■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 751)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Perkara-perkara yang termasuk pengertian "Mungkar" atau "Maksiat", adalah perkara-perkara yang jelas "mungkar" menurut hukum.... ertinya telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah sebagai "Mungkar" atau "Maksiat" atau “Dosa”. Sebaliknya jika suatu hal tidak sepakat Ulama akan keharamannya, maka tidak boleh dihukumkan sebagai maksiat atau kemungkaran. Fahami baik-baik apa yang kami katakan ini.
Contoh 1 : Kemungkaran di dalam keluarga
■ Tidak menutup aurat menurut hukum ketika keluar rumah.
■ Bergaul bebas saudara mara lelaki perempuan ajnabi.
■ Memakai bejana emas atau perak untuk makan minum atau lainnya.
■ Mengambil harta saudaranya secara zalim.
Contoh 2 : Kemungkaran di Masjid
■ Imam atau makmum tidak menepati syarat sah solat.
■ Mengganggu orang yang sedang solat.
■ Melarang solat di Masjid kerana berlainan parti politik.
■ Bergaduh dan bertengkar di dalam Masjid.
■ Jual beli di dalam Masjid.
(kecuali jual beli di luar Masjid yang tidak termasuk di dalam pengertian Masjid)
■ Cerita hal dunia yang tiada hubungan dengan Agama.
■ Tukang ceramah berfahaman sesat seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Sekular (liberal).
■ Lelaki perempuan bergaul bebas di dalam majlis-majlis.
■ Wanita bersolek berwangi-wangian di dalam Masjid.
■ Mengotori Masjid dengan makan minum atau lainnya.
Contoh 3 : Kemungkaran di pasar
■ Penjual menipu daya dengan berbagai helah — menipu harga, timbangan, sukatan, jenis barang.
■ Penjual menyorok barang keperluan asasi seperti beras, gandum, gula, garam.
■ Lelaki perempuan ajnabi bergaul bebas.
■ Permainan dan muzik yang melalaikan dan yang membawa kepada perkara haram.
■ Wanita dijadikan model mempertontonkan kecantikannya.
■ Penyanyi-penyanyi wanita menyanyi di hadapan lelaki.
■ Wanita bersolek dan memakai wangi-wangian.
Contoh 4: Kemungkaran di Majlis Perkahwinan dan Majlis perhimpunan lain
■ Pengantin lelaki atau wanita dedahkan aurat.
■ Pengantin lelaki memakai sutera.
■ Pengunjung dedahkan aurat.
■ Lelaki perempuan ajnabi bergaul bebas.
■ Tari menari campur lelaki perempuan.
■ Muzik yang melalaikan.
■ Wanita menyanyi di hadapan lelaki.
■ Wanita memakai wangi-wangian.
■ Menyajikan makanan di dalam bejana perak atau emas.
■ Membentangkan tikar emas atau perak.
Contoh 5: Kemungkaran Ulama jahat
■ Membawa fahaman yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah yang benar.
■ Mengeluarkan fatwa-fatwa sesat.
■ Bersubahat dengan Pemerintah untuk menindas rakyat.
Contoh 6: Kemungkaran Pemimpin-Pemimpin Negara
■ Menipu daya rakyat dengan berbagai agenda jahat.
■ Memakan harta rakyat secara haram.
■ Menyusahkan kehidupan rakyat dengan berbagai cukai yang membebankan.
■ Hidup mewah dan berfoya-foya dengan hiburan.
■ Menghimpun harta untuk diri sendiri sedangkan rakyat hidup di dalam kemiskinan.
■ Menghalang kebenaran.
■ Menghalang solat di Masjid-masjid tanpa sebab yang diharuskan oleh Syara'.
■ Menakut-nakutkan penda'wah dengan berbagai ugutan, tangkapan.
■ Menggunakan orang alim dan cerdik pandai Agama untuk kepentingan politik.
■ Mempertahankan undang-undang kafir, politik jahat dan keji .
Bersambung siri 752 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment