H10 : SIRI 361 - SIRI 400 : AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ

 SIRI 361


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 16:  Mursyid dan Kerajaan Ma’rifat


Pada setiap zaman, berlaku dua macam Pemerintahan di atas muka bumi:

Pertama  :   Pemerintahan Kerajaan Ahli Ma'rifat

Kedua     :   Pemerintahan Kerajaan Duniawi


Kerajaan Ma’rifat adalah Kerajaan Ghaib Pilihan Allah (disebut juga sebagai Majlis Wali-Wali) yang Di-Pilih Khusus oleh Allah bagi mentadbir dunia keruhanian manusia.  Merekalah Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar.  Kerajaan Ma’rifat tidak boleh dimasuki oleh anasir-anasir kotor dan keji.  Jinn syaitan atau nafsu tidak akan mampu memasukinya.  


Ertinya Pemerintahan Kerajaan Ma’rifat sentiasa dipimpin oleh hamba-hamba Allah yang telah disucikan batin mereka daripada sebarang bentuk kesyirikan atau kekejian dan dinaikkan Maqam mereka ke Maqam Quddus — sentiasa muwajihah akan Allah Ta’ala (memandang Wajah Allah).  Mereka sentiasa di dalam keadaan ubudiyyah dan ketaatan zahir batin.  Mereka menjunjung tinggi hukum-hakam Syari’at Allah dan adab-adab Ma’rifat. 


Sedangkan Kerajaan Duniawi adalah Kerajaan negara bangsa yang mentadbir urusan kehidupan manusia.  Kerajaan Duniawi ini ada kalanya dikuasai dan diperintah oleh hamba-hamba Allah yang bertaqwa.  Mereka adalah Ahli Ma’rifat dan Kekasih Allah dari Kerajaan Ma’rifat sebagaimana disebutkan di atas.  Pada ketika yang lain ia dikuasai dan diperintah oleh manusia fasiq, sesat, munafiq atau kafir. 


Ringkasnya kami katakan di sini…

Rasulullah ﷺ dan Khulafa Ar-Rasyidin memerintah kedua-dua Kerajaan, iaitu Kerajaan Ma’rifat_ dan Kerajaan Duniawi.  Pada hayat mereka masing-masing, merekalah yang memerintah Dunia Ma’rifat dan pada masa yang sama mereka juga menjadi Khalifah Kerajaan Dunia yang menguruskan kehidupan manusia menurut Undang-Undang Allah.  Inilah Kerajaan yang dipenuhi Limpahan Rahmat Allah, Limpahan Cahaya Keimanan, Petunjuk Allah dan Kasih-Nya. 


Masyarakat Arab dan dunia seluruhnya diliputi keamanan.  Namun setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, Kerajaan Duniawi tidak lagi diperintah oleh Ahli Ma’rifat.  Mereka mengasingkan diri dari perebutan kuasa oleh manusia-manusia tamak dan gila kuasa.  Mereka hanya menumpukan kepada usaha pembinaan insan-insan yang bertaqwa menurut Kehendak Allah dan Rasul-Nya. 


Golongan yang tamak kuasa menjadikan “kepimpinan Ummat” dan “kekuasaan Pemerintahan” sebagai bahan rebutan.  Mereka berlumba-lumba dan saling berbunuhan demi mencapai pangkat, kedudukan dan dunia yang hina.  Orang yang menang di dalam perebutan kekuasaan tersebut, kemudiannya memerintah negara dengan kefasikan, kezaliman dan kekufuran.  Mereka memerintah menurut hawa nafsu dan syaitan. Mereka habiskan wang rakyat dan negara dengan berfoya-foya, muzik, arak dan perempuan.  Mereka menangkap dan menyiksa orang-orang beriman yang cuba mendirikan kebenaran.  Inilah perangai ahli politik yang berlumba-lumba merebut kekuasaan, saling menuduh, adu domba, saling memfitnah, melakukan penipuan dan pendustaan sehingga bunuh-berbunuhan demi mencapai dunia yang hina.


SIRI 362


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 16:  Mursyid dan Kerajaan Ma’rifat

sambungan....


Zaman pemerintahan yang zalim, kufur dan keji ini telah pun diberi gambaran oleh Junjungan Rasulullah ﷺ bahawa akan datang zaman-zaman yang dipenuhi dengan kezaliman — manusia diperintah oleh Pempimpin-pemimpin zalim, fasiq dan kafir.


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas Kehendak Allah (beberapa tahun).  Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia Kehendaki.  Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang mengikuti jejak Baginda ﷺ), yang ada atas Kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya.  Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada atas Kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya.  Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada atas Kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya.  Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian), kemudian Nabi ﷺ diam.”

[Imam Ahmad]


Ini suatu fakta Agung berkenaan Pemerintahan Kerajaan Ma’rifat atau disebut Majlis Wali-Wali:


Bahawa sesungguhnya Kerajaan Ma’rifat tidak akan rosak atau musnah kerana ianya di dalam Pemeliharaan Allah Ta’ala.  Pemerintahan Kerajaan Ma’rifat ini akan tetap wujud sampai Qiamat, diperintah silih berganti oleh sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar).


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Ilmu tersebut (iaitu Ilmu Rahsia yang tersangat rahsia) dimasukkan kepada Nabi ﷺ pada malam Baginda ﷺ Mi'raj kepada Tuhannya.  Rahsia itu tersembunyi di dalam diri Baginda ﷺ di balik tiga ribu tabir hijab.  Baginda ﷺ tidak membuka rahsia tersebut melainkan kepada sebahagian pengikut Baginda ﷺ yang sangat cinta dengan Baginda ﷺ.  Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari Qiamat."

[Sirrul Asrar]


Ini bermakna pada hakikatnya Islam tak pernah jatuh.  Tidak pernah mundur.  Tidak pernah musnah.  Keagungan Islam tetap bersinar dengan Pemerintahan Kerajaan Ma’rifat yang ditadbir oleh sekalian Mursyid Pewaris Nabi, dan ini akan tetap berterusan sampai Qiamat.  


Adapun Islam yang kelihatan pada zahirnya jatuh bangun dan musnah, itu adalah Kerajaan Duniawi yang zahir yang mentadbir kehidupan manusia.  Apabila negara bangsa dikuasai dan diperintah oleh pemimpin-pemimpin fasiq, zalim atau kafir, lalu diikuti oleh rakyatnya…. maka runtuhlah segala peradaban Agama, runtuhlah nilai-nilai kemanusiaan, runtuhlah Tauhid dalam diri mereka sehingga mereka hidup bagaikan haiwan yang tiada peraturan, undang-undang dan adab.


SIRI 363


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 17:  Mursyid dan Karomah


Rasul dan Nabi Di-Teguhkan Kedudukan mereka oleh Allah Ta’ala dengan Mu’jizat  sedangkan Mursyid Pewaris Nabi Di-Teguhkan Kedudukan mereka oleh Allah Ta’ala dengan Karomah.  Fahami haqiqat ini.  Mu’jizat dan Karomah yang haq, kedua-duanya daripada Allah Ta’ala.  Ertinya perkara luar biasa yang terjadi kepada mereka serta melemahkan orang-orang yang membuat sepertinya…. ini semata-mata daripada Allah Ta’ala dan BUKAN dari usaha ikhtiar mereka. 


Allah Ta’ala Kurniakan berbagai Mu’jizat kepada Rasul dan Nabi untuk menunjukkan kebenaran mereka bahawa mereka adalah sebenar-benar Utusan Allah dan sebagai Pertolongan Allah kepada mereka bagi mengalahkan orang kafir.  Demikian juga Allah Ta’ala Kurniakan kepada sekalian Mursyid Pewaris Nabi berbagai Karomah bagi memperteguhkan kedudukan mereka dan menunjukkan kepada manusia kebenaran bahawa mereka sememangnya Pewaris Nabi yang menyambung Risalah Nabi ﷺ dan bukan pendusta. 


Maksud di sini, Karomah bukan suatu yang dibuat-buat oleh Mursyid Pewaris Nabi, tetapi ianya benar-benar merupakan Kurnia Allah kepada mereka pada saat-saat tertentu bagi memperteguhkan kedudukan mereka dan sebagai penunjuk kepada Ummat Islam bahawa mereka adalah Pewaris Nabi yang Benar dan bukan pendusta. 


Hal ini berbeza (jauh bezanya) dengan Ahli Sihir, Ahli Nujum, Bomoh dan seangkatannya yang melakukan berbagai keajaiban dengan menggunakan bantuan iblis dan tentera-tenteranya.  Fahami hakikat ini sungguh-sungguh supaya kamu tidak terpedaya dengan iblis dan kuncu-kuncu dia dari kalangan jinn dan manusia.  


Demikian lagi kebenaran ini wajib diperhatikan sungguh-sungguh agar tidak terpedaya dengan Mursyid PALSU, Sufi PALSU, Ahli Ma’rifat PALSU yang menyamar di sebalik perbuatan-perbuatan sihir.  Mereka menyamar sebagai Mursyid dan menunjuk-nunjuk berbagai keajaiban dan kesaktian seperti kemampuan untuk memegang api dengan tangan, tetak tangan dengan parang tajam, menyelam di dalam air berjam-jam, menunjuk-nunjuk kemampuan terbang sana sini, kemampuan untuk hilang dari pandangan dan lain-lain perkara yang membuat manusia tercengang dan terpesona.  Mereka tertipu dan menipu daya Ummat. 


Penjelasan lebih lanjut berkenaan istilah “Karomah”, Pembahagian KaromahKaromah yang haq dan batil akan dihuraikan lebih lanjut pada bahagian-bahagian akan datang.  In Shaa Allah.


SIRI 364


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 18:  Tingkatan Mursyid


Setiap Mursyid Pewaris Nabi mempunyai Maqam dan Martabat masing-masing, tidaklah sama semuanya.  Ketinggian seseorang Mursyid bergantung kepada ketinggian keruhanian yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada beliau.  Berikut kami sebutkan secara ringkas, 4 tingkatan Mursyid.


(1) Mursyid Maqam Asma’

•  Ini serendah-rendah tingkatan Mursyid. 

•  Telah menerima pancaran Cahaya Asma’ - mencapai Maqam Tauhid Asma'.

•  Diizinkan memimpin Jama'ah Suluk selama 10 hari Sahaja. 

•  Mampu memimpin murid sampai kepada Maqam Tauhid Af'al atau setinggi-tingginya kepada Maqam Tauhid Asma' Sahaja. 


(2) Mursyid Maqam Sifat

•  Ini adalah Mursyid tingkatan ke-2.

•  Telah menerima pancaran Cahaya Sifat – Mencapai Maqam Tauhid Sifat.

•  Diizinkan memimpin Jama'ah Suluk selama 20 hari.

•  Mampu memimpin murid sampai kepada  Maqam Tauhid Sifat.


(3) Mursyid Maqam Zat

•  Ini adalah Mursyid tingkatan ke-3.

•  Telah menerima pancaran Cahaya Zat Allah - Mencapai Maqam Musyahadah Zat.

•  Diizinkan memimpin Jama'ah Suluk selama 40 hari.

•  Mampu memimpin murid sampai Maqam Tauhid Zat (mengikut tingkatannya).


(4) Mursyid Kamil Mukaamil

•  Ini adalah Maqam Mursyid yang tertinggi, iaitu Mursyid yang mencapai maqam kesempurnaan pada Ma'rifat.

•  Memperoleh Maqam Tajalli Zat.

•  Boleh Memimpin Jama’ah Suluk selama 40 hari.

•  Boleh memimpin manusia sehingga penghabisan Maqam Tauhid Zat atau Tajalli Zat.

•  Bilangan yang sampai ke Maqam Kaamil (sempurna) ini amat sedikit pada satu-satu zaman.  Tetapi pasti wujud, pada setiap zaman sampai Qiamat.


Catitan Penting:


(1)  Tingkatan tersebut di atas adalah pembahagian menurut Maqam Tauhid, iaitu empat macam Tauhid.  Pada setiap tingkatan itu terdapat pecahan-pecahan Tingkatan lagi. 


(2)  Setiap orang Mursyid yang Siddiq (Benar) yang Di-Zahirkan oleh Allah mempunyai tanggungjawab dan amanah yang berat.  Beliau bukan saja perlu memelihara keluarga sendiri, tetapi lebih dari itu perlu korban masa, tenaga, wang ringgit demi memelihara Ummat ini.


(3)  Setiap Mursyid yang Siddiq (Benar) akan tetap istiqomah mematuhi hukum-hukum dan Syari'at dan adab-adab Ma'rifat.


(4)  Maqam-maqam Mursyid ini tidak boleh diminta-minta dan tidak boleh ditolak apabila mendapat isyarat pelantikan. 


(5)  Untuk mengenali Mursyid yang Siddiq (Benar) seseorang perlu mengetahui syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang yang digelar Mursyid.  Di samping itu mereka perlu istikharah mohon petunjuk Allah.


(6)  Setiap Mursyid yang Siddiq adalah di dalam pemeliharaan Allah Ta'ala (Mahfuz).   Ertinya mereka berpegang teguh dengan hukum Syari'at dan adab Toriqat.  Walau bagaimanapun kemungkinan terjadi kesilapan-kesilapan kecil padanya, namun beliau akan Taubat pada ketika itu juga.


(7)  Setiap Muslim wajib berusaha mencari Mursyid yang akan membimbingnya kepada Hidayah Allah dan keimanan.


SIRI 365


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fakta 19:  Berpegang Teguh dengan Syari’at dan Toriqat Rasulullah ﷺ


Sesungguhnya fakta ini merupakan sebahagian dari sifat Mursyid yang Benar, terbeza dari Mursyid PALSU.  In Shaa Allah akan datang penjelasan lanjut.


Sebagaimana kami sebutkan pada Muqaddimah kitab ini, setiap Mursyid adalah Pilihan Allah Ta’ala, BUKAN pilihan manusia, BUKAN pilihan pemerintah Negara, BUKAN pilihan Jabatan Agama, BUKAN pilihan parti-parti politik atau lain-lain – mereka ini semua tiada kaitan dan tiada kuasa apa pun di dalam pemilihan dan perlantikan seorang Mursyid Pewaris Nabi.  Bahkan Guru mereka (yang merupakan Mursyid Pewaris Nabi yang mempunyai Silsilah perguruan sampai Rasulullah ﷺ) juga tiada kuasa apa-apa untuk menentukan seseorang sebagai Pewaris Nabi.  Ia semata-mata Pilihan Allah yang Di-Ilhamkan oleh Allah kepada Gurunya yang 'Arif. 


Oleh yang demikian Mursyid BUKAN Ulama politik kotor dunia, Mursyid BUKAN guru silat, Mursyid BUKAN ahli hakikat palsu, Mursyid BUKAN perawat sakti, Mursyid BUKAN ahli silap mata, Mursyid BUKAN guru ilmu abjad, Mursyid BUKAN Ahli Petapa  (reiki, budi suci, kundalini, cakra dan lain-lain yang jelas berlawanan dengan Ahlus Sunnah).  Sebaliknya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah semata-mata hamba Pilihan Allah yang mewarisi Rasulullah ﷺ, berpegang teguh kepada Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ijma Qias Ulama. 


Mereka adalah Ulama Billah, Kekasih Allah yang berpegang teguh kepada hukum-hakam Syari’at dan adab-adab Ma’rifat.  Mereka bersungguh-sungguh mempertahankan  Syari’at  dan Toriqat Rasulullah ﷺ.  Mereka tidak sewenang-wenang melanggar  Syari’at  sebaliknya merekalah yang menanggung dan mempertahankan  Syari’at  Rasulullah ﷺ dengan nyawa mereka.  Mereka tidak akan “menjual Agama” dengan harga yang murah sepertimana yang dilakukan oleh “Ulama” politik dunia yang keji.  Mereka tidak sesekali memutarbelitkan ayat Al-Qur’an demi sesuap dunia yang hina. 


Mana-mana Guru yang mendakwa diri dia Mursyid atau orang lain mengangkat dia sebagai Mursyid tetapi TIDAK memenuhi syarat-syarat seorang Mursyid, TIDAK mematuhi Peraturan dan Adab Ma’rifat. , TIDAK berpegang kepada hukum Syari’at   atau adab Toriqat yang telah ditetapkan oleh Masyaikh terdahulu, maka dia BUKAN Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar.  Sebaliknya dia adalah Mursyid PALSU atau Sufi PALSU atau Pendusta Agama.


Menurut Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, sufi PALSU dan Guru PALSU lebih merbahaya dari Guru sesat kerana Guru yang tersesat jalan sudah dikenali orang ramai sebagai sesat, maka manusia akan menjauhinya.  Sedangkan Mursyid PALSU atau sufi PALSU adalah di dalam penyamaran sehingga orang awam tertipu dan masuk perangkap iblis.  Akan datang penjelasan lanjut bab ini pada halaman-halaman akan datang. In Shaa Allah.


SIRI 366


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 20:  Mursyid dan Maqam Kewalian


Setiap seorang Mursyid menduduki Maqam Kewalian, iaitu Kekasih Allah sebagaimana Allah Ta’ala menyebut berkenaan para Auliya Allah.  Mereka tiada takut apa pun, melainkan Allah.  Mereka sentiasa di dalam keadaan Mukasyafah - melihat Zat Allah Yang Maha Suci di Hadratul Quddus (Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci) tanpa kaifiyyat apa pun mampu menyatakan Keberadaan-Nya.


Firman Allah Ta'ala:


أَلاۤ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ.  ٱلَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.  لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِي ٱلْحَياةِ ٱلدُّنْيَا وَفِي ٱلآخِرَةِ لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ ٱللَّهِ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ


"Ketahuilah!  Sesungguhnya para Auliya Allah itu, tidak ada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  Mereka (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman (Mu'min sejati) serta mereka pula sentiasa bertaqwa (sebenar-benar Taqwa).  Bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan di Akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.”

[Yunus (10) : Ayat 62-64]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:

"Sesungguhnya mereka yang benar-benar beriman (mencapai Keimanan Sejati) adalah Auliya Allah (Kekasih Allah) yang tiada takut apa pun terhadap sesuatu yang mendatang, dan tiada dukacita terhadap suatu yang mereka tinggalkan di belakang.  Kemudian Allah tegaskan lagi bahawa mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang beriman (benar-benar beriman) dan bertaqwa (sebenar Taqwa) kepada Allah.  Kalimat “ٱلْبُشْرَىٰ" (Al-Busyra), khabar gembira bermaksud dua macam kebahagiaan; Pertama:  Kebahagiaan di dunia dengan mendapat mimpi-mimpi benar.  Kedua:  Jaminan masuk syurga (tanpa hisab).  Yang demikian itu adalah jaminan Allah kepada mereka.  Dan itulah sebesar-besar kemenangan."

[Tafsir Ibn Abbas]


Maksud perkataan Ibn Abbas Radhiallahu Anhu “benar-benar beriman” adalah:  

Orang-orang yang telah mencapai Keimanan sejati, Tauhid yang hakiki yang suci bersih daripada segala macam syirik (Syirik Khafi), Mazmumah (sifat keji).  Mereka telah mencapai Tingkatan Maqam Tauhid Af’al yang suci bersih daripada sekalian (Syirik Khafi) (syirik tersembunyi) - Takabbur, ‘Ujub, Riya’, Sum’ah, Tawakkal bi Ghairillah.  Mereka juga suci bersih daripada segala macam kekejian seperti khianat, dusta, adu domba, fitnah, mengumpat dan lain-lain.  Allah Ta’ala Memilih mereka dan Anugerahkan mereka beberapa banyak kelebihan mengatasi manusia-manusia lainnya. 


SIRI 367


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 20:  Mursyid dan Maqam Kewalian

sambungan.....


Semua macam kemuliaan, kelebihan dan kebaikan ini tidak akan tercapai melainkan seseorang mujahadah menurut Jalan Ma’rifat – satu-satunya Jalan Suci Rasulullah ﷺ, menurut Syarat-syarat dan adab-adabnya, dengan penuh keikhlasan mencari Wajah Allah semata-mata dengan pimpinan Guru yang benar-benar ‘Arif, iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Kalimah "ٱلْبُشْرَىٰ" (khabar gembira) ditafsirkan oleh Ibn Abbas Radhiallahu Anhu dengan dua macam kebahagiaan.  Maksud beliau dengan dua macam kebahagiaan adalah dua macam “Syurga”, iaitu:  Syurga pertama adalah Syurga di Akhirat (setelah kematian).  Syurga kedua adalah “Syurga yang disegerakan” di dunia ini lagi, iaitu “Syurga melihat Allah” atau disebut "Syurga berserta Allah” atau disebut “Syurga berkasih-kasih dengan Allah” sehingga mereka tiada cita-cita apa pun selain Allah.  Mereka tiada takut apa pun ketika hayat mereka di dunia ini, hanya Allah semata-mata.


Mereka inilah Kekasih Allah yang sentiasa mendapat Rahmat, Perlindungan dan Keselamatan.  Mereka sentiasa Di-Dalam Pemeliharaan Allah daripada kesesatan atau kesalahan-kesalahan.  Mereka Di-Pelihara oleh Allah daripada terjerumus kepada dosa-dosa besar atau kefasikan.  Tetapi kemungkinan terjadi kesalahan-kesalahan kecil yang Di-Taqdirkan oleh Allah ke atas mereka.  Walau bagaimanapun, mereka akan bertaubat pada seketika itu juga.  Bagi Rasul dan Nabi, hal ini dinamakan Ma'sum dan bagi Auliya Allah yang lain, ia dinamakan Mahfuz.  


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Para Nabi dan Wali Allah tidak luput dari kegelinciran.  Hanya para Nabi adalah Ma'sum terpelihara dari dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Sedangkan para Wali Allah tidaklah Ma'sum  tetapi mereka adalah di sebut Mahfuz, Di-Pelihara oleh Allah daripada dosa-dosa besar setelah darjat kewaliannya sempurna."

[Sirrul Asrar]


SIRI 368


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3:  Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq



Fakta 20:  Mursyid dan Maqam Kewalian

sambungan.....


Sekalian hamba Allah yang Di-Pilih oleh Allah menjadi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, adalah Auliya Allah.  Namun mereka tidak dimasyhurkan sebagai  Auliya Allah ketika mereka masih hidup.  Gelaran  Auliya Allah hanya dimasyhurkan ke atas mereka setelah kewafatan mereka.  Ini adalah penjagaan agar istilah  "Auliya" Allah tidak digunakan sewenang-wenang oleh Guru PALSU.  Sufi PALSU atau Mursyid PALSU gemar menggunakan gelaran-gelaran kewalian untuk mengaut keuntungan duniawi atau kerana ingin masyhur pada pandangan manusia. 


Masyaikh Ahlus Sunnah sangat tegas di dalam hal ini kerana Sufi PALSU atau Mursyid PALSU menipu Ummat Islam dan membawa mereka kepada kesesatan. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian di dalam hal ini.  Iaitu seorang Mursyid yang telah mencapai _Maqam Kewalian_ yang luar biasa tingginya mungkin mengisytiharkan akan kewalian beliau apabila beliau menerima isyarat Petunjuk Allah.  Namun perkara ini amat jarang terjadi.  Di dalam Sejarah Ummat, di antara Mursyid yang mengisytiharkan kewalian beliau (setelah menerima Petunjuk Allah) adalah:  


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, kata beliau:


“  قدمی ھذه علی رقبة کل ولی الله  “  


"(Tapak kakiku berada di atas tengkuk sekalian  Auliya Allah)."


Sememangnya terbukti beliau telah mencapai Maqam Kewalian yang amat tinggi.  Bukti kebenaran kata-kata beliau adalah:  Ketika beliau isytiharkan demikian di Kota Baghdad, maka seketika itu juga sekalian Mursyid-mursyid satu dunia dapat mendengar suara beliau lalu mereka menundukkan kepala mereka tanda mereka akur kepada Ketinggian beliau sebagai Mahkota Auliya.

[Nukilan:  Kitab Qala'id Al-Jawahir - Shaikh Yahya Tadhifi]


Demikianlah 20 Fakta Agung berkenaan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang sempat kami nukil berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ berserta Tafsir _Ulama Ahlus Sunnah yang Mu’tabar_…. di antaranya Ulama-ulama Agung yang harum nama mereka sepanjang zaman; Ibn Abbas, Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi Ridhwanullah Alaihi Ajmain dan lainnya yang tiada siapa pun layak mempertikaikannya. 


Adapun mereka yang seringkali mempertikaikan kewujudan Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), serta mempertikaikan berbagai kemuliaan yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada mereka, hanyalah Golongan Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (Rafidhi), Sekular dan lain-lain yang telah buta dari melihat kebenaran.  Wal Iyazubillah.  Sesungguhnya yang buta itu bukanlah buta mata kepala, tetapi yang buta itu adalah buta “mata hati”.  Hati mereka telah menjadi kelam, gelap, buta dan mati.  Wal Iyazubillah.


Firman Allah:


وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًۭا 


“Barang siapa yang  buta (Hatinya) di dunia ini, nescaya di Akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).” 

[Al-Isra’ (17) : Ayat 72]


Firman Allah:


 فَاِنَّهَا لَا تَعْمَى الْاَبْصَارُ وَلٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوْبُ الَّتِيْ فِى الصُّدُوْرِ


"Sesungguhnya bukan mata (kepala) itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." 

[Al-Hajj (22) : Ayat 46]


SIRI 369


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq


Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama


Sebelum melihat Dalil-dalil berhubung dengan Mursyid, sila baca terlebih dahulu penjelasan di atas berkenaan “Definisi” dan “Fakta-fakta penting berhubung dengan Mursyid” dengan teliti sebagaimana kami kemukakan di atas berdasarkan tafsiran dan pendirian Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya sepanjang zaman.  


Tanpa mengetahui asas-asas penting ini, seseorang akan membantah mengikut hawa nafsu, dia akan menafikan akan kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Benar.  Mereka akan menafikan sekeras-kerasnya menurut nafsu dan bisikan syaitan sebagaimana yang dilakukan oleh golongan jahil dari golongan Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (Rafidhi), golongan Sekular (Liberal) dan golongan cerdik pandai Universiti yang jahil.  


Berikut adalah sebahagian daripada dalil berkenaan kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Benar, menurut tafsiran dan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sepanjang zaman. 


Dalil 1: Firman Allah:


ۗ مَن يَهْدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلْمُهْتَدِ ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ وَلِيًّۭا مُّرْشِدًۭا 


"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang Di-Sesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang Wali yang Mursyid.  (Penolong yang dapat menunjukkan jalan yang benar kepada-Nya).”

[Al-Kahfi (18) : Ayat 17]


Pada kalimah ....“وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا" (“Waliyyam-Mursyida") terdapat faedah, iaitu "Wali Mursyid" digambarkan sebagai Wakil Allah, Penolong Allah, Khalifah Rasulullah ﷺ, Kekasih Allah untuk memimpin manusia kepada Ketuhanan.  Sehingga jadilah ungkapan Waliyyam-Mursyida bermaksud Wakil Allah yang menunjukki jalan lurus, jalan suci, jalan kebenaran.  Jalan ini tidak lain melainkan Manhaj yang diwariskan oleh Junjungan Besar Rasulullah ﷺ kepada Hamba-hamba Pilihan Allah yang khusus. 


Menurut Ahli Ma'rifat, pengertian ini menjelaskan wujud Wakil Allah atas muka bumi yang mesti diikuti untuk memperoleh kebenaran dan kesucian dari Rahmat Allah  — kebaikan dunia akhirat.  Allah Ta'ala Mengurniakan mereka Maqam Nubuwwah yang terpancar dari Nur Muhammad — suatu isyarat bahawa, Wali Mursyid ini adalah sentiasa Di-Dalam Petunjuk Allah dan pimpinan ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.  Mereka berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah Baginda ﷺ dan menyebarkan Agama yang benar (Ahlus Sunnah yang benar) serta Rahmat Allah kepada seluruh dunia sepanjang zaman setelah kewafatan Baginda ﷺ.


Al-Imam Sultan Auliya, Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berikan definisi yang paling lengkap berhubung dengan Mursyid, yang juga dikenali sebagai “Ahli Sufi” dan “Ahli Ma’rifat”. 


Berkata Sulton Auliya Al-Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Mursyid) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia Di-Anugerahi oleh Allah pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan Di-Naikkan ke Maqam lebih tinggi serta Di-Sucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. 

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


SIRI 370


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 2: Firman Allah:


قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 


“Katakanlah: ‘Inilah jalan-ku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati).  Maha Suci Allah!  Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin.” 

[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]


Al-Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau :

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Benar) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ yang akan mewarisi Ilmu batin Baginda ﷺ dan kebijaksanaan Baginda ﷺ dan yang akan berada hampir dengan Allah, (dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat).  Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.” ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid )

[Tamat nukilan kitab Sirrul Asrar]


Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini berkenaan “Definisi Mursyid”, Generasi pertama Mursyid adalah Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Ummar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Ridhwanullahi Alayhi Ajma’in.  Moga Keredhaan dan Rahmat Allah Ta’ala tercurah atas mereka.  Daripada merekalah mengalir sekalian Ilmu zahir dan batin, hikmah dan rahsia Ketuhanan kepada Generasi Mursyid, Pewaris Nabi yang sebenar berikutnya, kerana mereka (Khulafa Ar-Rasyidin) telah menghirup wangian Hikmah Agung daripada Rasulullah ﷺ. 


Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang kedua, ketiga dan seterusnya datang bersilsilah sambung-menyambung daripada mereka (Khulafa Ar-Rasyidin).  Silsilah Rasulullah ﷺ terus hidup bersinar sehingga saat ini dan tetap akan bersambung sampai Hari Kesudahan. 


Berkata Imam Jilani Radhiallahu Anhu lagi:

Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak manusia kembali kepada Allah dengan "pandangan yang terang nyata", di dalam ayat Al-Qur'an ini disebut basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ).  Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka kepada mata hati para Auliya Allah.  Basirah tidak akan terbuka dengan Ilmu zahir (Syari'at) sahaja, tetapi wajib disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasilnya Ladunni yang Di-Kurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya.  Untuk memperoleh "mata hati" ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli Basirah,  iaitu  mengambil talqin dari seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.

[Sirrul Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]


Penjelasan Tambahan:

Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa perkara:


(1)  Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang membawa manusia kepada kebenaran, iaitu membawa manusia Ma'rifah — Mengenal Allah dan Ubuduiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.


(2)  Allah Ta'ala Perintahkan kepada Rasulullah ﷺ untuk menyampaikan khabar kepada seluruh Ummat manusia bahawa "Jalan" yang Baginda ﷺ bawa itulah Jalan Sebenar yang membawa kepada Allah dengan selamat.  Jalan selainnya akan membawa kesesatan, kesyirikan dan kekafiran.


SIRI 371


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 2: Firman Allah:

sambungan....


(3)  Rasulullah ﷺ juga Di-Perintah menyampaikan kepada Ummat bahawa selepas Baginda ﷺ akan datang Pewaris-Pewaris Baginda yang tetap berdiri pada "Jalan" yang Baginda ﷺ telah merintisnya.  ( أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ).  Mereka inilah yang dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, Sahabat, Khalifah, Imam, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang menanggung Amanah serta mempertahankan kesucian Agama Allah sampai Qiamat.


Apabila diperincikan, maksudnya adalah:

Para Sahabat Ridhwanullah dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti mereka lagi  — sambung-menyambung sampai Qiamat.  Ini yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ.  Ertinya maksud "pengikutku" itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada seluruh Angkatan Pimpinan Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat.  Angkatan Mursyid ini juga dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang Sebenar, Khalifah dan Sahabat Rasulullah ﷺ.  


(4)  Di dalam Ayat Al-Qur'an ini ungkapan "هَذِهِ سَبِيلِي" (Inilah Jalanku) adalah isyarat kepada "Jalan Ma'rifat", "Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar", "Jalan Menuju Allah yang sebenar" yang menghimpun kedua-dua Syari'at zahir (Syari'at ) dan Syari'at  batin (Toriqat) Rasulullah ﷺ.  


(5)  Ungkapan " عَلَى بَصِيرَةٍ" (penyaksian mata hati yang amat jelas) itu adalah isyarat kepada Tauhid hakiki yang terbit dari hati yang telah benar-benar suci bersih, iaitu suci bersih dari Syirik Khafi, mazmumah dan ghaflah.  Inilah Tauhid sebenar yang dituntut setiap Muslim mencapainya.  Hati yang benar-benar suci bersih dan mata hati yang terbuka kepada Ketuhanan ini hanya tercapai setelah seseorang amalkan kedua-dua Ilmu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.  


(6)  Basirah (mata hati) hanya diperoleh dengan amalkan kedua-dua Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat)).  Mereka yang tidak mengambil kedua-dua Ilmu (Syari'at dan Toriqat) Rasulullah ﷺ) dan tidak pula amalkannya dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq, maka selamanya akan bergelumang di dalam syirik (Syirik Khafi), mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) kerana mereka tidak mempunyai jalan untuk sucikan hati mereka, maka tiadalah mereka memperoleh mata hati.  Mereka TIDAK memiliki mata hati, maka mana mungkin mereka Mengenal Allah dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.   


(7)  Ungkapan "وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ" (Dan bukanlah aku dari golongan Musyrikin) adalah isyarat dan penegasan semula akan kewajipan hapuskan Syirik Khafi dari hati untuk memperoleh Tauhid yang benar, iaitu WAJIB keluar dari Takabbur, Ujub, Riya', Sum'ah dan tawakkal kepada makhluq.  Semua macam Syirik Khafi ini TIDAK mungkin dibuang dari hati melainkan dengan Proses Penyucian hati dan ruh dengan Jalan Ma'rifat — dengan cara amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan mengambil talqin dari "Ahli Basirah" — Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  (“Musyrikin” di dalam ayat tersebut BUKAN ditujukan kepada penyembahan berhala yang zahir, sebaliknya maksudnya tertuju kepada "penyembahan" kepada "berhala hati" yang disebut Syirik Khafi .  Ini kerana tak mungkin orang beriman sembah berhala yang berbentuk fizikal seperti patung, busut, matahari, bulan, bintang dan sebagainya).


SIRI 372


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 3: Firman Allah:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ


"...supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang Di-Beri Ilmu Pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]


Menurut Ahli Ma’rifat, Isyarat dari Ayat Al-Qur'an ini ditujukan kepada Mursyid yang Siddiq — Pewaris Nabi yang sebenarnya.  Allah Ta'ala Kurniakan mereka ilmu yang khusus serta mengangkat darjat mereka melebihi manusia-manusia lain.  Mereka Di-Limpahi Cahaya Nubuwwah ke dalam batin mereka sehingga dengan Cahaya itu mereka mampu membezakan haq dan batil serta memimpin manusia kepada kesucian dan kebenaran mutlaq. 


Imam Ghazali Radhiallahu Anhu menamakan mereka (Mursyid yang Siddiq) di beberapa tempat sebagai Ahli Sufi.  Di tempat lain beliau menamakan mereka sebagai "Ahli Ma’rifat".  Maksudnya apabila Imam Ghazali Radhiallahu Anhu menyebut nama "Ahli Sufi" atau "Ahli Ma'rifat".... yang beliau maksudkan adalah "Mursyid yang Siddiq".


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:

"Selama waktu khilwah (uzlah menurut Manhaj Ahlus Sunnah) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin di istiqsa (membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya).  Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar-benar yaqin, Ahli Sufi (Mursyid yang Siddiq) itulah yang benar-benar telah menempuh jalan yang Di-Kehendaki Allah Ta’ala.  Merekalah golongan yang paling utama cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.   


Bahkan andai kata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil sebab segala gerak-geri mereka (Ahli Sufi) baik zahir maupun batin, Di-Terangi Nur Nubuwwah (Cahaya Kenabian) sebagaimana Firman Allah: 

 

 يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ


"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang Di-Beri Ilmu Pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...." 

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11] 

[Tamat nukilan kata-kata Imam Ghazali dari kitab Munqiz Min-Adh-Dholal]


SIRI 373


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 4: Firman Allah:


 وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِين


"(Wahai orang-orang yang beriman)!  Hendaklah kamu berserta dengan orang-orang yang Siddiq (Benar)."

[At-Taubah (9) : Ayat 119]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Perintah Allah ini  وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِين  adalah bermaksud: Bersertalah kamu dengan orang-orang seperti Abu Bakr, Umar dan Sahabat-Sahabat Rasulullah ﷺ .”

[Tafsir Ibn Abbas]


Para Ulama mentafsirkan: “berserta dengan orang yang benar” adalah Allah Ta’ala Perintahkan orang-orang beriman sentiasa berserta dengan Rasulullah ﷺ, para Sahabat dan orang-orang seperti mereka (yang datang kemudian), iaitu mereka yang benar-benar beriman dan tinggi Taqwa mereka.  Mereka bukan pendusta, sebaliknya mereka adalah orang yang Siddiq (Benar).  Mereka mempertahankan kesucian Agama Allah sampai Qiamat.  Mereka inilah Mursyid Pewaris Nabi yang Di-Kurniakan oleh Allah Maqam Nubuwwah. 


Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Yang Di-Kehendaki istilah “orang yang Siddiq” adalah: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.”

[Risalah Ma’rifat]


Sekalian Mursyid yang Siddiq, yang Di-Pilih Khusus oleh Allah menjadi Pewaris Nabi, adalah termasuk di dalam rangkaian “orang-orang yang Siddiq” yang sentiasa di dalam kebenaran.  Dengan demikian Perintah Allah ini adalah umum meliputi sekalian orang-orang beriman sampai Qiamat. 


Sesungguhnya Maqam “Siddiqin” adalah Maqam Ma’rifat (Tauhid) yang tertinggi.  Ini serupa dengan beberapa istilah istimewa, mulia dan suci iaitu: Maqam Ihsan, Maqam Taqwa yang tertinggi, Maqam Mukasyafah dan Maqam Hadratul Quddus.  Para Sahabat Ridwanullah adalah orang Mu’min Pilihan Allah yang menduduki Maqam yang tertinggi ini.  


Demikian juga apabila dikatakan “Sahabat”, ia tidak terhenti pada sekalian Sahabat Rasulullah ﷺ yang hadir pada hayat Baginda, sebaliknya mereka yang dikatakan "Sahabat Rasulullah ﷺ" adalah orang-orang Mu’min Pilihan Allah yang Di-Angkat oleh Allah ke Maqam Quddus dan Di-Kurniakan mereka ilmu, hikmah dan kekuatan bagi menanggung Amanah Allah atas muka bumi sampai Qiamat.  Merekalah Pewaris Nabi yang Benar yang sentiasa Di-Dalam Pimpinan Allah dan Ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.


SIRI 374


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 5: Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah Limpah Kurnia (dari Allah semata-mata).”

[Faathir (35) : Ayat 32]


Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah bagi Firman Allah [Faathir (35) : Ayat 32] yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat “yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid yang benar-benar Kenal Allah dan telah mencapai Ma’rifat yang tinggi, iaitu mencapai martabat Tauhid yang hakiki.  Mereka adalah Pilihan Allah yang khusus bagi memimpin Ummat Islam setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.  (Rujuk Tajuk Risalah kami bertajuk “Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat” atau Risalah bertajuk “Suluk Menurut Ahlus Sunnah”).


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang Di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari Pengajaran-Nya”.  Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan Ilmu Hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. 


Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga Kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki Ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ"

[Tamat petikan kitab: Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


SIRI 375


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 6: Firman Allah:


وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًۭا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًۭٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ 


"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Di-Redhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa.  Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.  Dan barang siapa yang kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

[An-Nur (24) : Ayat 55]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:

“Allah Ta’ala menjanjikan kepada para Sahabat Rasulullah ﷺ, bahawa Allah Ta’ala akan Kurniakan mereka kemenangan atas muka bumi, sebagaimana Allah Ta’ala Kurniakan Kekuasaan kepada Bani Israi’l.”

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu:

“Ibn Al-Arabi dan sahabat-sahabatnya mengatakan Ayat Allah ini adalah dalil Kekhalifahan Khulafa Ar-Rasyidin.  Allah yang mengangkat mereka sebagai Khalifah, sekaligus Meredhai Amanah itu diserahkan kepada mereka.  Ini kerana merekalah yang berpegang teguh kepada Agama yang Di-Redhai Allah.  Mereka sandarkan hal ini dengan hadith yang diriwayat oleh Safinah (budak Rasulullah ﷺ), dia berkata: 


“Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ, bersabda: “Kekhalifahan setelahku akan berlangsung selama 30 tahun, setelah itu menjadi pemerintahan raja-raja.  Safinah berkata, "Pegang olehmu Kekhalifahan Abu Bakar yang berlangsung selama 2 tahun, Kekhalifahan Umar yang berlangsung selama 10 tahun, Kekhalifahan Uthman yang berlangsung selama 12 tahun, dan Kekhalifahan Ali yang berlangsung selama 6 tahun."  Menurut saya (AI-Qurthubi): Keadaan ini tidak khusus untuk para Khalifah yang empat sahaja, sehingga mereka dikhususkan dari keumuman ayat tersebut.  Yang benar semua kaum Muhajirin pun sama dengan mereka di dalam hal ini, bahkan orang (beriman) yang lain juga.”

[Tafsir Al-Qurtubi]


Diringkas pengertiannya, Firman Allah di atas menunjukkan Janji Allah kepada Khulafa Ar-Rasyidin dan orang-orang yang mengikuti mereka di dalam keimanan, ketaqwaan dan budi pekerti pada zaman kemudiannya.  Iaitu mereka yang mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin yang kemudiannya dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat dan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka termasuk di dalam istilah “Khalifah Rasulullah” dan “Sahabat Rasulullah” sesuai dengan hadith Baginda ﷺ:   


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tidak akan masuk Neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku.  Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun.  Maka sesungguhnya mereka itulah Khalifah-khalifahku (Pewarisku) pada menyampaikan Syari'atku dan memimpin Ummat-ku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar.  Dengan syarat mereka tetap pada Syari'atku."  

[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]


SIRI 376


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 6: Firman Allah:

sambungan....


Penjelasan: Hakikat “Khalifah” Rasulullah ﷺ:

Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah (tepatnya setelah Sayyidina Hasan Radhiallahu Anhu melepaskan jawatan beliau sebagai Khalifah kepada Muawiyah), pengganti-pengganti Nabi ﷺ untuk memimpin Ummat dan mendidik mereka kepada Ketuhanan mengambil bentuk dan pola hidup tersendiri yang benar-benar menepati Kehendak Allah dan Rasul-Nya, sehingga Pewaris Nabi yang sebenar dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Imam, Shaikh dan panggilan-panggilan yang lain sesuai dengan kemuliaan sebagai pewaris Nabi yang haq!   


Mengapakah demikian? 


Ini kerana istilah dan pangkat “Khalifah” telah dicemari.  Kedudukan dan pangkat Khalifah yang sepatutnya dibina di atas Ketaqwaan dan Takut kepada Allah, telah menjadi rebutan manusia-manusia tamak dan gila kuasa.  Manusia-manusia tamak ini lupa akan Amaran Allah dan Rasul-Nya dan saling berbunuhan semata-mata untuk menjadi penguasa atau pemerintah.  Mereka menamakan diri mereka sebagai “Khalifah” atau “Amirul Mu’minin” sedangkan pada haqiqatnya mereka hanyalah ahli politik yang tamak kuasa, kedudukan dan pangkat-pangkat duniawi yang hina (melainkan sedikit sahaja).  Pemerintahan mereka ini yang diisyaratkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai  “عَاضًا  مُلْكًا" (Pemerintahan yang menggigit, Pemerintahan zalim, kuku besi, fasiq)


Sementara Ulama Billah (Ulama Allah - Ulama Pewaris Nabi yang sebenar) yang memegang Amanah Nabi ﷺ mengasingkan diri dari perebutan kuasa politik dan kekacauan nafsu manusia-manusia yang fasiq, zalim dan keji.  Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq ini membentuk satu sistem pendidikan yang tersendiri berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ yang suci tanpa dicemari fahaman-fahaman sesat dan pembuat bid'ah Khawarij, (wahhabiyyah sekarang), Syi’ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariah dan lain-lain.  Mereka jauhkan diri daripada ahli politik keji dan pemerintah-pemerintah zalim serta kuncu-kuncu mereka dari kalangan “Ulama As-su” (Ulama jahat), Ulama dunia, Ulama nafsu. 


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Dalam semua itu mereka (para Pewaris Nabi) mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai 'golongan Tasawwuf ' (Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat) yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda ﷺ.  Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ.”

[Sirrul Asrar]


SIRI 377


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 6: Firman Allah:

sambungan....


Kesimpulan dari penjelasan ini adalah:


1.  Maksud Firman Allah di atas “…….. وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ ” tidak terhenti kepada Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin semata-mata tetapi bersambung kepada “Sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ” yang datang sesudah kewafatan Baginda ﷺ yang mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang Di-Sucikan oleh Allah Ta’ala dan Di-Angkat Darjat mereka oleh Allah Ta’ala.  Mereka mengambil ilmu dari para Sahabat dengan jalan yang tertib penuh beradab.  


2.  Mereka mengikuti sepenuhnya jejak Rasulullah ﷺ dan sahabat di dalam keimanan dan ketaqwaan.  Mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang Siddiq.  Mereka inilah sebenar “Khalifah Rasulullah ﷺ” dan BUKAN manusia-manusia tamak dunia yang menguasai dunia politik yang hina tetapi memakai nama “Khalifah”. 


3.  Zaman sesudah tamatnya Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah dikenali sebagai “ مُلْكًا عَاضًا ”, iaitu Pemerintahan yang menggigit, Pemerintahan zalim, kuku besi dan fasiq.  Mereka BUKAN Khalifah Rasulullah ﷺ meskipun mereka menamakan diri sebagai Khalifah (kecuali sedikit daripada mereka yang Taqwa dan Amanah). 


4.  Manusia-manusia yang tamak dan cinta dunia serta gila kuasa untuk mencapai pangkat dan kedudukan di dalam pemerintahan, saling membuat fitnah, adu domba dan berbunuhan semata-mata untuk mencapai dunia yang hina…. Mereka ini TIDAK sesekali masuk ke dalam istilah “Khalifah Rasulullah.”  Mereka hanyalah pendusta yang menipu diri sendiri dan menipu Ummat yang bodoh.


5.  Manusia politik yang tamak ini sejak dulu sampai zaman ini sama sahaja.  Mereka menggunakan “Ulama-ulama jahat” untuk manipulasi ayat Al-Qur’an agar sesuai dengan nafsu politik mereka lalu mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam. 


Mereka sewenang-wenang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut selera nafsu politik lalu mendakwa “Ini dari Allah.”  Orang-orang tamak kuasa ini tidak sedikit pun takut Amaran Allah Ta’ala.  Mereka ke sana ke mari melaungkan “negara Islam”, “Daulah Islamiyyah”, “Hudud Hudud Hudud” dan lain-lain slogan yang sedap didengar.  Sedangkan pada hakikatnya semua itu hanyalah slogan sementara untuk meraih sokongan.  Ketika mereka diberi kekuasaan dan kedudukan, segala slogan indah hilang serta-merta.  Ucapan dan slogan mereka ketika itu berubah menjadi sama seperti ucapan pemimpin-pemimpin fasiq dan zalim.  Wal Iyazubillah.  Kami mohon Perlindungan Allah daripada termasuk golongan tertipu dan menipu daya ini.


SIRI 378


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 7: Firman Allah:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱبْتَغُوٓا۟ إِلَيْهِ ٱلْوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُوا۟ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 


“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.”

[Al-Maaidah (5) : Ayat 35]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:

“Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan apa yang Di-Perintahkan oleh Allah kepada-Mu.  Dan carilah jalan untuk mencapai Darjat yang tinggi di Sisi-Nya.  Takwil yang lain adalah: Carilah tingkatan-tingkatan Ibadah yang menjadikan kamu Qurbah, mendekatkan diri kepada Allah melalui amal soleh.  Dan berjihadlah (bersungguh-sungguh) untuk mewujudkan ketaatan kepada-Nya supaya kamu selamat dari Kemurkaan dan Azab-Nya dan supaya kamu mencapai keyakinan (keimanan yang tinggi).”

[Tafsir Ibn Abbas]


Menurut Ahli Ma’rifat, yang dikehendaki dengan Wasilah pada ayat ini adalah Pemimpin yang membimbing manusia kepada Allah Ta’ala.  Rasulullah ﷺ, adalah Pemimpin Agung yang menunjukki Jalan kepada Allah Ta’ala.  Maka dikatakan Baginda ﷺ adalah Wasilah untuk sampai kepada Allah Ta’ala.  Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Amanah memimpin manusia dan menunjukki Jalan kepada Allah ditanggung oleh sekalian Pewaris Baginda yang Siddiq.  Maka dikatakan Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Wasilah kepada Allah Ta’ala.


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Ya anakku, wajiblah kamu bertaqwa kepada Allah dan wajib pula kamu mempunyai Wasilah, ya’ni pemimpin pada Jalan Ma’rifat (Jalan menuju Allah yang sebenar) dan wajib pula bersungguh-sungguh pada Jalan Ma’rifat itu kerana banyak pekerjaannya (amal soleh yang wajib ditunaikan) dan banyak pula rintangannya dan kepayahannya (banyak halangan untuk mengerjakan Ibadah dan keta’atan serta mencapai Ketaqwaan yang Di-Perintahkan).”

[Risalah Ma’rifat – Jilid 1]


SIRI 379


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 7: Firman Allah:

sambungan......


Penjelasan Tambahan: Pengertian Wasilah atau Rabitah


Berikut adalah penjelasan ringkas berkenaan Wasilah (dikenali juga sebagai Rabitah), sekira-kira memadai bagi mereka yang masih keliru atau dikelirukan oleh orang-orang jahil.  Moga memperoleh faham.


Dari segi Bahasa:

Perkataan Wasilah ( الْوَسِيلَةَ ) berasal dari kata: وَصَلَ، يَصِلُ، واصِلَةً yang bererti:

Menghubungkan, menyambungkan, menggabungkan, menyertakan, membawa, mengangkut, menarik suatu kepada suatu yang lain sarana sampai kepada suatu matlamat.  


Dari segi Istilah:

Perkataan Wasilah ( الْوَسِيلَةَ ) (dan juga istilah Rabitah) adalah ditujukan kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang memimpin manusia kepada Allah Ta’ala, iaitu Pemimpin yang membimbing manusia bagi mencapai Tauhid yang hakiki, Iman yang sejati, Ma’rifat yang suci murni.  


Sesungguhnya Rasulullah ﷺ adalah Wasilah Agung bagi sekalian manusia, khususnya Ummat Islam yang beriman.  Pada hayat Rasulullah ﷺ, Bagindalah yang menjadi Wasilah bagi para Sahabat Baginda, iaitu Pemimpin yang membimbing, mengasuh dan mendidik para Sahabat sehingga mencapai Tauhid yang hakiki, menjadi hamba-hamba yang Di-Redhai Allah.  Tanpa Pimpinan Rasulullah ﷺ, para Sahabat tak mungkin Kenal Allah dan tak mungkin mereka melakukan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala dengan tulus hati.  Maka dikatakan Rasulullah ﷺ adalah Wasilah bagi Sahabat mencapai Matlamat Tauhid dan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala.


Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, para Sahabat Baginda khususnya Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah Alaihi Ajma’in menjadi Wasilah bagi Ummat (di dalam erti kata memimpin mereka kepada Allah).  


Kemudian setelah kewafatan Khulafa Ar-Rasyidin, para Imam-Imam Tabi’in menjadi Wasilah bagi Ummat.  Setelah kewafatan Tabi’in, para Imam Tabiit-Tabi’in pula menjadi Wasilah bagi Ummat.  


Demikian seterusnya bersambung-sambung Wasilah (pimpinan Pewaris Nabi) ini dari satu Generasi Ummat kepada Generasi Ummat berikutnya, tiada putus sampai Qiamat.  Dan mereka inilah yang dikatakan sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, pengganti Rasulullah ﷺ bagi mendidik Ummat manusia kepada Allah Ta’ala.


Dengan perkataan lain, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah sebaik-baik Wasilah kepada Allah Ta’ala kerana hanya mereka (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memiliki kelayakan memimpin manusia dengan selamat kepada Allah Ta’ala.  Tiada manusia mampu berserta Allah dan tiada manusia mampu memimpin manusia kepada Allah melainkan mereka telah terdidik menurut Jalan Ma’rifat oleh Gurunya yang benar-benar 'Arif, yang beliau sendiri telah menerima didikan dari Guru beliau yang mempunyai Silsilah sampai kepada Junjungan Rasulullah ﷺ.  


SIRI 380


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 8: Firman Allah:


وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّـٰلِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰٓئِكَ رَفِيقًۭا 


"Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang Di-Anugerahi Nikmat oleh Allah, iaitu; Nabi-Nabi, para Siddiqin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh.  Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."

[An-Nisaa’ (4) : Ayat 69]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Barang siapa mentaati Allah di dalam Kefardhuan-Nya dan menta’ati Rasul ﷺ di dalam Sunnahnya, mereka itu di dalam Syurga nanti akan bersama dengan Nabi Muhammad ﷺ dan Nabi-Nabi yang lain dan Siddiqin, iaitu para Sahabat utama Rasulullah ﷺ dan mereka yang mati Syahid dan mereka yang Solihin dari kalangan Ummat Rasulullah ﷺ."

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Orang-orang Solihin adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang (kekal) beramal Zikrullah dan Muraqabah, iaitu orang yang benar-benar taat akan Allah dan Rasul-Nya.”

[Risalah Ma’rifat siri 1]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu:

“Lafaznya mencakup setiap orang Soleh dan mereka yang Syahid.”

[Tafsir Qurtubi]


SIRI 381


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan....


Dalil 9: Firman Allah:


يَوْمَ نَدْعُوا۟ كُلَّ أُنَاسٍۭ بِإِمَـٰمِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَـٰبَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًۭا وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًۭا


“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap Ummat dengan Pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.  Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

[Al-Isra (17) : Ayat 71-72]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Pada Hari Qiamat, setiap Ummat akan dibangkitkan bersama dengan Pemimpin mereka, iaitu Nabi mereka.  Riwayat lain takwilkan: Dengan buku catatan masing-masing.  Riwayat lain mengatakan: Bersama dengan Penyeru mereka yang selalu mengajak mereka kepada Jalan Petunjuk dan Penyeru kepada jalan Kesesatan."

[Tafsir Ibnu Abbas]


Dari perkataan Ibn Abbas Radhiallahu Anhu, kita dapat memahami bahawa setiap manusia dibangkitkan di Mahsyar bersama-sama dengan Pemimpin mereka masing-masing.  Jika Pemimpin mereka adalah Siddiqin dan Solihin, maka mereka dibangkitkan bersama Pemimpin tersebut.  Jika Pemimpin mereka adalah orang fasiq atau zalim atau kafir, maka mereka akan dibangkitkan bersama dengan Pemimpin-pemimpin mereka masing-masing dari kalangan fasiq atau zalim atau kafir.  Hal ini tiada perselisihan. 


Maka demikianlah orang-orang beriman yang menjadikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sebagai Pemimpin mereka, mereka akan dibangkitkan bersama Guru mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mempunyai Silsilah Rasulullah ﷺ akan  berhimpun di bawah panji-panji besar Rasulullah ﷺ bersama-sama murid mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas murid mereka dan Gurunya pula jadi saksi atas Beliau... demikian sambung-menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah ﷺ sendiri.  Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk syurga oleh Rasulullah ﷺ bertali-tali atau berantai-rantai, sebagaimana Isyarat Hadith:


Rasululllah ﷺ bersabda:


عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ. 


Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai (bertali-tali).” 

[Imam Bukhari]


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Yang dimaksudkan dengan  السَّلاَسِلِ (berantai-rantai) adalah: Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ yang bersambung dari seorang Ahli Silsilah kepada Ahli Silsilah di atasnya sampai Rasulullah ﷺ.”

[Risalah Ma’rifat]


SIRI 382


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama


Dalil 10: Firman Allah:


وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًۭا 


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari dengan mengharap Keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”

[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 28]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Allah Ta’ala Memerintahkan Rasulullah ﷺ sentiasa berserta orang-orang yang menyeru kepada Allah (Zikir kepada Allah), pagi dan petang, yang dimaksud di sini adalah Sayyidina Salman Al-Faris  Radhiallahu Anhu berserta Sahabat lain (Ahlus Suffah yang miskin dan dhaif) yang mengharap Keredhaan Allah dan jangan berpaling dari mereka kerana mengharap perhiasan dunia yang ditawarkan oleh kaum kafir Quraisy, maksud di sini Uyaynah Ibn Hisn al-Fazari.”

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Ayat ini memerintahkan agar orang beriman berserta dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mereka itu sentiasa berzikir kepada Allah pagi dan petang (iaitu setiap masa berzikir dan ubudiyyah kepada Allah semata-mata kerana mencari Keredhaan-Nya).”

[Risalah Ma’rifat]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu:

“Firman Allah ini sama dengan Firman Allah di dalam Surah Al-An’am Ayat 52:   


  وَلَا تَطْرُدِ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَهٗ ۗ


'Dan janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru kepada  Tuhannya (berzikir dan beribadah) pagi dan petang (terus-menerus), sedang mereka menghendaki Keredhaan Allah semata-mata.' ”


SIRI 383


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama


Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Salman Al Farisi Radhiallahu Anhu berkata, “Datang seorang mu'allaf kepada Rasulullah ﷺ iaitu: Uyainah bin Hasn dan Al-Aqra' bin Habis, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, sungguh jika Engkau duduk di tengah-tengah ini dan Engkau sandarkan kami kepada mereka para roh sengsara.  (Yang mereka maksud adalah Sayyidina Salman Al-Farisi, Abu Zar Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in dan orang-orang miskin dari kalangan kaum Muslimin), kerana pada mereka jubah dari bulu dan tidak ada yang lain (hal keadaan mereka yang sangat dhaif dan miskin).  Maka kami duduk dekat denganmu, kami berbincang dengan Engkau dan kami mengambil apa-apa daripada Engkau.'  Maka turun Firman Allah ini: [Al-Kahfi : Ayat 27,28,29] 


Maka bangunlah Nabi ﷺ untuk mencari mereka (iaitu mereka yang Allah Ta’ala Perintah supaya berserta dengan orang-orang menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang), hingga mendapati mereka di bahagian hujung Masjid hal keadaan mereka sedang berzikir kepada Allah, lalu Baginda ﷺ bersabda, 'Segala Puji bagi Allah yang belum mematikanku hingga Memerintahkan kepadaku agar bersabar dengan orang-orang dari Ummatku, Bersama-Mu di dalam kehidupan dan Bersama-Mu di dalam kematian.' ”


Menurut Imam Al-Hasan: وَلَا تَعْدُ عَيْنٰكَ عَنْهُمْۚ “Jangan kedua matamu melampaui mereka (jangan abaikan mereka dan jangan meremehkan mereka) semata-mata kerana mencari keindahan dunia.”


Pendapat lain mengatakan:

“Jangan mencela mereka (jangan menghina mereka disebabkan kemiskinan mereka atau kerana mereka hanya memakai pakaian lusuh).”


Dari Adh-Dhahhaq Radhiallahu Anhu, dari lbnu Abbas Radhiallahu Anhu, Perintah Allah  وَلَا تُطِعْ مَنْ اَغْفَلْنَا قَلْبَهٗ عَنْ ذِكْرِنَا “adalah larangan mengikuti permintaan Umayyah bin Khalaf Al-Jumahi.  Orang ini meminta kepada Nabi ﷺ agar Baginda ﷺ jauhkan Sahabat Baginda ﷺ yang miskin (Ahlus Suffah ) yang sentiasa Bersama Baginda ﷺ agar tokoh-tokoh Quraisy dapat mendekat kepada Baginda ﷺ.  Golongan kafir Quraisy ini adalah فُرُطًا, iaitu melampau batas, lalai, fasiq dan zalim.”

[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]


SIRI 384


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....




Asbabun-Nuzul:

Sebab turun Firman Allah ini ([Al-Kahfi (18 ) : Ayat 28]) disebutkan oleh Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu di bahagian lain Tafsirnya iaitu Surah Al-An’am Ayat 52.  Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu.  (Beliau mengutip kata-kata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu dan lainnya):


“Orang-orang musyrik berkata kepada Nabi ﷺ, “Kami tidak sudi duduk dengan orang-orang seperti mereka, iaitu Sayyidina Salman Al-Farisi, Shuhaib, Bilal dan Khabab Ridhwanullah Alaihi Ajmain duduk berserta dengan Baginda ﷺ”, maka mereka berkata: “Usirlah mereka dari sisimu.”


Orang-orang musyrik itu menuntut Rasulullah ﷺ agar mencatat hal itu untuk mereka, sehingga Baginda ﷺ pun berniat untuk melakukan hal itu.  Baginda ﷺ kemudian memanggil Ali Radhiallahu Anhu untuk mencatit.  Lalu orang-orang miskin tadi (sahabat Ahlus-Suffah) berdiri dan duduk di suatu sudut.  Allah kemudian menurunkan Ayat ini.  Oleh kerana itu Sa’d Radhiallahu Anhu memberi isyarat dengan perkataannya: "Maka muncullah di hati Rasulullah ﷺ apa yang Allah Kehendaki untuk muncul." 


Pada waktu itu, Nabi ﷺ condong untuk melakukan hal itu kerana mengharapkan keislaman orang-orang musyrik itu, juga keislaman kaum mereka.  Baginda ﷺ berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak sedikit pun akan menyisihkan para sahabat Baginda ﷺ, dan juga tidak akan merendahkan darjat mereka, sehingga Baginda ﷺ pun condong kepada hal itu.  Allah kemudian menurunkan Ayat ini.  Dalam Ayat ini, Allah melarang Baginda ﷺ melakukan apa yang menjadi niat Baginda ﷺ, iaitu hendak menyisihkan mereka, bukan mengusir mereka. 


Muslim Radhiallahu Anhu meriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqas Radhiallahu Anhu dia berkata, "Kami berenam pernah bersama Rasulullah ﷺ, maka datang orang-orang musyrik kemudian berkata kepada Baginda ﷺ": “Usirlah mereka dari sisimu, agar mereka tidak berani terhadap kami.”  Sa'd bin Abi Waqas Radhiallahu Anhu berkata: "Saat itu aku bersama dengan Ibnu Mas'ud, seorang lelaki Hudzail, Bilal Ridhwanullah Alaihi Ajmain, dan dua orang (lainnya) yang aku tidak dapat menyebutkan nama mereka.  Maka muncullah di dalam hati Baginda ﷺ apa yang Allah Kehendaki untuk muncul, sehingga Baginda ﷺ berbicara kepada jiwa Baginda ﷺ.  Allah Azza Wa Jalla kemudian menurunkan Ayat ini." ”

[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]


SIRI 385


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Penjelasan Tambahan:

Perintah ini (....... وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم ) sangat unik kerana Allah Ta’ala menurunkan Perintah kepada Rasulullah ﷺ berupa Peringatan dan Amaran keras kepada Baginda ﷺ sedangkan hakikatnya Perintah dan Amaran Allah ini tertuju kepada seluruh Ummat sampai Qiamat.  Beberapa pengajaran penting yang perlu diperhatikan dengan serius oleh sekalian Ummat Islam adalah berhubung dengan Peringatan dan Amaran Allah melalui Ayat ini adalah:


Pertama: Perintah Allah supaya berserta dengan Ahli Zikir.

Allah Ta’ala Memerintahkan agar Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda ﷺ) berserta dengan “Ahli Zikir” (iaitu mereka yang sentiasa berzikir mengingat Allah dan ubudiyyah dengan hati yang suci bersih).  Tiada harapan mereka selain dari Wajah Allah semata-mata (Keredhaan Allah semata-mata). 


Uniknya Perintah Allah ini kerana Rasulullah ﷺ Di-Perintah duduk berserta dengan “Ahli Zikir” dan sabar bersama dengan mereka sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri adalah Sahibuz-Zikr (Pemilik sekalian Zikir), Sahibul-Asrar (Pemilik sekalian Rahsia Ketuhanan dan kehambaan), Sahibul-Ma’rifah (Pemegang kunci Tauhid).  Bagindalah yang mengajar, mendidik dan membimbing para Sahabat sehingga mereka menjadi Ahli Tauhid dan Ahli Ma’rifat yang unggul. 


Maka tak mungkin Baginda ﷺ menghina para Sahabat Baginda ﷺ yang telah mendapat Kemuliaan di Sisi Allah.  Jika demikian apakah rahsianya Allah Memerintahkan agar Baginda ﷺ duduk berserta dengan “Ahli Zikir” dan jangan abaikan mereka, jangan usir mereka dan jangan hina mereka? 


Rahsia sebenar Perintah Allah ini adalah: Ayat ini, meskipun zahirnya ditujukan kepada Rasulullah ﷺ sehingga Baginda ﷺ segera menyempurnakan Perintah tersebut, namun secara umum ianya  merupakan Peringatan kepada seluruh Ummat, agar mereka sentiasa berserta dengan “Ahli Zikir”, dan jangan sesekali abaikan mereka apa lagi menghina mereka.


SIRI 386


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Persoalan penting di sini:


Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah Ta’ala dengan “orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi-pagi dan petang hari dengan mengharap Keredhaan-Nya?”. 

Iaitu mereka adalah “Ahli Zikir”.


Siapakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Zikir” ini?

Adakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Zikir” ini orang awam?

Adakah kerana dia seorang pendeta Agama?

Atau (pada zaman ini) kerana dia yang mempunyai gelaran “Ulama, Kiyai, PhD, Profesor dan sebagainya?”


Jawabnya:  

Mereka yang dimaksudkan sudah tentu Rasulullah ﷺ sendiri dan para Sahabat yang Baginda ﷺ didik sehingga menjadi Ahli Ma’rifat, Ahli Taqwa, Ahli Mukasyafah yang bertauhid kepada Allah Ta’ala tanpa syirik apa pun dalam hati mereka.  Dan kemudian diikuti oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar mengikuti jejak Langkah Rasulullah ﷺ dan Sahabat Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Inilah “Ahli Zikir” yang dimaksudkan di dalam Perintah Allah ini, yang mereka itu memperoleh Pujian dan Kemuliaan di Sisi Allah.


Menurut Asbabun-Nuzul (sebab turunnya Perintah Allah ini), “Ahli Zikir” yang dimaksudkan adalah: Sayyidina Salman Al-Farisi Radhiallahu Anhu

 dan Sahabat lain dari kalangan Ahlus-Suffah.  Mereka habiskan masa mereka dengan Zikrullah dan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala pagi dan petang (sepanjang masa atau sentiasa).  Walau bagaimanapun maksud umumnya adalah sekalian Sahabat Baginda ﷺ yang mulia dan Pewaris Rasulullah ﷺ yang mengikut jejak langkah mereka di dalam Keimanan dan Ketaqwaan.  Merekalah “Ahli Zikir” dan “Ahli Ubudiyyah”.


Ummat Islam Di-Perintah duduk berserta “Ahli Zikir”, iaitu sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq serta Majlis-majlis mereka.  Dan jangan sesekali hina mereka kerana mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang sentiasa berzikir kepada Allah dengan penuh ikhlas semata-mata mengharap Wajah Allah.


SIRI 387


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....



Penjelasan Tambahan ke-2: Allah Melarang Ummat Islam Berpaling dari Ahli Zikir


Allah Melarang Rasulullah ﷺ berpaling dari mereka (Ahli Zikir).

Meskipun ia merupakan teguran kepada Rasulullah ﷺ namun ianya merupakan Peringatan dan Amaran kepada Ummat Islam seluruhnya.  Iaitu i’tibar kepada Ummat Islam agar jangan sekali-kali memandang rendah atau menghina “Ahli Zikir”.  Dan jangan berpaling dari mereka semata-mata kerana mengharap perhiasan dunia. 


Maksud “Ahli Zikir” pada zaman kemudian daripada kewafatan Rasulullah ﷺ, sebagaimana kami jelaskan sebelum ini adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang sentiasa menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang dan sentiasa di dalam keadaan ubudiyyah zahir batin.  Tiada yang mampu melakukan semua ini melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang Di-Kurniakan oleh Allah keistimewaan di Sisi-Nya. 



Penjelasan Tambahan ke-3: Jangan muliakan seseorang kerana kekayaannya


Jangan muliakan seseorang kerana kekayaan, pangkat atau kedudukannya.

Perintah Allah ini juga dengan jelas melarang keras orang beriman memuliakan seseorang kerana kekayaannya atau pangkatnya atau kedudukannya di dalam masyarakat.  Apa lagi mereka yang jelas kekafirannya menentang Allah dan Rasul-Nya.   


Pemimpin-pemimpin Quraisy yang kaya-raya dan mempunyai kedudukan menemui Nabi ﷺ dan minta Baginda ﷺ mengusir Ahlus-Suffah, supaya mereka (kafir Quraisy) dapat mendekat kepada Nabi ﷺ dan dengan itu boleh menarik lebih ramai orang Quraisy masuk Islam.  Tawaran yang kelihatan menarik. Logik aqal mengatakan memang patut menerima tawaran orang kafir itu kerana boleh membawa kemajuan kepada Ummat Islam.  Tetapi Allah Ta’ala melarang keras mengikuti permintaan orang kafir Quraisy demikian. 


Sebaliknya Allah Ta’ala Memuliakan “Ahli Zikir”, iaitu di dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah para Sahabat Baginda ﷺ yang dhaif dan miskin yang tinggal di suatu sudut Masjid Nabi ﷺ untuk berzikir dan ubudiyyah terus-menerus kepada Allah Ta’ala.  Meskipun mereka hanya orang-orang yang miskin, dhaif dan tidak terkenal di dunia, namun Allah Ta’ala Muliakan mereka.  Mereka adalah hamba-hamba Allah yang sangat tinggi dan istimewa di Sisi Allah.  


SIRI 388


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Penjelasan Tambahan ke-4: Allah Ta’ala Melarang duduk berserta orang yang lalai dari Zikrullah.


Sekali lagi peringatan ini adalah kepada Ummat Islam.  Mereka dilarang duduk berserta dengan manusia yang lalai hatinya dari Zikrullah dan mereka yang disibukkan dengan mengejar pangkat, kedudukan dan dunia yang hina kerana mereka akan menarik kamu kepada kefasikan, kezaliman dan kesesatan. 



Penjelasan Tambahan ke-5: Keunggulan dan Kemenangan Ummat Islam adalah Iman – Tauhid – Ma’rifat


Keunggulan dan Keagungan Islam BUKAN datang dari harta kekayaan, ekonomi, politik dan kebendaan dunia yang hina, tetapi sebaliknya ia datang dari Keimanan dan Ketaqwaan.  Hanya mereka yang benar-benar bertaqwa akan mencapai kemenangan dunia Akhirat.  Adapun mereka yang hanya memakai “label Islam” sedangkan jiwa mereka dipenuhi dengan kecintaan kepada dunia, pangkat, kedudukan tidak sesekali mencapai kemenangan.  Sebaliknya mereka akan menemui kehinaan.  Wal Iyazubillah.


Buktinya jelas menerusi ayat ini:

Ketika orang kafir Quraisy yang kaya-raya dan berpangkat menawarkan diri untuk membangunkan Islam dengan cara mendampingi Rasulullah ﷺ dan singkirkan Sahabat-sahabat Baginda ﷺ yang miskin dan sangat dhaif dari sudut kebendaan…. Ketika itu juga Allah Ta’ala menurunkan Perintah-Nya supaya tetap Bersama “Ahli Zikir” iaitu para Sahabat Baginda ﷺ – menunjukkan keunggulan dan kejayaan yang hakiki adalah Keimanan dan Ketaqwaan dan BUKAN harta, pangkat dan kedudukan.



Penjelasan Tambahan ke-6: Majlis Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Majlis yang Di-Redhai Allah.


Setiap Majlis Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Majlis yang Di-Redhai Allah.  Setiap Majlis mereka Di-Liputi Rahmat Allah kerana mereka mengikuti jejak Langkah Rasulullah ﷺ dan para Sahabat Baginda ﷺ yang terpilih. 


Dalilnya di dalam ayat ini: 

Allah Ta’ala Memuliakan para Sahabat _Ridhwanullah Alaihi Ajmain_ yang berhimpun untuk berzikir kepada Allah, sehingga Baginda ﷺ Di-Perintah duduk dan sabar berserta mereka.  Maka bersabda Baginda ﷺ: “Segala Puji bagi Allah yang belum mematikanku hingga Memerintahkan kepadaku agar bersabar dengan orang-orang dari Ummatku, Bersama-Mu di dalam kehidupan dan Bersama-Mu di dalam kematian.”



Penjelasan Tambahan ke-7: Setiap Muslim wajib berpegang kepada Mursyid yang Siddiq


Sekali lagi kami tegaskan, Perintah Allah ini menjadi bukti kewajipan setiap Muslim berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, berserta dengan mereka dan sabar agar mereka mencapai kejayaan.


Semasa hayat Rasulullah ﷺ, Baginda ﷺ adalah Pemimpin kepada Ummat Islam.  Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, para Sahabat Ridhwanullah Alaihi Ajmain menggantikan Baginda ﷺ di dalam urusan mendidik dan memimpin Ummat Islam kepada Allah dengan selamat.  Setelah kewafatan Sahabat Ridhwanullah Alaihi Ajmain, Amanah ini berpindah kepada sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Pengajaran terpenting di sini adalah: Setiap orang Islam wajib berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, demi keselamatan Agama mereka.  Ini kerana hanya Mursyid yang Siddiq mengenal Allah dengan sebenarnya dan di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.  Hanya mereka diberi kemampuan untuk kekal berzikir ingat Allah dan mendirikan ubudiyyah sepanjang masa.


SIRI 389


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 11: Sabda Rasulullah ﷺ

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi.  Setiap seorang Nabi meninggal dunia, maka diganti seorang Nabi lainnya.  Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut”.  Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?”  Rasulullah ﷺ menjawab, “laksanakan ba'iat seperti ba'iat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bahagian kalian, kerana Allah Ta’ala akan bertanya tentang apa yang mereka pimpin.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



Dalil 12: Sabda Rasulullah ﷺ

"Tidak akan masuk Neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku.  Dan tiada pula masuk Neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun.  Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah-khalifahku (Pewarisku) pada menyampaikan Syari'atku dan memimpin Ummatku pada Jalan Ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar.  Dengan syarat mereka tetap pada Syari'atku."  

[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]



Dalil 13: Sabda Rasulullah ﷺ

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang Alim (Alim Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.” 

[Imam Tirmizi]


SIRI 390


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 14: Sabda Rasulullah ﷺ

“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Alim Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.” 

[Imam Ahmad, Imam Abu Dawud]


Penjelasan:

Menurut tafsiran Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, yang dikehendaki dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah mencapai Ma'rifat yang tinggi dan mengenal Allah dengan pengenalan yang sempurna.  Ikan di lautan, dan semut di sarang mengenali mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 



Dalil 15: Sabda Rasulullah ﷺ

"Jadikan dirimu itu berserta Allah, jika engkau tak Kuasa berserta Allah, maka jadikanlah dirimu berserta dengan orang yang berserta Allah, maka sesungguhnya dia menyampaikan akan kamu kepada Allah."

[Imam Abu Daud]


Penjelasan:

Menurut Tafsiran dan Syarah Al-Arif Billah Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu: 

Yang dimaksudkan dengan “orang yang berserta Allah” adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang telah Di-Angkat oleh Allah ke Maqam yang tinggi di Sisi-Nya, sebagaimana Firman-Nya:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬


"Allah Meninggikan Darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang Di-Beri Ilmu Pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]


Iaitu dikenali sebagai Maqam Quddus (kesucian hati dan ruh yang sempurna), Maqam Ma’rifat (Tauhid yang sempurna, jauh dari segala macam syirik khafi, mazmumah, ghaflah, aghyar), Maqam Mukasyafah (Terbuka hati dan ruh dan Sirriyah kepada Ketuhanan), Maqam Taqwa (ketundukan yang sempurna), Maqam Ihsan (Ubudiyyah yang sempurna). 


Merekalah Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, yang benar, yang benar-benar layak memimpin manusia kepada Allah Ta’ala.  Hadith Rasulullah ﷺ ini memerintahkan orang-orang beriman mencari Pewaris Nabi yang Siddiq dan berserta dengan mereka.  Mudah-mudahan mereka memperoleh hati yang benar-benar suci bersih menghadap Allah Zahir dan Batin. 


Sesungguhnya Hadith Rasulullah ﷺ ini adalah penguat kepada Perintah Allah yang Memerintah agar semua orang beriman berserta dengan orang yang Siddiq.   وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ


SIRI 391


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 16  :  Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu

“Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaikh (guru-guru Mursyid terdahulu). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.”

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]



Berkata beliau lagi:

“Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke Maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.  Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ .” 

[Sirrul Asrar]


Berkata beliau lagi:

"Hati adalah ladang akhirat.  Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu  menjadi tandus , kering kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu  Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq.  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian).  Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya."

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]


SIRI 392


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 17 :  Fatwa Imam Al-Ghazali Radhiallahu 'Anhu

“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” 

[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]


Beliau berkata lagi:

“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik keruhanian yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlaq-akhlaq yang tercela dan menggantinya dengan akhlaq-akhlaq yang terpuji.” 

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Ghazali lagi:

"Jalan Agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]



Dalil 18 :  Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu 'Anhu:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam  Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni)  dan Mukasyafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Dalil 19 :  Fatwa Imam Ath-Tayyibi  Radhiallahu 'Anhu

“Tidak patut bagi seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan apa yang diketahuinya.  Yang wajib baginya adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki jalan yang lurus.  Sehingga dia menjadi salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah di dalam hati mereka kerana kesucian batin mereka, dan dibebaskan dari sifat-sifat tercela.

[Hasyiah Al-Kasyaf]


SIRI 393


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 20 :  Fatwa Imam Asy-Sya’rani Radhiallahu 'Anhu:


“Jika jalan kaum Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) dapat dicapai dengan pemahaman tanpa bimbingan seorang Shaikh, nescaya orang seperti Al-Ghazali dan Shaikh Izzuddin Abdus-Salam tidak perlu berguru kepada seorang Shaikh (mursyid).  Sebelum memasuki dunia Tasawwuf, keduanya pernah mengatakan, “ Setiap orang mengatakan ada jalan memperoleh ilmu selain apa yang ada pada kami, maka ia telah membuat kebohongan kepada Allah.” Akan tetapi setelah memasuki dunia Tasawwuf keduanya berkata, “Sungguh kami telah mensia-siakan umur kami dalam sia-sia dan hijab.”   Dan akhirnya kedua mereka mengakui Jalan Tasawwuf ahli Sufi sebagai jalan terbaik menuju Allah.” 

[Lataif Al-Minan]



Dalil 21 :  Fatwa Imam Ibn Hajar Asqolani Radhiallahu 'Anhu:


Wafatnya Nabi ﷺ, memberi isyarat terhentinya "wahyu" kepada Rasul yang membawa Syari'at baharu.  Tetapi bukan "wahyu" tanpa Syari'at yang akan berterusan sehingga Hari Qiamat. 

[Fathul Bari] 



Dalil 22 :  Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:


Manusia memerlukan “Wakil Allah” atau “Utusan Allah” untuk menunjukki Jalan lurus dan Agama yang benar.  Manusia pada setiap zaman memerlukan “Wakil Allah” yang bersifat Rabbaniyyah (bersifat Ketuhanan yang sudah mengenal Allah), ini untuk manusia mengenal Allah dan melakukan Ubudiyyah kepada-Nya sesuai dengan Kehendak-Nya. 


Ini kerana asalnya tiada siapa pun mengenal Allah, tiada manusia mana pun tahu wujudnya Allah yang wajib disembah.  Kalaupun mereka sedar wujud suatu Kuasa Besar Yang Maha Perkasa yang menguasai sekalian alam, mereka tak ada pengetahuan berkenaan cara menyembah-Nya sehingga akhirnya mereka menyembah patung, matahari, bulan, bintang dan lain-lain sesuai dengan bisikan yang wujud dalam hati mereka. 


Sesuai dengan Ilmu dan Kehendak-Nya, Allah Ta’ala Mengirimkan Utusan-Nya, iaitu sekalian Rasul dan Nabi silih berganti untuk menunjukki manusia “Jalan Lurus”, “Jalan Benar”, “Jalan Suci” yang akan menyelamatkan mereka daripada ‘Azab Allah. Sehingga akhirnya dikirimkan Utusan Teragung Sayyidina Maulana Muhammad Mustafa ﷺ ke muka bumi sebagai Rasul terakhir bagi menyelamatkan manusia seluruhnya.  Ketika telah sempurna tugas Baginda di atas muka bumi, maka Baginda dijemput Kembali oleh Allah Ta’ala ke Sisi-Nya. 


Tetapi persoalan meruncing di sini adalah:

Manusia tetap memerlukan Pemimpin Rabbaniyyah_yang bersifat Ketuhanan yang sentiasa berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya.  Manusia tetap memerlukan “Wakil Allah” atau disebut “Utusan Allah” yang menunjukki manusia kepada kebenaran dan kesucian.  Tanpa pemimpin seperti ini manusia akan menjadi sesat sebagaimana telah terjadi sebelumnya.  Iaitu ketika wafatnya seorang Rasul, maka manusia Kembali menjadi sesat dan kafir.  Sejarah membuktikan setiap kali terjadi kewafatan seorang Rasul, maka manusia Kembali menjadi penyembah berhala sehingga Allah Ta’ala menurunkan seorang Rasul lain bagi menunjukki jalan Tauhid dan menarik manusia keluar daripada kekafiran.  Dengan demikian kewujudan seseorang “Wakil Allah” atau “Utusan Allah” di atas muka bumi adalah suatu kemestian sepanjang zaman sampai Qiamat. 


Persoalannya lagi :  Siapakah mereka?


SIRI 394


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....


Dalil 22 :  Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:

sambungan.....



Jawapannya:

Mereka adalah Ulama Warisatul-Anbiya’ yang kemudian dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq atau disebut Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat.  Hal ini sudah pun dihuraikan pada Fasal Fakta Mursyid yang Siddiq.  Sila rujuk dan fahami baik-baik untuk elakkan kekeliruan. 


Memang benar, menurut ketentuan Allah Ta’ala, Junjungan Rasulullah ﷺ adalah Rasul terakhir, namun yang dimaksudkan dengan sebutan “Rasul terakhir” adalah “Wakil Allah” yang membawa Syari’at baru.  Adapun “Wakil Allah” yang bersifat Rabbaniyyah tanpa Syari’at baru, akan tetap di-Zahirkan oleh Allah Ta’ala sampai Hari Qiamat.  Mereka inilah yang digambarkan oleh Allah sebagai “Pilihan Allah”. Ertinya Allah Ta’ala yang memilih mereka menjadi “Wakil Allah” atas muka bumi dan sebagai “Pewaris Nabi” yang akan memimpin manusia kepada Ketuhanan.  Perhatikan baik-baik Kalam Allah berikut dan tafsirannya Ulama Terulung Ahlus Sunnah:


Firman Allah:


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.  Yang demikian itu ialah limpah Kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”

[Faathir (35) : Ayat 32]


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu 'Anhu:

“Orang-orang yang berilmu dan hikmah ( Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima  “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.  Allah Ta'ala Melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.  Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana  (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah).  Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

[Tamat petikan kitab :  Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


Firman Allah:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]


SIRI 395


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 22 :  Kewujudan “Wakil Allah” Adalah Kemestian:

sambungan.....



Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Para ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya.  Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan.  Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan Pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi  ﷺ :  “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki.  Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Imam Ad-Dailami].

[Tamat nukilan -- Sirrul Asrar]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Dan sebelum Rasulullah  ﷺ  wafat, Baginda telah menetapkan para Khalifah sebagai wakil Baginda untuk menunjukkan manusia ke Jalan Allah. Begitulah seterusnya sampai hari Qiamat. Oleh kerana itu, seorang Salik (hamba Allah yang menempuh jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid) mutlak memerlukan seorang Mursyid.”

[Khulasah at-Tasaniff Fit-Tasawwuf]


Maksud di sini: 

Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, akan tetap wujud “Wakil Allah” yang menyeru manusia kepada Tauhid, menyucikan batin mereka daripada kesyirikan (syirik khafi) melalui Zikrullah serta Mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan-Nya sehingga manusia benar-benar mencapai Keimanan sejati.  Mereka ini yang dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq atau Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat.  Merekalah Khalifah Rasulullah ﷺdi dalam erti kata yang sebenar. 


Setiap Muslim wajib mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq ini, pegang kepada mereka sungguh-sungguh dan berjuang bersama mereka, kerana mereka adalah Pewaris Nabi yang Benar, yang memimpin manusia kepada Allah Ta’ala dengan selamat.  


Mereka tiada kepentingan apa pun pada dunia ini.  Mereka menjauhkan diri dari semua bentuk dunia politik kotor dan keji yang sudah berleluasa di atas muka bumi.  Mereka bukan pengampu yang menagih dunia yang hina.  Mereka BUKAN pendusta yang mengubah-ubah Ayat Allah mengikut hawa nafsu.  Sebaliknya mereka hamba-hamba Allah yang benar-benar Taqwa dan takut kepada Allah.  Pada setiap saat mereka memandang wajah Allah dan di dalam Pimpinan Ruhaniyah Rasulullah ﷺ.


Bersambung siri  396 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳SIRI 396


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 23 :  Kitab dan Sunnah Tanpa “Wakil Allah”, Manusia Akan Menjadi Sesat


Kitab dan Sunnah Nabi tanpa “Wakil Allah” yang benar-benar Arif mengenal Allah, akan menyebabkan manusia terpesong dari Jalan Benar, iaitu mereka akan terpesong dari Jalan Allah dan Rasul-Nya yang sebenar. 


Sejarah Ummat terdahulu membuktikan hal ini.  Manusia yang asalnya beriman, berpaling dan menjadi kafir sebaik sahaja Nabi mereka wafat. Sehingga apabila kesesatan dan kekafiran telah merata atas dunia, maka Allah Ta’ala Utuskan lagi seorang Rasul untuk kembalikan mereka kepada Tauhid. Demikian zaman berputar dan berulang lagi keadaan yang sama.  Utusan Allah silih berganti dizahirkan untuk selamatkan manusia sepanjang zaman. 

 

Persoalan terpenting di sini:

Mengapakah mereka menjadi sesat dan kafir meskipun di tangan mereka wujud Kitab Allah dan Sunnah Nabi mereka?  Rahsia terpenting untuk dijadikan renungan di sini adalah:


Kewujudan “Wakil Allah” yang bersifat _Rabbani_ adalah suatu ketentuan Allah yang pasti bagi keselamatan manusia.  Tanpa “Wakil Allah” ini manusia pasti sesat menuruti nafsu dan iblis.  Tanpa mereka manusia akan mentafsirkan Kitab Allah berdasarkan pendapat aqal mereka atau menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan. 


Hal yang sama berlaku setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.  Orang-orang Islam berpecah-pecah menjadi fasiq, sesat atau kafir.  Wal Iyazubillah.  Mereka mentafsirkan Al-Qur’an dan hadith menurut nafsu dan bisikan syaitan. Mereka campur adukkan Islam dengan falsafah-falsafah kafir dan menerbitkan Ilmu Ketuhanan yang batil.  Orang-orang bergelar “Ulama” menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah demi mendapatkan dunia yang hina. 


Penguasa-penguasa menjadi zalim dan fasiq.  Mereka menggantikan Undang-undang Allah dengan undang-undang yang dicipta oleh “Ulama-ulama” jahat.  Mereka menamakannya “Undang-undang Islam” tetapi mereka sendiri mentadbir mengikut selera nafsu mereka.  Mereka habiskan wang rakyat dengan minum arak, perempuan dan muzik. 


SIRI 397


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 23 :  Kitab dan Sunnah Tanpa “Wakil Allah”, Manusia Akan Menjadi Sesat

sambungan.....


Ringkasnya ramai yang menjadi sesat atau fasiq atau kafir setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, sehingga berpecah-pecah dan berpuak-puak menjadi 72 golongan dari Jalan Utama Rasulullah ﷺ.  Hanya satu Golongan sahaja yang selamat, iaitu Ahlus Sunnah yang benar-benar berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Sebagaimana kami jelaskan pada awal Risalah ini, Generasi pertama Mursyid Pewaris Nabi yang benar ini adalah Khulafa Ar-Rasyidin. Mereka dikatakan “Ar-Rasyidin” diambil dari perkataan    مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ  “Rashada, Yurshidu, Mursyid” bererti Penunjuk Jalan Lurus, Penunjuk Jalan Kebenaran, Pembimbing yang Siddiq yang terpercaya yang mewarisi Baginda Zahir dan Batin.  Mereka memimpin manusia kepada Allah dengan kesucian dan kebenaran sebagaimana Rasulullah ﷺ memimpin mereka semasa hayat Baginda. 


Daripada Khulafa Ar-Rasyidin inilah lahirnya sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang berikutnya dan berikutnya sambung-menyambung keilmuan dan keruhanian mereka sampai ke hari ini dan akan berterusan sampai Qiamat. Ilmu mereka benar-benar suci murni daripada dicampuri falsafah kuno maupun falsafah moden atau dicampuri nafsu atau bisikan syaitan.  Mereka menerima Ilmu seolah-olah mereka menerima dari lisan Rasulullah ﷺ sendiri. Ilmu mereka bercahaya gemilang dari Pancaran Cahaya Rabbani.  Mereka inilah Golongan Ahlus Sunnah yang dijamin oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai Golongan yang selamat. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka.”  Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri.   Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah.”

[Imam Tirmizi,  Imam Al-Haakim - sahih]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang masih hidup setelahku, niscaya akan mendapati banyak perselisihan.  Maka berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnahnya Khulafa-Al- Rasyidin.” 

[Imam Ahmad, Imam Abu Dawud ]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Telah terpecah orang-orang yahudi menjadi tujuh puluh satu golongan dan terpecah orang Nasara menjadi tujuh puluh dua golongan.  Dan akan terpecah ummatku menjadi tujuh puluh tiga golongan.  Semuanya dalam Neraka, kecuali satu golongan. Para sahabat bertanya: Siapakah mereka, wahai Rasulullah? Baginda bersabda:  Mereka adalah orang yang berdiri di atas apa yang aku dan para sahabatku berdiri di atasnya.” 

[mam Abu Daud ]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

“Yang dimaksudkan dengan sunnah adalah apa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ (meliputi ucapan, perilaku serta ketetapan Baginda).  Sedangkan yang dimaksudkan dengan pengertian “Jama’ah” adalah sesuatu yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi ﷺ pada masa _Khulafa’ Al-Rasyidin_ yang empat yang telah diberi Hidayah oleh Allah SWT.” 

[Al-Ghunyah Li Talibi Toriqail Haqq]


Rumusan keseluruhannya adalah:

Kitab Allah dan Sunnah Nabi sahaja tanpa Mursyid Pewaris Nabi yang menjadi “Wakil Allah” di atas muka bumi,  manusia akan terpesong dari jalan kebenaran.  Mereka akan dipesongkan oleh nafsu jahat,  bisikan syaitan, makhluq (Ulama jahat, pemerintah fasiq) dan dunia.


SIRI 398


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....




Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia


Sesungguhnya setiap manusia mempunyai penyakit hati atau batin yang amat serius.  Di antara penyakit hati manusia yang paling berat sehingga membawa kebinasaan adalah  Syirik khafi -  Takabbur, Riya’, Ujub, Sum’ah dan Tawakkal Bi-Ghairillah.  Kemudian yang tidak kurang bahayanya adaah Sifat _Mazmumah_ dalam hati – Kazib, Khianat, Ghibah, Namimah, Fitnah, Su-uz-zon, Tajassus,  bahkan banyak lagi penyakit hati yang lain yang benar-benar membinasakan orang Islam. (Rujuk Risalah kami bertajuk “Penyakit Hati Manusia Bahaya Yang Tak Disedari” )


Sesungguhnya penyakit dan dosa batin lebih banyak terjadi berbanding dosa zahir.  Boleh dikatakan setiap hari orang Islam terlibat dengan dosa hati atau batin tetapi mereka tidak menyedarinya disebabkan semua itu tersembunyi di dalam hati.  (Rujuk Risalah kami bertajuk “Penyakit Hati Manusia Bahaya Yang Tak Disedari” )


Ubat dan Penawar bagi sekalian penyakit batin ini hanya ada pada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Mereka mengenal sekalian penyakit hati manusia dan mengetahui ubat dan penawar yang sesuai bagi penyakit tersebut. Mereka telah menempuh perjalanan yang jauh pada Jalan Allah sehingga terlatih mengenal segala penyakit hati manusia dan sangat Arif dengan cara-cara merawatnya. 


Orang Islam awam tak mungkin mampu sucikan sendiri segala penyakit hati yang terhimpun di dalam hatinya kerana mereka tidak mempunyai Ilmu berkenaan dengan penyakit hati serta ubat dan rawatan yang sesuai dengan penyakit tersebut.  Bahkan sebahagian besar orang Islam tidak menyedari wujud penyakit-penyakit tersebut.  Mereka sentiasa hidup di dalam sangkaan bahawa mereka sudah baik dan bersih dengan amal ibadah yang mereka lakukan. Setengah-setengahnya menyangka amal ibadah mereka sudah banyak kerana banyak solat Tahajjud, banyak sedekah, banyak mengerjakan Haji  tetapi mereka tak menyedari tersimpul “dosa yang tidak disedari di dalam amal ibadah sekalipun”.  Mereka tertipu dengan diri sendiri. 


SIRI 399


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia


Dua bahaya paling besar akibat dari penyakit hati: 

Pertama  : Terhapusnya amal Ibadah

Kedua  : Rosaknya Iman seseorang sehingga jatuh kepada fasiq atau sesat. Wal Iyazubillah.  


Begitulah besarnya akibat dosa-dosa hati dan syirik dalam hati manusia. Bayangkan amal ibadah yang dilakukan selama hidup terbang sia-sia begitu saja?  Mereka menyangka amal Ibadah mereka banyak tetapi “api” kesyirikan (Syirik khafi – syirik di dalam hati) dan dosa mazmumah telah memakan segala kebaikannya sehingga habis.  Mereka menyangka mereka ahli Jihad, mereka menyangka mereka orang alim, mereka menyangka mereka ahli ibadah yang hebat tetapi mereka tidak menyangka atau sememangnya tidak tahu yang sekalian kebajikan mereka terbang melayang begitu sahaja hanya kerana satu dosa syirik khafi atau kerana satu dosa khianat atau lain-lainnya.


Sesungguhnya Dosa syirik khafi  (syirik dalam hati) lebih ditakuti oleh Rasulullah ﷺ berlaku kepada Ummat Baginda berbanding dengan Syirik terang-terangan, kerana orang beriman mana pun tidak sesekali sembah berhala atau patung atau matahari atau lain-lain yang berupa berhala kebendaan, tetapi mereka seringkali terpedaya dengan syirik dalam hati.  Bahaya besar tersembunyi yang sedang menyelubungi orang Islam dapat diperhatikan daripada Firman Allah dan Hadith Rasulullah ﷺ. 


Firman Allah Ta'ala:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌۭ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌۭ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًۭا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍۢ مِّمَّا كَسَبُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَـٰفِرِينَ 


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (Riya') dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.  Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).  (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan Riya' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan  (segala amal soleh terhapus dan menjadi sia-sia)  dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]


Firman Allah Ta'ala:


 الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ


“(Maka celakalah) bagi orang-orang yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang”  

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]


BSIRI 400


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil  24 :  Mursyid Pewaris Nabi Di-Kurniakan Ubat dan Penawar Bagi Rawat Penyakit Hati Manusia sambungan.....


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka.”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]


Oleh kerana bahaya besar inilah sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, serta berpegang teguh dengan mereka adalah Fardhu Ain.  Setiap Muslim diperintah berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan mujahadah sungguh-sungguh melawan nafsu sehingga terhapus segala penyakit hati ini.  Kewajipan ini bukan hanya kepada orang awam yang jahil tetapi juga kepada mereka mempunyai berbagai ijazah atau masters atau PhD.  Mereka juga wajib berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bagi membuang segala penyakit hati mereka.  Bahkan mereka ini lebih perlu sungguh-sungguh mujahadah kerana berbagai penyakit takabbur dan riya’ yang sentiasa menguasai hati mereka.


Secara umum, mereka yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti kelebihan llmu, banyak ibadah, memiliki kekuatan tubuh, kekayaan, kecantikan, kekuasaan, pangkat dan kedudukan dan lain-lain, lebih banyak dikuasai penyakit hati kerana kewujudan Riya’, ‘Ujub dan Takabbur yang lebih kuat mencengkam hati mereka.  Bahaya yang lebih besar bakal menimpa orang-orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan ini jika mereka tidak membersihkan hati mereka kerana mereka lazimnya akan condong kepada kezaliman, kefasikan atau kesesatan.


Hal ini bukan omongan kosong kerana begitulah terbukti di dalam sejarah kemanusiaan.  Perhatikan bagaimana orang-orang yang diberikan kelebihan-kelebihan duniawi berupa kekuasaan, kekayaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, akhirnya binasa kerana sombong, takabbur, riya’ atau lain-lain penyakit hati yang membinasakan. Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  401 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 401 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...