Friday, October 14, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 9)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



7.0 Dosa-Dosa Besar Hati (Batin)


Berikut adalah sejumlah DOSA BESAR BATIN (HATI)  yang tumbuh subur di dalam HATI akibat dari berbagai penyakit HATI. Renungilah baik2, hampir semua manusia TIDAK terlepas dari penyakit2 HATI yang membawa kepada DOSA BESAR yang menjerumuskan dia kepada kefasikan, kesesatan atau kekafiran.  Wal Iyazubillah. 


7.1 Pertama : Takabbur

=================


Firman Allah :

 وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِ‌ۚ فَحَسۡبُهُ ۥ جَهَنَّمُ‌ۚ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ 

"Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal"

[Al-Baqarah (2) : ayat 206]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat  takabbur sebesar biji sawi.” 

[Imam Muslim]


Definisi:

Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

“Maka pokoknya takabbur atau sombong ialah : Tingkah laku yang ada pada jiwa, iaitu merasa senang dan cenderung pada dilihat dirinya di atas orang yang disombonginya”


Rasulullah ﷺ telah memberikan asas kepada Pengertian Takabbur, iaitu :  Memandang orang lain dengan pandangan hina dan Menolak Kebenaran.  Daripada dua asas ini, Ulama Ahlus Sunnah telah huraikan sekalian hal ehwal yang berkaitan dengan Takabbur.


Takabbur (sombong, ego, megah) adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain serta memandang orang lain dengan pandangan hina.    Ia merupakan dosa batin, maka ia terpendam di dalam hati, namun ada kalanya Sifat terpendam ini terkeluar lalu terlihat di dalam tuturkata, perbuatan dan tingkahlaku.  


Manusia yang mempunyai sifat Takabbur adalah sehina2 manusia pada pandangan Allah Ta'ala sedangan orang itu berfikir diri dia mulia, maka binasalah dia dengan angan2 dia.  Wal Iyazubillah


Fakta2 Penting berhubung dengan Takabbur:

■  Takabbur adalah sebesar2 dosa batin dan sebesar2 Syirik Khafi.  

■ Sebagaimana Syirik Khafi yang lain, Takabbur hapuskan amal kebaikan dan rosakkan iman.

■  Takabbur adalah "selendang Allah", maksudnya hanya milik Allah Ta'ala Yang Maha Agung, dengan itu makhluk mana pun TIDAK layak bersifat dengan sifat Takabbbur.  (Sifat makhluq adalah sebaliknya, iaitu berisifat dengan faqir, dhaif, tawadhu')

■ Allah Ta'ala melaknat orang yang Takabbur, sombong, megah, membesarkan diri.

■ Iblis menerima La'nat Allah sehingga Qiamat akibat keengkaran kepada Allah Ta'ala dan Takabbburnya terhadap Nabi Adam Alayhis-Salam.

■ Orang yang Takabbur, Menyombong diri, Menunjuk Kemegahan diri diancam dengan Neraka Jahannam.  Wal Iyazubillah.

■ Takabbur menyebabkan hati menjadi keras membatu, gelap, mati  dan tertutup.  Wal Iyazubillah

■ Takabbur itu boleh berlaku kepada siapa sahaja, namun ia berlaku terutama mereka yang mempunyai kelebihan2 tertentu. (seperti kelebihan ilmu, kuasa, kekayaan, kedudukan, pangkat, nama, gelaran, sijil, harta kekayaan — lihat huraian akan datang)

■ Setiap manusia yang melakukan Takabbur, WAJIB Taubat segera dengan Taubat Nasuha, kembali kepada Allah dengan merendahkan dirinya.

■ Orang yang terus-menerus Takabbur, Membesarkan diri,  Bermegah diri dan tidak bertaubat adalah termasuk orang yang terkenaistidraj, sedang dia leka dan megah dengan sangkaan dia dalam kemuliaan. Wal Iyazubillah



Bersambung siri  10  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI   

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...