■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 11)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.1 Dosa Besar Pertama : Takabbur
sambungan....
Pembahagian Takabbur:
Takabbur terbahagi kepada tiga bahagian:
Pertama : Takabbur kepada Allah
Kedua : Takabbur kepada Rasulullah
Ketiga : Takabbur kepada makhluq
Huraian :
Takabbur Kepada Allah dan Rasul:
Barangsiapa Takabbur kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia termasuk orang kafir dan dilaknat. Orang kafir yang terus-menerus di dalam kesombongan terhadap Allah dan seruan Rasul tidak akan memperoleh petunjuk. Mereka akan kekal di dalam kekafiran sampai mati.
Contoh manusia seperti ini adalah Fir'aun, Qarun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab berserta pengikut2- nya yang setia... yang mereka itu semuanya Takabbur menyombongkan diri kepada Allah dan Rasul Nya bahkan mencabar Kekuasaan Allah Ta'ala, maka matilah mereka di dalam Kekafiran. Inilah hal keadaan orang kafir yang memerangi Rasul dan Nabi, mengejek2 ajaran Islam, memperolok2 Rasul2
Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
Firman Allah :
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.
[Al-Mu’min (40) : 35]
Sebaliknya orang kafir yang memikirkan tentang kewujudan dirinya, memikirkan Penciptanya, memikirkan kejadian dan keajaiban Alam yang Allah ciptakan, TIDAK menyombongkan dirinya.... In shaa Allah dia akan memperoleh hidayah untuk menerima Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jika dia orang Islam, lalu dia sombong kepada Allah dan Rasul-Nya — iaitu memperolok2 ajaran Rasul, mengejek2 ajaran Islam, menghina undang2 yang Allah Ta'ala turunkan, mengejek2 Sunnah Rasulullah ﷺ, kemudian dia TIDAK Taubat Nasuha dengan segera.... maka tidak syak lagi dia akan jatuh murtad, keluar dari Agama menjadi kafir. Wal Iyazubillah.
Jika dia orang Islam, meyakini Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ, mengerjakan Solat, Puasa, Zakat, Haji serta kewajipan lain, tetapi dia menyombongkan diri dengan ajaran Rasulullah ﷺ, yang sebenar, menyombongkan diri dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya, lalu dia menyimpang membuat firqah2 sendiri, maka jatuhlah dia kepada golongan sesat ... meskipun dia bergelar Ulama, meskipun dia Hafiz Qur'an, meskipun dia bangun Tahajjud setiap malam. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ dengan 72 golongan yang sesat. Di antaranya yang masih menyebarkan ajaran sesat ini adalah : Golongan Syi'ah (rafidhi) dan Wahhabiyyah (khawarij). Sesungguhnya golongan menyombong ini tertipu dengan tipu daya Syaitan tetapi mereka tidak menyedarinya. Wal Iyazubillah. Mohon Pertolongan Allah agar terhindar dari golongan sesat ini.
Takabbur kepada makhluq:
Jika seseorang Islam Takabbur kepada makhluq disertai dengan Penderhakaan kepada Perintah Allah Ta'ala, maka jatuhlah dia kepada kekafiran. Hal ini yang terjadi kepada makhluq Allah yang pertama sekali melakukan Takabbur sehingga diabadikan di dalam Al-Qur'an sebagai pengajaran yang paling besar kepada Ummat Islam yang beriman sepanjang umur dunia. Iblis yang nama nya Azazil adalah bangsa Jinn yang beribadat bersama para Malaikat dan menjadi Guru kepada Malaikat selama ribuan tahun, jatuh tersungkur menjadi kafir disebabkan keengganan kepada Perintah Allah supaya sujud (hormat) kepada Nabi Adam Alaihis Salam.
Firman Allah :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis;dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[Al-Baqarah (2) : 34]
Seseorang Islam yang Takabbur kepada makhluq semata2 (BUKAN TAKABBUR KEPADA ALLAH DAN RASULNYA), meninggikan diri, menyombongkan diri, memandang diri sendiri dengan kemuliaan serta menghinakan makhluq Allah, adalah dia termasuk orang yang fasiq, berdosa besar dan telah melakukan Syirik (syirik khafi), mempersekutukan Allah di dalam hatinya. Rosak Tauhid nya dan musnah segala amal nya. Wal Iyazubillah
Pada hakikatnya dia Takabbur kepada Allah jua, tetapi di dalam bentuk yang lebih ringan daripada Penyombongan yang disertai penderhakaan terus kepada Allah sepertimana yang dilakukan oleh Iblis. Maka tidaklah sampai kepada terkeluar dari Agama. Namun orang seperti ini sedang menghadap BAHAYA BESAR jika dia tidak berubah segera bertaubat.
Takabbur yang ketiga inilah yang fokus perbincangan utama di dalam Risalah ini. Maksudnya kita tidak akan membincangkan hal ehwal iblis atau hal ehwal Fir'aun yang kafir, tetapi tumpuan kita adalah kepada "Takabbur yang dilakukan oleh orang Islam yang beriman".
Bersambung siri 12 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment