SULUK

 

KHILWAH / SULUK

MENURUT AHLUS SUNNAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ

1.0 Muqaddimah

===============

Di dalam bahasa yang mudah difahami, Suluk adalah Uzlah— mengasingkan diri atau menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat dan urusan2 dunia beberapa waktu untuk menumpukan ibadah semata2 kepada Allah dengan mematuhi beberapa syarat, peraturan dan adab2 khusus menurut  Jalan Ma'rifat.  Institusi Suluk merupakan kemuncak Sistem Tarbiyyah (pendidikan), Taziyatun-nafs (penyucian jiwa) menurut Ahlus Sunnah.

Dasar bagi keseluruhan Sistem Persulukan adalah Khilwah Rasulullah di Gua Hira. Iaitu mencontohi Sunnah Rasulullah menjauhi pergaulan masyarakat serta menumpukan segenap perhatian dan jiwa raga kepada Allah Ta'ala di Gua Hira' selama beberapa waktu sehingga Baginda diangkat oleh Allah Ta'ala menjadi Nabi dan Rasul.

Hadith Rasulullah     :

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radiallahu ‘anha,  bahawa beliau berkata:

Permulaan wahyu yang didatangkan kepada Rasulullah ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian digemarkan (oleh Allah Ta'ala) kepada Baginda untuk melakukan khilwah, mengasingkan diri.   Junjungan melakukan khilwah di Gua Hira’ lalu  tahannuth  (beribadah dengan cara2 yang diilhamkan oleh Allah) di dalamnya, iaitu beribadah dalam masa beberapa malam.  Setelah itu Baginda   kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuth Baginda.  Kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaran (turun Wahyu ).”

[Imam Bukhari]

 

Daripada Khilwah  Rasulullah inilah para Ulama Ahlus Sunnah mengambil dalil Al-Qur'an dan Sunnah Baginda (khususnya Sunnah Baginda berkhilwah di Gua Hira)  untuk membentuk suatu Sistem Pendidikan kejiwaan dan keruhanian yang intensif, tersusun, rapi dan berdisiplin dinamakan Suluk. Ertinya keseluruhan Sistem Tarbiyyah (pendidikan) dan Tazkiyyatun-Nafs (penyucian jiwa), di dalam Sistem Persulukan (bahkan keseluruhan Manhaj Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi) adalah dibangunkan berdasarkan petunjuk Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah,  Sistem Persulukan, bahkan keseluruhan Manhaj Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi adalah Sistem Pendidikan teragung dan paling sempurna,  yang benar2 menepati Kehendak Allah dan Rasul-Nya bagi mencapai Keimanan sejati / Tauhid hakiki / Ma'rifat dan Ubudiyyah yang suci murni.  Ini adalah kerana keseluruhan Sistem ini adalah Warisan Suci Rasulullah , yang diliputi Cahaya Ketuhanan dan pancaran Nur Muhammad. Ini yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali dengan kata2 masyhur....

Berkata Imam Ghazali رضي الله عنه

"Selama waktu khilwah  (uzlah) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin diistiqsa  (membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ).     Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, Ahli  Sufi  (Mursyid / Ahli Ma'rifat / Warisatul Anbiya yang benar)  itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala.     Merekalah  golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. 

Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para  hukama dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’,  semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara  Ahli Sufi  itu, tiada akan memberi hasil;  sebab segala gerak-geri mereka (ahli Sufi) baik zahir mahupun batin, diterangi  Nur Nubuwwah  (cahaya Kenabian) sebagaimana Firman Allah :

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]

[Tamat petikan kata2 Imam Ghazali dari kitab Munqiz Min-Adh-Dholal]

Maksud Imam Ghazali adalah :

(1) Imam Ghazali telah menempuh perjalanan yang jauh mencari kebenaran. Beliau menjelajah mencari kebenaran mutlaq di kalangan berbagai2 kelompok yang masing2 mendakwa merekalah yang benar menepati Agama Islam yang sebenar. 

(2) Walaupun pada saat itu beliau sudah pun menjadi sarjana besar bergelar Hujjatul Islam dan seluruh dunia datang menuntut Ilmu dengan beliau, namun beliau mendapati  suatu "kekosongan" di dalam hati beliau. Beliau mencari dan terus mencari kebenaran. 

(3)  Setelah mengkaji satu persatu perjalanan setiap kelompok Muslim yang wujud dan membuat pertimbangan pada Neraca Al-Qur'an dan Sunnah Nabi, beliau ditemukan dengan kebenaran mutlaq, iaitu satu2nya jalan sebenar kepada Allah, satu2nya jalan yang diRedhai Allah adalah : Manhaj Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq.  Merekalah pewaris Nabi yang sebenar kerana mereka mewarisi pusaka keilmuan Rasulullah  zahir dan batin, serta berdiri kukuh dengan Petunjuk Allah dan pimpinan Ruhaniyyah Rasulullah pada  setiap masa.

(4) Kebenaran tersebut beliau dapati setelah bersuluk selama 11 tahun di bawah pimpinan Ahli Sufi (Warisatul Anbiya yang sebenar).

Sesungguhnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya termasuk Imam2 Mazhab telah menempuh perjalanan Ma'rifat, dan bersuluk (khilwah)  sebelum mereka mencapai Maqam Tauhid yang hakiki / mencapai Ma'rifat suci murni.  Di antara yang sangat mashyur adalah Al-Ghawth Al-Imam Kabir Ahlus Sunnah, Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani.... beliau bersuluk / khilwah selama 33 tahun sehingga beliau mencapai kedudukan yang tinggi di Sisi Allah.

2.0 Definisi Suluk ( سُلُوْك )

====================

Dari segi bahasa :

Perkataan Suluk  berasal dari perkataan ( سَلَكَ - يَسْلُكُ - سُلُوْك ) yang bermaksud :  jalan, berjalan menuju sesuatu, menempuh, mengejar, mengikuti, mengiringi             

Dari segi istilah :

Menurut Al-Arif Billah Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu:

Suluk adalah nama bagi pekerjaan orang berjalan pada Jalan Ma'rifat iaitu beberapa perkara 'uzlah daripada pergaulan makhluq dan zahid daripada pekerjaan dunia dan memerangi hawa nafsu jahat dan mujahadah pada amalan Zikrullah dan Solat2 Sunnat dan memenuhi masa dengan Wirid dan Zikrullah siang dan malam.

Definisi lain:

Suluk adalah Tarbiyyah (Pendidikan) keruhanian / kejiwaan yang terunggul, yang disusun oleh Ulama Ahlus Sunnah, dengan mengambil contoh daripada Khilwah Rasulullah di Gua Hira sebelum Baginda diangkat oleh Allah Ta’ala menjadi Nabi dan Rasul.

Suluk adalah Sistem Ibadah terunggul  mencontohi Khilwah Rasulullah di Gua Hira, menjauhkan diri daripada pergaulan masyarakat umum manusia, tinggalkan urusan dunia beberapa waktu dan menumpukan segenap perasaan serta pemikiran kepada Allah Ta’ala semata2, dengan pimpinan seorang Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang siddiq).

Suluk adalah suatu Sistem Tarbiyyah (Pendidikan) intensif, yang terdiri dari himpunan amal2 soleh dan mujahadah melawan nafsu2 kejahatan dan mujahadah menyucikan hati (daripada Syirik, mazmumah dan dosa2 hati yang lain) dengan banyakkan Zikrullah serta Solawat dan Taubat sungguh2, di suatu tempat tertentu jauh dari pergaulan masyarakat umum manusia dengan pimpinan seorang Mursyid (Pewaris Nabi yang siddiq).

2.0 Definisi Suluk ( سُلُوْك )

====================

Dari segi bahasa :

Perkataan Suluk  berasal dari perkataan ( سَلَكَ - يَسْلُكُ - سُلُوْك ) yang bermaksud :  jalan, berjalan menuju sesuatu, menempuh, mengejar, mengikuti, mengiringi             

Dari segi istilah :

Menurut Al-Arif Billah Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu:

Suluk adalah nama bagi pekerjaan orang berjalan pada Jalan Ma'rifat iaitu beberapa perkara 'uzlah daripada pergaulan makhluq dan zahid daripada pekerjaan dunia dan memerangi hawa nafsu jahat dan mujahadah pada amalan Zikrullah dan Solat2 Sunnat dan memenuhi masa dengan Wirid dan Zikrullah siang dan malam.

Definisi lain:

Suluk adalah Tarbiyyah (Pendidikan) keruhanian / kejiwaan yang terunggul, yang disusun oleh Ulama Ahlus Sunnah, dengan mengambil contoh daripada Khilwah Rasulullah di Gua Hira sebelum Baginda diangkat oleh Allah Ta’ala menjadi Nabi dan Rasul.

Suluk adalah Sistem Ibadah terunggul  mencontohi Khilwah Rasulullah di Gua Hira, menjauhkan diri daripada pergaulan masyarakat umum manusia, tinggalkan urusan dunia beberapa waktu dan menumpukan segenap perasaan serta pemikiran kepada Allah Ta’ala semata2, dengan pimpinan seorang Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang siddiq).

Suluk adalah suatu Sistem Tarbiyyah (Pendidikan) intensif, yang terdiri dari himpunan amal2 soleh dan mujahadah melawan nafsu2 kejahatan dan mujahadah menyucikan hati (daripada Syirik, mazmumah dan dosa2 hati yang lain) dengan banyakkan Zikrullah serta Solawat dan Taubat sungguh2, di suatu tempat tertentu jauh dari pergaulan masyarakat umum manusia dengan pimpinan seorang Mursyid (Pewaris Nabi yang siddiq). 

4.0 Persamaan / Perbezaan Khilwah dan Suluk

======================================

Pada hakikatnya kedua² istilah ini mendokong maksud dan matlamat yang sama, iaitu menempuh Jalan kepada Allah dengan pimpinan Mursyid yang siddiq bertujuan mencapai Tauhid yg suci murni serta  Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala yang tulus ikhlas.  Yang membezakan kedua² istilah ini adalah kaedah atau teknik perlaksanaannya.

Persamaan  "khilwah" dan "suluk" :

1. Asingkan diri dari masyarakat manusia beberapa waktu.

2. Jauhkan segala macam pergaulan manusia dan kehidupan.

3. Putuskan ingatan pada dunia dan tumpukan ingatan semata2 kepada Allah.

4. Mujahadah melawan nafsu2 kejahatan.

5. Mujahadah amal Zikrullah, Solawat, Taubat serta amal ibadah lain.

6. Mujahadah sucikan hati dengan kaedah2 khusus seperti yang ditunjukkan oleh Guru.

7. Tetap dalam pimpinan / dipimpin oleh Guru Mursyid yang siddiq (Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Pewaris Nabi yang siddiq) yang menepati syarat2 sebagai Pewaris Nabi yang sebenar.

Perbezaan  "khilwah" dan "suluk"  adalah :

1. "Khilwah"  dilakukan secara persendirian di tempat tertentu, misalnya di atas bukit, di gua2 atau tempat persendirian yang lain  sedangkan "Suluk" dilakukan secara berjemaah di keliling Masjid dengan cara masing2 membuat "kelambu" masing2 untuk beribadah.

2. "Khilwah" dilakukan pada masa2 yang sesuai dengan orang yang ingin melakukan khilwah. Sedangkan "Suluk" mempunyai jadual masa tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Mursyid.

5.0 Dalil-Dalil Suluk / Khilwah

=========================

Dalil 1 : Firman Allah Ta'ala :

 فَتَمَّ مِيقَـٰتُ رَبِّهِۦۤ أَرۡبَعِينَ لَيۡلَةً۬‌ۚ

 "Maka sempurnalah Miqat Tuhannya 40 malam"

[Al-A'raf  (7) : Ayat 142]

Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu,

"Suluk adalah pekerjaan Rasul2 dan Auliya Allah yang disuruh kita ikut mereka. Nabi Adam Alaihis-Salam berkhilwah di Jabal Hindi. Nabi Allah Ibrahim berkhilwah di Jabal Qubis dan Jabal Rahmah. Nabi Allah Musa berkhilwah di Bukit Thursina. Dan Rasulullah berkhilwah di Jabal Nur, Gua Hira pada permulaan Khilwah Baginda. Setelah Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda melakukan Khilwah di Masjid sahaja."

[Risalah Ma'rifat — Bab Suluk]

Dalil 2 :  Firman Allah didalam Hadith Qudsi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ

"Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu beliau berkata, bahwa Rasulullah   bersabda : “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman :

"‘Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan  beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil  (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila  Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan.  Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.’ ”

[Imam Bukhari]

Dalil 3: Rasulullah     bersabda

قال رجلٌ : أيُّ الناسِ أفضلُ ؟ يا رسولَ اللهِ ! قال ( مؤمنٌ يجاهد بنفسِه ومالِه في سبيلِ اللهِ ) قال : ثم من ؟ قال ( ثم رجلٌ مُعتزلٌ في شِعبٍ من الشِّعابِ . يعبد ربَّه ويدَعُ الناسَ من شرِّه

Seseorang bertanya kepada Rasulullah     :    "Siapakah manusia yang paling utama wahai Rasulullah?’  Baginda menjawab:  "Orang yang berjihad dengan jiwanya dan hartanya di jalan Allah"   Lelaki tadi bertanya lagi: "Lalu siapa ?". Baginda  menjawab:  "Orang yang mengasingkan diri di lembah-lembah (bukit /gunung)  demi untuk menyembah Rabb-nya dan menjauhkan diri dari kepincangan masyarakat.  

[Imam Bukhari,  Imam Muslim ]

Dalil 4:  Rasulullah     bersabda:

Sebaik-baik manusia ketika berhadapan dengan fitnah adalah orang yang memegang tali kekang kudanya menghadapi musuh-musuh Allah. Ia menakuti-nakuti mereka, dan mereka pun menakut-nakutinya. Atau seseorang yang mengasingkan diri ke lereng-lereng gunung, demi menunaikan apa yang menjadi hak Allah”

[Imam Al Hakim]

Dalil 5 : Rasulullah     bersabda:

Hampir-hampir harta seseorang yang paling baik adalah kambing yang dia pelihara di puncak gunung dan lembah, kerana dia lari mengasingkan diri demi menyelamatkan agamanya dari fitnah”

[Imam Al Bukhari]

6.0 Fakta2 Penting Suluk / Khilwah

=============================

Fakta 1: Sistem PerSulukan adalah Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah

Keseluruhan Sistem Persulukan adalah berpaksikan Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama.  Ulama Ahlus Sunnah telah menyusun suatu Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah terunggul berdasarkan Khilwah Rasulullah di Gua Hira. Mereka telah menetapkan Prinsip2 pokok syarat, peraturan dan adab2 tertentu yang wajib dipatuhi. Di samping itu terdapat cabang2 dan teknik perlaksanaannya yang bersifat anjal yang boleh berubah2 berdasarkan keadaan, suasana dan tingkatan murid.  Walau bagaimanapun perubahan2 ini hanya layak dilakukan oleh Pewaris Nabi yang telah sampai ke peringkat Mujtahid.

Fakta 2 : Dipimpin oleh Pewaris Nabi yang Siddiq

Pemimpin Persulukan adalah  Warisatul Anbiya  (Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Mursyid ) yang menepati Syarat2 sebagai Pewaris Nabi / Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq. Mereka adalah Arif Billah yang sangat mahir dan terlatih di dalam perjalanan menuju Allah.  Mereka sangat terlatih mengenal dan bezakan seruan Haq dari Allah Ta'ala dan seruan batil Iblis dan Syaitan. Mereka adalah doktor keruhanian yang memiliki penawar bagi sekalian penyakit batin manusia.  Mereka memiliki sumber cahaya bagi menerangi jalan kepada Alllah.

Fakta 3:  Warisan Rasulullah Turun-Temurun yang Terpelihara Kesuciannya

Sistem pendidikan Rasulullah ini diwarisi turun-temurun oleh Sekalian Mursyid, Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi dengan kaedah2 khusus yang terpelihara kebenaran, kesucian serta keasliannya. Tidak berlaku campur tangan nafsu atau bisikan jinn syaitan.

Fakta 4: Rasul, Nabi dan Auliya Allah bersuluk / khilwah

Semua Rasul dan Nabi diberi ilham oleh Allah melakukan  Suluk @ Khilwah  terlebih dahulu sebelum diangkat menjadi Rasul atau Nabi.   Demikian juga sekalian  Warisatul Anbiya, Mursyid yang siddiq akan menempuh Suluk @ khilwah  terlebih dahulu pada jangka waktu yang sangat lama sebelum      diangkat oleh Allah Ta'ala menjadi Pewaris Rasulullah

Fakta 5 : Sistem Tarbiyyah Teragung

Menurut Ahlus Sunnah, Suluk merupakan Sistem Tarbiyyah (pendidikan) teragung, paling tinggi dan paling sempurna bagi mencapai keimanan sejati / tauhid yang hakiki / Ma'rifat / Maqam Ihsan.

Fakta 6 : Fokus utama — Zikrullah

Fokus utama sistem Persulukan adalah "Zikrullah", iaitu banyakkan Zikrullah.  Ini kerana hanya Zikrullah mampu hapuskan segala penyakit hati, menumpaskan segala nafsu2 jahat dan membangkit cahaya Keimanan / Tauhid yang gilang-gemilang. Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah, bahawa hanya dengan membanyakkan Zikrullah seseorang dapat sampai kepada Allah. (Tauhid hakiki, Iman Sejati)

Fakta 7:  Suluk / Khilwah BUKAN Pertapaan

Suluk / Khilwah adalah Sunnah Rasululullah dan Sunnah para Rasul-Rasul terdahulu yang mana pada hakikatnya ia merupakan rencana llahi, mempersiapkan mereka bagi menanggung Amanah Besar di atas muka bumi. Sedangkan "bertapa" atau "pertapaan" adalah tradisi orang kafir —  Budha, Hindu, Kristian dll.  Jika ada persamaan pada beberapa segi ; misalnya menahan diri dari makan makanan jenis bernyawa, maka yang demikian itu adalah kerana mereka yang meniru perbuatan Ahli Sufi.

Fakta 8 : Institusi Lengkap Mencapai Tauhid yang Suci Murni

Suluk merupakan suatu Institusi lengkap  Tarbiyyah (pendidikan) mulai dari tingkatan Tauhid paling rendah sehinggalah sampai yang setinggi2 Tauhid. Guru Mursyid yang siddiq, akan memimpin murid menempuh peringkat demi peringkat, tingkatan demi tingkatan melalui suatu perjalanan yang jauh, sehingga akhirnya sampai kepada Tingkatan Tauhid yang tertinggi, mencapai Maqam Ihsan / Maqam Taqwa yang sempurna.  Tidak ada suatu sistem di dunia ini mempunyai susunan rapi sedemikan rupa.

Fakta 9 : Matlamat Suluk

Matlamat Suluk tidak lain melainkan mencapai  Keredhaan Allah dan Kasih-Nya. Ertinya mana2 individu atau kelompok mempunyai niat2 yang lain seperti ingin memperoleh karomah hissiyah, atau kekuatan fizikal tubuh badan atau ingin memperoleh keajaiban2 atau ingin mendapat cahaya2 atau ingin terkenal sebagai Wali Allah atau lain2 sepertinya , maka batallah suluknya dan batal sekalian pekerjaan ibadahnya.

Fakta 10 : Binasa Iman Akibat Menentang Suluk / Khilwah

                                                                                                                   

Orang yang anti kepada pekerjaan Suluk / Khilwah atau memperolok2nya atau menghinanya atau barang sebagainya sepertimana berlaku zaman ini,  maka dia adalah musuh Allah, batal Iman dan Islamnya. Wal Iyazubillah.

 7.0  Prinsip2 Pokok Suluk / Khilwah

=============================

Berikut adalah Prinsip2 pokok Suluk / Khilwah  yang mesti wujud pada setiap Jemaah / Manhaj Persulukan. Maksudnya : Tanpa wujudnya Prinsip2 pokok ini, maka tak wujud Suluk / Khilwah sebagaimana Pegangan Ahlus Sunnah.

Menurut Ahlus Sunnah setiap perkara berhubung dengan Ibadah mempunyai Prinsip2 tegas, peraturan dan syarat2 dan adab2 tertentu. Semua ini adalah ijtihad dan ketetapan Ulama Mujtahid terdahulu yang mereka mengambil dalilnya dari Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah . Ulama / Imam2 / Masyaikh yang datang kemudian wajib mematuhi sekalian peraturan dan syarat tersebut, melainkan seorang Ulama itu sudah sampai ke peringkat Mujtahid baru dibenarkan melakukan ijtihad sendiri.

Segala ketetapan ini juga BUKAN fikir aqal masing2,  BUKAN pendapat peribadi masing2, BUKAN pendapat nafsu ....sebaliknya ia benar2 berdasarkan keterangan Al-Qur'an dan Sunnah berserta Petunjuk Allah ke dalam hati Ulama Mujtahid.  Kuncinya — Petunjuk Allah ke dalam hati Ulama Warisatul Anbiya, Ulama yang benar2 mewaris Nabi.

Sebagaimana kami sudah menjelaskan berulangkali, sesungguhnya Ulama Mujtahid yang Taqwa BUKAN saja merujuk keterangan zahir di dalam Al-Qur'an dan Hadith bagi menetapkan suatu hukum, tetapi mereka menunggu "Petunjuk Allah" sehingga apabila mereka sudah tahqiq dengan Petunjuk tersebut, baru mereka menetapkan suatu hukum. Inilah Ulama Mujtahid Ahlus Sunnah yang benar. 

Berbeza (jauh beza bagaikan langit dan bumi) dengan Golongan Wahhabiyah atau Syi'ah atau Sekular atau golongan sesat yang lain, mereka mengeluarkan pendapat masing2 ikut nafsu, mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith semata2 berdasarkan pendapat  aqal masing2. Mereka sewenang2 mengatakan "ini halal",  "ini haram" ,  "ini bid'ah sesat",  "ini khurafat",  "ini syirik"  dsb semata2 berdasarkan pemikiran aqal atau nafsu mereka.  Maka binasalah mereka. Wal Iyazubillah.

Allah Ta’ala berfirman:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.  

[Al-Isra’ : (17)  ayat 36]

Allah Ta’ala berfirman:

وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

[An-Nahl (16):  Ayat  116]

Rasulullah bersabda :

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"

[Imam Tirmidzi]

Rasulullah   bersabda,

 “Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.

[Imam Ahmad]

Rasulullah   bersabda

"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka"

[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]

Prinsip Pertama:

Pemimpin suluk mestilah seorang Warisatul Anbiya, Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Mursyid yang siddiq.  Iaitu beliau wajib menepati Syarat2 Pewaris Nabi yang sebenarnya. (Sila rujuk keterangan kami di dalam Risalah "Warisatul Anbiya" yang benar). Hal ini sama seperti Syarat bagi Pemimpin keseluruhan "Jemaah Ma'rifat" sebagaimana telah dijelaskan.

Di antara syarat2 terpenting seorang Warisatul Anbiya adalah sampai silsilah pengambilan ilmunya kepada Junjungan Besar Rasulullah . Orang yang tak sampai penerimaan ilmunya zahir dan batin kepada Junjungan Besar Rasulullah bukanlah dia Pewaris Nabi yang sebenar dan tak layak memimpin manusia kepada Ketuhanan. 

Syarat susulan yang lainnya adalah dia mesti terlatih pada Jalan Ma'rifat pada jangka waktu yang lama (puluhan tahun) di bawah pimpinan Gurunya yang juga Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq. Dia telah mujahadah melawan nafsu2 yang rendah dan bisikan jinn Syaitan dan menumpaskannya.  Dia telah menempuh dunia keruhanian sehingga tahqiq, mampu membezakan seruan suci Allah Ta'ala dengan bisikan halus tipu daya jinn syaitan.  Dia telah menempuh tingkatan2 Tauhid / Ma'rifat sehingga sampai ke Hadratul-Quddus, Hadrat Tuhan Yang Maha Suci.

Syarat lain adalah :  berpegang teguh dengan Syari'at dan sentiasa melakukan Amr Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran), tidak meremehkan amal ibadah Syari'at, tidak meremehkan adab2 pada Toriqat, sebaliknya berpegang teguh dengan kedua2nya — berpegang teguh dengan Syari'at dan Toriqat yang diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah .

Syarat lain yang tiada kompromi:  Dia telah menerima Ijazah kebesaran Warisatul Anbiya  ( Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat) daripada Guru yang memimpinnya, yang juga merupakan Warisatul Anbiya yang sebenar,  berdasarkan Petunjuk Allah.  Kunci terpenting di sini — Petunjuk Allah.  BUKAN pendapat Gurunya dan BUKAN pilihan Gurunya, tetapi semata2 pilihan Allah. Dalilnya Kalam Allah Yang Agung....

Firman Allah :

سُوۡرَةُ فَاطِر

 ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]

 Tafsiran Imam Jilani Radhiallahu anhu.

Berkata Imam Jilani

Orang2 yang berilmu dan hikmah  (Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di- pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga  kasyaf  Ilahiyyah)

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 [Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

Prinsip Kedua

Toriqatnya adalah Toriqat Mu'tabar yang sampai silsilahnya kepada Rasulullah

(44 Toriqat yang telah disahkan oleh Musyawarah Jami'ah Toriqah Mu'tabarah sedunia)

1.   Naqsyabandiah

2.   Qadiriyyah

3.   Shattariyyah

4.   Samaniyyah

5.   Umariyyah

6.   Saziliyyah

7.   Rifa’iyyah

8.   Ahmadiyyah

9.   Dasukiyyah

10.   Akbariyyah

11.   Maulawiyyah

12.   Kubrawiyyah

13.   Shahruwardiyyah

14.   Khalwatiyyah

15.   Jalwatiyyah

16.   Bakdasyiyyah

17.   Ghazaliyyah

18.   Rumiyyah

19.   Sa’diyyah

20.   Gistiyyah

21.   Sya’baniyyah

22.   Kalsaniyyah

23.   Hamzawiyyah

24.   Bairumiyyah

25.   Usysyaqiyyah

26.   Bakriyyah

27.   Idrusiyyah

28.   Usmaniyyah

29.   Alawiyyah

30.   Abbasiyyah

31.   Zainiyyah

32.   Isawiyyah

33.   Buhuriyyah

34.   Haddadiyyah

35.   Ghaibiyyah

36.   Khadiriyyah

37.   Bayumiyyah

38.   Malamiyyah

39.   Uwaisiyyah

40.   Idriyyah

41.   Akabiral Auliyyah

42.   Matbuliyyah

43.   Sunbuliyyah

44.   Tijaniyyah

(Semua Toriqat ini telah disahkan sebagai benar pada sisi Ahlus Sunnah oleh Muktamar Ulama sedunia —  Jami'ah Toriqah Mu'tabarah, Pekalongan, Pulau Jawa, Indonesia)

Prinsip Ketiga

Berpegang teguh dengan Syari'at Rasulullah dan adab2 Toriqat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Ulama Mu'tabar terdahulu.

Prinsip Keempat

Mempunyai Manhaj tersusun rapi (silibus lengkap) bagi penyempurnaan Tarbiyyah (pendidikan) dan Tazkiyyah nafs (penyucian diri) yang menepati Ahlus Sunnah.

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...