■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 358)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 48:
Meremehkan, menghina Ulama
...... sambungan......
Contoh-contoh Istihza (اِسْتَهْزَأَ)
Meremehkan Ulama
====================
Contoh 1: Mereka mendakwa merujuk Qur'an dan Hadith sahaja dan abaikan Ulama
Golongan yang bergelar "Kaum Muda" atau "Wahhabiyyah" atau "Najdiyyah" atau ISIS atau nama-nama lain mendakwa mereka hanya merujuk Qur'an Hadith sahaja dan tidak mengikut Ulama. Alasan golongan ini
(enggan ikut Ulama) adalah Ulama pun banyak silap. Untuk ini kami jawab:
Pertama:
Awal-awal perkataan kami adalah : Pengakuan bahawa mereka ikut Al-Qur'an dan Hadith itu pun suatu pembohongan kerana Al-Qur'an dan Hadith memerintahkan kepada orang beriman supaya mengikut Ulama (Billah) — Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), yang kemudian dimasyhurkan dengan istilah Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat. Sebahagian daripada mereka (Ulama Billah, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat) di-Kurniakan oleh Allah menjadi Mujtahid dan sebahagian lebih khusus diangkat menjadi Mujaddid.
Ke-2: Dakwaan "mengikut Qur'an dan Hadith sahaja tanpa Ulama" itu juga menunjukkan ketololan kerana tak mungkin kamu merujuk Qur'an dan Hadith tanpa tafsir dan ta'wil Ulama. Tak mungkin kamu menggali sendiri segala hukum-hakam (halal, haram, wajib, sunnat, makruh, harus dan sebagainya). Tak mungkin kamu mengetahui syarat dan rukun bagi setiap ibadah tanpa penjelasan Ulama.
Ke-3: Al-Qur'an Kalamullah adalah Kata-kata Allah Yang Maha Agung, tersimpan di dalamnya ribuan rahsia tersembunyi. Sebahagiannya mampu difahami dengan mudah namun kebanyakan daripadanya mengandungi makna-makna tersembunyi yang tak mampu difahami oleh kebanyakan orang. Hanya mereka yang di-Kurniakan Ilmu oleh Allah dari Sisi-Nya mampu memahami dan mentafsirkannya. Merekalah Ulama Billah — Pewaris Nabi.
Ke-4: Manusia mana pun tak kenal Allah, tidak mengetahui jalan kebenaran yang di-Redhai Allah dan tidak mengenal jalan kesesatan yang di-Murkai Allah....melainkan dia mengikut Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq yang mewarisi Nabi zahir dan batin (yang dikenali sebagai Ulama Billah, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat).
Ke-5: Hakikatnya, TIADA seorang muslim pun (termasuk orang alim kitab dan orang bergelar Profesor, Drs, Masters, Kiyai, Ustaz, Muallim kitab) mampu solat, puasa, zakat, haji, jihad dan lain-lain melainkan dia merujuk kitab-kitab Ulama Billah.
Ke-6: Terdahulu telah menjadi ketetapan bahawa Allah dan Rasul-Nya mengancam keras dengan Neraka Jahannam kepada mereka yang mentafsirkan Al-Qur'an dengan pendapat sendiri atau pemikiran aqalnya.
Firman Allah:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.”
[Al-Isra’ : (17) ayat 36]
Firman Allah:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
[An-Nahl (16): Ayat 116]
Sabda Rasulullah ﷺ:
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]
Keseluruhannya:
Mereka yang mendakwa hanya mengikut Al-Qur'an dan Hadith sahaja dan menolak Ulama (Billah) telah menghina Ulama, bahkan menghina Allah dan Rasul-Nya. Mereka adalah pengikut-pengikut Syaitan. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 359 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment