Wednesday, February 11, 2026

SIRI 53


بِسْــــــــــــــــــمِ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25

sambungan.....

 

 

(1) Maqam ini adalah pencapaian tertinggi hamba-hamba Allah —  Maqam Ma'rifat tertinggi (Maqam Tauhid tertinggi) dan Ubudiyyah yang sempurna. Pada setiap saat mereka di dalam ketaatan dan ubudiyyah yang tinggi. Pada setiap masa dan keadaan mereka berdiri teguh pada hukum syari'at dan adab-adab Toriqat —  Suatu kesempurnaan yang hanya mampu dilakukan oleh hamba-hamba Pilihan Allah.

 

(2)  Qalb (hati),  Ruh (roh) dan Sirr (Rahsia yang sangat dalam) mereka telah disucikan sehingga bercahaya-cahaya memenuhi langit dan bumi.  Sekalian syirik khafi (tersembunyi), mazmumah (sifat keji), ghaflah (kelalaian), aghyar (selain Allah) telah musnah. 

 

(3)  Allah Ta'ala mengangkatnya (hamba Pilihan-Nya) ke Arasy, menghadap Hadratul Quddus, tanpa kaifiyyat (cara), menyaksikan Wajah-Nya yang Maha Suci. Pada setiap masa dan keadaan,  mereka tetap menghadap Wajah Allah Yang Maha Suci.  Dan pada waktu yang sama mereka menghadap makhluq (manusia) untuk memimpin mereka kepada Allah Ta'ala.  Bagaimanakah mungkin ini terjadi?   Ini adalah kemuliaan khusus Anugerah Allah kepada hamba-hamba Pilihan-Nya.

 

(4) Penglihatan, pendengaran, gerak dan diamnya di-Limpahi Rahmat Allah, Keredhaan dan Kasih Sayang-Nya.  Tidaklah dia berkata-kata, bergerak atau diam melainkan semuanya dari Gerak Allah Yang Maha Agung. Tidaklah dia melihat melainkan setiap penglihatannya menembus dari penglihatan Allah.  (pengertian rahsia haqiqat yang lebih mendalam tidak disebut di sini)

 

(5) Hamba-hamba Allah yang di-Kurniakan oleh Allah kepada Maqam tertinggi ini tidak ada kekhuatiran, tiada takut sesuatu pun selain Allah,  tiada kebimbangan apa pun terhadap dunia.  Di hati mereka hanya wujud Allah.  Setiap amal ibadah hanyalah mencari Redha dan Kasih-Nya.

 

(6) Demikian hampirnya kepada Allah sehingga tidak ada unsur nafsu jahat dapat memasukinya.  Tidak ada bisikan jinn syaitan mampu menghampirinya.  Tidak ada godaan dunia atau makhluq mampu merosakkannya kerana dia sentiasa di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala. 

 

(7) Maqam Kesucian yang tertinggi ini juga disebut dengan berbagai istilah iaitu:

Maqam Tauhid Yang Sempurna,  

Maqam Tasawwuf Yang Sempurna, 

Maqam Mukasyafah,  

Maqam Taqwa, 

Maqam Ihsan dan

Maqam Tajjali.

 

(8) Secara umum  inilah Maqam sekalian Rasul dan Nabi.  Ertinya semua Rasul dan Nabi adalah Ahli Ma'rifat yang tinggi.  Namun secara khusus, penjelasan ini adalah berkait dengan Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi yang menyambung Warisan Rasulullah   — Shaikh Mursyid yang Siddiq.

 

(9) Pencapaian Maqam tertinggi  ini semata-mata Anugerah Allah kepada hamba-hamba Pilihan-Nya  yang benar-benar ikhlas mencari-Nya, benar-benar mujahadah melawan nafsu-nafsu rendah pada waktu yang sangat panjang dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.  Ianya BUKAN barang mainan atau khayalan yang didapati dalam sekelip mata..!

 

(10) Kurnia Allah kepada hamba-hamba Pilihan-Nya ini datang dengan "Amanah yang berat".  Ia bukan hadiah yang boleh dibuat sesuka hati.  Ahli Ma'rifat — Murysid Pewaris Nabi yang Siddiq mewarisi Maqam Nubuwah (Maqam Kenabian) mempunyai tugas, tanggungjawab dan amanah besar bagi memimpin Ummat (Ahlus Sunnah ) sampai Qiamat. 

 

 

Bersambung siri 54 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...