Sunday, October 16, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 12)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.1 Pertama : Takabbur

sambungan....


Sebab2 yang Mendorong Takabbur :


Mengapakah manusia Takabbur?

Apakah anasir di dalam diri yang mendorong dia melakukan Takabbur?

Punca wujudnya takabbur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan pada dirinya atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.  Sebab2 yang membangkit kepada kesombongan:


1.  Takabbur dengan Ilmu.

2.  Takabbur dengan Amal Ibadah

3.  Takabbur dengan tubuh badan – kecantikan,  kekuatan dll

4.  Takabbur dengan harta,  anak dan kekayaan dunia.

5.  Takabbur dengan banyak pengikut

6.  Takabbur dengan kemuliaan keturunan.

7.  Takabbur dengan kekuasaan.


Huraian :


(1) Takabbur dengan ilmunya:


Hal ini sering terjadi kepada orang alim yang mahir di dalam Ilmu Syari'at (Fiqh), mahir di dalam Ilmu Usuluddin,  mahir di dalam berbagai ilmu nahwu sarf, mantiq dll,  Hafiz dan mahir di dalam Al-Qur'an, mempunyai gelaran Ulama, Kiyai, Ustaz, Muallim, Huffaz, PhD, Drs, Profesor, Masters dsb.  Oleh kerana mereka memiliki Ilmu syari'at yang banyak mengatasi orang lain, maka timbul perasaan megah, takabbur dengan ilmunya.  


Orang yang memiliki kelebihan seperti ini amat sukar membendung bisikan hati yang mengangkat tinggi punggungnya. Hatinya berbisik " Engkaulah orang hebat menguasai ilmu Agama, engkaulah orang bijak sedang orang lain bodoh. Engkaulah pakar di dalam Agama sedang orang lain semua macam sampah.  Engkau ada PhD, Profesor, Masters sedang lawan kau cuma orang yang tiada pangkat apa2."


Demikian bisikan hati yang sering terkena kepada orang yang memiliki banyak ilmu syari'at.  Sebahagian dari mereka bermegah dan takabbur di dalam hati semata2.  Sebahagian lain tak dapat mengawal diri.  Sifat kemegahan terus mendesak mereka sehingga  mereka gemar mengajak kepada perdebatan yang akhirnya membawa pertengkaran dan permusuhan.  Contoh2 di kalangan ummat Islam telah lama berlaku di zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ dan berterusan sampailah ke zaman ini. Akibat dari perbuatan ini telah menjerumuskan mereka kepada kesesatan.   Wal Iyazubillah.


(2) Takabbur dengan amal ibadah


Ahli abid (ahli ibadah) yang tekun beribadah siang malam megah dengan amal dia yang banyak. Pada sangkaan dia dia lebih mulia dari manusia lain kerana ibadah dia menggunung tinggi.  Tanda2 yang terlihat pada ahli ibadah ini sama seperti tanda2 orang alim takabbur dengan ilmunya.


(3) Takabbur dengan Tubuh badan — Kekuatan dan Kecantikan


Orang yang kuat memandang remeh atau hina orang2 yang lemah.  Kekuatan di sini boleh bermaksud kekuatan individu  atau kekuatan berkelompok seperti  ketenteraan.


Orang2 yang diKurniakan oleh Allah kecantikan wajah atau keindahan rupa memandang hina orang yang kurang cantik.  Mengeluarkan kata2 hodoh, hitam,  dsb.  atau  semata2 bermegah di dalam hati yang dia lebih indah dari orang lain adalah termasuk Takabbur.


(4) Takabbur dengan harta, anak, kekayaan dunia


Orang yang diKurniakan oleh Allah harta kekayaan yang banyak memandang orang lain yang tiada harta dengan pandangan hina. 

Golongan hartawan, jutawan seringkali menyombongkan diri dengan mengeluarkan kata2 hina seperti :  "Aku banyak harta kerana aku pandai usaha, kamu pemalas"

atau dia berkata, "Cuba lihat harta kekayaanku yang banyak",  atau berkata, "kamu tak layak tandingi harta kekayaan aku."  atau lain2nya.


(5) Takabbur dengan sebab banyak pengikut


Hal ini terjadi ke atas ketua2 yang memimpin jamaah2, kumpulan, parti. Apabila bertambah ramai pengikut maka datanglah perasaan kesombongan bahawa dia lebih tinggi dan lebih hebat dari Jamaah lain, parti lawan dsb.


(6) Takabbur dengan Keturunan


Mereka bermegah2 dengan sebab keturunan dan bangsa, warna kulit, tempat asal dsb. 

Orang yang berketurunan bangsawan memandang hina kepada orang biasa yang bukan dari bangsawan.  Orang kulit putih hinakan orang kulit hitam.  Sama ada degan perkataan atau tingkah laku atau semata2 di dalam hati. Semua ini Takabbur yang tercela.


(7) Takabbur dengan kekuasaan


Sesungguhnya Takabbur yang dilakukan oleh Penguasa2, Pemerintah, Amir, Khalifah, Sultan, Raja, Presiden, Perdana Menteri atau apa saja namanya  yang zalim dan rakus dengan dunia dan kekuasaan.... adalah ini musibah paling besar kepada Ummat Islam dan kecelakaan besar kepada dirinya sendiri.


Apabila sifat Takabbur menguasai seseorang Pemerintah, Penguasa, yang mempunyai kekuasaan, dia sanggup melakukan apa saja kedurjanaan sampai2 kepada pembunuhan sewenang2nya.  Ini yang terjadi kepada Penguasa2 terdahulu dan masih berterusan sehingga ke hari ini.  Kuasa yang besar kepada seseorang membutakan mata dan menutup pintu hati dia.  


Maka jadilah orang ini berkali2 ganda DOSANYA.....DOSA Takabbur dan DOSA kezaliman dan penganiyaan.  Jangan kamu termasuk Penguasa seperti ini. Mohon perlindungan Allah Ta'ala agar tidak termasuk pengikut dan subahat dengannya. 


Perhatikanlah wahai budiman,

Betapa besarnya akibat PENYAKIT HATI yang membawa kepada berbagai DOSA BESAR yang amat besar.

Puncanya dari hati yang berpenyakit....!


Bersambung siri  13  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI   

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...