■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 10)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.1 Pertama : Takabbur
sambungan....
Ancaman Keras Allah Ta'ala kepada Orang Takabbbur / Sombong / Megah
Berikut adalah keterangan Al-Qur'an dan Hadith2 berkenaan ancaman keras terhadap orang2 di dalam hatinya ada sifat Takabbur. Dan lebih bahaya lagi apabila sifat terpendam itu terzahir di dalam tutur kata dan tingkah laku.
(1) Makhluq yang awal2 diLaknat Allah kerana sifat Takabbur:
Firman Allah :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : 34]
(2) Takabbur adalah sifat Fir’aun,Namrud serta penguasa2 yang menyombongkan diri:
Firman Allah :
إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْماً عَـلِينَ
"Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-Nabi Allah itu) dengan sombong takabbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.
[Al-Mu’minoon, (23) : 46]
(3) Takabbur menyebabkan pintu hati tertutup :
Firman Allah :
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.
[Al-Mu’min (40) : 35]
(4) Takabbur Sifat Kebesaran Allah, hanya Allah Ta'ala layak Takabbur:
Firman Allah didalam Hadis Qudsi:
“Takabbur itu selendangku dan kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barangsiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam Neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.”
[Imam Muslim]
(5) Takabbur binasakan pahala amal ibadah
Firman Allah :
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan..”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
(6) Takabbur yang berterusan boleh menjerumuskan seseorang kepada kekafiran:
Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
(7) Takabbur mengheret ke Neraka, jauh dari Syurga:
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya, seberat biji sawi dari takabbur.
[Imam Muslim]
Perhatikanlah sungguh2 segala ancaman adalah ditujukan kepada orang Islam beramal yang mempunyai Sifat Takabbur, membesarkan diri, menunjuk Kemegahan. Sesungguhnya kesombongan dan bermegah2 diri menghilangkan pahala kebajikan sekalian amal ibadah, mencerai-beraikan Imannya dan menjadi sebab dicampak ke Neraka Jahannam. Wal Iyazubillah
Akan datang penjelasan :
■ Jenis² Takabbur.
■ Takabbur batin yang terzahir dalam perbuatan, perkataan
■ Punca Mendorong kepada Takabbur
■ Tanda2 terlihat sifat Takabbur pada seseorang
■ Taubat Nasuha dari sifat Takabbur
■ Cara orang awam melawan sifat Takabbur
■ Larangan menuduh orang lain Takabbur tanpa hak
■ Takabbur yang dibenarkan
Bersambung siri 11 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment