■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 441 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
....... sambungan.....
Fakta 3 : Allah Meninggikan Darjat Pewaris Nabi
Firman Allah :
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim (Alim Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
[Imam Tirmizi]
Rasulullah ﷺ. bersabda :
“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Alim Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.”
[Imam Ahmad , Imam Abu Dawud]
Tafsiran :
Menurut tafsiran Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Sayuthi, yang dikehendaki dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Qur'an dan Hadith di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah mencapai Ma'rifat dan Mengenal Allah dengan pengenalan yang sempurna. Merekalah Mursyid Pewaris Nabi yang Sebenar. Ikan di lautan, semut di sarang, burung di angkasa raya mengenal para Pewaris Nabi kerana Allah Ta’ala Ilhamkan akan keberadaan mereka sebagai Kekasih-Nya.
Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
Para Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya. Allah Menganugerahi Petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan. Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi ﷺ : “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki. Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Riwayat Imam Ad-Dailami].
[Tamat nukilan Sirrul Asrar]
SIRI 442 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
....... sambungan.....
Fakta 4 : Mujaddid dan Mujtahid Lahir Dari Institusi Mursyid Pewaris Nabi Yang Siddiq
Seluruh angkatan Ulama Ahlus Sunnah Mu’tabar (yang silsilah mereka sampai kepada Rasulullah ﷺ) termasuk Ulama bertaraf Mujtahid dan Mujaddid lahir dari Madrasah Mursyid atau dikenali juga sebagai Madrasah Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat.
Setiap Mujtahid dan Mujaddid telah menempuh tarbiyyah Mursyidnya yang mempunyai Silsilah sampai kepada Rasulullah ﷺ. Mereka telah menerima didikan Guru mereka yang benar-benar Arif pada waktu yang panjang dan menempuh latihan keruhanian yang sangat keras.
Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Syazili, Imam Ar-Rifai’e, Imam Asy-Sya’rani, Imam Qusyairi, Imam Rofie’, Imam Abu Hanifah (pendiri mazhab Hanafi), Imam Malik (pendiri mazhab Maliki), Imam Syafi’e (pendiri mazhab Syafi’e), Imam Ahmad Ibn Hanbal (pendiri mazhab Hambali), Imam Sayuthi, Imam Haythami adalah di antara nama-nama besar dikalangan Ulama Ahlus Sunnah yang telah menerima didikan dan asuhan dari Mursyid mereka masing-masing sehingga mereka juga diangkat oleh Allah menjadi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Maksudnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Mu’tabar yang telah memimpin Ummat Islam sepanjang zaman adalah kesemuanya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, kesemua mereka adalah Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Auliya Allah. Sebahagian dari mereka memperoleh Kurnia Allah yang lebih tinggi sehingga mencapai Darjat Mujtahid atau Mujaddid. Maka kita katakan Mujtahid dan Mujaddid yang benar hanya wujud dikalangan Ahlus Sunnah dan kesemua mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Selain dari Ahlus Sunnah, orang-orang yang bergelar “Ulama” bukanlah Ulama Pewaris Nabi pada haqiqatnya. Mereka hanya “alim fiqh” atau “Ulama as-su” yang menjual Agama dengan habuan duniawi. Mereka memutarbelitkan Ayat Allah dan mentafsirkannya menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Wal Iyazubillah.
SIRI 443 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
....... sambungan.....
Fakta 5 : Setiap Mursyid adalah Pilihan Allah
Mursyid yang sebenar adalah semata-mata Pilihan Allah yang telah mengangkatnya kepada Hadrat-Nya yang Maha Suci. Pilihan Allah ini diilhamkan kepada Guru yang sedang memimpinnya. Guru yang memimpinnya juga merupakan Mursyid sebenar yang telah menerima Irsyad (kelayakan memimpin manusia pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah) dari Guru Mursyid sebelumnya dan ke atas sambung Sisilah Perguruan sampai Rasulullah ﷺ. Gurunya tidak menentukan dengan kehendak beliau sendiri, sebaliknya beliau hanya mengisytiharkan apa-apa yang diilhamkan oleh Allah (pemilihan Mursyid) kepada Jama’ah beliau.
Firman Allah :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”
[Faathir (35) : Ayat 32]
Ertinya pemilihan atau perlantikan Mursyid BUKAN barang mainan, BUKAN boleh dipilih suka-suka nafsu. Mursyid BUKAN pilihan undian manusia, BUKAN pilihan pemerintah, BUKAN pilihan parti politik atau lain-lainnya.
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu :
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah ( Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah). Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat nukilan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
SIRI 444 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)
====================================
Berikut adalah syarat-syarat seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq diambil dari fatwa Ulama-ulama terulung Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Masyaikh Ahlus Sunnah sangat tegas di dalam menentukan Syarat-Syarat Mursyid yang Siddiq. Setiap Mursyid wajib menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tujuannya adalah bagi menghindari "Guru-guru penyamar", "Guru-Guru palsu" yang mengaku Mursyid sedangkan mereka hanya berpura-pura untuk menipu orang-orang jahil bagi mengaut keuntungan duniawi.
Syarat 1 : Mempunyai Silsilah Sehingga Rasulullah ﷺ :
Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ . Maksudnya beliau telah menerima Ijazah kebesaran Shaikh daripada Shaikhnya (Mursyidnya) yang telah menerima daripada Shaikhnya dan seterusnya ke atas dan ke atas sehingga bertemu Rahmat-Al-lameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.
Hal ini merupakan satu dari tanda-tanda BENARNYA seorang Mursyid Pewaris Nabi. Sebagaimana kami menyebutnya berulangkali, “ Cahaya Silsilah Rasulullah ﷺ “ bukan rekaan atau buat-buatan manusia tetapi ia adalah pancaran "Nur Muhammad" yang memancar ke dalam hati para Pewaris Nabi. Dengan pancaran Nur inilah mereka memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala.
Seseorang Guru yang tidak mempunyai Cahaya Nur Muhammad atau Cahaya Silsilah Keruhanian ini tidak akan mampu memimpin manusia kepada Hadrat Ketuhanan kerana mereka sendiri tidak pernah dipimpin dan tidak pernah sampai ke Hadrat Ketuhanan, bagaimana mungkin mereka boleh memimpin orang lain..!
Seluruh Pewaris Nabi yang Siddiq, yang terkenal dan diakui seluruh Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka itu dari Silsilah keruhanian tertentu yang akhirnya sampai kepada Rasulullah ﷺ. Dengan demikian Silsilah yang benar ini akan tetap terpelihara sehingga akhir zaman dan orang-orang yang menentangnya akan binasa.
Wal Iyazubillah!
Sementara itu seseorang Guru yang mengaku Mursyid tetapi tidak dapat membuktikan kelayakannya sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dengan menunjukkan silsilahnya sampai kepada Rasulullah ﷺ, maka pengakuan ini tidak dapat diterima. Kemungkinan orang ini adalah pendusta yang berpura-pura menjadi Guru Mursyid.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian (Mursyid) mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat. Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu-tetamu yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si Salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Gurunya (Mursyidnya), sempurna di dalam kemurahan hatinya."
[Qala'id Al-Jawahir]
Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu anhu :
"Orang yang silsilahnya tidak bersambung ke Hadrat Nabi ﷺ, itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah ﷺ (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah."
[Khazinah Al-Asrar]
Berkata Shaikh Ahmad Al-Kamashkhanawi Radhiallahu anhu :
"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru-guru Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan-amalan lain di dalam Toriqah."
[Jami' Usul Fil Aulia]
SIRI 445 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Syarat ke-2 : Alim Di Dalam Syari’at
Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ.
Seorang Mursyid yang Benar adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau mengetahui halal haram dan dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf. Dan seluruh pimpinannya terikat kepada Al Qur'an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama Ahlus Sunnah.
Sila rujuk dalil ini dari kata-kata Al Ghawth Imam Jilani pada Syarat 1 di atas.
Syarat ke-3 : Mahir Selok-belok Ma’rifat
Seorang Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar mahir (sangat dalam ilmunya) di dalam Ilmu Ma'rifat serta mampu mendidik jiwa manusia kepada Ketuhanan. Beliau mestilah seseorang yang telah terdidik dengan Ilmu Keruhanian di bawah bimbingan Gurunya yang juga Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sehingga beliau mendapat curahan berbagai Hikmah Ilahiyyah serta kebijaksanaan.
Beliau telah sampai kepada _Maqam Musyahadah_, penyaksian kepada Ketuhanan) serta sentiasa di dalam bimbingan Rasulullah ﷺ. (Hal ini disahkan oleh Guru yang memimpinnya, BUKAN andaian sendiri atau angan-angan sendiri.)
Mursyid mesti seorang yang sangat mahir di dalam hal ehwal keruhanian, di-Kurniakan _Khitob, Kasyaf, Ilham-ilham_ suci oleh Allah Ta'ala untuk memimpin keruhanian murid-muridnya serta menangkis semua macam gangguan jinn dan syaitan yang cuba menggodanya sehingga Salikin (murid) selamat sampai kepada Maqam-maqam Tauhid yang suci murni.
Alim kitab, orang kelulusan Universiti yang memiliki berbagai ijazah PhD, Ijazah, Profesor, Ahli Usuluddin, Mufti, Pegawai-pegawai Agama atau cendikiawan agama yang lain-lain TIDAK akan mampu melakukan semua ini kerana mereka tiada pengetahuan tentang rahsia-rahsia Ma'rifat ini. Sedangkan yang benar adalah; Sekalian orang alim ini (alim fiqh semata) mereka sendiri memerlukan asuhan seorang Mursyid, untuk keluar dari kesyirikan (syirik khafi) dan memperoleh Maqam-maqam Tauhid yang suci.
Maka perhatikanlah dari dalam hati yang ikhlas, tujuan Mursyid Pewaris Nabi yang Sebenar adalah mendidik hati dan ruh kamu berdasarkan Syari'at dan Toriqat sehingga kamu benar-benar memperoleh hati yang suci murni dari Bahrul Ahadiyyah (Lautan Keesaan) Allah Ta'ala. Tauhid yang suci murni akan terpancar dari hati kamu tanpa sebarang syirik (syirik khafi) atau mazmumah apa pun. Dan jadilah kamu memperoleh ubudiyyah (ibadah yang penuh ketundukan kepada Allah) yang benar-benar ikhlas.
Sifat ke-3 ini antara sifat terpenting, iaitu Musyahadah Zat (Penyaksian Wajah Tuhan dari pandangan ruh) dan Pimpinan Rasulullah ﷺ kerana tanpa sifat-sifat istimewa ini, tiada bezanya dengan ustaz-ustaz biasa atau orang alim fiqh atau alim kitab.
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu :
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Mursyid) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ “
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
SIRI 446 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Syarat ke-4 : Berpegang Teguh dengan Syari’at
Sebahagian daripada Syarat yang wajib ada pada seorang Mursyid Pewaris Nabi adalah : Tetap berpegang teguh dengan Syari’at. Sifat ini merupakan satu lagi penjagaan yang amat penting.
Seorang Mursyid wajib mematuhi hukum-hukum yang termaktub di dalam Al-Qur'an, Sunnah Nabi ﷺ dan Ijma’ Qias Ulama. Beliau sama sekali tidak boleh melanggar hukum Syari'at sewenang-wenangnya sama ada pelanggaran tersebut dilakukan oleh dirinya sendiri secara terang-terangan atau mengadakan atau menganjurkan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Atau terlibat di dalam menyokong Majlis Mungkar. Semua ini TIDAK layak bagi Mursyid.
[Perhatian: Maksud pelanggaran hukum Syariat, adalah hukum-hukum yang telah disepakati oleh Ulama-ulama Mu'tabar sebagai haram, dan bukan masalah khilafiyah. Jika suatu hukum masih di dalam perselisihan Ulama, iaitu wujud beberapa pendapat Ulama, lalu seorang Mursyid pegang pada satu pendapat, maka ini TIDAK boleh dihukum melanggar hukum syari'at]
Jika seorang Shaikh melakukan perkara ma'siat terang-terangan atau menggalakkan muridnya melakukan ma'siat atau merelakan mereka melakukan perkara-perkara mungkar, atau dia menyokong perkara-perkara mungkar yang telah disepakati oleh Ulama Ahlus Sunnah sebagai Haram, maka orang seperti ini tidak layak diikuti sebagai Shaikh. Bahkan para Imam kita menggelarkan mereka sebagai penipu dan pengikut iblis dan terkena Istidraj! Wal Iyazubillah!
Berkata Shaikh Hujweri Radhiallahu anhu :
"Seorang Murshid (Shaikh) wajib mematuhi hukum Syariat dengan tegas tanpa berbelah bahagi. Tugas beliau adalah untuk menerangi jalan mereka yang telah tersesat kepada kebenaran dan pimpinan yang haq. Seorang Murshid (Shaikh) yang tidak menghormati hukum Syari'at serta tidak mematuhinya adalah diri sendirinya dalam kegelapan dan mustahil dapat menerangi jalan orang yang dipimpinnya. Orang seperti ini bukanlah Murshid (Shaikh) tetapi pengikut syaitan dan musuh Islam.”
[Kashful Mahjoob]
Syarat ke-5 : Da'wah - Amr Bil-Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar
Mursyid Pewaris Nabi adalah penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, maka sudah semestinya beliau menjunjung tinggi amanah ini. Seorang Mursyid sangat terlatih untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran melalui nasihat-nasihat, teguran-teguran dan amaran-amaran kepada murid-muridnya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.
Sepanjang sejarah Islam, Mursyid Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat Islam. Mereka sering memberi amaran-amaran kepada semua manusia, termasuk pemerintah-pemerintah yang melakukan pelbagai kezaliman.
Syarat ke-6 : Bersifat Siddiq (Benar) dalam Perkataan dan Perbuatannya
Seorang Mursyid yang benar adalah sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya. Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq.
Ini amat berbeza dengan Ulama-ulama As-su (ulama jahat) dan Ulama sesat yang sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu. Mereka sanggup menipu ummat demi mendapat kedudukan tinggi di sisi Pemerintah atau Pemimpin. Mereka adalah “Ulama-ulama” politik yang menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
SIRI 447 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Syarat ke-7 : Tidak Mencintai Dunia
Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia. Hidup beliau penuh di dalam kesederhanaan. Beliau bukan seorang yang mengejar pangkat, kemewahan atau kedudukan. Sebaliknya hidup beliau menjauhkan segala urusan yang menghambatnya kepada keduniaan. Pandangan dan perjuangan beliau adalah seperti perjuangan Nabi ﷺ, bersifat sederhana dan memadai dengan pemberian Allah dan tiada berhenti menyeru manusia kepada Kalimah Tauhid!
Demikianlah mereka mencontohi kehidupan Rasulullah ﷺ dalam kepimpinan mereka dan seluruh kehidupan dan di dalam pendidikan mereka.
Seseorang yang mengaku Murshid tetapi mengumpul-ngumpul kekayaan atau hidup mewah di atas harta yang ditagih dari murid-muridnya, tidak boleh dikatakan Murshid yang haq, sebaliknya dia adalah hamba dunia dan nafsu!
Imam Asy-Sya'rani Radhiallahu anhu berkata :
“Di antara tanda benarnya seorang Mursyid adalah; Tidak menyalah-gunakan amanah para muridnya, tidak menggunakan harta benda mereka dalam bentuk dan kesempatan apa pun dan juga tidak menginginkan apa yang ada pada mereka.
[Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah].
Penjagaan :
(1) Lain halnya, jika seorang Mursyid itu memperoleh kemudahan-kemudahan berupa kebendaaan atau lain-lain dari sumbangan ikhlas muridnya atau dari orang-orang lain, maka ini tidak menjadi kesalahan. Ertinya kemungkinan Allah Ta’ala melimpahkan kekayaan harta kepada setengah-setengah Mursyid. Walau bagaimanapun seseorang Mursyid yang Siddiq TIDAK sama sekali terpengaruh dengan kekayaan yang Allah melimpahkan padanya. Beliau akan tetap dan terus ubudiyyah dan khidmat kepada Ummat, tanpa henti. Bagi mereka ada atau tiadanya dunia sama sahaja. Jika Allah Ta’ala Kurniakan kepada mereka harta yang banyak, mereka melihat Allah lalu sedekahkannya kepada faqir miskin. Jika tiada harta mereka tetap melihat Allah dan Redha dengan Ketentuan-Nya.
(2) Setengah Auliya Allah yang menduduki Maqam yang sangat tinggi, mungkin kelihatan pada zahirnya hidup mewah dengan kediaman yang besar dan pakaian yang hebat-hebat. Namun semua bentuk kemewahan yang terlihat tidak sedikit pun menyebabkan kelalaian hati mereka, sebaliknya mereka sentiasa di Hadratul Quddus menyaksikan Wajah Zat Yang Maha Agung. Kediaman besar mereka lazimnya digunakan untuk Majlis-majlis Ilmu atau Majlis Zikir mereka, bukan untuk kepentingan mereka. Wang ringgit mereka sekaliannya disedekahkan kepada faqir miskin. Hati mereka tidak sedikit pun terikat dengan harta duniawi. Oleh yang demikian, murid pada Jalan Ma’rifat hendaklah sentiasa sangka baik kepada Masyaikh kita ketika dihadapkan hal-hal demikian.
SIRI 448 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Syarat ke-8 : Lemah Lembut dan Penyayang kepada Orang Beriman
Mursyid yang Siddiq memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia di dalam pergaulan serta mencontohi segala akhlaq Nabi. Beliau mencontohi Rasul di dalam mendidik Ummat kepada Ketuhanan. Beliau sangat penyabar dan lemah lembut di dalam pergaulan sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia. Walau bagaimanapun beliau sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama. Beliau tidak akan tolak ansur ketika Agama Allah di-Permainkan atau hukum Allah dipersendakan.
Beliau mungkin memarahi seseorang yang melanggar hukum Agama. Ataupun seseorang yang sangat keras hati, atau menyombong diri..... semua ini bertujuan mendidik, bukan kemarahan kerana nafsu. Namun beliau bukanlah orang yang selalu di dalam keadaan demikian. Inilah yang disebut oleh Imam Jailani dengan kata beliau: "Dia (Murshid) mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu-tetamu yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang."
[Qala’id Al-Jawahir]
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu adalah Mursyid Pewaris Nabi yang unggul, yang benar-benar mencontohi keperibadian dan Akhlaq Rasulullah ﷺ. Beliau terkenal dengan sifat lemah lembut kepada tetamu dan orang-orang beriman. Beliau sangat pemurah kepada yang memerlukan. Beliau sering makan bersama faqir miskin dan muliakan hamba-hamba Allah yang dipandang hina. Namun ketika hukum Allah di-Permainkan, beliau TIDAK akan tolak ansur. Beliau akan segera "memotong" tangan-tangan yang cuba merobek hukum-hakam Syari'at.
Suatu ketika Khalifah yang memerintah di Baghdad melantik Menteri yang tidak layak menduduki posisi sebagai Hakim. Maka segera Shaikh berkhutbah dari mimbar:
"Engkau telah melantik pegawai yang paling zalim sebagai "hakim" atas orang beriman. Apakah jawapan engkau nanti apabila engkau dihadapkan kepada "Hakim Maha Agung" yang Memiliki Semesta alam?" Mendengar Amaran tersebut, Khalifah menangis ketakutan dan terus memecat Hakim yang telah dilantiknya.”
[Qala'id Al Jawahir]
SIRI 449 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Syarat ke-9 : Wajah dan Perkataannya Berpengaruh Kepada Sesiapa Melihatnya
Wajah seorang Mursyid yang benar memancarkan Cahaya Keimanan sehingga orang yang melihatnya terus Ingat Allah. Perkataannya dan gerak-gerinya juga memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya. Sesungguhnya ciri ini satu daripada tanda terbesar bagi menunjukkan kebenaran seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar.
Barang siapa mencari dengan penuh keimanan dan keikhlasan, pasti menemui ciri ini pada seseorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar. Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada Ingat akan Allah Ta'ala. Bahkan hanya dengan mengingat-ingat wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai gangguan dan bahaya!
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.”
[Imam Al-Haakim ]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“ Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelekan berada di tangannya.”
[Imam Ibnu Majah]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.”
[Imam Ibnu Majah]
Para Ulama Ahli Sunnah yang Arif mentafsirkan bahawa yang dikehendaki dengan Hadith-hadith tersebut adalah Mursyid yang mewarisi Rasulullah ﷺ dengan kebenaran. Kamu melihat tanda-tanda ini dan merasai kesannya dalam hati kamu, lalu datang keyakinan yang teguh bahawa inilah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang kamu mencari selama ini.
Syarat ke-10 : Terkenal di Tempat Jauh
Seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar akan dikenali oleh mereka yang jauh dari tempatnya. Allah Taala akan memberikan Ilham dan Petunjuk kepada manusia untuk mencari hamba-hamba Allah ini walaupun dari jauh. Ulama-ulama meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu. Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya. Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan-dakwaan palsu.
Demikianlah kami himpunkan 10 syarat yang wajib ada pada seorang Shaikh Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat atau Warisatul Anbiya' yang Siddiq (Benar). Syarat-syarat ini diambil daripada Wali-wali Allah yang terkenal; di antaranya Al Ghawth Al-A'zhom Qutb Rabbani Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani, Shaikh Abu Hasan Asy Syazili, Shaikh Junaid Al Baghdadi, Shaikh Ahmad Kamasykhanawi, Shaikh Hujweri, Shaikh Yahya Al-Kholidi dan lain-lain. Mudah-mudahan ianya menjadi panduan berguna bagi pencari-pencari kebenaran atau jalan menuju Allah yang haq.
Para Wali Allah, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq telah meletakkan garis panduan yang cukup lengkap dan penuh sistematik. Semua syarat, peraturan dan adab yang disusun itu adalah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul. Mereka BUKAN menetapkannya mengikut nafsu. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang takut kepada Allah, mereka musyahadah Wajah Allah (menyaksikan Wajah Allah) pada setiap saat sehingga setiap suatu yang mereka memperbuat adalah di dalam Keredhaan Allah.
Maka sayugianya, jangan ada yang cuba pertikaikan peraturan yang telah ditetapkan. Ada kalanya setengah perkara yang mereka susun tidak sesuai dengan pendapat aqal atau nafsu kita, tetapi mereka lebih arif berkenaan apa yang diperlukan oleh Ummat.
SIRI 450 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Mursyid PALSU
(Sufi PALSU, Ahli Ma'rifat PALSU)
===========================
Setelah kami paparkan Dalil-dalil kewujudan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (sebenar) dan kewajipan setiap Muslim mencari dan mengikuti mereka, berserta dengan syarat-syarat dan tanda-tanda Mursyid yang Benar yang dapat disaksikan sendiri oleh hamba-hamba Allah yang jujur hatinya, maka di samping semua maklumat tersebut setiap Muslim wajib juga waspada terhadap “Mursyid Palsu” atau “Sufi Palsu” yang berlagak seperti Mursyid tetapi hakikatnya mereka hanya pura-pura untuk menipu daya Ummat yang lemah. Tujuan mereka tidak lain melainkan memenuhi keinginan peribadi dan mengaut keuntungan dunia yang hina.
Keaslian dan kebenaran akan sentiasa menghadapi kepalsuan dan kebatilan...!
Bagi setiap kebaikan dan kecemerlangan yang Allah Ta’ala Ciptakan bagi manusia, pasti ada musuh dan kejahatan yang tersembunyi disebaliknya yang cuba menghalang dan menyelewengkannya kepada kebatilan dan kesesatan. Zahirnya terlihat seperti kemuliaan dan kebenaran sedang pada hakikatnya ia adalah kepalsuan yang membawa kepada kesesatan dan kekafiran.
Musuh tersembunyi yang sangat licik di dalam menerbitkan kepalsuan di dalam Agama adalah iblis La’natullah. Iblis sentiasa membayangi manusia (terutama orang Islam) dan menerbitkan “kepalsuan-kepalsuan” sehingga manusia awam menyangka ianya kebenaran. Iblis akan datang dari segala arah dan dengan berbagai penyamaran dan tipu daya yang mempersonakan sehingga manusia terpedaya dan jatuh kepada kesesatan dan kekufuran tanpa disedarinya.
Sejarah Ummat Islam buktikan kenyataan ini. Banyak sekali orang Islam termasuk “orang alim” (iaitu alim yang hanya mahir di dalam Syari’at semata-mata) jatuh tersungkur kepada perangkap iblis ini. Mereka tak kenal iblis dan tipu daya dia sangat halus, akibatnya mereka terpedaya dan mengikut iblis ke gerbangnya.
Firman Allah :
الَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
“Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.“
[Al-A’raf (7) : Ayat 16-17]
Firman Allah :
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk, keji, ma’siat, kemungkaran) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas.”
[Al-‘Hijr (15) : Ayat 39-40]
Bersambung siri 451 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment