bersih dikotori, kemudian dikotori lagi sehingga terjerumus kepada kesesatan dan kekafiran.
Maka beruntunglah mereka yang menyucikan hatinya dan merugilah mereka yang mengotorinya.
Siri 97 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
14.6 Dosa-Dosa Besar Hati (Batin)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Berikut adalah sejumlah DOSA BESAR BATIN (HATI) yang tumbuh subur di dalam HATI akibat dari berbagai penyakit HATI. Renungilah baik2, hampir semua manusia TIDAK terlepas dari penyakit2 HATI yang membawa kepada DOSA BESAR yang menjerumuskan dia kepada kefasikan, kesesatan atau kekafiran. Wal Iyazubillah.
(1) Pertama : Takabbur
=================
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُ ۥ جَهَنَّمُۚ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ
"Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal"
[Al-Baqarah (2) : ayat 206]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat takabbur sebesar biji sawi.”
[Imam Muslim]
Definisi :
Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
“Maka pokoknya takabbur atau sombong ialah : Tingkah laku yang ada pada jiwa, iaitu merasa senang dan cenderung pada dilihat dirinya di atas orang yang disombonginya”
Rasulullah ﷺ telah memberikan asas kepada Pengertian Takabbur, iaitu : Memandang orang lain dengan pandangan hina dan Menolak Kebenaran. Daripada dua asas ini, Ulama Ahlus Sunnah telah huraikan sekalian hal ehwal yang berkaitan dengan Takabbur.
Takabbur (sombong, ego, megah) adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain serta memandang orang lain dengan pandangan hina. Ia merupakan dosa batin, maka ia terpendam di dalam hati, namun ada kalanya sifat terpendam ini terkeluar lalu terlihat di dalam tutur kata, perbuatan dan tingkah laku.
Manusia yang mempunyai sifat Takabbur adalah sehina2 manusia pada pandangan Allah Ta'ala sedangkan orang itu berfikir diri dia mulia, maka binasalah dia dengan angan2 dia. Wal Iyazubillah
Fakta2 Penting berhubung dengan Takabbur:
■ Takabbur adalah sebesar2 dosa batin dan sebesar2 Syirik Khafi.
■ Sebagaimana Syirik Khafi yang lain, Takabbur hapuskan amal kebaikan dan rosakkan iman.
■ Takabbur adalah "selendang Allah", maksudnya hanya milik Allah Ta'ala Yang Maha Agung, dengan itu makhluk mana pun TIDAK layak bersifat dengan sifat Takabbbur. (Sifat makhluq adalah sebaliknya, iaitu berisifat dengan faqir, dhaif, tawadhu')
■ Allah Ta'ala melaknat orang yang Takabbur, sombong, megah, membesarkan diri.
■ Iblis menerima La'nat Allah sehingga Qiamat akibat keengkaran kepada Allah Ta'ala dan Takabbburnya terhadap Nabi Adam Alayhis-Salam.
■ Orang yang Takabbur, Menyombong diri, Menunjuk Kemegahan diri diancam dengan Neraka Jahannam. Wal Iyazubillah.
■ Takabbur menyebabkan hati menjadi keras membatu, gelap, mati dan tertutup. Wal Iyazubillah
■ Takabbur itu boleh berlaku kepada siapa sahaja, namun ia berlaku terutama mereka yang mempunyai kelebihan2 tertentu. (seperti kelebihan ilmu, kuasa, kekayaan, kedudukan, pangkat, nama, gelaran, sijil, harta kekayaan — lihat huraian akan datang)
■ Setiap manusia yang melakukan Takabbur, WAJIB Taubat segera dengan Taubat Nasuha, kembali kepada Allah dengan merendahkan dirinya.
■ Orang yang terus-menerus Takabbur, Membesarkan diri, Bermegah diri dan tidak bertaubat adalah termasuk orang yang terkena istidraj, sedang dia leka dan megah dengan sangkaan dia dalam kemuliaan. Wal Iyazubillah
Siri 98 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
(1) Pertama : Takabbur
sambungan....
Ancaman Keras Allah Ta'ala kepada Orang Takabbbur / Sombong / Megah
Berikut adalah keterangan Al-Qur'an dan Hadith2 berkenaan ancaman keras terhadap orang2 di dalam hatinya ada sifat Takabbur. Dan lebih bahaya lagi apabila sifat terpendam itu terzahir di dalam tutur kata dan tingkah laku.
(1) Makhluq yang awal2 di Laknat Allah kerana sifat Takabbur:
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : 34]
(2) Takabbur adalah sifat Fir’aun,Namrud serta penguasa2 yang menyombongkan diri:
✨🕌✨ Firman Allah :
إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْماً عَـلِينَ
"Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takabbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.
[Al-Mu’minoon, (23) : 46]
(3) Takabbur menyebabkan pintu hati tertutup :
✨🕌✨ Firman Allah :
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.
[Al-Mu’min (40) : 35]
(4) Takabbur Sifat Kebesaran Allah, hanya Allah Ta'ala layak Takabbur:
✨🕌✨ Firman Allah di dalam Hadis Qudsi:
“Takabbur itu selendangku dan kebesaran itu kain sarung-Ku. Maka barangsiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam Neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.”
[Imam Muslim]
(5) Takabbur binasakan pahala amal ibadah
✨🕌✨ Firman Allah :
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan..”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
(6) Takabbur yang berterusan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekafiran:
✨🕌✨ Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
(7) Takabbur mengheret ke Neraka, jauh dari Syurga:
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya, seberat biji sawi dari takabbur.
[Imam Muslim]
Perhatikanlah sungguh2 segala ancaman adalah ditujukan kepada orang Islam beramal yang mempunyai Sifat Takabbur, membesarkan diri, menunjuk Kemegahan. Sesungguhnya kesombongan dan bermegah2 diri menghilangkan pahala kebajikan sekalian amal ibadah, mencerai beraikan Imannya dan menjadi sebab dicampak ke Neraka Jahannam. Wal Iyazubillah
Akan datang penjelasan :
■ Jenis² Takabbur.
■ Takabbur batin yang terzahir dalam perbuatan, perkataan
■ Punca Mendorong kepada Takabbur
■ Tanda2 terlihat sifat Takabbur pada seseorang
■ Taubat Nasuha dari sifat Takabbur
■ Cara orang awam melawan sifat Takabbur
■ Larangan menuduh orang lain Takabbur tanpa hak
■ Takabbur yang di benarkan
Siri 99 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
(1) Dosa Besar Pertama : Takabbur
sambungan....
Pembahagian Takabbur:
=================
Takabbur terbahagi kepada tiga bahagian:
Pertama : Takabbur kepada Allah
Kedua : Takabbur kepada Rasulullah
Ketiga : Takabbur kepada makhluq
Huraian :
Takabbur Kepada Allah dan Rasul:
Barangsiapa Takabbur kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia termasuk orang kafir dan dilaknat. Orang kafir yang terus-menerus di dalam kesombongan terhadap Allah dan seruan Rasul tidak akan memperoleh petunjuk. Mereka akan kekal di dalam kekafiran sampai mati.
Contoh manusia seperti ini adalah Fir'aun, Qarun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab berserta pengikut2 nya yang setia... yang mereka itu semuanya Takabbur menyombongkan diri kepada Allah dan Rasul Nya bahkan mencabar Kekuasaan Allah Ta'ala, maka matilah mereka di dalam Kekafiran. Inilah hal keadaan orang kafir yang memerangi Rasul dan Nabi, mengejek2 ajaran Islam, memperolok2 Rasul2.
✨🕌✨ Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
✨🕌✨ Firman Allah :
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.
[Al-Mu’min (40) : 35]
Sebaliknya orang kafir yang memikirkan tentang kewujudan dirinya, memikirkan Penciptanya, memikirkan kejadian dan keajaiban Alam yang Allah ciptakan, TIDAK menyombongkan dirinya.... In shaa Allah dia akan memperoleh hidayah untuk menerima Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul Nya.
Jika dia orang Islam, lalu dia sombong kepada Allah dan Rasul-Nya — iaitu memperolok2 ajaran Rasul, mengejek2 ajaran Islam, menghina undang2 yang Allah Ta'ala turunkan, mengejek2 Sunnah Rasulullah ﷺ, kemudian dia TIDAK Taubat Nasuha dengan segera.... maka tidak syak lagi dia akan jatuh murtad, keluar dari Agama menjadi kafir. Wal Iyazubillah.
Jika dia orang Islam, meyakini Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ, mengerjakan Solat, Puasa, Zakat, Haji serta kewajipan lain, tetapi dia menyombongkan diri dengan ajaran Rasulullah ﷺ, yang sebenar, menyombongkan diri dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya, lalu dia menyimpang membuat firqah2 sendiri, maka jatuhlah dia kepada golongan sesat ... meskipun dia bergelar Ulama, meskipun dia Hafiz Qur'an, meskipun dia bangun Tahajjud setiap malam. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ dengan 72 golongan yang sesat. Di antaranya yang masih menyebarkan ajaran sesat ini adalah : Golongan Syi'ah (rafidhi) dan Wahhabiyyah (khawarij). Sesungguhnya golongan menyombong ini tertipu dengan tipu daya Syaitan tetapi mereka tidak menyedarinya. Wal Iyazubillah. Mohon Pertolongan Allah agar terhindar dari golongan sesat ini.
Takabbur kepada makhluq :
Jika seseorang Islam Takabbur kepada makhluq disertai dengan Penderhakaan kepada Perintah Allah Ta'ala, maka jatuhlah dia kepada kekafiran. Hal ini yang terjadi kepada makhluq Allah yang pertama sekali melakukan Takabbur sehingga diabadikan didalam Al-Qur'an sebagai pengajaran yang paling besar kepada Ummat Islam yang beriman sepanjang umur dunia. Iblis yang namanya Azazil adalah bangsa Jinn yang beribadat bersama para Malaikat dan menjadi Guru kepada Malaikat selama ribuan tahun, jatuh tersungkur menjadi kafir disebabkan keengganan kepada Perintah Allah supaya sujud (hormat) kepada Nabi Adam Alaihis Salam.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : 34]
Seseorang Islam yang Takabbur kepada makhluq semata2 (BUKAN TAKABBUR KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA), meninggikan diri, menyombongkan diri, memandang diri sendiri dengan kemuliaan serta menghinakan makhluq Allah, adalah dia termasuk orang yang fasiq, berdosa besar dan telah melakukan Syirik (syirik khafi), mempersekutukan Allah di dalam hatinya. Rosak Tauhidnya dan musnah segala amalnya. Wal Iyazubillah
Pada hakikatnya dia Takabbur kepada Allah jua, tetapi di dalam bentuk yang lebih ringan daripada Penyombongan yang disertai penderhakaan terus kepada Allah sepertimana yang dilakukan oleh Iblis. Maka tidaklah sampai kepada terkeluar dari Agama. Namun orang seperti ini sedang menghadap BAHAYA BESAR jika dia tidak berubah segera bertaubat.
Takabbur yang ketiga inilah yang fokus perbincangan utama di dalam Risalah ini. Maksudnya kita tidak akan membincangkan hal ehwal iblis atau hal ehwal Fir'aun yang kafir, tetapi tumpuan kita adalah kepada "Takabbur yang dilakukan oleh orang Islam yang beriman".
Siri 100 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
( 1 ) Pertama : Takabbur
sambungan....
Sebab2 yang Mendorong Takabbur :
Mengapakah manusia Takabbur?
Apakah anasir di dalam diri yang mendorong dia melakukan Takabbur?
Punca wujudnya takabbur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan pada dirinya atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain. Sebab2 yang membangkit kepada kesombongan:
1. Takabbur dengan Ilmu.
2. Takabbur dengan Amal Ibadah
3. Takabbur dengan tubuh badan – kecantikan, kekuatan dll
4. Takabbur dengan harta, anak dan kekayaan dunia.
5. Takabbur dengan banyak pengikut
6. Takabbur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabbur dengan kekuasaan.
Huraian :
(1) Takabbur dengan ilmunya:
Hal ini sering terjadi kepada orang alim yang mahir di dalam Ilmu Syari'at (Fiqh), mahir di dalam Ilmu Usuluddin, mahir di dalam berbagai ilmu nahwu sarf, mantiq dll, Hafiz dan mahir di dalam Al-Qur'an, mempunyai gelaran Ulama, Kiyai, Ustaz, Muallim, Huffaz, PhD, Drs, Profesor, Masters dsb. Oleh kerana mereka memiliki Ilmu syari'at yang banyak mengatasi orang lain, maka timbul perasaan megah, takabbur dengan ilmunya.
Orang yang memiliki kelebihan seperti ini amat sukar membendung bisikan hati yang mengangkat tinggi punggungnya. Hatinya berbisik " Engkaulah orang hebat menguasai ilmu Agama, engkaulah orang bijak sedang orang lain bodoh. Engkaulah pakar di dalam Agama sedang orang lain semua macam sampah. Engkau ada PhD, Profesor, Masters sedang lawan kau cuma orang yang tiada pangkat apa2."
Demikian bisikan hati yang sering terkena kepada orang yang memiliki banyak ilmu syari'at. Sebahagian dari mereka bermegah dan takabbur di dalam hati semata2. Sebahagian lain tak dapat mengawal diri. Sifat kemegahan terus mendesak mereka shingga mereka gemar mengajak kepada perdebatan yang akhirnya membawa pertengkaran dan pemusuhan. Contoh2 di kalangan ummat Islam telah lama berlaku di zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ dan berterusan sampailah ke zaman ini. Akibat dari perbuatan ini telah menjerumuskan mereka kepada kesesatan. Wal Iyazubillah.
(2) Takabbur dengan amal ibadah
Ahli abid (ahli ibadah) yang tekun beribadah siang malam megah dengan amal dia yang banyak. Pada sangkaan dia dia lebih mulia dari manusia lain kerana ibadah dia menggunung tinggi. Tanda2 yang terlihat pada ahli ibadah ini sama seperti tanda2 orang alim takabbur dengan ilmunya.
(3) Takabbur dengan Tubuh badan — Kekuatan dan Kecantikan
Orang yang kuat memandang remeh atau hina orang2 yang lemah. Kekuatan di sini boleh bermaksud kekuatan individu atau kekuatan berkelompok seperti ketenteraan.
Orang2 yang di Kurniakan oleh Allah kecantikan wajah atau keindahan rupa memandang hina orang yang kurang cantik. Mengeluarkan kata2 hodoh, hitam, dsb. atau semata2 bermegah di dalam hati yang dia lebih indah dari orang lain adalah termasuk Takabbur.
(4) Takabbur dengan harta, anak, kekayaan dunia
Orang yang di Kurniakan oleh Allah harta kekayaan yang banyak memandang orang lain yang tiada harta dengan pandangan hina.
Golongan hartawan, jutawan seringkali menyombongkan diri dengan mengeluarkan kata2 hina seperti : "Aku banyak harta kerana aku pandai usaha, kamu pemalas"
atau dia berkata, "Cuba lihat harta kekayaanku yang banyak", atau berkata, "kamu tak layak tandingi harta kekayaan aku." atau lain2nya.
(5) Takabbur dengan sebab banyak pengikut
Hal ini terjadi ke atas ketua2 yang memimpin jamaah2, kumpulan, parti. Apabila bertambah ramai pengikut maka datanglah perasaan kesombongan bahawa dia lebih tinggi dan lebih hebat dari Jamaah lain, parti lawan dsb.
(6) Takabbur dengan Keturunan
Mereka bermegah2 dengan sebab keturunan dan bangsa, warna kulit, tempat asal dsb.
Orang yang berketurunan bangsawan memandang hina kepada orang biasa yang bukan dari bangsawan. Orang kulit putih hinakan orang kulit hitam. Sama ada degan perkataan atau tingkah laku atau semata2 di dalam hati. Semua ini Takabbur yang tercela.
(7) Takabbur dengan kekuasaan
Sesungguhnya Takabbur yang dilakukan oleh Penguasa2, Pemerintah, Amir, Khalifah, Sultan, Raja, Presiden, Perdana Menteri atau apa saja namanya yang zalim dan rakus dengan dunia dan kekuasaan.... adalah ini musibah paling besar kepada Ummat Islam dan kecelakaan besar kepada dirinya sendiri.
Apabila sifat Takabbur menguasai seseorang Pemerintah, Penguasa, yang mempunyai Kekuasaan, dia sanggup melakukan apa saja kedurjanaan sampai2 kepada pembunuhan sewenang2nya. Ini yang terjadi kepada Penguasa2 terdahulu dan masih berterusan sehingga ke hari ini. Kuasa yang besar kepada seseorang membutakan mata dan menutup pintu hati dia.
Maka jadilah orang ini berkali2 ganda DOSAnya.....DOSA Takabbur dan DOSA kezaliman dan penganiyaan. Jangan kamu termasuk Penguasa seperti ini. Mohon perlindungan Allah Ta'ala agar tidak termasuk pengikut dan subahat dengannya.
Perhatikanlah wahai budiman,
Betapa besarnya akibat PENYAKIT HATI yang membawa kepada berbagai DOSA BESAR yang amat besar.
Puncanya dari hati yang berpenyakit....!
Bersambung siri 101 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment