Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 359)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:_

Meremehkan, menghina Ulama

......sambungan...


Contoh 2: Mengejek-ejek amalan Ahli Sufi

Sebahagian orang Islam (termasuk yang mengaku Ahlus Sunnah) pada zaman ini mengejek-ejek, mengolok-olok amalan Ahli Sufi seperti Suluk, Khilwah, Zikir Allah Allah, Zikir Jihar (dikuatkan suara) dan lain-lain berhubung dengan Toriqat (Tasawwuf), sedangkan semua amal ibadah tersebut berakar umbi di dalam Al-Qur'an dan Warisan Suci daripada Junjungan Rasulullah ﷺ.  Dan mereka yang dikatakan Ahli Sufi adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Iaitu sekalian _Masyaikh Ahlus Sunnah_ adalah mereka itu Ahli Sufi yang menghidupkan Agama sepanjang zaman setelah kewafatan Rasulullah ﷺ.  Mereka yang melakukan _ijtihad_  menerbitkan hukum-hakam Agama di dalam fiqh, usuluddin, tasawwuf, tafsir, hadith, sirah, nahwu, sirah, mantiq, bayan, badi' bahkan sekalian Ilmu Ahlus Sunnah zahir dan batin.


Ini bermakna tanpa disedari mereka telah menghina Allah dan Rasul-Nya.


Menurut Imam Ghazali, mereka ini (yang mengejek-ejek dan menghina Ahli Sufi) adalah termasuk golongan yang di-Laknat Allah kerana pada hakikatnya orang-orang yang dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid adalah Ulama Pewaris Nabi yang Benar yang mewarisi Nabi zahir dan batin. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Di luar mereka adalah orang-orang jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya.  Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong.  Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;


وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ


"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.”

[Muhammad (47) : Ayat 16]


Dan Firman Allah:

 

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ

“(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang di-Laknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya.”

[Muhammad (47) : Ayat 23]

[Tamat Petikan KItab Munqiz Min-Adh Dholal]


Bersambung siri 360 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...