■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 750)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Ulama Ahlus Sunnah berfatwa larangan subahat dengan kemungkaran, larang hadir Majlis mungkar dan larangan redha dengan apa jua kemungkaran. Semua perbuatan tersebut adalah dosa besar. Walaupun seseorang cuma hadir dan tidak membuat kemungkaran, tetapi menghadiri Majlis mungkar menunjukkan seakan-seakan redha dan subahat dengan kemungkaran.
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, iaitu janganlah kalian minta pertolongan kepada orang-orang yang zalim, kerana seakan-akan kamu rela kepada amal perbuatan mereka".
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Abu Ja'afar Ath-Thabari Radhiallahu anhu:
"Janganlah kamu cenderung pada perkataan orang-orang yang kufur kepada Allah, sehingga kamu menerima mereka dan senang (hati) kepada perbuatan mereka, yang mana akibat perbuatanmu itu menyebabkan kamu tidak dapat mengelak dari jilatan api neraka."
[Tafsir Tabari]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
"Ertinya Jangan condong kepada orang berbuat zalim dan kekufuran. Semua makna ini berdekatan. Ibnu Zaid berkata : Firman Allah "الرُّكُونُ " bermaksud menjadi penjilat. "
[Tafsir Jaami' Li-Ahkam]
Fatwa Imam Nawawi Radhiallahu Anh:
"Menurut pendapatku: Yang lebih tepat ialah Haram (ia duduk terus) Wallahu a’lam. Jika tiada kemampuannya untuk keluar dari majlis itu, contohnya kerana telah larut malam (perjalanan pulang merbahaya yang memudaratkan nyawanya) dan ia takut untuk keluar maka ia duduk sedang ia terpaksa dan membencinya serta tidak mendengarkannya (kemungkaran tersebut)"
[Raudhah At-Talibin]
Fatwa Imam Ibn Hajar Radhiallahu anh:
Jelas hadith ini mengharamkan duduk semeja di mana minuman keras diedarkan. Tidak dibezakan siapa peminumnya, muslim atau kafir, tidak juga dibezakan apakah acaranya.
[Fathul Bari : Bab Nikah]
Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anh:
“Perbuatan mungkar wajib dihilangkan (dalam jamuan, majlis dan sebagainya). Barang siapa lemah menghilangkannya,
nescaya wajiblah dia keluar dari Majlis Perjamuan itu. Dan dia tak boleh duduk. Maka TIDAK ada keringanan baginya untuk duduk menyaksikan kemungkaran itu.”
Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anh:
Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya. Dan ia tidak sanggup merubahnya. Kerana Nabi ﷺ bersabda : “La’nat (azab) akan turun kepada orang yang menghadirinya.” Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”
[Ihya Ulumuddin , Kitab Amr Ma’ruf Nahyi Anil Mungkar]
Bersambung siri 751 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment