Wednesday, February 11, 2026

SIRI 54


بِسْــــــــــــــــــمِ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25

sambungan.....

 

 

Pada siri 20-25, kami telah bentangkan kesudahan Ilmu Tasawwuf — suatu gambaran umum berkenaan dengan keindahan hati, kecemerlangan Iman atau Tauhid atau Ma'rifat, Kelazatan Ubudiyyah, Keredhaan Allah, Kasih Allah dan kebahagiaan hidup seluruhnya — yang dijanjikan kepada hamba-hamba Allah yang benar-benar mujahadah "mencari jalan kembali kepada Allah " dengan penuh Adab mematuhi Disiplin Jalan Ma'rifat pada waktu yang panjang.

 

Maksud Jalan Ma'rifat adalah gabungan Syari'at dan Toriqat Rasulullah (huraian lanjut pada Risalah Tingkatan Iman)   dengan pimpinan Shaikh Mursyid yang Siddiq — Pewaris Nabi sebenar.

 

Sehingga apabila telah nyata akan "kebenaran dirinya" maka di sana Allah Ta'ala berkenan Mengurniakannya Maqam Mahmud (terpuji), Maqam Qurbah (kehampiran) dan Maqam Mahabbah (kasih).

 

Persoalan yang lazim bangkit... 

 

● Adakah mungkin mencapai Maqam tertinggi ini?

 

● Apakah semua orang Islam layak atau berpeluang mencapainya?

 

●Bagiamanakah mencapainya?  Apakah Jalannya, apakah wasilahnya? Apakah syarat dan peraturannya?

 

● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan Tauhid hakiki atau Ma'rifat atau Taqwa)  dengan bacaan kitab yang banyak semata-mata?

 

● Bolehkah mencapainya   (kecemerlangan Tauhid hakiki atau Ma'rifat atau Taqwa) dengan perdebatan atau diskusi atau seminar atau kursus dan sebagainya.

 

● Bolehkah mencapainya (kecemerlangan Tauhid hakiki atau Ma'rifat atau Taqwa) dengan jalan sendiri tanpa pimpinan Guru yang arif?

 

● Jika wajib ikut seorang pemimpin, siapakah yang memimpinnya? 

 

● Jika Wajib mematuhi Prinsip, syarat, Adab, Jalan-jalan khusus, apakah cara mengetahuinya?

 

● Bagaimanakah cara memastikan seseorang Muslim itu tidak menyeleweng kepada kebatilan atau kesesatan?

 

Sesungguhnya keseluruhan Perjalanan ini berserta istilah-istilahnya, Prinsip-prinsipnya, Adabnya, Peraturannya, Maqam-Maqam Pencapaiannya, telah diterangkan sejelas-jelasnya oleh Masyaikh Ahlus Sunnah. (Ulama bertaraf Auliya Allah)

 

Demikian lagi mereka telah menjelaskan penyimpangan golongan Sufi palsu,  golongan keruhanian yang tertipu,  golongan keruhanian menyeleweng dari Jalan Ahlus Sunnah.

Kesemua ini diterangkan oleh Masyaikh di dalam Kitab Tasawwuf. 

 

Dengan menuntut Ilmu Toriqat (Tasawwuf )dari Guru yang arif -- Mursyid yang Siddiq, seseorang akan tahu bahawa untuk mencapai kecemerlangan tersebut, dia mesti mencari Penunjuk Jalan yang sebenar-benar arif --  Mursyid yang Siddiq, Pewaris Nabi yang sebenar.

 

Jika seseorang tidak menuntut Ilmu Toriqat ( Tasawwuf ) dan tidak berserta dengan Musyid yang Siddiq — Pewaris Nabi yang sebenar, maka TIDAK mungkin dia mencapai kesemua kecemerlangan Iman atau Tauhid atau Ma'rifat  tersebut.  Bahkan TIDAK mungkin dia memperoleh perkara-perkara  ASAS  kesucian sekalipun tanpa menuntut Ilmu Toriqat (Tasawwuf) dari Ahlinya (Mursyid yang Siddiq).

 

TIDAK mungkin dia memperoleh khusyu’ di dalam solat, TIDAK mungkin dia dapat melawan  sekalian waswas bisikan nafsu syaitan, TIDAK mungkin dia dapat hapuskan semua syirik khafi (syirik tersembunyi) yang bersarang di dalamnya, TIDAK mungkin dia mampu membersihkan hati dari sifat mazmumah  (kekejian), TIDAK mungkin dia hilangkan ghaflah (kelalaian),  TIDAK mungkin dia memperoleh sekalian ketenangan yang dijanjikan.  Semua ini telah disebut dan dibuktikan oleh sekalian Masyaikh (Shaikh-Shaikh Pewaris Nabi terdahulu)

 

Bersambung siri 55 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...