MEMAHAMI MAKNA "SYUHUD" SECARA MUDAH BAGI MURID

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MEMAHAMI MAKNA "SYUHUD" SECARA MUDAH BAGI MURID

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Dari sudut bahasa :
□□□□□□□□□□□□□


SYUHUD adalah istilah arab dari kata asal...

sha- ha- da

ertinya :

saksikan,
lihat,
tengok,
memandang


Dari sudut Istilah Ma'rifat
□□□□□□□□□□□□□□□□□

SYUHUD

Pada istilah Ma'rifat... "syuhud"  bermakna melihat @ menyaksikan @ memandang Wajah Allah yang "Laisa Kamithlihi Syai'un" (yang tiada umpama sesuatu sepertinya)

Orang yang sampai maqam ini dipanggil "ahli musyahadah"  dan pangkatnya "Khalifah Khususiyyah"


Siapa yang dikatakan ahli musyahadah?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Siapakah yang mendapat "syuhud" ini?

Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli Musyahadah?

Ringkasnya...   Syuhud dan Musyahadah TIDAK sama dengan pengertian dari sudut fahaman awam.

Ianya suatu maqam Tauhid yang khusus serta sangat istimewa pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.


Seseorang murid akan memperoleh "syuhud" @ "maqam musyahadah" ini setelah dia melalui peringkat2 Latihan Khusus ini...


PERTAMA:  ZIKRULLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zikr Qalbi
Zikr Lataif
Zikr Ruhani
Zikr Nurani
Zikr Nafas
Zikr Nafi Ithbat



KEDUA : MURAQABAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekurang2 ada 40 Tingkatan Muraqabah yang mesti dilalui oleh salikin.

Muraqabah Ahadiyah
Muraqabah Ma'iyyah
Muraqabah Aqrabiyyah
Muraqabah Ma'budiyyah
Muraqabah Muhibbah

Muraqabah Zat Sarfi
(20 tingkatan)

Muraqabah Mutlaq
(20 tingkatan)



KETIGA : MUSYAHADAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Musyahadah Mutlaq
2. Musyahadah Mujalisah
3. Musyahadah Mutoli'ah
4. Musyahadah Mukafahah
5. Musyahadah Muqobilah
6. Musyahadah Mukasyafah


KEEMPAT : ZIKR RUH DAN TAJALLI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Tak boleh di sebut.)


………………………………………………………

Cuba perhatikan tingkatan2 di atas ...  syuhud / musyahadah itu pada Tingkatan ke-3 pada susunan kenaikan Ma'rifat.   Syuhud yang tertinggi adalah pada Musyahadah Mukasyfah dan inilah maqam syuhud yang " tahqiq".

Pada maqam syuhud ini lah seseorang dikurniakan oleh Allah memandang Wajah Allah Yang Maha Suci di Hadratul Quddus, (Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci ) di atas Arasy.

Tidak ada bahasa dapat menggambarkan keadaan tersebut.  Kelazatan bertemu Tuhan Rabbul Jalil di atas Arasy lebih lazat dari segala kelazatan yang diciptakan oleh Allah.  Mereka adalah tetamu Allah, kekasih Allah yang bersenang2 berserta  Allah. Tiada dukacita apa pun menyelubungi mereka, tiada ketakutan apa pun mengganggu mereka. Mereka telah lepas dari semua macam gangguan makhluk.  Wajah mereka seri2 kegembiraan.

Ahli Ma'rifat menyebut inilah "syurga" yang disegerakan bagi Arif Billah. Mereka telah saksikan Wajah Allah ketika di dunia ini lagi.  Mereka telah dikurniakan syurga sebelum syurga di akhirat.

Gambaran ini adalah umpama Rasul kita Mi'raj bertemu Allah Azza Wa Jalla, di Arasy. 

Perbezaannya adalah bagi Rasulullah secara khusus, adalah pertemuan dan penyaksian ini secara zahir batin.  (jasad dan ruh)  sedangkan bagi Rasul2 lain dan Ahli Ma'rifat pertemuan tersebut adalah dengan "ruh"  sahaja.

Jika kalian dapat faham serta yaqin akan peristiwa Mi'raj Nabi, maka tiada sebab kalian menolak hakikat pertemuan dan penyaksian Arif Billah ini.
…………………………………………………………

Kini mungkin kalian dapat sedikit gambaran,  bahawa syuhud / musyahadah BUKAN barang mainan untuk kita sembang2 pasar.  

Ia suatu maqam khusus, terlebih khusus dan TIDAK DIBENARKAN MURID2 MUBTADI (permulaan) atau MURID MUTAWASSIT (pertengahan) membincangkannya atau bahaskannya. 

Cukup sekadar mengambil faham dan membenarkan maqam2 Ahli Ma'rifat tersebut

………………………………………………………

Setakat itu dulu penjelasan ringkasnya...  Moga dapat gambaran asas perjalanan Ahlillah @ Ahli Ma'rifat dan maqam2 mereka.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...