Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 356)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:

Meremehkan, menghina Ulama

...... sambungan......



Dalil 4 : Penduduk langit, bumi dan lautan mengenal Ulama Allah


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim (Alim Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.” 

[Imam Tirmizi]


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm atau Ulama Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.” 

[Imam Ahmad , Imam  Abu Dawud]


Rasulullah ﷺ bersabda: 

“Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki.  Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.”  [Riwayat Imam  Ad-Dailami].


Tafsiran:

Menurut tafsiran Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Sayuthi, yang dikehendaki dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Qur'an dan Hadith di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah mencapai Ma'rifat dan mengenal Allah dengan pengenalan yang sempurna. Merekalah Ulama Billah, Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar.  Ikan di lautan, semut di sarang, burung di angkasa raya mengenal para Pewaris Nabi kerana Allah Ta’ala Ilhamkan akan keberadaan mereka sebagai Kekasih-Nya.


Puji-pujian Rasulullah ﷺ di atas mengandungi isyarat khusus ; iaitu bagi Ulama Billah, Ulama yang benar-benar mencapai Ma'rifat, mengenal Allah yang mereka itu menanggung Amanah Allah sebagai Pewaris Baginda.  Ia BUKAN ditujukan kepada orang alim kitab atau ustaz, kiyai, muallim, pensyarah atau guru-guru awam yang lainnya.


Sekali lagi dalil-dalil ini menunjukkan Ulama Billah adalah Ulama sebenar Ulama yang di-Pilih oleh Allah, Dia Meninggikan Darjat mereka dan Menjadikan mereka Kekasih-Nya atas muka bumi bagi menyempurnakan Amanah dan penyambung Risalah.


Bersambung siri 357 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...