SIRI 52
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 20, 21,22, 23, 24, 25
sambungan.....
Mari kita perhatikan sekali lagi Dalil 20-25 yang menyimpan rahsia Agung berhubung dengan pertemuan dan penyaksian Ahli Ma'rifat kepada Wajah Allah Yang Maha Suci.
Ungkapan — إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ — "Kepada Rabb (Tuhan) mereka melihat.”
Pengertian zahirnya adalah Ahli Syurga melihat Allah di akhirat.
Pengertian hakikatnya adalah Ahli Ma'rifat melihat Allah ketika di dunia lagi (sebelum mati).
Ungkapan — لِقَآءَ رَبِّهِ — "Pertemuan kepada Rabb (Tuhan Rabbul Jalil)"
Pengertian zahirnya adalah Ahli Syurga diberi kemuliaan bertemu Allah.
Pengertian hakikatnya adalah Ahli Ma'rifat diberi kemuliaan bertemu Allah ketika di dunia lagi (sebelum mati).
Maksud "Pertemuan" adalah Pertemuan Ruh kepada Zat Allah.
Ungkapan — أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ — "Sembahlah Allah seakan-akan Engkau melihat-Nya"
Lafaz dan pengertian ini memilki hanya satu makna, dan makna khusus, sebagai isyarat bahawa "melihat Allah" ketika masih di dunia adalah benar. Dan ianya Anugerah Allah kepada Ahli Ma'rifat.
●Apakah maksud "Ihsan" yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya?
●Apakah maksud "sembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya?"
●Bagaimanakah Jalan untuk mencapainya?
●Bolehkah ianya dibuat-buat atau direka sesuka hati?
●Apakah ianya boleh didapati dengan berangan²?
●Adakah ianya teori teori aqal?
●Apakah ianya dipelajari di kelas, kuliah, seminar, diskusi, perbahasan atau sebagainya?
Di sini kita cuma terangkan secara ringkas akan wujudnya hamba-hamba Pilihan Allah yang sampai ke Maqam Ihsan — Maqam kesempurnaan Ma'rifat (Mengenal Allah dengan sebenar kenal) dan Kesempurnaan Ubudiyyah berserta-Nya. Demikian lagi ia bertujuan menjelaskan bukti-bukti amat jelas berkenaan Ilmu Tasawwuf di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul ﷺ .
Bukti-bukti terakhir yang dibentangkan di atas BUKAN saja menunjukkan kepada bukti Toriqat (Tasawwuf), tetapi bukti kukuh berhubungan dengan misi atau perutusan sekalian Rasul ke muka bumi bagi memenuhi dunia dengan Kalimah Allah, dan kesinambungan misi tersebut oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) — Ahli Ma'rifat — Ahli Sufi.
Sebagai pengetahuan umum, di sini kita sebutkan beberapa maksud dan tanda-tanda hamba Allah yang di-Kurniakan Maqam tersebut, sebagaimana dijelaskan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Bersambung siri 53 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment