HAQIQAT IMAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


APAKAH HAQIQAT IMAN? IMAN ADALAH CAHAYA KETUHANAN DALAM HATI

Barangkali kebanyakan kita sudah tahu definisi IMAN.  Beberapa definisi ini yang diberikan oleh Ulama Mu'tabar - Ulama Ahlus Sunnah yang benar dan terpercaya :

Ta'rif Iman:

  • Iman adalah : Percaya kepada Rukun Imam yang enam :  Percaya kepada  Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Qiamat serta Qadha dan Qadar 
  • Iman adalah :  At-tasdiq minal qalbwat- taqrir bil-lisanwal-amalu bil-arkan, iaitu benarkan di dalam hati akan Kalimah La-Ilaha Illallah, lafzakan Kalimah tersebut dengan lisan dan dirikan amal ibadah mengikut tuntutan kalimah tersebut.
  • Iman adalah :  Keyakinan yang tertanam kukuh didalam hati akan kewujudan Allah dan segala yang ghaib yang Allah ciptakan.

Apakah haqiqat Iman?

Haqiqat IMAN adalah "Cahaya Ketuhanan di dalam HATI".

Iman —Tauhid — Ma'rifat  BUKAN sekadar lafaz kata2 atau ungkapan lisan yang sedap2 didengar.  BUKAN juga sekadar teori2 aqal,  BUKAN sekadar ceramah, seminar, kursus berhubung dengannya,   BUKAN juga sekadar perbahasan dalil2,    tetapi sebenar2 IMAN / TAUHID / MA'RIFAT adalah  penghayatan HATI dan RUH.

Menurut Ahli Ma'rifat apabila "Cahaya Ketuhanan" memenuhi HATI seseorang lalu memancar bercahaya2, maka hamba Allah ini dikatakan beriman kepada Allah dengan sebenar2 keimanan. Dalilnya Firman Allah :

Firman Allah :

 ۞ قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ

Orang-orang "A’raab"  (yang dimaksud adalah orang Badwi ) berkata: kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian) ), tetapi berkatalah sahaja: kami telah Islam,  kerana Iman belum masuk ke hati kamu."

[Al-Hujurat (49) : ayat 14]

Firman Allah :

أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ‌ۚ

Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya (untuk) berserah diri lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang tertutup mata hatinya?)

[Az Zumar (39) : ayat 22]

Haqiqat Iman iaitu Iman yang sebenar dalam bentuk Penghayatan HATI dan RUH hanya diperoleh oleh seseorang setelah dia berusaha sungguh2 menyucikan batinnya daripada sekalian kekotoran ma'nawiyyah iaitu kekotoran di dalam jiwa seseorang yang menyebabkan dia terhalang dari memperoleh  Iman — Tauhid — Ma'rifat yang hakiki.

Kekotoran ma'nawiyyah  ini adalah :  Syirik khafi, Mazmumah, Ghaflah  yang melekat pada HATI.  Semua kekotoran ini mestilah dibersihkan dengan mujahadah pada Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq  (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), untuk memperoleh keimanan yang sejati.

Apabila HATI seseorang telah benar2 suci dari segala kekotoran ma'nawiyyah ini, maka akan datang Cahaya Ketuhanan melimpah ke dalam hatinya.  Cahaya Ketuhanan ini akan menjadi makin besar dan luas menurut keta'atan dan ubudiyyahnya yang benar2 ikhlas.  Makin banyak mujahdahnya dan ibadahnya makin besar Cahaya Ketuhanan di dalam hatinya. Dan inilah ukuran ketinggian keimanan seseorang di sisi Allah.

Dengan demikian fahamilah:

Haqiqat Iman adalah Cahaya Ketuhanan di dalam hati.

Iman bukan sekedar pengakuan atau teori2 yang dihafal.

Langkah permulaan kepada pencapaian haqiqat IMAN ini adalah  : Penyucian jiwa dari sekalian kekotoran yang menghijabkannya daripada Allah Ta'ala.

   

🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...