IMAM GHAZALI

Susunan:

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



PENGAKUAN IMAM GHAZALI

 

Berikut adalah pengakuan Imam Ghazali sendiri di dalam Kitab Beliau Munqiz Min-Ala-Dhalal :

“Aku lihat diriku tenggelam dalam samudera godaan dan rintangan. Segala pekerjaanku dan yang terbaik ialah mengajar dan mendidik kutinjau sedalam-dalamnya. Jelas, aku sedang memperhatikan beberapa ilmu yang tidak penting untuk perjalanan ke akhirat. Apa niat dan tujuanku dengan mengajar dan mendidik, nyatalah tidak sebenarnya ikhlas yang murni kerana Allah Taala, melainkan dicampuri oleh pengaruh ingin kepada kedudukan dan kemasyhuran. Maka terasalah kepadaku bahwa aku sedang berdiri di pinggir jurang yang curam , di atas tebing yang hampir gugur. Aku akan dijatuh ke neraka jika tidak segera merubah sikap. "

Demikian adalah kata2 Imam Ghazali ketika nama beliau sedang dijulang tinggi sebagai Hujjatul Islam. Beliau pula menjadi Guru dan rujukan para Ulama ketika itu disebabkan ketinggian ilmu beliau.

Mungkin ada pembaca musykil....... !!!

Bagaimanakah mungkin seorang ilmuan Islam yang kaya dengan berbagai ilmu - ilmu tafsir, hadith, lughah, nahwu, saraf. mantiq, bayan, sirah dll boleh menjadi riya' atau bercita2 mencari kemasyhuran?

Sungguh ajaib bukan...?

Bagaimanakah seseorang yang sarat dengan berbagai ilmu di dada mempunyai cita2 selain Allah? 
Bagaimanakah seseorang yang bergelar Alim Ulama boleh jadi tidak ikhlas? 
Bagaimanakah seseorang Alim besar tidak berupaya khusyu dalam Solat?

di manakah silapnya? 
di manakah kekurangannya? 
di manakah kecacatannya?

bersambung.... 
Insya Allah..

 

SIRI 2 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



[Quote="catatan penting"]
Bagaimana mungkin seorang ilmuan Islam yang kaya dengan berbagai ilmu - ilmu tafsir, hadith, lughah, nahwu, saraf. mantiq, bayan, sirah dll boleh menjadi riya' atau bercita2 mencari kemasyhuran?

Sungguh ajaib bukan...?

Bagaimanakah seseorang yang sarat dengan berbagai ilmu di dada mempunyai cita2 selain Allah? 
Bagaimanakah seseorang yang bergelar Alim Ulama boleh jadi tidak ikhlas? 
Bagaimanakah seseorang Alim besar tidak berupaya khusyu dalam Solat.?

di manakah silapnya? 
di manakah kekurangannya? 
di manakah kecacatannya? [/qoute]

===============================
Adakah keadaan di atas menjadi suatu kemusykilan?

Persoalannya : Adakah keberadaan ilmu yang banyak di dada disebabkan bacaan dan hafalan cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman dengan Tauhid yang benar?

Adakah semata2 dengan pengetahuan yang banyak itu mampu menjadikan seseorang itu bersifat zuhud, qanaah, wara', siddiq?

Adakah semata2 dengan bacaan2 dalil mampu menjadikan seseorang khusyu' di dalam solatnya?

Adakah semata2 dengan mentelaah kitab2, seseorang mampu melepaskan dirinya daripada 'ujub dan riya'?

Jawapannya ada di dalam kisah Ulama besar ini.....!

Imam Ghazali sangat mengetahui akan kewajipan khusyu' di dalam solat, kerana ianya dijadikan syarat orang beriman oleh Allah Ta'ala. Perhatikan ayat ini....

Firman Allah :

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. [Al-Mu'minoon : 1,2]

Beliau juga sangat arif akan bahaya riya' dan ujub, kerana ianya merupakan setengah dari syirik hati/ syrik maknawi

Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik tersembunyi (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad, hadits shahih)

Demikianlah di dalam semua persoalan yang beliau hadapi, beliau lebih mahir pengetahuannya, lebih bijak di dalam hujjahnya. Bahkan beliau sendiri memberi nasihat kepada manusia supaya bersifat dengan sifat2 kepujian dan kemuliaan itu. Ertinya beliau menyampaikan pada manusia suatu ilmu yang beliau sendiri tidak mampu melakukannya.

Bukankah ini suatu dosa yang sangat berat.? 
Bukankah ini suatu perbuatan yang akan dipertanggung jawabkan oleh Allah Ta'ala di kemudian hari?

Kesedaran kepada keadaan yang pincang inilah yang menjadikan Imam Ghazali sangat berdukacita dan jatuh sakit sepertimana kisahnya akan datang...

Wallahu A'lam

bersambung Insya Allah....


SIRI 3 :

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



sambung pertarungan Imam Ghazali dengan nafsu pangkat duniawi, ketinggian kedudukan, kemasyuran .....

Kata Imam Ghazali :

"Lama juga aku berfikir. Maka timbul keinginan untuk meninggalkan kota Baghdad dengan kesenangannya. namun kemudiaan urung juga, Hati masih ragu2. Keinginan keras di waktu pagi untuk menuntut kebahagiaan abadi, menjadi lemah di petang hari.....! Nafsu duniawi menarik hatiku kepada keduniaan, nama dan pengaruh.

namun iman berseru, : "bersiap lah, umur makin berakhir, sedangkan perjalanan masih jauh lagi. Ilmu dan amal kamu cuma sombong dan pura2 ; jika tidak sekarang, bilakah akan bersiap? "

Kemudian bertambah keras untuk bebaskan dirii, namun syaitan kembali pula syaitan, bisikkan : Ini hanya pemikiran sementara saja, jangan kau tinggalkan kedudukan yang tidak tinggi ini>"

Demikian lah aku terumbang-ambing di antara dunia dan akhirat, hampir 6 bulan, iaitu sejak bulan Rajab tahun 488H.

Akhir nya keadaan telah memuncak tak dapat lagi melakukan tugas mengajar. Untuk menyenangkan para mahasiswa, aku memaksa diri mengajar, namun tidak sepatah kata pun keluar dari mulutku. Hal ini sangat menyedihkan. Nafsu makan pun hilang, kesihatan merosot.

Akhir nya doktor pun sudah putus asa. Untuk penyakit di dalam hati, tidak lain obatnya melainkan istirehat, membebaskan hati dati segala yang menanggung nya, kata mereka...!

Dengan segnap jiwaku, hatiku menjerit kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Di ringkaskan kisah di atas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Imam Ghazali terumbang ambing antara "kemahuan Iman untuk meninggalkan jawatan dan uzlah di satu pihak "  dan  di pihak lain " nafsu pangkat dunia mencengkam supaya beliau terus kekal dengan jawatan beliau sebagai Guru Besar yang menjadi rujukan Ulama satu dunia.

🌷 Nafsu berkata : Jika engkau tinggalkan kedudukan engkau, tiada siapa pandang engkau lagi.  Kau akan hilang semua pengaruh dan kebesaran engkau.

🌷Iman mendesak :  Jika engkau tak berubah sekarang, engkau dalam bahaya besar....  bahaya terjun ke neraka.

🌷Ada beberapa kali beliau cuba gagah untuk  mengajar murid2 nya, tetapi ketika mula sessi pembelajaran, mulut beliau terkunci,  tak dapat berkata sepatah perkataan pun. 

🌷 Kesan dari perebutan Iman dan nafsu ini menjadikan beliau jatuh sakit. Doktor yang merawat beliau merumuskan tiada ubat untuk sakit Imam Ghazali ini.  Melainkan satu saja iaitu uzlah meninggalkan segala nya.

🌷Imam Ghazali terlantar sakit  dan tak dapat mengajar selama 6 bulan.

🌷  Pertarungan Iman dan nafsu ini menyebabkan Imam Ghazali menjerit mohon pertolongan Allah kerana tak mampu menanggung kesakitan misteri beliau.

🌷 Akhir nya Tuhan Yang Maha Pemurah menjawab rintihan qalbu Imam Ghazali.

bersambung kisah nya Insya Allah

 

SIRI 4 :

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Terumbang-ambing di antara dunia dan akhirat.

Demkian lah keadaan yang menimpa seorang Alim di dalam Agama, yang sangat mahir di dalam selok belok hukum syari'at, yang mampu memberikan fatwa kepada sesiapa sahaja, di dalam bab apa pun di dalam Agama.

Namun pada ketika telah masyur nama nya, beliau dapati diri beliau tidak ikhlas di dalam melaksanakan tuntutan Tuhan. Beliau insaf nafsu2 duniawi mendominasi di dalam diri beliau. Beliau mengalami kebimbangan yang amat sangat ketika mendapati ketiadaan khusyu' di dalam ubudiyyah nya kepada Allah Ta'ala.

Di sebabkan tekanan yang terus menerus yang menguasai jiwa, akhir nya Imam Ghazali jatuh sakit. Para tabib yang merawat beliau, tidak menemukan sebarang penyakit pada diri beliau yang boleh di ubati. Mereka cuma nasihatkan beliau rehat dan cari kedamaian hati.

Memang benar. Para tabib dan doktor hanya mampu melihat dan merawat penyakit zahir badan manusia. Mereka tidak mempunyai kemahiran mengetahui penyakit batin2 apalagi merawat nya.!

Demikian lah usaha terakhir Imam, setelah beliau dapati tiada jalan untuk mengubati dirinya yang tersiksa. Iaitu menghadap diri kepada Tuhan yang Maha Penyayang....!!!

Ketika dunia ini terasa sempit, ketika dada terasa hampir pecah, ketika tiada harapan lagi dari makhluk, maka ketika itulah insan akan kembali pada Tuhan, 
mengadu segala masalah pada Nya.... 
menangis dan merintih memohon keampunan Nya, 
bersuungguh mengharapkan Petunjuk dan Pertolongan Nya.

Maka akhirnya Allah Ta'ala mendatangkan jawapan-Nya kepada beliau. Kata Imam setelah Allah memperkenankan rayuan beliau,

==========================================================================


Berkata Imam Ghazali di dalam Kitabnya Munqiz Ala-Adh- Dholal :

"Dan akhir nya permohonan aku pun terkabul dan rela hati meninggalkan Baghdad, tempat kemuliaan, keluarga dan handai taulanku.

Aku berbuat-buat seakan-akan berziarah ke Makkah, padahal tujuanku ke negeri Syam. Aku khuatir Khalifah dan beberapa kenalanku tahu akan maksudku hendak tinggal di Syam. Akhirnya berhasillah aku keluar dari Baghdad dengan keadaan tidak menggemparkan dan dengan niat tidak akan kembali selama-lama nya."

[Munqiz Min-Ala-Dholal]

===================


Di sini ada beberapa perkara menarik perhatian tentang kata2 dan tindakan Imam Ghazali, untuk di jadikan renungan .!

Beberapa kunci kata untuk di perhatikan dari kata2 Imam Ghazali di atas: 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Berbuat-buat seolah2 ke Makkah padahal tujuannya ke Syam.!

🌷Meninggalkan Baghdad tanpa keadaan yang menggemparkan! 

🌷Niat tidak akan kembali selama-lamanya.!

Maksud Imam Ghazali adalah :

Beliau tak beritahu murid2 beliau akan ke Syam dan meninggalkan Baghdad terus, tidak akan kembali lagi untuk mengajar. 

Tujuan beliau berbuat demikian supaya orang tak tertanya2 tujuan beliau ke Syam.  Jika mereka tahu Imam Ghazali ingin meninggalkan terus Baghdad, tentu ramai muridnya akan terkejut dan tak setuju.  

Atau jika mereka setuju pun mungkin mereka akan buat Majlis Ucap Terima Kasih (seperti yang biasa dibuat oleh orang kebanyakan)

Imam Ghazali tak mahu suasana seperti itu.  Beliau tidak harapkan apa2 penghargaan.  Beliau tak ingin disanjung2 lagi. Sebab itu beliau berbuat seolah2 beliau ke Makkah, dengan demikian murid2 beliau tak syak apa2.

🌷Sebagaiman  huraiannya akan datang: 
Kata-kata dan tindakan Imam Ghazali di atas mencerminkan suatu kebijaksanaan dan ketinggian peribadi seorang yang sedang disanjung dan dimuliakan oleh manusia. 

🌷Kunci kepada memahami penilaian ini : 

Telah datang cahaya kebenaran ke dalam hati Imam Ghazali dari Tuhan Yang Maha Agung.

bersambung Insya Allah....

 

SIRI 5 :

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Imam Ghazali meninggalkan kota Baghdad


Setelah berhempas pulas selama 6 bulan, menghadapi tekanan perasaan dan hati yang sakit, berperang di antara kemasyuran, pangkat kekayaan yang di bisikkan oleh syaitan dan nafsu, maka akhirnya Al-Ghazali mendapat petunjuk untuk meninggalakan kota Bagdad, kota yang telah memberikan seribu kemasyuran dan kebanggaan!

Kata Imam Ghazali :

"Akhirnya aku berhasil keluar dari Baghdad dengan tidak menggemparkan. ...!

Penduduk Iraq tidak akan membenarkan tindakan aku ini. Tidak seorang pun mengira bahawa niatku meninggalkan kedudukan tinggi di Bagdad berdasarkan pertimbangan Agama. sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama. Hanya sampai situ saja pengenalan mereka. "
Demikianlah aku meninggalkan Baghdad, Harta benda habis aku bahagi-bahagikan, kecuali sedikit untuk bekal di jalan dan untuk anak2 yang masih kecil.

[Munqiz-Ala Adh-Adhollal]

Penjelasan dan Renungan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌷Maksud perkataan Imam Ghazali ini :

"sebab, pada tanggapan mereka kedudukan tadi adalah kedudukan yang tertinggi di dalam Agama"

adalah begini :

Selama ini penduduk Iraq menganggap Imam Ghazali sebagai tokoh Ulama yang sebenar. Bagi mereka Imam Ghazali ada contoh yang benar2 menduduki tempat tertinggi di dalam agama.

🌷Sekiranya mereka (penduduk Baghdad terutama murid2 beliau) mengetahui tindakan sebenar Imam Ghazali adalah kerana masalah krisis keruhanian yang beliau hadapi, mungkin mereka tidak akan membenarkan beliau pergi. Bahkan mereka tak akan percaya wujud krisis keruhanian pada diri Imam Ghazali.   Ini kerana pada sangkaan mereka Imam Ghazali telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam Agama. Tak mungkin beliau menghadapi krisis keruhanian.

🌷Imam Ghazali habis membahagi-bahagikan semua harta benda beliau.  Ini adalah menunjukkan azam, komitmen, keyakinan dan niat tulus ikhlas Imam Ghazali bagi uzlah dan khilwah pada jalan Ahli Sufi (seperti akan datang huraiannya)

🌷Imam Ghazali berhelah untuk berziarah ke Makkah padahal tujuannya adalah Syam bertujuan melindungi niat beliau yang ikhlas untuk mujahadah pada jalan keruhanian. Dan supaya tidak berlaku kegemparan di kalangan murid2 beliau.

🌷 Mengajar Agama dan berda'wah  adalah sebaik-baik pekerjaan kerana ianya adalah menyambung tugas Anbiya.

Imam Ghazali sedar akan hal ini, tetapi beliau insaf semua itu tiada ertinya dan akan menemui kebinasaan tanpa wujudnya kesucian Tauhid dan keikhlasan yang murni.

🌷Imam Ghazali meninggalkan segala kekayaan, pangkat , kemasyhuran dan kemuliaan pada sisi manusia di atas desakan Iman dan Tauhid.  Adakah ini bermakna Imam Ghazali mempunyai Iman yang lemah ketika itu?

Jika dipandang dari sudut Tauhid yang murni, begitulah keadaan nya Imam Ghazali pada saat itu.

Ilmu syari'at yang beliau miliki walaupun begitu tinggi, namun semua itu belum cukup untuk menjernihkan hati kepada Tauhid yang suci murni.  Sebaliknya semata2 ilmu syari'at telah membawa kepada syirik2 khafi - riya, 'ujub.

Inilah buktinya yang jelas sebagaimana kata2 Ahli Ma'rifat,  ilmu syari'at zahir (fiqh) semata2 tidak cukup untuk memperoleh Tauhid yang murni.  Ilmu Syari'at zahir ini mesti digandingkan dengan Ilmu Toriqah / Tasawwuf untuk memperoleh Tauhid yang murni, Tauhid yang sebenar Tauhid jauh dari semua macam syirik khafi dan mazmumah. 

Walaupun seseorang alim membaca dan mahir seribu kitab sekalipun,  walaupun dia hafal Qur'an serta ratusan ribu hadith sekalipun, walaupun dia mahir di dalam semua ilmu alat sekalipun...  namun dia tidak akan menjadi Arif,  tidak akan mengenal Allah dengan sebenar kenal.  (baca Tauhid yang murni) melainkan dia menaiki bahtera keruhanian di bawah pimpinan seorang Tabib Keruhanian yang mahir.  (Shaikh Mursyid @ Ahli Ma'rifat)

🌷 Sungguh banyak sekali petunjuk dan pengajaran berharga dari kisah seorang yang sudah pun bergelar Ulama Besar, Guru Besar dan Hujjatul Islam kepada generasi ummat kemudiannya, terutama mereka yang sudah bergelar Ulama (ulama fiqh semata2)

bersambung Insya Allah.


SIRI 6 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Imam Ghazali didalam Uzlah dan khilwah (pengasingan diri)


Kata Imam Ghazali di dalam kitab beliau "Munqiz Ala-Adh Dolal" :

"Di tanah Syam aku tinggal kira-kira dua tahun melakukan 'uzlah, khilwah,  riadah dan mujahadah menurut ilmu Tasawwuf yang telah aku pelajari. Semua itu untuk menjernihkan batin agar supaya mudah berzikir kepada Allah Ta'ala sebagaimana semestinya.

Lama aku beri'tikaf di masjid kota Damsyik di atas menara sepanjang hari dengan pintu tertutup.

Dari damsyik aku pergi ke Baitulmaqdis di mana setiap hari aku masuk Qubbatus-sajrah dan tinggal di situ dengan pintu tertutup. 

Akhirnya timbullah keinginan hatiku untuk ibadah haji berziarah ke Makkah, Madinah dan Maqam Rasullullah 
.

Kemudian kerana rindu untuk melihat anak-anak, pulanglah aku kembali ke rumah satu keadaan yang dahulunya tak pernah terlintas dalam hatiku.

Meski pun begitu namun aku tetap beruzlah, khilwah menjernihkan batin untuk berzikir. Berbagai peristiwa masa urusan keluarga dan keperluan hidup mempengaruhi tujuan dan merintangi kerjernihan khilwah. Hanyalah sewaktu-waktu sahaja dapat kesempatan yang sempurna namun tak putus asa dan khilwah dapat juga di jalankan. Yang demikian itu berlaku kira-kira 10 tahun.

[Munqiz Ala- Adh Dholal]

Penjelasan dan remungan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌷Setelah meninggalkan Baghdad  Imam Ghazali telah berbai'at kepada Shaikh Mursyid lalu masuk suluk @ khilawah @ uzlah terus untuk jangka waktu yang sangat lama. (lebih 10 tahun mujahadah sungguh2 pada jalan keruhanian)

Di dalam beberapa kitab Ulama lain di jelaskan bahawa guru pertama beliau pada Ilmu Keruhanian  (Toriqah dan Tasawwuf ) adalah Shaikh Abu Ali Farmadi.  Shaikh ini cuma dikenali sebagai tukang kasut.

🌷 Di dalam usaha beliau khilwah @ persulukan, terjadi berbagai rintangan dan cobaan. Tetapi di sebabkan keazaman yg kukuh, beliau terus hadapi nya dengan penuh kesabaran.

Ini adalah cobaan dan cabaran yang akan di hadapi oleh semua murid yang salik.  Mereka akan menerima ujian dan berbagai gangguan di dalam perjalanan nya.  Gangguan tersebut dari nafsu, syaiton, dunia dan makhluk akan cuba menghalang perjalanan nya kepada Tuhan Rabbul Jalil.

Istana yang bakal di capai adalah jauh lebih hebat dari segala macam istana atas muka bumi.  Raja yang menanti adalah Raja segala Raja yang mencipta dan memerintah alam semesta.

Untuk mencapai mutiara berharga itu sudah pasti banyak rintangan nya.  Hanya mereka benar2 jujur ikhlas dan cekal akan sampai destinasi terakhir itu.

🌷 Sewaktu khilwah @ uzlah, terjadi berbagai peristiwa menakjubkan yang beliau sendiri tak terfikir sebelum nya. Erti nya Allah Ta'ala membukakan bagi beliau beberapa banyak Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah,  ilmu hikmah kebijaksanaan, rahsia2 Ketuhanan dan rahsia2 makhluk yang amat banyak.

🌷 Di hujung persulukan @ khilwah, beliau mendapat kesimpulan kukuh berkenaan Ahli Sufi.   Beliau yaqin ahli Sufi @ Ahli Ma' rifat  @ Shaikh Mursyid @ Imam Toriqah adalah sebenar2 Ulama Warisatul Anbiya. 

Imam Ghazali mendapat keyakinan teguh bahawa mereka yang tersebut itu lah yang benar2 berpegang kepada tali Allah untuk memperoleh keredhaan Allah.

Bersambung kisah...  insya Allah

 

SIRI 7 (AKHIR)

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


IMAM GHAZALI TEMUI MUTIARA YANG TIADA TERNILAI HARGANYA.


Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab Munqiz Ala-Adh Dholal :

"Selama waktu berkhilwah itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin di istiqsa ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya )  Yang ku katakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum  Sufi (Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid )  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang di kehendaki Allah Ta’ala.  Merekalah  golongan yang paling utama cara2 hidup nya, paling tepat tindak laku nya dan paling tinggi budipekertinya. 

Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’,  semua itu di himpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil;  sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, di terangi cahaya Kenabian. 

Di dunia tiada cahaya yang lebih terang darinya. Pendeknya, apakah yang dikatakan orang tentang suatu di jalan yang dimulai – sebagai syarat pertama – dengan membersihkan hati, mengosongkannya sama sekali dari segala suatu selai Allah Ta’ala?  Sedang kunci pembuka pintunya laksana takbiratul ihram bagi solat ialah istighraq hati denga zikir kepada Allah.  Akhir nya sama sekali fana’ pada Allah Ta’ala ;  keadaan fana’ ini penutup bagi taraf pertama, yang hampir masih didalam batas ikhtiar dan kasab. Padahal ini sebenranya merupakan permulaan toriqat sedang yang sebelumnya itu hanya lah merupakan dihliz(kecil) menunjuk kepada nya.

Dari awal Toriqat ini mulailah peristiwa2 mukasyafah dan musyahadah hingga akhirnya dalam keadaan  jaga mereka dapat melihat Malaikat dan arwah para Nabi, mendengar suara mereka dan mendapat pelajaran dari mereka. Dari tingkat ini  naik pula ke beberapa tingkatan yang meninggi jauh di atas ukuran kata2.  Tiap usaha untuk melukiskannya dengan kata2 tentulah akan sia2, sebab setiap kata yang dipakai pastilah mengandung salah faham yang tak mungkin menghindarkannya.

Akhirnya sampailah ia ke darjat yang begitu dekat kepada-Nya, hingga ada orang yang hampir mengiranya “hulul”  atau “ittihad” atau “wusul”  semua kiraan itu salah dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami Al-Maqsidul Aqsa (Tujuan Terakhir).   Barangsiapa mengalaminya hanya akan dapat mengatakan bahawa itu suatu hal yang tak dapat diterangkan, indah, baik, utama, dan janganlah lagi bertanya.

Pendeknya barangsiapa yang belum dikurnia Tuhan mengalaminya belumlah ia mengenal haqiqat Kenabian.  Lebih dari namanya belaka. Sebenarnya karomah Auliya adalah bidayah Anbiya’  yang demikian itu adalah hal Rasulullah  
  ketika khilwah di bukit Hira’  hingga orang2 Arab berkata Muhammad jatuh cinta kepada Tuhannya. Hal ini dapat difaham dengan “zauq” oleh orang yang melalui jalannya. 

Adapun orang yang belum mengalaminya pun dapat juga memahami sekadarnya dengan sering bergaul dengan Kaum Ahli Sufi itu atau dengan membaca huraian2 seperti yang ada pada karangan kami, “Ajaaibul Qalb” (keajaiban Hati) iaitu sebahagian dari Kitab kami Ihya Ulumuddin.  Mencapai suatu pengertian dengan alasan dan bukti keterangan adalah ilmu namanya ;  mengalaminya bernama “zauq”  ;  dan menerimanya kerana yaqin (dengan penglihatan matahati - pent) adalah  Iman. Jadi adalah tiga darjat

Firman Allah :

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]

Di luar mereka adalah orang2 jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong.  Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَل َىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ (١٦)

"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.

[Muhammad (47) : Ayat 16]


أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya (23)

[Muhammad (47) : Ayat 23]

[Munqiz Ala-Adh Dholal]


PENJELASAN DAN RENUNGAN :
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷


🌷Imam Ghazali memperoleh mutiara Rahsia yang tak terhitung banyaknya hasil dari persulukan beliau mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat, yakni ilmu yang beliau tidak mendapatnya sebelum beliau memasuki dunia Ma'rifat. 

🌷Beliau berkata "tak mungkin dibahas ilmu yang kuperoleh dengan mendalam "  iaitu ilmu yang di- peroleh sewaktu suluk beliau kerana ianya merupakan hakikat Tauhid dan hakikat Ikhlas yang terpancar dari Cahaya Ketuhanan. Bukan semata2 teori aqal.  Tetapi Ianya merupakan Ilmu "zauq"  (ilmu pemerasaan hati dan ruh) dan ilmu ladunni (ilmu yang diajar oleh Allah Ta'ala kepada hamba2 pilihan nya) dan Ilmu Mukasyafah (ilmu yang terhasil pandangan ruh kepada  Zat Tuhan yang Laisa Kamithlihi Syai'un)

🌷Permulaan orang yang mendapat Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah adalah ketika pandangan matahatinya melihat fana' perbuatan makhluk (binasa sekalian perbuatan makhluk nibah kepada perbuatan Allah ta'ala).  Pada peringkat ini seseorang hamba Allah yang salik akan memperoleh Tauhid Af'al iaitu Tingkatan Pertama Tauhid pada jalan Ma'rifat Ilahiyyah.  Tauhid inilah permulaaan Tauhid yang murni, yang tiada lagi syirik khafi atau mazmumah di dalamnya.

🌷Imam Ghazali memperoleh Tauhid yang murni setelah mujahadah mengikut disiplin Sufi sedangkan sebelumnya beliau bergelumang dengan berbagai syirik khafi dan mazmumah yang tak dapat diengkari.

🌷 Imam Ghazali mendapat keyakinan yang pasti bahawa sesiapa yang belum memasuki dunia Ma'rifat, tidak akan memperoleh Hakikat Tauhid, tiada akan mengetahui hakikat Kenabian kecuali sekadar mengenal namanya saja.  Namun mereka yang belum memperoleh hakikatnya masih boleh memahaminya dan menerima kebenarannya dengan cara bergaul dengan Ahli Sufi.

🌷Selain dari mereka..... iaitu selain dari mereka yang mendapat hakikatnya dan juga mereka yang mengakui kebenaran Ahli Ma'rifat secara lisan ... selain dari mereka ini semua adalah golongan yang mengikuti hawa nafsu dan tertutup matahati mereka. (sebagaimana Firman Allah di atas tadi)

🌷Akhirnya Imam Ghazali membuat kesimpulan, tiada jalan yang lebih baik untuk memperoleh keredhaan Allah melainkan dengan mengikuti langkah2 Ahli Sufi kerana merekalah yang sebenar2nya mengikuti Rasul di dalam setiap gerak geri dan perlakuan Baginda.

🌷Wasiat dari pengalaman Imam Ghazali ini adalah suatu yang paling berharga bagi kita Ummat Islam.  Lebih2 lagi perutusan Imam Ghazali  ini adalah suatu peringatan paling penting kepada Ulama fiqh yang semata2 menitikberatkan hukum-hakam syari'at sedangkan Toriqat danTasawwuf diabaikan. Lihat dan ambil i'tibarlah wahai orang2 alim yang berasa hebat dengan ilmu sedikit yang kalian miliki .... Sedangkan Imam Ghazali yang memiliki ilmu2 Syari'at yang tinggi ;  hafal Qur'an, hafal ratusan ribu Hadith Nabi, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq, bayan, sirah dll,  masih belum merasai hakikat Iman sehinggalah beliau menjalani Jalan Ma'rifat,  apakah hebat ilmu kalian berbanding dengan Ilmu Ghazali itu?

🌷Mereka yang belum berpeluang memasuki Jalan Ma'rifat Ketuhanan kerana belum bertemu Shaikh Mursyid @ Guru keruhanian yang siddiq, masih berpeluang merasai pada pemikiran "keindahan Ma'rifat "  itu dengan cara bersahabat dengan orang2 yang pernah berdamping dengan Ahli Ma'rifat atau dengan cara mentelaah kitab2 Karangan Ahli Ma'rifat yang terkenal di kalangan Ahlus Sunnah seperti Imam Hasan Al Basri, Imam Sufyan Ath-Thawri,  Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Jilani, Imam Sazili, Imam Ibn Atho Illah, Imam Sayuthi, Imam Qastolani, Imam Qushairi, Imam Haithami dan ramai lagi Auliya Allah yang memperoleh kemuliaan tinggi di sisi Allah Ta'ala.  Moga ALLAH Ta'ala meredhai mereka sekaliannya.

Semoga Allah Ta'ala kurniakan kita ilmu sepertimana yang dianugerahkan kepada kekasih2-Nya.

Wallahu A'lam

 

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻   



 

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...