■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 749)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-37:
Jangan subahat dengan kemungkaran, kefasikan, kekafiran
Menurut Ahlus Sunnah adalah haram dan berdosa besar menyokong, bersetuju, subahat atau lain-lain sepertinya terhadap sebarang jenis kemungkaran, kefasikan dan kekufuran. Orang yang melakukannya mendapat sama dosanya dengan si pelaku yang melakukan berbagai kemungkaran, kefasikan dan kekafiran.
Perbahasan hal ini amat luas meliputi seluruh kehidupan, mulai dari keluarga, masyarakat sampailah kepada kepimpinan negara. Kita akan menyebut beberapa perkara asas sahaja sebagai panduan. Untuk melihat dan mengetahui penjelasan lengkap, sila rujuk Risalah kami bertajuk : "Hukum Subahat kepada Kemungkaran"
Sebahgian dalil yang menjadi sandaran:
Firman Allah:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلْبرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
[Al-Maaidah (5) : Ayat 2]
Firman Allah:
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
[Hud (11) : Ayat 113]
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ اْليَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا اْلخَمْرُ
Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali duduk pada suatu hidangan yang padanya dihidangkan arak.
[Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.
[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]
Bersambung siri 750 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment