D3: MUSIBAH — RAHMAT ILAHI ATAU BALA KEMURKAAN-NYA

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MUSIBAH — RAHMAT ILAHI ATAU BALA KEMURKAAN-NYA

(Siri 21)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


13. Kemusykilan / Soal jawab bab Musibah

sambungan....


Soalan 3:

Salam Sidi Shaikh.  Saya duduk di Shah Alam. Bencana banjir baru2 ni jadikan kami trauma.  Saya agak musykil kerana yang saya tau bencana besar2an macam tu cuma akan kena pada tempat2 banyak maksiat,  sedang di Shah Alam banyak juga ustad2 dan orang alim. Maaf atas kemusykilan ini. t.kasih 


JAWAPAN

========

Permulaan ungkapan ... Wallahu A'lam, Allah Lebih Mengetahui dengan apa jua yang Dia Kehendaki.  Namun pada setiap kejadian terdapat alamat (tanda2) untuk direnungkan dan diambil i'tibar.  


Punca2 terjadi bala bencana Kemurkaan Allah telah pun kami huraikan di dalam risalah ini. Daripada berbagai sebab2 tersebut, jika direnungi secara mendalam, kita akan dapati punca utama terjadinya bala bencana Kemurkaan Allah bukan kerana tidak adanya orang alim atau ahli ibadah. Bahkan boleh jadi di suatu tempat itu ramai sekali cerdik pandai Agama dan orang2 yang tekun mengerjakan ibadah tetapi mereka meninggalkan amanah amr bil ma'ruf nahyi anil mungkar (menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran). 


Diperhalusi hal ini lagi, barangkali orang2 yang menyeru manusia kepada kebaikan itu mungkin wujud, namun yang mencegah manusia daripada kemungkaran itu hampir2 tidak wujud. Jika ada pun amat sedikit. Sedangkan inilah satu daripada punca utama turunnya bala bencana.... iaitu ketika orang2 alim dan ahli ibadah hanya gembira amal ibadah sendiri dan  tidak mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran maka itulah saatnya turun Kemurkaan Allah...


✨🕌✨ Firman Allah :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨)ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)

 “ Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”

[Al-Ma’idah (5) : ayat 78-79]


Apabila Allah Ta'ala turunkan bala bencana, maka bukan sahaja yang terkena bala tersebut orang2 yang melakukan kemungkaran, tetapi juga orang2 alim dan ahli ibadah yang abaikan Amanah da'wah.


✨🕌✨ Firman Allah :

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

“Dan peliharalah diri kamu dari fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu secara khusus, (akan tetapi menimpa secara umum) dan ketahuilah bahwa Allah Amat Keras siksaan-Nya.” 

[ Al-Anfaal (8) : ayat 25]


✨🕌 ✨  Rasulullah ﷺ bersabda :

 “Sesungguhnya jika manusia melihat seseorang melakukan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegah orang itu, maka Allah akan meratakan adzab kepada mereka semua. 

[Imam Dawud, Imam At-Tirmizi]


Untuk meringkaskan jawapan ini, kita rumuskan berdasarkan Al-Qur'an, Hadith Nabi, kisah2 ummat yang dibinasakan dahulu berserta Fatwa Ulama Mu'tabar, bahawa sebab2 bala bencana kepada suatu negeri adalah : 


Pertama :

Pemimpin dan cerdik pandai Agama yang bersekutu dengan mereka melakukan berbagai kezaliman ke atas rakyat.


Kedua :

Orang2 Alim yang faham Agama mendiamkan diri daripada mencegah kemungkaran manusia,  bahkan mereka bersekutu dengan Pemerintah untuk mengeluarkan fatwa sesat dan menyesatkan.


Ketiga :

Pemerintah, orang alim dan Penduduk suatu negeri terlalu engkar dan kufur dan tidak lagi menghiraukan peringatan2 daripada Rasul, Nabi dan Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi yang sebenar — Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang siddiq).


Siri 22 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


13. Kemusykilan / Soal jawab bab Musibah

sambungan....


Soalan 4:

Assalamu Alaikum tuan.  Bolehkah kami doakan bala turun kepada pemimpin2 zalim? 


JAWAPAN

========

Apabila rakyat suatu negeri menghadapi kejahatan pemerintah yang sangat zalim, mereka perlu mengikut kaedah2 dan tingkatan da'wah. 


Pertama: Nasihat / peringatan lemah lembut

Hendaklah menasihati pemimpin2 zalim itu supaya segera taubat dan hentikan kezalimannya. 


Kedua :Nasihat / teguran dan peringatan keras

Apabila pemimpin2 zalim itu enggan bertaubat, sebaliknya terus melakukan kezaliman, maka pada ketika itu wajib diberikan teguran dan amaran keras. 


Ketiga : Harus doa Allah turunkan bala dan binasakan kepimpinan mereka

Apabila semua macam diplomasi dan nasihat tidak memberi bekas sebaliknya mereka terus melakukan kezaliman sewenang2, maka pada ketika itu harus doakan kehancuran kepimpinan mereka. 


Satu contoh adalah kisah Fir'aun yang terangkum di dalam Al-Qur'an... 


 ✨🕌✨ Firman Allah :

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى  فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

"Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, Sesungguhnya Dia telah melampaui batas; Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan dia ingat atau takut”.

[Toha (20) : Ayat 42-43] 


✨🕌✨  Firman Allah :

وَقَالَ مُوْسٰى رَبَّنَآ اِنَّكَ اٰتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَاَهٗ زِيْنَةً وَّاَمْوَالًا فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَاۗ رَبَّنَا لِيُضِلُّوْا عَنْ سَبِيْلِكَ ۚرَبَّنَا اطْمِسْ عَلٰٓى اَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوْا حَتّٰى يَرَوُا الْعَذَابَ الْاَلِيْمَ

"Dan Musa berkata, “Ya Tuhan kami, Engkau telah memberikan kepada Fir‘aun dan para pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami, (akibatnya) mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Mu. Ya Tuhan, binasakanlah harta mereka, dan kuncilah hati mereka, sehingga mereka tidak beriman sampai mereka melihat azab yang pedih.”

[Yunus (10) : Ayat 88]


Ini dasar yang menjadi pendirian Ahlus Sunnah....  iaitu da'wah itu bukan selamanya lemah lembut dan bukan juga keras selamanya...tetapi mempunyai tatacara dan kaedah tertentu di antara kelembutan dan ketegasan. 


Setiap Penda'wah WAJIB memahami uslub (kaedah) da'wah, ilmu yang luas berkenaan da'wah, mahir mengetahui halal haram menurut Ahlus Sunnah, mahir memahami marhalah (tingkatan2) dan wasail (jalan2) untuk menyempurnakan Amanah da'wah serta yang berhubungan dengannya —Tarbiyyah dan Jihad.


Kesimpulannya...

Cara menghadapi pemimpin2 yang sangat zalim adalah :


1. Berda'wah, menyeru dan takutkan mereka dengan amaran Allah dan Rasul-Nya dengan hikmah kebijaksanaan berperingkat2. 


2. Jika segala usaha diplomasi gagal dan pemimpin2 zalim tetap berkeras dengan kejahatan  mereka, maka pada ketika itu harus berdoa agar Allah hancurkan kekuasaan mereka dan pemerintahan mereka. 

... bersambung


Siri 23 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


13. Kemusykilan / Soal jawab bab Musibah

sambungan....


Soalan 5:

Salam Shaikh.  Beberapa orang di tempat tinggal saya suka mengumpat dan memfitnah saya sehingga nama saya busuk.  Apakah saya dibenarkan berdoa agar Allah Ta'ala turunkan bala kecelakaan atas mereka?


JAWAPAN

========

Perhatikan baik2 : Persoalan ini agak berbeza sedikit dengan Soalan 4 yang telah lalu.

Soalan 4 berhubung dengan Pemimpin yang melakukan kezaliman terhadap ummat secara umum — menghalang da'wah, merampas harta dan melakukan pembunuhan sewenang2nya.... sedangkan persoalan kita di sini adalah berkait dengan "peribadi seseorang".  Oleh yang demikian pendekatannya berbeza.


Secara umum, tidak ada halangan seseorang yang dizalimi mendoakan musibah menimpa orang yang mezaliminya namun pilihan yang terlebih baik adalah ketika"peribadi" mereka di "serang"  adalah : Sabar dan jauhkan daripada membalas kejahatan tersebut ; sama ada dengan membalas sendiri atau doakan musibah menimpanya. 


Sebab2nya :


Pertama :

Jika kamu membalas kejahatannya dengan "doa kecelakaan" ke atasnya, lalu Allah maqbulkan doa kamu, maka dibimbangi musibah yang menimpanya lebih besar dari kejahatan yang pernah dia lakukan ke atas kamu. Maka dia (orang yang menzalimi kamu) mempunyai kelebihan untuk dituntut di Akhirat nanti.


Kedua : 

Orang yang gemar menjaja sana sini fitnah dan umpatan adalah manusia yang sakit jiwanya.  Hatinya kelam kerana telah tertawan oleh nafsu ammarah dan bisikan Syaitan. Meskipun barangkali dia rajin mengerjakan ibadah, solat tahajjud, sedekah dll. namun semuanya sudah pun hangus dengan segala perbuatan kejinya.


Ketiga :

Orang yang suka mengumpat, melakukan fitnah, adu domba dsb sudah pun menanggung dosa besar yang amat besar. Orang ini menanggung "hutang" berat yang menjadi penyesalan di Akhirat.  Jika dia mati sebelum "melunaskan hutang2 tersebut" kepada orang yang pernah dizaliminya, maka ditakuti dia menjadi orang yang "muflis" di Akhirat meskipun dia seorang ahli ibadah yang banyak beramal.


✨🕌✨  Rasulullah   ﷺ  bersabda :

 “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan ummatku ialah seseorang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) dia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”

[Imam Muslim]


Kesimpulannya...

Memandangkan seseorang yang gemar mengumpat, sebar fitnah, adu domba dan lain2  sudah pun menanggung dosa yang tiada terhitung banyak dan telah pun kelam hatinya, maka tak perlu lagi mendoakan musibah bala bencana ke atasnya. 


Maka di dalam hal ini, sabar dan serahkan segala urusannya kepada Allah itu lebih baik. 


Siri 24 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14. Rumusan


(1) Musibah yang terjadi ke atas manusia adalah setengah dari tanda Kekuasaan Allah Yang Maha Perkasa.


(2) Setiap Musibah yang Allah Ta'ala turunkan ke atas manusia mengandungi berbagai hikmah, pengajaran dan i'tibar untuk direnungkan.  Setiap individu manusia atau suatu kaum terkena Musibah sesuai dengan perbuatan mereka.


(3)  Allah Ta'ala datangkan Musibah kepada orang beriman bertujuan berbagai sebab sesuai dengan penerima musibah tersebut.

(i) Sebagai kifarat dosa2 / penghapus dosa2 yang lalu

(ii) Sebagai Kurniaan Ganjaran pahala 

(iii) Sebagai Kurniaan darjat2 Keimanan

(semua ini dengan syarat : mereka bersabar dan taat. Jika mereka keluh kesah atau tidak redha dengan Musibah tersebut, maka tiadalah mereka memperoleh seperti yang Allah janjikan)


(4) Apabila ditimpa suatu musibah, maka perkara pertama yang wajib dilakukan oleh seseorang beriman adalah : Muhasabah diri.  Jika memang benar dia berada pada jalan yang diRedhai Allah, maka hendaklah sabar dengan dugaan tersebut  dan terus istiqamah pada jalan-Nya.  Sebaliknya jika dia telah berada pada jalan yang salah atau telah menyeleweng dari jalan Yang di Redhai-Nya, maka wajib baginya segera bertaubat dan kembali kepada Jalan Yang di Redhai-Nya.


(5) Di antara sebab2 yang mendatangkan Kemurkaan Allah dan bala bencana besar ke atas Ummat manusia adalah :

(i) Pemimpin2 telah fasiq dan tersangat zalim

(ii) Orang alim menjual Agama

(iii) Kemungkaran berleluasa dan tiada siapa mencegahnya.


(6) Banyak sekali ummat manusia terdahulu menerima azab siksaan yang amat berat akibat kekufuran mereka terhadap Ni'mat2 Allah. Sebahagiannya dihapuskan terus dari muka bumi akibat kezaliman mereka yang sangat melampau.  


(7)  Allah Ta'ala akan memelihara suatu negeri daripada bala bencana selama ada hamba2 Allah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 


(8) Jangan sesekali terpesona dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh orang fasiq dan zalim kerana ianya merupakan istidraj.  Wal Iyazubillah. 


(9) Musibah berupa banjir besar, tanah runtuh, puting beliung yang terjadi akhir2 ini adalah akibat kekufuran, kemungkaran dan kezaliman yang telah meliputi dunia. ... sekaligus menjadi tanda2 bahawa dunia sedang menuju kehancurannya. 


(10) Musibah yang paling menakutkan dan yang paling merugikan adalah "hati yang terkunci mati" akibat keengkaran dan kekufuran. Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala selamatkan kita semua daripada Musibah paling dahsyat ini.


Siri 25 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Edisi Khas — Bencana Besar menjelang Penzahiran Imam Mahdi


Menurut Ahli Ma'rifat, beberapa saat sebelum penzahiran Imam Mahdi 'Alaihis Salam, Musibah besar-besaran yang amat dahsyat akan melanda dunia.  


Musibah pertama — Bencana alam :

Hujan lebat, taufan, banjir besar, gempa bumi, angin panas,  gunung berapi dll melanda bumi terus- menerus dengan amat dahsyat sehingga sebahagian muka bumi tenggelam.


Musibah kedua — Kemusnahan Sistem Elektrik / Elektronik :

Kuasa Elektrik, Elektronik, Nuklear, Gas, Petrolelum, Digital, Laser,5G atau apa saja alat elektronik moden semuanya akan mati — tidak akan berfungsi. 


Musibah ketiga — Peperangan seluruh dunia:

Peperangan antara tentera Imam Mahdi Alaihis salam dengan Tentera Bersekutu daripada Golongan kafir, munafiq,  fasiq dan sesat.  


Tentera Imam Mahdi Alaihis Salam yang paling awal adalah Mursyid2 Toriqat (seramai 313 orang). Kemudian Khalifah2 Toriqat dari segala pelusok dunia berhimpun di dalam Saf Imam Mahdi. 


Gabungan Tentera Kafir yang memerangi Imam Mahdi terdiri dari berbagai2 kelompok — dari kalangan Orang kafir, munafiq bahkan juga orang2 islam sendiri :

Golongan Yahudi 

Golongan Nasrani / Kristian 

Golongan kafir lain 

Golongan Khawarij (wahhabiyyah) — Jazirah Arab 

Golongan Syi'ah (rafidhi) — Iran dan Iraq

Golongan Munafiq dan fasiq dari kalangan orang islam sendiri 


Suasana gempar.  Keadaan huru-hara. Kebanyakan manusia di dalam kebingungan.  Tiada siapa pun menjangka keadaan demikian. Tiada siapa pun tahu ke bumi mana mereka akan tercampak. 


Mana2 orang Islam (lelaki dan wanita) yang telah menjadi Ahli Toriqat yang sahih dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq, maka akan selamatlah mereka di dalam pimpinan Imam Mahdi Alaihis-Salam.  


Nasib orang islam awam (yang tiada pimpinan Pewaris Nabi yang siddiq), bergantung kepada hal keimanan mereka. Jika mereka benar2 beriman dan bukan olok2, bukan pura2, bukan fasiq... maka mereka akan meperoleh pertolongan Allah Ta'ala. 


Wallahu A'lam


اَللهُمَّ اجْعَلْ لِىْ نُوْرًا فِىْ قَلْبِىْ وَنُوْارًا فِى قَبْرِىْ وَنُوْارً فِىْ سَمْعِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَصَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ شَعْرِىْ وَنُوْرًا فِىْ بَشَرِىْ وَنُوْرًا فِىْ لَحْمِىْ وَنُوْارً فِىْ دَمِىْ وَنُوْرًا فِىْ عِظَامِىْ وَنُوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِىْ وَنُوْرًا عَنْ يَمِيْنِىْ وَنُوْرًا عَنْ شِمَالِىْ وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِىْ وَنُوْرًا مِنْ تَحْتِىْ. اَللهُمَّ زِدْنِىْ نُوْرًا وَاَعْطِنِىْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِىْ نُوْرًا.


وَصَلَّى اللّٰهُ عَلٰى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 

وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


— TAMMAT —


______________________________

Pimpinan:

           Shaikh Sayyid Abu Tohir

     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah 

                   Al Kholidiyah

          MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...