SIRI 55
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ
الرَّحْمَنِ
الرحيم
اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ
اللهِ
وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat
(Tasawwuf)
Dua Belas Fakta Penting Toriqat
(Tasawwuf)
Berikut adalah 12 Fakta Terpenting
berhubung dengan Toriqat (Tasawwuf) yang wajib diketahui oleh setiap Muslim
Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.
Penjelasan ini dikirakan sebagai rumusan berhubung dengan Toriqat (Tasawwuf).
Fakta 1:
Ahlus Sunnah Yang Benar (tulen)
Berpegang kepada kedua-dua Ilmu — Ilmu Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf)
Ahlus Sunnah yang tulen (benar)
menerima, mewarisi dan berpegang teguh kepada dua bentuk ilmu dari
Rasulullah ﷺ iaitu:
Pertama
: Syari'at Rasulullah ﷺ
Kedua :
Toriqat Rasulullah ﷺ
●Ilmu Syari'at disebut juga
sebagai ilmu zahir, ilmu syari'at zahir, ilmu fiqh.
●Ilmu Toriqat disebut juga sebagai llmu
Batin Hati, Ilmu Haqiqat, Ilmu Ma'rifat, Ilmu Tasawwuf, Ilmu Ihsan dan Ilmu
Taqwa.
(Intisari dari kedua-dua ilmu ini
terkandung di dalam Wahyu pertama
("
Iqra' " ).
Fakta 2:
Syari'at Berkait Ilmu dan Amal
Zahir. Toriqat Berkait dengan Ilmu dan
Amal batin — hati.
●Syari'at Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang
takluk kepada anggota zahir - seperti solat, puasa, zakat, da'wah, jihad, muamalah jual beli, nikah kahwin, ekonomi,
politik pemerintahan negara dan lain-lain.
●Toriqat Rasulullah ﷺ
adalah sekalian ilmu dan amal yang takluk kepada anggota batin (hati, ruh dan sirr) iaitu melakukan riadah melawan nafsu kejahatan,
menyucikan hati dengan zikrullah, tawajjuh
(zikir berjemaah), khilwah (uzlah yang khusus) dan lain-lain yang
berkaitan - bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit yang menyebabkan
kekufuran, kekejian dan kelalaian.
(Kandungan kedua-dua ilmu ini adalah
keseluruhan Manhaj Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ )
Fakta 3:
Setiap Mukallaf Wajib (Fardhu 'Ain)
amalkan Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf)
Menurut Ijma Ulama Ahlus Sunnah, WAJIB
atas setiap orang Muslim yang mukallaf (akil baligh) amalkan kedua-dua ilmu
tersebut (syari'at dan Toriqat).
Meninggalkan salah satu darinya boleh menjerumuskan kepada kefasikan,
kesesatan atau kekufuran kerana kedua-duanya bersumber dari Wahyu Ilahi.
Fakta 4:
Pembahagian Ilmu Syari'at (Fiqh) dan
Toriqat (Tasawwuf ) adalah Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah.
Syari'at dan Toriqat wujud di zaman
Rasulullah ﷺ
dalam bentuk yang menyeluruh atau
bersatu tanpa terpisah-pisah.
Ketika itu belum ada pembahagian ilmu Islam sebagaimana yang wujud pada
zaman ini. Pembahagian tersebut zahir
pada kurun pertama Hijriyyah, berdasarkan Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah bertaraf
Auliya Allah.
Apa yang dikenali dan diamalkan oleh
para sahabat hanyalah dua sumber ilmu iaitu
Al-Qur'an dan As Sunnah. Para
sahabat adalah faqih (mahir di dalam fiqh dan sekaligus sangat arif mengenal
Allah) sehingga digelar Arif Billah. Ini
bermakna para sahabat adalah pakar di dalam ilmu fiqh (fekah) dan sekaligus
pakar di dalam Ilmu Ma'rifat, TIADA
pemisahan antara keduanya.
Berbeza dengan zaman kemudiannya, timbul
orang alim yang hanya pelajari ilmu fiqh semata-mata dan meninggalkan ilmu
tasawwuf, sehingga dia dikenali sebagai alim fiqh sahaja (atau alim kitab). Hal ini yang kemudiannya membawa kepada
kepincangan dan penyelewengan Ummat.
Bersambung siri 56 اِ نْ
شَآ
ءَ
اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment