Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 357)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:

Meremehkan, menghina Ulama

...... sambungan......



Dalil 5: Ulama adalah Ahli Ma'rifat yang benar-benar takut kepada Allah



Firman Allah:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 


“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para Ulama, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” 

[Faathir (35) : ayat  28)


Berkata Ibn Abbas Radiallahu anhu:

"Ulama’ ialah orang alim yang Mengenal Allah (Ma'rifat) dan tidak syirik (syirik khafi - syirik dalam hati)  kepada-Nya, halalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan memelihara wasiat-Nya."

[Nukilan Ibn Kathir di dalam Tafsir Ibn Kathir]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dan takut kepada Siksa-Nya, di antara hamba-hamba-Nya yang telah diwujudkan dari ketiadaan, sesuai Anugerah-Nya dengan memercikkan percikan Sifat Wujud-Nya, hanyalah orang yang benar-benar mengenal Allah, mengenal Sifat-Sifat Allah yang sempurna dan Nama-Nama Allah yang Maha Meliputi, yakni orang yang telah mencapai Tingkatan Tauhid (Ma'rifat yang tinggi) yang mampu menyingkap rahsia-rahsia Keesaaan Zat Allah atas semua makhluq."

[Tafsir Jilani]


Berkata Imam Ibnu Kathir Radhiallahu anhu:

"Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah Ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali Tuhan menilik hasil Kekuasaan-Nya dan Kebesaran-Nya..... Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Berilmu yang mempunyai Sifat Kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila ma'rifat bertambah sempurna dan ilmu terhadap-Nya bertambah matang, ketakutan kepada-Nya bertambah besar dan bertambah tinggi."

[Tafsir Ibn Kathir]


Penjelasan tambahan:


(1) Kalam Allah Yang Maha Agung ini menjelaskan lagi Kalam-Kalam sebelumnya berkenaan "Ulama Billah" sebagaimana Allah Ta'ala menyebut mereka dan muliakan mereka.  


(2) Ayat ini menjelaskan lagi bahawa ketinggian dan kemuliaan seseorang bergelar "Ulama" BUKAN kerana hafalan kitabnya yang banyak.  BUKAN juga kerana nama, pangkat, kekayaan atau kedudukannya pada pandangan masyarakat awam.  BUKAN juga kerana pengaruh politik pemerintahan, tetapi Penzahiran "Ulama Allah", Ulama yang haq semata-mata kerana "Rahsia Ilahi, Cahaya Keimanan, Cahaya Taqwa, Cahaya Ma'rifat" yang memenuhi dada mereka. 


(3) Ketika terjadi penyelewengan di kalangan masyarakat Islam, Ulama Billah memperkenalkan nama-nama lain untuk merujuk kepada Ulama yang benar, sesuai dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah — Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Kekasih Allah.  Maka terbezalah Ulama Billah dengan "Ulama as-su", "Ulama politik", "Ulama dunia", "Ulama sesat Syi'ah (rafidhi), Ulama sesat Wahhabiyyah (khawarij), Ulama sesat Mujassimah dan lain-lainnya."


(4) Kenyataan ini kami ulangi berkali-kali sebagai suatu peringatan dan amaran kepada sekalian Ummat jangan sesekali memandang remeh, mengolok-olok atau menghina Ulama Billah. Sebaliknya Ummat Islam wajib berpegang kepada mereka demi keselamatan dunia Akhirat.


Bersambung siri 358 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...